Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
Wednesday, April 6, 2011
Jamie bertandang..
Lama sungguh saya tak update. Banyak masalah dengan lappy sebenaqnya yang membuatkan saya malas nak edit gambaq. Sampai berasap dah blog nih.
Dan untuk kali ni meh saya nak tayang Jamie Oliver yang bertandang ke rumah saya baru ni. Kami kenal dah lama.. cuma baru ada masa untuk berjumpaan dan bermesraan. Di mai Kedah pon tak bagitau sapa.. Kebetulan my friend yang baru balik UK bagitau yang sahabat kami ni nak mai.
This is the man. err.. sikit sipi.. dia malu nak pandang saya gamaknya..
Dengan one of anaknya. Comel sungguh!
Bila lagi nak merasa air tangan dia kan? So, kami beramai-ramai let him rule the kitchen sementara kami berpoya-poya kat ruang tamu.
Dia masak ni..
Super delicious yang ni..
ni juga..
Cool kan..
well.. semua kat atas tu dia masak siap dalam buku.. so, kalau nak masak sendiri.. pepandai la rujuk kitab dia..
(dapat gak kite upload gambar diri sendiri, walau hanya jari je.. hikssssssss....)
kite beli ni kat jualan dari belakang bonet kereta for 35 inggit jer.. Tengah mengidam nak ada full set dia.. at least boleh berjoya masak di dapur berinspirasikan Jamie.. hehhe.. akan terasa seperti memasak bersama-sama.. miahahhaha...
Dah dulu..
daaaa...
Monday, January 17, 2011
Makanan untuk keperluan kulit
Lama sungguh saya tak menulis di ruangan ni.
Sibuk dan tak sihat, selain otak tak boleh nak membantu dalam penulisan. Hari ni agak lega sikit setelah dapat Root Canal Treatment kat klinik tadi. Lega sikit. dah boleh gelak besaq sikit.. Hahahha Sebelum ni dah siap mintak ampun dan maaf dengan kanda.. Mana lah tau lan kotkot luup pi kat dalam bilik rawatan tu.. Hahahahh
Kite gune gajet baru. Masih ngok untuk membolehkan gambaq dari "my passport" untuk di godek di gajet ni. Teruk kan? Tak pe. Ambik masa sikit. nanti kite terer, kite upload gambaq yang membantu membuatkan kengkawan lapaq.
Untuk memanaskan kembali ruangan yang redup ni, kite sajikan dulu info tentang apa yang perlu dimakan untuk keperluan kesihatan kulit. kena lah pastikan makanan yang dimakan berfaedah dan bukannya hanya menjadi baja.. :)
Wajah pucat
lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, tembaga (copper), kobalt dan vitamin B. Antara makanan yang disyorkan adalah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin dan pisang.
Wajah berjerawat
Kena makan banyak daging tanpa lemak, hasil tenusu, lobak merah, aprikot, bayam dan brokoli. semua ini adalah sumber zink terbaik yang mengahasilkan kolagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.
Kulit Berminyak
Ini menunjukkan kekurangan riboflavin dalam bodi. Gunakan pencuci muka bebas minyak dan amalkan makan suplemen tertentu. Lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu rendah lemak dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.
Kulit kering dan mengelupas
Selalunya kalau kes macam ni kurang air dalam badan. Ni merujuk diri saya lah. Makanya kena banyak minum air. Kalau tak, rupa adalah sangat buruk, sangat kering, mudah pecah dan paling teruk akan keluar darah, dan seterusnya meninggalkan parut yang mengambil waktu yang lama untuk hilang. Tak suka sungguh!
Cara lain adalah lebihkan pengambilan vitamin E dan A. Begitu juga dengan pengambilan susu rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.
Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit manakala vitamin E yang kaya dengan anti oksidan membantu mengurangkan asalah kedutan.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Wednesday, January 5, 2011
Nenas yang hebat
Menyelak helaian sempena hari penyusunan semula magazine, saya terpandang akan artikel comel di MIDI, Bil. 30, 1 Dis 2007 tentang fungsi nenas dalam membantu kitaran period orang perempuan. Ye lah. Takkan lelaki pulak kan.. haha
Seingat saya, kalau masa “p” berkenaan, ada orang cakap lah.. mempetuakan.. kalau nak cepat habis, silalah makan nenas nih.. yang muda lah sikit, bukan yang tua yang macam dah boleh dibuat pajeri nenas atau yang dijadikan cocktail tu.. :) Entah. Saya tak pasti sejauh mana kesahihan. Kalau ikut orang lama, tak berapa elok makan nenas ni. Katanya, tajam. Dalam maksud orang lama-lama nih. tajam tang mana pon makcik tak tau, sebab kita dah kupas bersih dan makan isi saja.
Sedutan dari artikel comel berkenaan:
“Di dalam buah nenas tidak hanya terdapat enzim protease yang berfungsi mengurangi tekanan darah tinggi dan membantu proses pencernaan, tetapi juga mengandungi enzim bromelain. Enzim ini berfungsi untuk mengawal keseimbangan hormon tubuh di samping mengatur kitaran “period” agar lebih teratur.”
Selain melajukan, rupanya boleh juga mengteraturkan period. Untuk kes yang macam ni, mungkin boleh cuba makan nenas. Smabil makan, beringatlah supaya yang elok tak menjadi mudarat.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Tuesday, December 28, 2010
Kismis Bantu Elak Masalah Botak
Menurut laman web Men's Health, botak ialah salah satu daripada enam perkara yang ditakuti lelaki. Oleh itu, berikanlah perhatian yang betul pada rambut mulai hari ini. Kismis atau jus ceri yang kaya dengan kandungan zat besi sebenarnya sangat bagus untuk anda. Zat besi yang ada padanya membantu menghasilkan lebih hemoglobin yang berfungsi mengekalkan kesihatan kulit kepala dan secara tidak langsung, masalah botak juga dapat dihindari.
Sumber : RAPI, 155
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
p/s : anak-anak saya suka sungguh dengan iklan haluuuuuss di tv sekarang..

Monday, December 27, 2010
Mengelakkan Alahan Makanan Laut
Ramai yang menggemari makanan laut seperti udang dan sotong, tetapi seringkali merasa gatal selepas memakannya. Bagi anda yang mengalami alahan, amalkan petua yang mudah ini. Rebus terlebih dahulu makanan laut yang hendak dimakan sebelum dimasukkan ke dalam masakan mrngikut kegemaran anda.
Sumber : RAPI, Bil. 155
Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal.

Wednesday, December 22, 2010
Apa Salahnya Tidak Bersarapan Kalau Perut Masih Kenyang?
Ikut suka lah kan, nak makan, makan, tak nak sudah.. heheh.
"Apabila anda bangun waktu pagi, sebenarnya perut anda sudah berlapar hampir 11 jam lamanya. Oleh sebab tubuh sudah menggunkan kalori pada waktu itu, anda perlu memenuhkannya kembali. Sebenarnya sukar untuk memulakan hari jika perut kosong. Oleh itu, meninggalkan sarapan akan memberi kesan buruk kepada minda. Kebanyakan sel dalam tubuh boleh menyimpan tenaga dalam masa yang lama. Tetapi, sel otak akan memerlukan bantuan kabohidrat untuk berfungsi. Tanpa makanan dalam sistem, hormon stres akan memaksa anda bertindak tetapi anda akan keletihan akhirnya. Apabila anda kerap mengabaikan sarapan, tubuh akan mula menggunakan kalori dan akhirnta metabolisme menjadi lambat."
Itu yang saya petik dari Rapi Bil. 154. Kalau melalui pembacaan saya dan pengetahuan yang amat sikit ni, sarapan memang tak boleh tinggal. Dan waktu sarapan yang paling baik dan yang boleh membuatkan kita bertahan sampai ke waktu maghrib adalah sarapan sebelum masuknya waktu Subuh, atau dalam bahasa mudah adalah waktu sahur. Bagus untuk those yang nak diet atau menurunkan berat badan, tahap kolestrol bagai-bagai nih.Tentu-tentulah kan kalau disertai dengan niat, boleh membawa kita sampai ke penghujung hari baru jumpa makanan. Tapi kalau tanpa niat, makanya sat lagi, pukul 10 atau sebelas, perut dah mula berbunyi.. dan makan terus.. dan makan lagi sampai petang.
Kalau nak makan, makan je lah kan, tadak sapa nak larang, apatah lagi kalau nampak pulut ikan kering, kwey tiau goreng, nasi lemak, roti canai banjir, cheese cake, pizza dan lain-lain yang menggoda jiwa. Makan jangan sampai mudarat diri. Tadak sapa suruh yang tu. :)
Semoga bermanfaat.

Monday, December 20, 2010
Bagaimana Awet Muda Dengan Air
Kebetulan meronda dari magazine ke magazine, kite jumpa artikel yang pendek nih. dari Rapi Bil. 154.
Dia kata "Selain mengambil air putih lapan gelas setiap hari, ada cara mudah untuk anda tetap awet muda. Menurut Helen Sher, seorang pakar kulit dari England yang diterbitkan di dalam majalah Natural Health, dengan membasuh muka dengan air suam 20 hingga 30 kali setiap pagi setelah bangun tidur dan setiap malam sebelum tidur, kulit akan lebih berseri dan awet muda. Pelembap kulit semulajadi ialah air. Selain minum, basuhlah muka dengan air sekerap mungkin".
Saya tak berniat untuk komen. Tapi nak menambah sikit..
- Nak solat, kena ambik wudhuk, Sekali ambik, 3 kali basuh muka, 5 kali waktu solat, tak masuk solat sunat dan terbatalnya wudhuk dan kena ambik lain. Kalau rasa tiga kali tak cukup, boleh upkan lagi 5 kali basuh muka. Tapi, ustaz cakap, makruh sebab bazir air.
- Bukan setakat basuh muka, mandi adalah sebahagian dari penyucian dan proses pelembapan. Maka, mandilah, jangan tak mandi. Sebab kalau tak mandi, nampak sangat dry, dan sangat buruk.
- Bangun pagi, kena ambik wudhuk untuk solat Subuh. Dan, disunatkan tidur dalam keadaan wudhuk. Bukan setakat mengelakkan gangguan syaitan dan iblis tapi akan membantu menyerikan wajah, serta boleh membantu terjaga malam untuk solat Tahajjud.

Thursday, December 2, 2010
Petua - Hilangkan panau dengan lengkuas
Malunya melihatkan badan kita banyak panau. Bukan setakat orang tengok. Tengok diri sendiri pun rasa tak best kan? Jadi, macam mana nak hilangkan panau ni?
Menurut orang tua-tua, lengkuas boleh membantu menghilangkan panau. Sebenarnya, terdapat dua jenis tumbuhan lengkuas iaitu umbi (akar) berwarna putih yang biasanya dipakai sebagai penyedap makanan. Manakala umbi merah dijadikan ubat.
Jom tengok intipati lengkuas ini. Ia mengandungi minyak alpinen, kamfer, methyl-cinnamate. Lengkuas berkhasiat sebagai anti kulatdan anti bakteria. Dalam kecantikan, lengkuas sering digunakan untuk merawat panau, kesakitan sewaktu haid, ubat untuk penyakit kulit, bengkak limpa, menguatkan otot yang lama tidak digerakkan dan membersihkan darah.
Untuk merawat panau, kaedahnya sangat mudah. Ambil empat sentimeter lengkuas, buang kulit arinya dan cuci hingga bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur dan dibungkus dengan kain perca. Ikat dengan kemas dan gosoklah di bahagian berpanau selalu. InsyaAllah, panau akan hilang.
Punca sedutan : Rasa, Edisi 45, 2005
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Tuesday, November 30, 2010
Pokok Pandan
Banyak kegunaan daun pandan nih, selain menjadi tempat pembiakan ular, kalau banyak dan rimbun sangat.. hehe.. Awal lagi dah merepek.
Sebenarnya, saya dah coba menanam pokok ni sebanyak 3 kali.. tapi ketiga-tiga tu tanaman tersebut telah terbantut, dan mati terus. Sedih. Akan cuba kali keempat nanti. Kali kedua hari tu ambik kat rumah ibu mertua saya. Malangnya, bila dah bawak balik, anak ibu mertua saya tanam main-main je. Sampai hari ni ibu suami saya tak tau pokok yang dia bagi tu dah berkubur. Syy.. jangan bagitau ibu mertua saya. Nanti beliau mesti sedih. Saya hanya akan gembira kalau ibu suami saya sanggup potongkan lagi pokok pandan untuk saya bawak balik tanam.
Antara kegunaan pokok pandan adalah seperti berikut :
· Daun yang segar boleh dijadikan pewarna dalam masakan pelbagai kuih Melayu atau Nyonya seperti bengkang, cara, nasi lemak, agar-agar dan banyak lagi. Bagi masyarakat Thai pula, mereka menggunakan daun ini untuk membalut ikan, ayam atau daging yang digoreng bagi mengeluarkan bau yang harum.
· Daunnya juga dijadikan bahan utama dalam penyediaan bunga rampai yang digunakan semasa majlis perkahwinan, cukur jambul dan sebaginya.
· Daun pandan yang segar boleh digunakan untuk mencegah atau menghalau lipas. Caranya ialah dengan meletakkan dedaun yang segar di dalam almari dan dibiarkan kering sebelum dogantikan dengan daun pandan yang segar. Selain daripada menghalau lipas yang ada di dalamnya ia juga dapat mewangikan ruang berkenaan.
· Ia juga ditanam sebagai pokok hiasan terutama jika ditanam di dalam pasu yang cantik.
![]() |
ihsan cik google |
· Daun pandan juga boleh dijadikan jus lazat iaitu dicampurkan dengan susu dan kismis atau dibuat cendol.
· Ia juga boleh dijadikan syampu rambut iaitu dicampurkan dengan halia dan dikisar untuk diambil airnya. Kemudian campurkan pula dengan santan untuk dilumurkan di kepala.Ia boleh melebatkan dan meluruskan rambut.Selain daripada itu, ia juga boleh mencegah kelemumur dan menyejukkan kepala.
Sumber : Rasa, April 2005
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Saturday, November 27, 2010
Petua - Cantikkan Kulit dengan Ubi Kentang
Kulit melecur sememangnya memedihkan dan menyakitkan mata yang memandang. Jangan risau, kita cuba kaeddah orang lama menggunakan ubi kentang untuk menggantikan kulit baru yang lebih baik.
Caranya, hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas. Selepas mengelupas,kulit baru akan tumbuh. Lihatlah hasilnya sendiri.
Rasa, April 2005

Monday, November 1, 2010
Rahsia makanan dan kaitan dengan se*s - Bahagian Kedua
Ni sambungan entry ini .
5. Kacang badam
Umum mengetahui bahawa kacang badam merupakan sumber utama asid lemak yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan seorang lelaki untuk keseimbangan hormone dan menjadikan mereka lebih sihat. Malah aroma kacang badam juga dikatakan mampu meningkatkan g*haira(h) wanita. Badam juga enak dijamah begitu sahaja kerana ia berkhasiat dan tidak perlu sebarang penambahan bahan perisa atau gula untuk dinikmati.
Telur merupakan bahan makanan yang kaya dengan kandungan vitamin B5 dan B6. Ia membantu keseimbangan hormone dan mengurangkan gejala stress atau tekanan walaupun kadangkala kedua-dua elemen ini saling diperlukan untuk mewujudkan rasa g*haira(h). Sejak zaman dahulu lagi, telur menjdi lambing kesuburan dan peoses kelahiran semula. Untuk meningkatkan g*haira(h) se*sua(l), anda digalakkan untuk mengambil telur secara mentah untuk meningkatkan stamina bukan sahaja untuk aktiviti yang macam tu, malah apa juga aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.
Patut lah ibu bersalin ada yang dibagi telur ayam, mentah atau tak, saya tak sure untuk meningkatkan tenaga..
Hati ayam pula kaya dengan kandungan glutamine yang berkesan untuk membangkitkan libido apabila ia semakin menurun. Hati ini enak dihidangkan sama ada digoreng atau dimasak bersama bahan-bahan lain. Hati juga dikatakan amat baik untuk menambahkan kandungan darah bagi individu yang mengalami masalah kekurangan darah.
Coklat bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, malahan mak dan bapak kanak-kanak pun suka. Coklat sebenarnya kaya dengan kandungan alkaloid, iaitu sejenis theobromin yang mengandungi phenylethylamin. Pernahkah anda menonton filem Chocolat di mana si jejaka membancuh coklat dan diberi kepada si gadis dan rasa cinta makin membara? Ia disebabkan penggunaan phenylethylamin, sejenis bahan kimia yang dipercayai mampu menghasilkan perasaan ingin dicintai. Malah coklat gelap juga kaya dengan antioksida yang baik untuk tubuh dan membantu sistem iminisasi tubuh.
Patutlah, time hari Kekasih, atau sort of nak appreciate pompuan ni, laki rajin bagi coklat. Tu hak paham la.. hak tak paham, tak bagi apa jugak.. 9. Bawang Putih
Kajian saintifik mendapati bahawa bawang putih amat baik untuk menjaga kesihatan organ-orgam berkaitan se*s. Bawang putih sebenarnya kaya dengan kandungan alisin dan ia penting untuk meningkatkan aliran darah ke organ genital dan membuatkan seseorang itu mudah terang-sang.
Yang saya dengar, bawang putih ni membusukkan bau badan.. tak sure sejauh mana betulnya..Maklumat dipetik dari Majalah MIDI
Sekian informasi untuk hari ni. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
Sunday, October 31, 2010
Penjagaan kulit muka menggunakan bahan-bahan kat dapur
Ni sesi penjimatan wang yang paling berkesan di dalam meng"treat" wajah. Kita gunakan bahan yang natural, yang boleh petik kat farm ville belakang rumah, tapi bukan farm ville yang kat FB tu tau! Hehe.
Dalam merawat kulit muka, selalunya kita akan pakai yang dah siap kat pasaran tu ja. Kadang-kadang, kita tak tau sama ada sesuia atau tak. Paling teruk adalah kena bertukar dari satu jenama ke jenama lain, sedangkan kesan akhir tak boleh nak teka lagi. Kalau elok, maka elok lah jadinya. Kalau tak elok, jenuh nak meraung sampai tak berlagu dah.. hehe.. ni kata orang Kedah lah. Kalau kulit jenis sensitive, atau tak mau nak ambil risiko, maka jomlah kita pakat-pakat try cara tradisional ni, mudah-mudahan dapat menyerlahkan kejelitaan yang asli, di samping dapat menjimatkan duit, untuk pi Mekah..
Jom tengok apa yang kita perlukan dalam merawat kulit muka cara tradisional nih.
Bahan-bahan :
- Tomato
- Timun
- Epal
- Lobak Merah
- Tepung ubi
- Telur
- Susu segar
- Asam jawa
- Manjakani
- Kulit kayu manis
- Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian, lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, basuhkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit. Sambil itu, kalau rajin, makan juga tomato sebagai ulam atau boleh digiti-gigit macam epal tu ja.. sangat berkesan. Boleh rujuk entry saya di sini dan di sini.
- Selain menyedapkan makanan, asam jawa juga berfungsi untuk mencantikkan wajah. Bancuh sedikti asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bacuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
- Untuk menegangkan kulit muka, ambil timun, hancurkan sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit ubi kayu dan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
- Bagi mereka yang gemar menggunakan khasiat manjakani, rebus segenggam manjakani di dalam periuk tanah hingga menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.
- Untuk menghilangkan jerawat, campurkan sedir air asam dengan bedak sejuk, atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama air sejuk. Lumurkan pada wajah yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Boleh rujuk entry saya yang terdahulu di sini.
- Untuk mengelakkan kulit muka cepat berkedut, bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkannya. Campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sehari sekali.
- Daun senduduk juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkannya dengan bedak sejuk.
- Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatine pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit minit dan cuci dengan air suam.
- Susu segar, selain bagus untuk diminum, juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin.m Ambil sedikit susu suger, sapu pada muka, gosokkan sehingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.
- Putih telur juga berfungsi untuk menegangkan kulit dan mebuang black and white heads kat muka. Kalau masak sebarang masakan yang menggunakan telur, sebebelum dibuang kulitnya, boleh oleskan baki putih telur di kulit telur ke muka. Biar hingga kering. Atau, boleh juga ambil putih telur dari seji telur, oleskan di muka, kemudian tekapkan tisu yang dipotong kecil di keseluruhan muka. Setelah tidu penuh kat muka, sapukan lagi putih telur dan tekapkan lagi tisu. Ulang proses hingga habis putih telur tu. Tunggu lebih kurang 20 minit, atau sehingga kering. Kalau nak cepat kering, boleh pi duduk depan kipas angin. Once kering, boleh buang mask tersebut perlahan-lahan. Hati-hati sebab tisu tu dah melekat macam gam kat kulit muka.

Monday, October 25, 2010
Rahsia makanan dan kaitan dengan se*s - Bahagian Pertama
Er.. jangan birukan minda anda.. hahaha.. Kebetulan je nih.. terjumpa artikel ni dalam magazine lama, Midi Bil. 53, November 2008. Jadinya kalau kita share maklumat ni, tak rugi kat mana pun kan? So, tanpa melengahkan masa, saya bentangkan di sini maklumat berkenaan. Saya simplifykan untuk makluman kawan-kawan. Takut jugak jadik laman po*no nanti. Demi menyelamatkan artikel ini, diri ini, dan site ini, makcik dah letak bintang-bintang di tempat yang sesuwai. Andah payoh nak bace, sile bagitau kawe.. pepandai lah no.. hiks
Ramai antara kita tak sedar yang daya keinginan se*sual bukan sahaja boleh dirangsang melalui sentuhan, tetapi juga makanan. Mungkin aktiviti makan boleh sebahagiannya mempengaruhi akan keinginan yang macam tu. Jom kita tengok apakah antara makanan yang boleh menjadi pemangkin kea rah mencambahkan kasih sayang ini.
- Sayur seleriSayur ini amat berkesan untuk meningkatkan rasa ghair*h se*sual terutama untuk merangsang se*sual. Ia mempunyai hubungkait dengan kandungan seleri yang kaya dengan androsteron. Androsteron merupakan sejenis hormon yang tidak mempunyai bau dan banyak dihasilkan melalui tubuh badan lelaki ketika pasangannya mula merasa terangs*ng. Seleri boleh dimakan secara mentah atau dijadikan sayur-sayuran di dalam sup dan sebagainya.
ihsan dari sini
- Tiram mentahKhasiat tiram sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Sejak zaman dulu, tiram sering dikaitkan dengan agen untuk meningkatkan se*s. Ini adalah kerana tiram amat kaya dengan kandungan zink yang dapat mengasilkan spe*ma dan testeron. Ia juga mengandungi dopomin yang meningkatkan keinginan benda alah tu lah. Penat nak tulis yang tu.. hahhaha
- PisangEnzim bromelain yang terkandung di dalam pisang dikatakan dapat meningkatkan libido buat kaum lelaki. Selain bertindak sebagai sumber potassiumdan vitamin B, is juga kaya dengan riboflavin yang mampu meningkatkan kecergasan tubuh secara keseluruhan.
- Buah avocadoIa kaya dengan kandungan asid folik yang membantu untuk menambahkan tenaga. Selain itu, avocado juga kaya dengan vitamin B6, iaitu sejenis zat yang dapat meningkatkan hormone kaum lelaki dan potassium yang mengawal kelenjar tiroid bagi wanita. Potassium dan tiroid amat penting untuk meningkatkan libido baik lelaki mahupun wanita. Buah avocado boleh dipelbagaikan dengan menambahkan hirisan ke dalam salad, dibuat sup mahupun dimakan begitu sahaja.
Ada lagi lima jenis makanan yang sewaktu dengannya. Nanti saya sambung lagi. Kita ambil pengajaran dari yang ni dulu..
Semoga bermanfaat di dalam melayari bahtera kehidupan dan selamat beramal!
Sunday, October 24, 2010
Jus Buah vs Minuman Perasa Buah
Banyak jenis minuman yang boleh didapati di pasaran dengan nama yang pelbagai, seperti jus buah, Fruit drink, squash dan lain-lain yang mengelirukan. Semua minuman ini mempunyai kandungan vitamin yang tinggi.
Apakah bezanya? "Fruit drink" hanya mempunyai sedikit jus dari buah-buahan isitu antara 5-50%. "Squash" pula merupakan sirap yang mengandungi jus buah. Manakala, minuman perasa buah pula adalah air yang ditambah gula, pewarna dan aroma buah-buahan. Yang paling baik ialah jus buah (fruit juice) iaitu cecair yang diperolehi dari buah-buahan segar dan mempunyai warna, aroma dan rasa yang sama dengan buah asli. Yang pasti, kandungan vitamin dan mineralnya tak jauh berbeza daripada buah yang asli.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Petua : Mengurangkan kesan kulit terbakar
Ambil sebiji timun , buang kulitnya sebelum dikisar halus. Ambil jusnya sahaja, campurkan dengan setengah sudu air mawar. Sapukan ke seluruh wajah. Kulit anda akan terasa sejuk dan kesan terbakar akan berkurangan.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Sunday, October 17, 2010
Petua : Kuku Sihat dan Cantik
Cara pertama, Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan ke atas kuku. Boleh juga guna berus dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Selepas digosok, biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibasuh . Keringkan dengan tuala. Ulangi kegiatan ini sekurang-kurangnya 3 kali sebulan. Kuku anda akan kelihatan lebih bersinar berbanding kebiasaanya.
gambar dari sini
Cara Kedua. Mungkin ada yang tidak gemar dengan cara pertama kerana kuku akan berasa sejuk apabila terkena ubat gigi. Cara kedua penjagaan kuku ialah dengan menggunakan lemon. Ambil sebiji lemon dan dibelah dua. Perahkan jusnya ke dalam air suam. Rendam tangan anda ke dalam air suam tadi. Kemudian gosok kuku perlahan menggunakan lemon yang sudah diperah tadi. Pun begitu, cara ini hanya sesuai sekali sekala sahaja kerana kekerapan menggunakan lemon ke atas kuku boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Thursday, October 14, 2010
Petua : Menghilangkan Bau Badan
Manusia pada hakikatnya adalah busuk baunya. Kecuali bagi baby and kids. Once dah mancapai usia baligh, maka lagi hebatlah bau,dan sangatlah lagi kalau tak dirawat. Dan bau yang dijadikan Allah bagi setiap manusia adalah berbeza.
Bila nak treat bau badan ni, selalunya kita akan gunakan deodoran, atau Hibka powder tu. Tapi ada setengah tak sesuai. Alergik la bagai la. Cuba kita try petua ni.
Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun pandan, Tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Kalau susah sangat, boleh blend ja. Masukkan sedikit kapur daun sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan ke seluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seeloknya dilakukan sebelum mandi.
Mesti dah siap mandi bau wangi je.. macam bau kuih bakar pandan.. boleh macam tu? So far kita ada vanilla perfume , lepas ni boleh komersilkan pandan pulak, go international. Yeah! Malaysia Boleh!
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Tuesday, October 12, 2010
Petua : Menegangkan kulit muka
Bila umur makin meningkat ni, elok lah jaga-jaga. Ditakuti kalau tak berjaga, makanya kedut akan mudah sangat kelihatan. Tengok diri sendiri pun naik pening, apatah lagi kalau orang lain tengok. Kena ada inisiatif untuk ni. Selalunya bahagian yang paling nampak kedut-kedut ni adalah bahagian mata, i.e hujung mata dan bawah mata. Kalau nak agak umur sesorang tu, maka lihatlah di kedua kawasan tersebut. Boleh guess umurnya, melainkan dia memang awet muda. Umur 30 lebih pun orang nampak macam 17.
So, macam mana nak tegangkan kulit muka? Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu. Campur kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata. Pastikan tidak terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini dapat menegangkan kulit muka serta nampak lah muka macam putih dan gebu sikit. Secara tak langsung, kulit akan menjadi segar.
Senang kan? Jom cuba!
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Monday, October 11, 2010
Cermai yang Comel
Buah ni banyak kat pokok di laman. Ada sepokok je, tapi baba berangan nak ekspot ke Thailand. Kat sana, diorang akan jerukkan. Kata baba lagi, mahal kalau ada orang borong. Mudah-mudahan bertambah rezeki. Seingat saya, masa zaman kecik dulu, kalau mak saya bawak balik buah ni, mak saya ada tumbuk-tumbuk, termasuklah bijinya campur sikit garam, gula dan cabai. Alah, macam sambal belacan tu lah, tapi siap mix.
Kata orang belah-belah sini, dipanggil "bincuk". Sedap weyh! Cuma makcik tak koser nak buat. Haha. Rasa macam ngilu-ngilu je ingat kat masam dia.
Since dah masam, sure lah banyak khasiatnya. Daun buah cermai ni dikatakan berkhasiat untuk batuk berkahak, menguruskan badan (ni yang tak tahan nih.. ) mual dan kanser. Manakala kulit akar berkhasiat untuk mengatasi asma dan sakit kulit. Bahagian biji pula berkhasiat untuk mengatasi sembelit dan mual akibat perut yang tak berapa sihat.
Untuk dapatkan resipi untuk mengubati sembelit, asma, kanser dan melangsingkan badan, sila rujuk di sini.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Sunday, October 10, 2010
Ulam : Menyihatkan dan Mencantikkan
Kat tempat kerja saya ni, ada sorang makcik cleaner yang saya panggil Cik Ram. Hebat Cik Ram nih. Beliau cergas, sihat dan kuat. Katanya umurnya dah 60 tahun. Cik ram bila naik moto, pakai jaket, pakai topi kaledar yang bercermin kat muka tu.. tak percaya orang kat dalam topi tu adalah Cik Ram. Laju dia bawak. Ganas pulak tu. Hari-hari Cik Ram bertugas di Aras 3. Kat bangunan saya tadak lif. Makanya kena ragaih/ragas tangga lah. Bila saya tanya macam mana dia jaga kesihatan, kecergasan dan ketangkasan, Cik Ram kata, tadak apa. Tapi beliau rajin makan ulam. Oh ya. Lupa nak bagitau, saya kenal Cik Ram sejak 10 tahun lepas. Masa tu saya anak dara lagi. Sekarang saya bertugas di bangunan yang sama dengan Cik Ram. Tadak beza Cik Ram dulu dan sekarang.
Saya percaya, ulam adalah antara penyebab yang menjelitakan seseorang, menguatkan lahir dan batin selain mengekalkan kecergasan. Awet muda lah tu. Dan artikel berikut mungkin boleh membantu kita untuk sama-sama menikmati ulam dengan lebih gigih lagi.
- PegagaMengandungi protein, kalsium, ferum (zat besi), vitamin C, karetenoid (provitamin A), gentian serta vitamin A. Antara khasiat pegaga adalah menyegarkan tubuh, merawat pitam dan menajamkan daya tumpuan dan ingatan.
Dalam dunia kecantikan, pegaga membantu memulihkan masalah keguguran rambut, mengatasi masalah jerawat serta melicinkan kulit. Ia juga melambatkan penuaan. Membantu menyembhkan luka serta menurunkan suhu badan.
Paling mudah untuk menikmati pegaga ni, bagi yang tak suka nak jadikan ulam masa makan nasi, jadikanlah pegaga sebagai jus minuman. Mesti lebih sedap dan boleh dimakan dua kali ganda banyaknya dari jadikan sebagai ulam. Best nih!
- Ulam RajaMengandungi protein, lemak dan karbohidrat selain kaya dengan kalsiumdan vitamin A. Ia dikatakan dapat membantu mencuci darah dan membuang bahan toksik dalam tubuh, menguatkan tulang dan merencatkan aktiviti bacteria jahat dan kulat.
Kadang-kadang saya heran juga, orang lama yang tinggal di kampung-kampung amat jarang menikmati susu sebagai sebahagian daripada makanan tambahan. Tapi mereka kuat. Masih gagah di usia emas. Mungkin dengan banyak makan ulam ni lah kot, kan? - PetaiDikatakan dapat membantu merawat kencing manis dan masalah hati. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kecacingan di kalangan kanak-kanak. Selain itu, petai dikatakan dapat mengurangkan penyerapan kolesterol oleh usus.
Saya pernah buat entry tentang petai ni di sini. *peace*.. yang busuk itu tak semestinya tak best.. haha - TimunDapat membantu menyingkirkan bahan toksik dalam tubuh. Ia juga berkesan untuk meredakan sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk.
- PutatEkstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifar anti-kanser, serta merawat ketumbuhan dan fibroid.
- SelomPaling berkhasiat dalam membersihkan darah dan menyingkirkan toksik dari tubuh.
- Cekur manisIa mengandungi provitamin A, keretenoid, vitamin B dan C, serta protein dan mineral. Semakin tua daunnya, semakin tinggi nilai nutriennya. Dalam perubatan tradisional, cekur manis disarankan diambil oleh ibu mengandung untuk memperbanyakkan susu selepas bersalin. Selain itu, ia baik untuk merawat sakit mata, meredakan demam dan panas badan.

Subscribe to:
Posts (Atom)