Showing posts with label Rahsia Sumber Alam. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Sumber Alam. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Terung pipit rawat tumit pecah





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Lama sungguh saya tak sempat mengudarakan di sini. Setelah berhempas pulas few days, minda saya agak lega. Alhamdulillah.

Mood nak menulis je belum “mari” sepenuhnya. Further, dapur saya tak berapa nak berasap sejak minggu lepas, saya yang berasap sebenarnya. Ni baru nak balik ke asal. Yeah. lega sangat dapat menjalani kehidupan normal kembali seperti sebelumnya.

Kebetulan melilau di magazine, saya nampak maklumat yang bertajuk di atas, dan maklumat yang sama tentang how nak treat tumit yang pecah saya pernah entrykan di sini.

Menurut maklumat ni, terung pipit, atau nama saintifik yang kurang dikenali adalah Solanum Torvum, atau nama lain adalah terung rembang dan terung manggul. Selalunya, orang jadikan ulamlah dalam makanan, atau dicampurkan sebagai bahan dalam masakan.

Ia sebenarnya mengandungi protein, lemak, karbohidrat, fosforus, zat besi, vitamin A, B1 dan C. Walaupun sangat comel setiap biji tu, didapati bahawa terung pipit ni sangat efektif dalam merawat sakit kepala., sengal-sengal badan, demam panas dan cirit birit.


credit tu gugel..

Juga didapati sangat efektif dalam merawat tumit kaki yang pecah, merekah atau bengkak. Caranya adalah, tumbuk lumat akar terung pipit berkenaan. Kalau agak tak rajin, sila masukkan dalam blender.Tempekkan bahan yang dimesin lumat tu ke bahagian kaki yang bermasalah. Kaedah ini didapati bukan saja memulihkan, tapi berupaya melancarkan peredaran darah.

Teringat zaman silam dulu, main dengan abang dan adik lelaki serta sepupu sepapat lain yang majoritinya lelaki, buah ni digunakan dalam adegan tembak menembak sambil berlari dalam kebun getah. Buah tu dimasukkan dalam buluh kecik, yang lubangnya muat-muat masuk buah ni, dan ada satu batang panjang lain yang dijolok masuk dalam lubang tu untuk menembak buah ni keluaq. Ala-ala macam sumpit lah. Sakit deehh kalau kena tu..

Zaman sekarang ni, yang sejenis dengannya orang cakap  Pain(t) Ball. Kalau dulu, permainan ni namanya "Cakplom". Cak tu tak pasti kutip mana, but the "plom" tu adalah bunyi yang dihasilkan sebaik buluh itu dimuntahkan dengan buah ni. Tak pasti kat negeri berjiran i.e Perlis, orang panggey apa. Tu kena tanya Lady.. tapi i bet Lady adalah lemah lembut.. mungkin tak main ganas macam ni.. Makcik ni je.. dulu spesis tomboy.. Mujoq besaq jadi wanita jelita.. muahahhahahah.. sila tahan geli geleman anda.


Sekian sesi pemanasan blog.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Monday, January 17, 2011

Makanan untuk keperluan kulit








Lama sungguh saya tak menulis di ruangan ni.
Sibuk dan tak sihat, selain otak tak boleh nak membantu dalam penulisan. Hari ni agak lega sikit setelah dapat Root Canal Treatment kat klinik tadi. Lega sikit. dah boleh gelak besaq sikit.. Hahahha Sebelum ni dah siap mintak ampun dan maaf dengan kanda.. Mana lah tau lan kotkot luup pi kat dalam bilik rawatan tu.. Hahahahh

Kite gune gajet baru. Masih ngok untuk membolehkan gambaq dari "my passport" untuk di godek di gajet ni. Teruk kan? Tak pe. Ambik masa sikit. nanti kite terer, kite upload gambaq yang membantu membuatkan kengkawan lapaq.

Untuk memanaskan kembali ruangan yang redup ni, kite sajikan dulu info tentang apa yang perlu dimakan untuk keperluan kesihatan kulit. kena lah pastikan makanan yang dimakan berfaedah dan bukannya hanya menjadi baja.. :)

Wajah pucat

lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, tembaga (copper), kobalt dan vitamin B. Antara makanan yang disyorkan adalah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin dan pisang.





Wajah berjerawat

Kena makan banyak daging tanpa lemak, hasil tenusu, lobak merah, aprikot, bayam dan brokoli. semua ini adalah sumber zink terbaik yang mengahasilkan kolagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.


Kulit Berminyak

Ini menunjukkan kekurangan riboflavin dalam bodi. Gunakan pencuci muka bebas minyak dan amalkan makan suplemen tertentu. Lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu rendah lemak dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.


Kulit kering dan mengelupas

Selalunya kalau kes macam ni kurang air dalam badan. Ni merujuk diri saya lah. Makanya kena banyak minum air. Kalau tak, rupa adalah sangat buruk, sangat kering, mudah pecah dan paling teruk akan keluar darah, dan seterusnya meninggalkan parut yang mengambil waktu yang lama untuk hilang. Tak suka sungguh!

Cara lain adalah lebihkan pengambilan vitamin E dan A. Begitu juga dengan pengambilan susu rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.

Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit manakala vitamin E yang kaya dengan anti oksidan membantu mengurangkan asalah kedutan.


Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Wednesday, January 5, 2011

Nenas yang hebat







Menyelak helaian sempena hari penyusunan semula magazine, saya terpandang akan artikel comel di MIDI, Bil. 30, 1 Dis 2007 tentang fungsi nenas dalam membantu kitaran period orang perempuan. Ye lah. Takkan lelaki pulak kan.. haha

Seingat saya, kalau masa “p” berkenaan, ada orang cakap lah.. mempetuakan.. kalau nak cepat habis, silalah makan nenas nih.. yang muda lah sikit, bukan yang tua yang macam dah boleh dibuat pajeri nenas atau yang dijadikan cocktail tu.. :) Entah. Saya tak pasti sejauh mana kesahihan. Kalau ikut orang lama, tak berapa elok makan nenas ni. Katanya, tajam. Dalam maksud orang lama-lama nih. tajam tang mana pon makcik tak tau, sebab kita dah kupas bersih dan makan isi saja.


Sedutan dari artikel comel berkenaan:

“Di dalam buah nenas tidak hanya terdapat enzim protease yang berfungsi mengurangi tekanan darah tinggi dan membantu proses pencernaan, tetapi juga mengandungi enzim bromelain. Enzim ini berfungsi untuk mengawal keseimbangan hormon tubuh di samping mengatur kitaran “period” agar lebih teratur.”

Selain melajukan, rupanya boleh juga mengteraturkan period. Untuk kes yang macam ni, mungkin boleh cuba makan nenas. Smabil makan, beringatlah supaya yang elok tak menjadi mudarat.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Tuesday, December 28, 2010

Kismis Bantu Elak Masalah Botak






Menurut laman web Men's Health, botak ialah salah satu daripada enam perkara yang ditakuti lelaki. Oleh itu, berikanlah perhatian yang betul pada rambut mulai hari ini. Kismis atau jus ceri yang kaya dengan kandungan zat besi sebenarnya sangat bagus untuk anda. Zat besi yang ada padanya membantu menghasilkan lebih hemoglobin yang berfungsi mengekalkan kesihatan kulit kepala dan secara tidak langsung, masalah botak juga dapat dihindari.

Sumber : RAPI, 155



Semoga bermanfaat dan selamat beramal.


p/s : anak-anak saya suka sungguh dengan iklan haluuuuuss di tv sekarang..


Monday, December 20, 2010

Bagaimana Awet Muda Dengan Air






Kebetulan meronda dari magazine ke magazine, kite jumpa artikel yang pendek nih. dari Rapi Bil. 154.

Dia kata "Selain mengambil air putih lapan gelas setiap hari, ada cara mudah untuk anda tetap awet muda. Menurut Helen Sher, seorang pakar kulit dari England yang diterbitkan di dalam majalah Natural Health, dengan membasuh muka dengan air suam 20 hingga 30 kali setiap pagi setelah bangun tidur dan setiap malam sebelum tidur, kulit akan lebih berseri dan awet muda. Pelembap kulit semulajadi ialah air. Selain minum, basuhlah muka dengan air sekerap mungkin".



Saya tak berniat untuk komen. Tapi nak menambah sikit..
  • Nak solat, kena ambik wudhuk, Sekali ambik, 3 kali basuh muka, 5 kali waktu solat, tak masuk solat sunat dan terbatalnya wudhuk dan kena ambik lain. Kalau rasa tiga kali tak cukup, boleh upkan lagi 5 kali basuh muka. Tapi, ustaz cakap, makruh sebab  bazir air.
  • Bukan setakat basuh muka, mandi adalah sebahagian dari penyucian dan proses pelembapan. Maka, mandilah, jangan tak mandi. Sebab kalau tak mandi, nampak sangat dry, dan sangat buruk.
  • Bangun pagi, kena ambik wudhuk untuk solat Subuh. Dan, disunatkan tidur dalam keadaan wudhuk. Bukan setakat mengelakkan gangguan syaitan dan iblis tapi akan membantu menyerikan wajah, serta boleh membantu terjaga malam untuk solat Tahajjud.
Sesungguhnya Islam adalah cara hidup. Setiap amalan yang dianjurkan, ada hikmahnya yang tersembunyi. Wallahu a'lam.


Thursday, December 2, 2010

Petua - Hilangkan panau dengan lengkuas








Malunya melihatkan badan kita banyak panau. Bukan setakat orang tengok. Tengok diri sendiri pun rasa tak best kan? Jadi, macam mana nak hilangkan panau ni?

Menurut orang tua-tua, lengkuas boleh membantu menghilangkan panau. Sebenarnya, terdapat dua jenis tumbuhan lengkuas iaitu umbi (akar) berwarna putih yang biasanya dipakai sebagai penyedap makanan. Manakala umbi merah dijadikan ubat.


 Jom tengok intipati lengkuas ini. Ia mengandungi minyak alpinen, kamfer, methyl-cinnamate. Lengkuas berkhasiat sebagai anti kulatdan anti bakteria. Dalam kecantikan, lengkuas sering digunakan untuk merawat panau, kesakitan sewaktu haid, ubat untuk penyakit kulit, bengkak limpa, menguatkan otot yang lama tidak digerakkan dan membersihkan darah. 

Untuk merawat panau, kaedahnya sangat mudah. Ambil empat sentimeter lengkuas, buang kulit arinya dan cuci hingga bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur dan dibungkus dengan kain perca. Ikat dengan kemas dan gosoklah di bahagian berpanau selalu. InsyaAllah, panau akan hilang.

Punca sedutan : Rasa, Edisi 45, 2005

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Tuesday, November 30, 2010

Pokok Pandan





Banyak kegunaan daun pandan nih, selain menjadi tempat pembiakan ular, kalau banyak dan rimbun sangat.. hehe.. Awal lagi dah merepek.

Sebenarnya, saya dah coba menanam pokok ni sebanyak 3 kali.. tapi ketiga-tiga tu tanaman tersebut telah terbantut, dan mati terus. Sedih. Akan cuba kali keempat nanti. Kali kedua hari tu ambik kat rumah ibu mertua saya. Malangnya, bila dah bawak balik, anak ibu mertua saya tanam main-main je. Sampai hari ni ibu suami saya tak tau pokok yang dia bagi tu dah berkubur. Syy.. jangan bagitau ibu mertua saya. Nanti beliau mesti sedih. Saya hanya akan gembira kalau ibu suami saya sanggup potongkan lagi pokok pandan untuk saya bawak balik tanam.

Antara kegunaan pokok pandan adalah seperti berikut :

· Daun yang segar boleh dijadikan pewarna dalam masakan pelbagai kuih Melayu atau Nyonya seperti bengkang, cara, nasi lemak, agar-agar dan banyak lagi. Bagi masyarakat Thai pula, mereka menggunakan daun ini untuk membalut ikan, ayam atau daging yang digoreng bagi mengeluarkan bau yang harum.

· Daunnya juga dijadikan bahan utama dalam penyediaan bunga rampai yang digunakan semasa majlis perkahwinan, cukur jambul dan sebaginya.

· Daun pandan yang segar boleh digunakan untuk mencegah atau menghalau lipas. Caranya ialah dengan meletakkan dedaun yang segar di dalam almari dan dibiarkan kering sebelum dogantikan dengan daun pandan yang segar. Selain daripada menghalau lipas yang ada di dalamnya ia juga dapat mewangikan ruang berkenaan.

· Ia juga ditanam sebagai pokok hiasan terutama jika ditanam di dalam pasu yang cantik.

ihsan cik google
Tip 
· Daun pandan juga boleh dijadikan jus lazat iaitu dicampurkan dengan susu dan kismis atau dibuat cendol.

· Ia juga boleh dijadikan syampu rambut iaitu dicampurkan dengan halia dan dikisar untuk diambil airnya. Kemudian campurkan pula dengan santan untuk dilumurkan di kepala.Ia boleh melebatkan dan meluruskan rambut.Selain daripada itu, ia juga boleh mencegah kelemumur dan menyejukkan kepala.

Sumber : Rasa, April 2005

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Saturday, November 27, 2010

Petua - Cantikkan Kulit dengan Ubi Kentang








Kulit melecur sememangnya memedihkan dan menyakitkan mata yang memandang. Jangan risau, kita cuba kaeddah orang lama menggunakan ubi kentang untuk menggantikan kulit baru yang lebih baik.



Caranya, hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas. Selepas mengelupas,kulit baru akan tumbuh. Lihatlah hasilnya sendiri.

Rasa, April 2005

Monday, November 1, 2010

Rahsia makanan dan kaitan dengan se*s - Bahagian Kedua









Ni sambungan entry ini .


5.     Kacang badam

Umum mengetahui bahawa kacang badam merupakan sumber utama asid lemak yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan seorang lelaki untuk keseimbangan hormone dan menjadikan mereka lebih sihat. Malah aroma kacang badam juga dikatakan mampu meningkatkan g*haira(h) wanita. Badam juga enak dijamah begitu sahaja kerana ia berkhasiat dan tidak perlu sebarang penambahan bahan perisa atau gula untuk dinikmati.

6.    Telur

Telur merupakan bahan makanan yang kaya dengan kandungan vitamin B5 dan B6. Ia membantu keseimbangan hormone dan mengurangkan gejala stress atau tekanan walaupun kadangkala kedua-dua elemen ini saling diperlukan untuk mewujudkan rasa g*haira(h). Sejak zaman dahulu lagi, telur menjdi lambing kesuburan dan peoses kelahiran semula. Untuk meningkatkan g*haira(h) se*sua(l), anda digalakkan untuk mengambil telur secara mentah untuk meningkatkan stamina bukan sahaja untuk aktiviti yang macam tu, malah apa juga aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.
Patut lah ibu bersalin ada yang dibagi telur ayam, mentah atau tak, saya tak sure untuk meningkatkan tenaga..


7.    Hati

Hati ayam pula kaya dengan kandungan glutamine yang berkesan untuk membangkitkan libido apabila ia semakin menurun. Hati ini enak dihidangkan sama ada digoreng atau dimasak bersama bahan-bahan lain. Hati juga dikatakan amat baik untuk menambahkan kandungan darah bagi individu yang mengalami masalah kekurangan darah.

8.    Coklat

Coklat bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, malahan mak dan bapak kanak-kanak pun suka. Coklat sebenarnya kaya dengan kandungan alkaloid, iaitu sejenis theobromin yang mengandungi phenylethylamin. Pernahkah anda menonton filem Chocolat di mana si jejaka membancuh coklat dan diberi kepada si gadis dan rasa cinta makin membara? Ia disebabkan penggunaan phenylethylamin, sejenis bahan kimia yang dipercayai mampu menghasilkan perasaan ingin dicintai. Malah coklat gelap juga kaya dengan antioksida yang baik untuk tubuh dan membantu sistem iminisasi tubuh.
Patutlah, time hari Kekasih, atau sort of nak appreciate pompuan ni, laki rajin bagi coklat. Tu hak paham la.. hak tak paham, tak bagi apa jugak..



9.    Bawang Putih

Kajian saintifik mendapati bahawa bawang putih amat baik untuk menjaga kesihatan organ-orgam berkaitan se*s. Bawang putih sebenarnya kaya dengan kandungan alisin dan ia penting untuk meningkatkan aliran darah ke organ genital dan membuatkan seseorang itu mudah terang-sang.
    Yang saya dengar, bawang putih ni membusukkan bau badan.. tak sure sejauh mana betulnya..



Maklumat dipetik dari Majalah MIDI


Sekian informasi untuk hari ni. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.





Sunday, October 31, 2010

Penjagaan kulit muka menggunakan bahan-bahan kat dapur







Ni sesi penjimatan wang yang paling berkesan di dalam meng"treat" wajah. Kita gunakan bahan yang natural, yang boleh petik kat farm ville belakang rumah, tapi bukan farm ville yang kat FB tu tau! Hehe.

Dalam merawat kulit muka, selalunya kita akan pakai yang dah siap kat pasaran tu ja. Kadang-kadang, kita tak tau sama ada sesuia atau tak. Paling teruk adalah kena bertukar dari satu jenama ke jenama lain, sedangkan kesan akhir tak boleh nak teka lagi. Kalau elok, maka elok lah jadinya. Kalau tak elok, jenuh nak meraung sampai tak berlagu dah.. hehe.. ni kata orang Kedah lah. Kalau kulit jenis sensitive, atau tak mau nak ambil risiko, maka jomlah kita pakat-pakat try cara tradisional ni, mudah-mudahan dapat menyerlahkan kejelitaan yang asli, di samping dapat menjimatkan duit, untuk pi Mekah..

Jom tengok apa yang kita perlukan dalam merawat kulit muka cara tradisional nih.

Bahan-bahan :
  • Tomato
  • Timun
  • Epal
  • Lobak Merah
  • Tepung ubi
  • Telur
  • Susu segar
  • Asam jawa
  • Manjakani
  • Kulit kayu manis
Cara-caranya :
  • Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian, lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, basuhkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit. Sambil itu, kalau rajin, makan juga tomato sebagai ulam atau boleh digiti-gigit macam epal tu ja.. sangat berkesan. Boleh rujuk entry saya di sini dan di sini.

     
  • Selain menyedapkan makanan, asam jawa juga berfungsi untuk mencantikkan wajah. Bancuh sedikti asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bacuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

     
  • Untuk menegangkan kulit muka, ambil timun, hancurkan sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit ubi kayu dan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

     
  • Bagi mereka yang gemar menggunakan khasiat manjakani, rebus segenggam manjakani di dalam periuk tanah hingga menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

     
  • Untuk menghilangkan jerawat, campurkan sedir air asam dengan bedak sejuk, atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama air sejuk. Lumurkan pada wajah yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Boleh rujuk entry saya yang terdahulu di sini.

     
  • Untuk mengelakkan kulit muka cepat berkedut, bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkannya. Campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sehari sekali.

     
  • Daun senduduk juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkannya dengan bedak sejuk.

     
  • Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatine pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit minit dan cuci dengan air suam.

     
  • Susu segar, selain bagus untuk diminum, juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin.m Ambil sedikit susu suger, sapu pada muka, gosokkan sehingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.

     
  • Putih telur juga berfungsi untuk menegangkan kulit dan mebuang black and white heads kat muka. Kalau masak sebarang masakan yang menggunakan telur, sebebelum dibuang kulitnya, boleh oleskan baki putih telur di kulit telur ke muka. Biar hingga kering. Atau, boleh juga ambil putih telur dari seji telur, oleskan di muka, kemudian tekapkan tisu yang dipotong kecil di keseluruhan muka. Setelah tidu penuh kat muka, sapukan lagi putih telur dan tekapkan lagi tisu. Ulang proses hingga habis putih telur tu. Tunggu lebih kurang 20 minit, atau sehingga kering. Kalau nak cepat kering, boleh pi duduk depan kipas angin. Once kering, boleh buang mask tersebut perlahan-lahan. Hati-hati sebab tisu tu dah melekat macam gam kat kulit muka.

     
Selamat beramal dan semoga bermanfaat!

Monday, October 25, 2010

Rahsia makanan dan kaitan dengan se*s - Bahagian Pertama







Er.. jangan birukan minda anda.. hahaha.. Kebetulan je nih.. terjumpa artikel ni dalam magazine lama, Midi Bil. 53, November 2008. Jadinya kalau kita share maklumat ni, tak rugi kat mana pun kan? So, tanpa melengahkan masa, saya bentangkan di sini maklumat berkenaan. Saya simplifykan untuk makluman kawan-kawan. Takut jugak jadik laman po*no nanti. Demi menyelamatkan artikel ini, diri ini, dan site ini, makcik dah letak bintang-bintang di tempat yang sesuwai. Andah payoh nak bace, sile bagitau kawe.. pepandai lah no.. hiks


Ramai antara kita tak sedar yang daya keinginan se*sual bukan sahaja boleh dirangsang melalui sentuhan, tetapi juga makanan. Mungkin aktiviti makan boleh sebahagiannya mempengaruhi akan keinginan yang macam tu. Jom kita tengok apakah antara makanan yang boleh menjadi pemangkin kea rah mencambahkan kasih sayang ini.

  1. Sayur seleri
    Sayur ini amat berkesan untuk meningkatkan rasa ghair*h se*sual terutama untuk merangsang se*sual. Ia mempunyai hubungkait dengan kandungan seleri yang kaya dengan androsteron. Androsteron merupakan sejenis hormon yang tidak mempunyai bau dan banyak dihasilkan melalui tubuh badan lelaki ketika pasangannya mula merasa terangs*ng. Seleri boleh dimakan secara mentah atau dijadikan sayur-sayuran di dalam sup dan sebagainya.



    ihsan dari sini

     
  2. Tiram mentah
    Khasiat tiram sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Sejak zaman dulu, tiram sering dikaitkan dengan agen untuk meningkatkan se*s. Ini adalah kerana tiram amat kaya dengan kandungan zink yang dapat mengasilkan spe*ma dan testeron. Ia juga mengandungi dopomin yang meningkatkan keinginan benda alah tu lah. Penat nak tulis yang tu.. hahhaha





     
  3. Pisang
    Enzim bromelain yang terkandung di dalam pisang dikatakan dapat meningkatkan libido buat kaum lelaki. Selain bertindak sebagai sumber potassiumdan vitamin B, is juga kaya dengan riboflavin yang mampu meningkatkan kecergasan tubuh secara keseluruhan.




  4. Buah avocado
    Ia kaya dengan kandungan asid folik yang membantu untuk menambahkan tenaga. Selain itu, avocado juga kaya dengan vitamin B6, iaitu sejenis zat yang dapat meningkatkan hormone kaum lelaki dan potassium yang mengawal kelenjar tiroid bagi wanita. Potassium dan tiroid amat penting untuk meningkatkan libido baik lelaki mahupun wanita. Buah avocado boleh dipelbagaikan dengan menambahkan hirisan ke dalam salad, dibuat sup mahupun dimakan begitu sahaja.



    Ada lagi lima jenis makanan yang sewaktu dengannya. Nanti saya sambung lagi. Kita ambil pengajaran dari yang ni dulu..


    Semoga bermanfaat di dalam melayari bahtera kehidupan dan selamat beramal!


Sunday, October 24, 2010

Jus Buah vs Minuman Perasa Buah







Banyak jenis minuman yang boleh didapati di pasaran dengan nama yang pelbagai, seperti jus buah, Fruit drink, squash dan lain-lain yang mengelirukan. Semua minuman ini mempunyai kandungan vitamin yang tinggi.



Apakah bezanya? "Fruit drink" hanya mempunyai sedikit jus dari buah-buahan isitu antara 5-50%. "Squash" pula merupakan sirap yang mengandungi jus buah. Manakala, minuman perasa buah pula adalah air yang ditambah gula, pewarna dan aroma buah-buahan. Yang paling baik ialah jus buah (fruit juice) iaitu cecair yang diperolehi dari buah-buahan segar dan mempunyai warna, aroma dan rasa yang sama dengan buah asli. Yang pasti, kandungan vitamin dan mineralnya tak jauh berbeza daripada buah yang asli.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Sunday, October 17, 2010

Petua : Kuku Sihat dan Cantik







Cara pertama, Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan ke atas kuku. Boleh juga guna berus dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Selepas digosok, biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibasuh . Keringkan dengan tuala. Ulangi kegiatan ini sekurang-kurangnya 3 kali sebulan. Kuku anda akan kelihatan lebih bersinar berbanding kebiasaanya.


gambar dari sini

Cara Kedua. Mungkin ada yang tidak gemar dengan cara pertama kerana kuku akan berasa sejuk apabila terkena ubat gigi. Cara kedua penjagaan kuku ialah dengan menggunakan lemon. Ambil sebiji lemon dan dibelah dua. Perahkan jusnya ke dalam air suam. Rendam tangan anda ke dalam air suam tadi. Kemudian gosok kuku perlahan menggunakan lemon yang sudah diperah tadi. Pun begitu, cara ini hanya sesuai sekali sekala sahaja kerana kekerapan menggunakan lemon ke atas kuku boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Tuesday, October 12, 2010

Petua : Menegangkan kulit muka







Bila umur makin meningkat ni, elok lah jaga-jaga. Ditakuti kalau tak berjaga, makanya kedut akan mudah sangat kelihatan. Tengok diri sendiri pun naik pening, apatah lagi kalau orang lain tengok. Kena ada inisiatif untuk ni. Selalunya bahagian yang paling nampak kedut-kedut ni adalah bahagian mata, i.e hujung mata dan bawah mata. Kalau nak agak umur sesorang tu, maka lihatlah di kedua kawasan tersebut. Boleh guess umurnya, melainkan dia memang awet muda. Umur 30 lebih pun orang nampak macam 17.



So, macam mana nak tegangkan kulit muka? Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu. Campur kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata. Pastikan tidak terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini dapat menegangkan kulit muka serta nampak lah muka macam putih dan gebu sikit. Secara tak langsung, kulit akan menjadi segar.

Senang kan? Jom cuba!

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Monday, October 11, 2010

Cermai yang Comel








Buah ni banyak kat pokok di laman. Ada sepokok je, tapi baba berangan nak ekspot ke Thailand. Kat sana, diorang akan jerukkan. Kata baba lagi, mahal kalau ada orang borong. Mudah-mudahan bertambah rezeki. Seingat saya, masa zaman kecik dulu, kalau mak saya bawak balik buah ni, mak saya ada tumbuk-tumbuk, termasuklah bijinya campur sikit garam, gula dan cabai. Alah, macam sambal belacan tu lah, tapi siap mix.



Kata orang belah-belah sini, dipanggil "bincuk". Sedap weyh! Cuma makcik tak koser nak buat. Haha. Rasa macam ngilu-ngilu je ingat kat masam dia.

Since dah masam, sure lah banyak khasiatnya. Daun buah cermai ni dikatakan berkhasiat untuk batuk berkahak, menguruskan badan (ni yang tak tahan nih.. ) mual dan kanser. Manakala kulit akar berkhasiat untuk mengatasi asma dan sakit kulit. Bahagian biji pula berkhasiat untuk mengatasi sembelit dan mual akibat perut yang tak berapa sihat.

Untuk dapatkan resipi untuk mengubati sembelit, asma, kanser dan melangsingkan badan, sila rujuk di sini.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Sunday, October 10, 2010

Ulam : Menyihatkan dan Mencantikkan





Kat tempat kerja saya ni, ada sorang makcik cleaner yang saya panggil Cik Ram. Hebat Cik Ram nih. Beliau cergas, sihat dan kuat. Katanya umurnya dah 60 tahun. Cik ram bila naik moto, pakai jaket, pakai topi kaledar yang bercermin kat muka tu.. tak percaya orang kat dalam topi tu adalah Cik Ram. Laju dia bawak. Ganas pulak tu. Hari-hari Cik Ram bertugas di Aras 3. Kat bangunan saya tadak lif. Makanya kena ragaih/ragas tangga lah. Bila saya tanya macam mana dia jaga kesihatan, kecergasan dan ketangkasan, Cik Ram kata, tadak apa. Tapi beliau rajin makan ulam. Oh ya. Lupa nak bagitau, saya kenal Cik Ram sejak 10 tahun lepas. Masa tu saya anak dara lagi. Sekarang saya bertugas di bangunan yang sama dengan Cik Ram. Tadak beza Cik Ram dulu dan sekarang.
Saya percaya, ulam adalah antara penyebab yang menjelitakan seseorang, menguatkan lahir dan batin selain mengekalkan kecergasan. Awet muda lah tu. Dan artikel berikut mungkin boleh membantu kita untuk sama-sama menikmati ulam dengan lebih gigih lagi.
  • Pegaga
    Mengandungi protein, kalsium, ferum (zat besi), vitamin C, karetenoid (provitamin A), gentian serta vitamin A. Antara khasiat pegaga adalah menyegarkan tubuh, merawat pitam dan menajamkan daya tumpuan dan ingatan.
    Dalam dunia kecantikan, pegaga membantu memulihkan masalah keguguran rambut, mengatasi masalah jerawat serta melicinkan kulit. Ia juga melambatkan penuaan. Membantu menyembhkan luka serta menurunkan suhu badan.
    Paling mudah untuk menikmati pegaga ni, bagi yang tak suka nak jadikan ulam masa makan nasi, jadikanlah pegaga sebagai jus minuman. Mesti lebih sedap dan boleh dimakan dua kali ganda banyaknya dari jadikan sebagai ulam. Best nih!
  • Ulam Raja
    Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat selain kaya dengan kalsiumdan vitamin A. Ia dikatakan dapat membantu mencuci darah dan membuang bahan toksik dalam tubuh, menguatkan tulang dan merencatkan aktiviti bacteria jahat dan kulat.
    Kadang-kadang saya heran juga, orang lama yang tinggal di kampung-kampung amat jarang menikmati susu sebagai sebahagian daripada makanan tambahan. Tapi mereka kuat. Masih gagah di usia emas. Mungkin dengan banyak makan ulam ni lah kot, kan?
  • Petai
    Dikatakan dapat membantu merawat kencing manis dan masalah hati. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kecacingan di kalangan kanak-kanak. Selain itu, petai dikatakan dapat mengurangkan penyerapan kolesterol oleh usus.
    Saya pernah buat entry tentang petai ni di sini. *peace*.. yang busuk itu tak semestinya tak best.. haha
  • Timun
    Dapat membantu menyingkirkan bahan toksik dalam tubuh. Ia juga berkesan untuk meredakan sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk.
  • Putat
    Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifar anti-kanser, serta merawat ketumbuhan dan fibroid.
  • Selom
    Paling berkhasiat dalam membersihkan darah dan menyingkirkan toksik dari tubuh.
  • Cekur manis
    Ia mengandungi provitamin A, keretenoid, vitamin B dan C, serta protein dan mineral. Semakin tua daunnya, semakin tinggi nilai nutriennya. Dalam perubatan tradisional, cekur manis disarankan diambil oleh ibu mengandung untuk memperbanyakkan susu selepas bersalin. Selain itu, ia baik untuk merawat sakit mata, meredakan demam dan panas badan.
Semopga bermanfaat dan selamat beramal!


Thursday, August 19, 2010

Sihat untuk Cantik








Nak sihat dan cantik, kenalah jaga amalan pemakanan. Kalau dulu tak cantik, now ni dah banyak program dan pemakanan yang boleh membantu mencantikkan wajah. Nak sihat pun, banyak saplimen yang boleh membantu menambahkan tenaga lah, kalau tak lalu makan, kurang vitamin ka.. apa ka, boleh main makan pil saja untuk tambah yang tak cukup. Tak la gaduh nak bau busuk ka, tak lalu ka.. Senang saja.
Now, kita tengok dulu jenis makanan yang dikatakan dapat membantu membuat kita sihat selain meningkatkan kecantikan diri.

Tomato
 Dulu, masa saya agak tak berumur (heheh), anak member pejabat saya ni (pangkat kakak la..) sanget gebu kulitnya.. merah putih macam tu.. sekali Nampak merah, dua kali Nampak putih. Bila ditanya apa yang kakak tu makan semasa tempoh mengandungnya yang menjadikan kulit anaknya sangat cantik, dia kata amalan makan tomato nil ah. So, hingga la ni anaknya suka makan tomato, sama ada gigit macam tu saja, atau mak dia buat jus.

Dalam tomato ni juga ada lycopene yang dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser, sakit jantung juga macular degeneration yang masalah kebutaan bagi yang berusi 55 tahun ke atas. Lycopene ni juga terdapat dalam anggur, jambu batu dan tembikai. Jadi, kalau tak suka tomato, ada lagi alternative lain.

Kentang, Lobak Merah dan Labu
Makanan ini mengandungi beta-karotena yang tinggi dan baik untuk kesihatan kulit dan mata serta mengurangkan risiko kanser, kardiovaskular dan osteoporosis.

Brokoli, Kubis dan Bunga Kobis

Bahan yang dikenal dengan sulforaphane dalam tiga sayuran ini mengeluarkan enzim yang membantu menyingkirkan toksin dalam badan.


Barli, Kacang dan OatMakanan ini kaya serat yang membantu mengurangkan kolestrol yang sekaligus melindungi diri dari penyakit kardiovaskular. Barli pula dapat menurunkan kadar LDL dan juga kolestrol.

Sayur-sayuran berdaun HijauDikatakan dapt mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 11 peratus. Ia juga baik untuk mata. Dalam keadaan ni, kalau mata rabun pun, elok tengok bebenda hijau, dapat kembali mencerahkan pandangan, bukan setakat makan sahaj.

Salmon, Sardin dan TunaOmega 3 dalam ketiga-tiga ikan ini membantu menajamkan daya ingatan dan mengurangkan risiko sakit mental. Yeah. Tetiba nak makan tuna atau sardine puff yang Mat Gebu asik dok buat dan ditayang diblognya. Makan sardine dan tuna dalam keadaan yang amat lazat..

Produk Tenusu dan Susu SoyaMakanan jenis ini mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi. Ia menguatkan tulang, meredakan gejala menopaus dan melindungi diri dari penyakit kanser. Ia juga membantu menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan risiko osteoporosis.

Teh HijauMengandungi bahan antioksida yang melindungi diri daripada serangan jantung dan risiko barah payudara

Halia dan Rempah RatusPengambilan satu setengah sudu teh rempah ratus dapat membantu melindungi diri daripada pelbagai penyakit kronik dan Alzheimer. Dalam budaya orang Melayu kita ni, ada amalan makan rempah ratus yang diproses ni. Kalau dalam pantang, lebih-lebih lagi lah. Nak buang angin, tak bagi angin masuk, nak bagi panas, macam-macamlah. Masa saya bersalin anak pertama dulu, rasa macam ish.. malasnya nak kena makan, sapu, dan bagai-bagai dengan rempah ni. But as time goes by, sesungguhnya, amat baik.. kesan lepas tu adalah mampu menjaga bodi dan kesihatan untuk next kehamilan. Sekarang ni pun, dah banyak yang dikomersilkan. Boleh dapat kat pasaran. Nak jenis apa, semua ada. Hiks.

CoklatKoko mengandungi LDL yang rendah dan mengurangkan risiko darah beku.


Semoga Bermanfaat dan selamat Beramal.


Saturday, August 14, 2010

Telur ka ayam?








Telur ka ayam? Mana dulu? Kita ambil dua-dua, jadinya telur ayam. Hehe. Dalam banyak fakta yang saya jumpa, telur ayam disifarkan sebagai banyak memberi khasiat yang ka, yang hampir sempurna sifatnya, apatah lagi kalau dimakan pepagi. Buat breakfast macam tu, and boleh membekalkan tenaga untuk sepagi tu. Tapi, kalau jenis awal pagi, makan nasik, makan mee, tambah lagi dengan roti canai teloq, bukan setakat berkhasiat, tapi boleh menembunkan bodi, dan menjemput penyakit lain menghinggapi badan. Lainlah, kalau nak ke bendang atau mengerat, atau menoreh. Takat dok dalam air cond saja.. tak lama lah jawabnya.




Kenapa diakatakan telur makanan yang sempurna. Dicatatkan dalam Majalah Midi, dalam ilmu kesihatan Cina, telur ayam mempunyai kesempurnaan ying dan yang. Di dalam tubuh, putih telur berfungsi menyejukkan dan memberi makan pelbagai cairan yang ada di dalam tubuh (yin). Sementara kuningnya berfungsi menghangatkan dan meningkatkan pelbagai fungsi hormone (yang), terutama yang berhubungan dengan otak. 


Telur juga merupakan satu antara makanan terbaik untuk pertumbuhan anak, terutama bagi yang lambat perkembangannya. Zat yang terkandung dalam telur sangat baik untuk otakdan membantu menguatkan tulang.Selain itu, telur juga banyak manfaatnya pada pancaindera.


Jika anda mempunyai masalah seperti jangkitan mata, telinga berdengung, hidung berdarah, sakit kepala dan sakit kerongkong, sebelum mendapatkan rawatan doktor, cuba makan sebijitelur setengah masak selama dua minggu berturut-turut.Kalau ikut resam orang Melayu nih, kalau makan telur tengah sakit macam tu, tak elok, sebab tak membaikkan penyakit, malahan akan lebih teruk lagi. Selalunya telur ni merupakan kepantangan besar lah. Tapi, mana yang baik, kita ikutlah. Kalau dah berpenyakit, rasa nak amal dua minggu berturut sebelum nak jumpa doktor, takut nanti jadi masalah lain lah pulak. Dari masalah kecik dari masalah yang besaq. 


Dikatakan juga, fakta yang mrngatakan telur berkolestrol tinggi akan membahayakan jantung juga telah disangkal. Malahan kandungan sulphur, lesitin dan asid lemak yang tinggidikatakan mampu mengurangi kadar kolestrol dan mencegah timbulnya masalah jantung.


Apa pun yang dimakan, beringatlah. Mudah-mudahan apa yang dimakan itu dapat membentuk kita menjadi lebih baik, luarnya dan dalamnya.


Semoga bermanfaat dan selamat beramal.


Sunday, August 1, 2010

Khasiat Buah Kurma – Edisi Ramadhan






Sempena bulan puasa yang hamper menjelma ni, setiap rumah mesti ada buah ni, sebagai juadah untuk berbuka puasa dan juga makan semasa sahur, untuk menambah tenaga. Saya pernah buat entry tentang buah kurma ni, sila rujuk di sini dan di sini. Memandangkan dah hampir nak puasa, maka saya fokus pulak khasiat dia, si buah comel ni. Ni kita edisi khas Ramdhan lah. 




