Sunday, October 10, 2010

Ulam : Menyihatkan dan Mencantikkan





Kat tempat kerja saya ni, ada sorang makcik cleaner yang saya panggil Cik Ram. Hebat Cik Ram nih. Beliau cergas, sihat dan kuat. Katanya umurnya dah 60 tahun. Cik ram bila naik moto, pakai jaket, pakai topi kaledar yang bercermin kat muka tu.. tak percaya orang kat dalam topi tu adalah Cik Ram. Laju dia bawak. Ganas pulak tu. Hari-hari Cik Ram bertugas di Aras 3. Kat bangunan saya tadak lif. Makanya kena ragaih/ragas tangga lah. Bila saya tanya macam mana dia jaga kesihatan, kecergasan dan ketangkasan, Cik Ram kata, tadak apa. Tapi beliau rajin makan ulam. Oh ya. Lupa nak bagitau, saya kenal Cik Ram sejak 10 tahun lepas. Masa tu saya anak dara lagi. Sekarang saya bertugas di bangunan yang sama dengan Cik Ram. Tadak beza Cik Ram dulu dan sekarang.
Saya percaya, ulam adalah antara penyebab yang menjelitakan seseorang, menguatkan lahir dan batin selain mengekalkan kecergasan. Awet muda lah tu. Dan artikel berikut mungkin boleh membantu kita untuk sama-sama menikmati ulam dengan lebih gigih lagi.
  • Pegaga
    Mengandungi protein, kalsium, ferum (zat besi), vitamin C, karetenoid (provitamin A), gentian serta vitamin A. Antara khasiat pegaga adalah menyegarkan tubuh, merawat pitam dan menajamkan daya tumpuan dan ingatan.
    Dalam dunia kecantikan, pegaga membantu memulihkan masalah keguguran rambut, mengatasi masalah jerawat serta melicinkan kulit. Ia juga melambatkan penuaan. Membantu menyembhkan luka serta menurunkan suhu badan.
    Paling mudah untuk menikmati pegaga ni, bagi yang tak suka nak jadikan ulam masa makan nasi, jadikanlah pegaga sebagai jus minuman. Mesti lebih sedap dan boleh dimakan dua kali ganda banyaknya dari jadikan sebagai ulam. Best nih!
  • Ulam Raja
    Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat selain kaya dengan kalsiumdan vitamin A. Ia dikatakan dapat membantu mencuci darah dan membuang bahan toksik dalam tubuh, menguatkan tulang dan merencatkan aktiviti bacteria jahat dan kulat.
    Kadang-kadang saya heran juga, orang lama yang tinggal di kampung-kampung amat jarang menikmati susu sebagai sebahagian daripada makanan tambahan. Tapi mereka kuat. Masih gagah di usia emas. Mungkin dengan banyak makan ulam ni lah kot, kan?
  • Petai
    Dikatakan dapat membantu merawat kencing manis dan masalah hati. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kecacingan di kalangan kanak-kanak. Selain itu, petai dikatakan dapat mengurangkan penyerapan kolesterol oleh usus.
    Saya pernah buat entry tentang petai ni di sini. *peace*.. yang busuk itu tak semestinya tak best.. haha
  • Timun
    Dapat membantu menyingkirkan bahan toksik dalam tubuh. Ia juga berkesan untuk meredakan sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk.
  • Putat
    Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifar anti-kanser, serta merawat ketumbuhan dan fibroid.
  • Selom
    Paling berkhasiat dalam membersihkan darah dan menyingkirkan toksik dari tubuh.
  • Cekur manis
    Ia mengandungi provitamin A, keretenoid, vitamin B dan C, serta protein dan mineral. Semakin tua daunnya, semakin tinggi nilai nutriennya. Dalam perubatan tradisional, cekur manis disarankan diambil oleh ibu mengandung untuk memperbanyakkan susu selepas bersalin. Selain itu, ia baik untuk merawat sakit mata, meredakan demam dan panas badan.
Semopga bermanfaat dan selamat beramal!


No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails