Wednesday, May 12, 2010
Buah Kurma Membanyakkan Susu Badan
Buah kurma adalah antara buah yang disebut di dalam Al-Qur'an. True, tiada tandingan khasiatnya berbanding buah-buah lain. Saya pernah buat entry tentang buah kurma ni. Rujuk sini.
Satu fakta tambahan lain yang dapat saya kumpulkan adalah kurma dikatakan dapat mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungan zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang oenting untuk sel darah merah.
Kurma juga boleh merangsang kesihatan wanita hamildan kandungannya serta memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Selain itu, kurma juga dapat membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membentuk minda yang sihat.
Wanita yang menyusukan bayi juga dapat membantu merangsang pengeluaran susu dengan mengambil buah kurma ini, kerana kandungan zat besi dan kalsiumnya dapat menambahkan susu.
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. kemudian, is direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Pengalaman saya semasa mengandungkan anak ketiga semasa bulan puasa, dan melahirkan beberapa hari sebelum hari raya Aidil Fitri pada tahun 2005 yang lau, kombinasi kurma dan susu banyak membantu memberikan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.
Kalau nak slim down juga, elok amalkan pengambilan kurma, bersama susu di awal pagi. sesungguhnya dapat bertahan serta kenyang hampir separuh hari.
Cubalah, dan selamat beramal!
Labels:
Info,
Nutrisi,
Petua,
Rahsia Sumber Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sangat setuju masa sarat pregnant dulu pon makan kurma time sahur dan berbuka..syukur takde mslh mneruskan puasa smp bersalin.
good entry.. i pun dok tgh menyusukan anak.. selalu dok mkn oat , minum susu , horlick or milo...
yatie, sawanila.com
nice info, selain dari kebaikan2 yang telah disebutkan, kurma juga dapat menghentikan symptom "bloody stool", iaitu tinja berdarah :)
Post a Comment