  • Sunnah Rasululllah s.a.w, berbuka disunatkan dengan mengambil buah kurma nih. Bila mana sunnah, pastilah mengandungi khasiat yang sesungguhnya tak dapat dilawan dengan apa juga hidangan hatta kambing golek dok tergolek setelah dipanggang atas meja atau dalam talam.
  • Kecik, tapi manis (i like ayat ni.. hahah). Manis, dan ia adalah mengandungi daya bakar kalori yang cukup tinggi. Kebanyakan jenis kurma mengandungi gula glukosa (sejenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (gula yang terdapat dalam buah-buahan) mudah diserap oleh tubuh menjadi tenaga
  • Fruktosa dan glukosa bagaikan tenaga segera bagi tubuh. Bila kita makan, makanya, dia macam magic, terus boleh bagi tenaga kepada badan, dan terus segar bugar. Makanya boleh lah laksana solat maghrib dulu sebelum menjamah makanan lain yang sesungguhnya akan penuh semeja. J
  • Mengandungi zat gizi yang hampir lengkap dengan komposisi yang seimbang.
  • Kurma juga mengandungi semua vitamin dan mineral yang bermanfaat bagi perut, kerana seharian tidak memperolehi makanan dan minuman. Vitamin dan mineral ini juga penting untuk meningkatkan keberkesanan fungsi pencernaan dan penggunaan (metabolisme) makanan yang masuk ke perut.
  • Tidak mengandungi kolestrol, sebaliknya lemak baik yang bermanfaatbagi kesihatan kerana mempunyai daya serapan vitamin A, D, E dan K.
  • Kaya kandungan zat gizi penting bagi fungsi tubuh seperti kalium, magnesium, dan serat makanan yang berguna dalam menyihatkan jantung serta pembuluh darah. Mineral-mineral ini berfungsi membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu tekanan darah.

  • Selain bermanfaat memulihkan lelahan otot, kandungan kalium dalam kurma membantu mendorong aoir mengisi jaringan sel. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa di mana kurma mampu menurunkan risiko serangan strok disebabkan kandungan jumlah kalium yang tinggi di dalamnya.


Sesungguhnya, Allah menjadikan buah kurma ni antara kejadian yang paling baik dan paling bermanfaat. Teringat saya, setiap kali saya mengandung, akan melalui tempoh Ramdhan ini, sama ada awal, di peertengahan atau di akhir kandungan. Paling teruk saya bawa perut adalah masa kandungan ketiga. Doktor dah set tarikh untuk c-sect 7 hari sebelum raya. Tak mo saya sakit katanya, dan dalam tempoh tu dia kalau boleh tanak terima emergency call pasai saya. Makanya elok je kandungan saya "masak", dia nak operate.


Tapi sebenarnya membawa kandungan ketiga sepanjang Ramadhan adalah sangat, sungguh dan paling mencabar. Kandungan yang paling berat. Baby dalam 3 kg je.. tapi tu lah yang paling berat antara keempat-empatnya. Well, padan lah dengan saya yang kurang cukup ketinggian, aka pendek.. haha. Sungguh saya tak larat. Nak makan banyak pun tak larat. Mengah. Makan sikit pun, sampai petang dah letih. Kalah bebudak posa. 


Ada sahabat bagi petua kat saya, dalam tempoh mengandung ni, untuk stabilkan semua, tenaga, darah, gula dan bagai-bagai tu, dan nak support tenaga sepanjang hari, makan kurma dengan susu. Kalau tak makan benda lain pun, yang tu saja akan cukup untuk bagi tenaga yang luar biasa. Allahu Akbar! Sungguh! Saya tak perlu bukak puasa demi untuk rasa tidak selamat pada diri sendiri atau kepada baby.


Lupa nak bagitau juga, sebelum c-sect, saya perlu cukupkan haemoglobin (hb) darah paling minima, 11. Tapi, dalam tempoh tu, Berjaya upkan hb sampai 14, hanya dengan kurma ni saja. Jadi, untuk kawan-kawan yang mengandung dalam bulan puasa ni, terutamanya yang dekat sangat dah nak bersalin, amalkan lah. Tak cukup 3, makanlah 7 ulas (ka 7 biji? Perumpamaan mana betoi? Hehe. Lemah ..) kalau rasa buleh lajak lagi, makan lah lebih lagi.. sekotak pon tak pa. Jangan lupa support dengan susu. Apa pun, makanlah ikut kemampuan. Semoga ibu dan baby akan sihat, InsyaAllah.



Bagi ibu yang menyusukan juga amat baik. Rujuk entry saya yang ni. InsyaAllah, cukup untuk produce susu baby sepanjang hari.


 

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!




Wednesday, July 21, 2010

Bawang Merah dan Kencing Manis








Antara bahan utama dalam masakan yang kita guna, terutamanya dalam kes menumis adalah bawang merah. Selain dari fungsi utama digunakan dalam masakan, bawang merah dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis atau diabetes mellitius. Dalam bawang tersebut juga mengandungi Vitamin C, Potassium, serat dan asid folik.


Penelitian dalam kajian moden menunjukkan bawang merah memiliki kekuatan menurunkan gula dalam darah. Bawang merah mempengaruhi metabolism gula dalam hati, atau metabolosme pengeluaran insulin, dan/atau mencegh kerosakan insulin. Agen yang mungkin mempunyai kemampuan hipoglikemia, menurunkan kadar gula dalam darah.






Masa saya ke India dulu, masa singgah di restoran, dah siap-siap ada bawang merah yang dijerukkan untuk dimakan macam tu saja. Mula-mula agak pelik juga menengok berketul-ketul bawang diletakkan dalam bekas atas meja. Bila ditanya pekerja restoran tu, katanya adalah untuk dimakan selepas makan. Bukan tu saja, ada lagi bebenda lain yang dimakan untuk melegakan mulut. Ada orang kata kalau makan bawang banyak, badan jadi berbau. Betul ke?


Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails