Tuesday, April 13, 2010

Kayu Manis



Saya agak stress pagi ni. Rasanya kena layan blog ni sat. But bukan dengan entri masak, tapi just nak share info yang saya kutip kat akhbar. Dan saya rasa blog ni juga akan expand on rahsia sumber alam, nutrisi, dan segala yang berkait dengan pemakanan. Untuk tajuk ilmiah lain, saya akan kongsikan dalam blog saya yang lagi satu di.. sana (akan update, cuci sawang sikit blog nih and will further masuk bahan-bahan).

Menjelajahi akhbar ahad lepas, 11 April 2010, menemukan saya dengan fakta tentang kayu manis.. yang banyak digunakan dalam bab masak memasak nih. Masa awal dulu, saya hanya masuk sekadar suka-suka dan main belasah.. (sebab tak reti masak.. hahahahhah..) main agak ja apa yang dimasuk masa makan, atau ingat mak masak macam mana. Tapi, ada masa saya tak suka dengan kayu manis ni.

Kata paper (paper boleh berkata2? Hahha..) kajian pusat penyelidikan Nutrisi Manusia di Maryland mendapati pengambilan setengah sudu kayu manis ni setiap hari akan menjadikan sel-sel manusia adalah lebih sensitive sensitif terhadap insulin, serta mendapati bahawa sel-sel akan menukar gula dalam darah kepada tenaga.

Tambah paper tu lagi, kalau kita dok mengamalkan pengambilan kulit kayu manis ni, selepas tempoh 40 hari, pesakit diabetis bukan sahaja dapat menurunkan paras gula setiap kali lepas makan, malah terdapat tanda-tanda terhadap pemulihan jantung.

So, macam mana nak makan kayu manis nih? Gigit? Mm.. patah gigi! Since ada yang serbuk, kita tabor tabur lah sikit pada makanan atau buah-buahan yang kita nikmati.. kalau sikit tak la terasa sangat kot kepayau-annya (ada ka suku kata ni?) 



Itu yang dikaji oleh pusat penyelidikan internasional. Menjelajah kembali minda saya yang agak berkarat ni, ada sorang room mate saya masa zaman pengajian 14, 15 tahun dulu, dia ada stok kayu manis dalam drawernya, dan satu pasu kecil.. pasu yang seramik tu.. yang kengkadang dijadikan cenderahati kenduri kawen.. malam sebelum tidur, sahabat saya ini akan menonyoh.. hahahha .. meng apa hah.. macam menggosok kayu manis tu, letak sikit air kat bontot pasu kecil itu, dan beliau akan gosok untuk dapatkan serbuknya.. dan dalam keadaan basah sikit2. Kemudian sahabat saya ni akan mengoleskan serbuk tersebut ke mukanya.. tambah banyak sikit kat bahagian jerawat tu. Esoknya jerawat dah kecut. Tapi agak pedih sikit la.. selain tu.. mukanya jugak makin cerah.. Kadang-kadang bagi mengurangkan rasa kerengsaan tersebut, sahabat saya akan campoq dengan bedak sejuk, and tempek kat muka. Easy kan? Silalah try! 






No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails