Friday, October 8, 2010

Petua : Hapuskan pecah-pecah telapak kaki







    

Ambil buah betik muda dan potong hingga keluar getah. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu, cucilah dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali.




Satu cara lain adalah, gunakan Vaseline Intensive Care 100% Petroleum Jelly. Colek sikit dan sapukan di tempat yang pecah. Boleh juga digunakansebagai lip moisturizer, atau pada tempat-tempat yang kasar sikit. Perlu diingatkan, kalau nak ambil wudhuk, kenalah basuh dengan sabun agar air dapat melalui kawasan yang perlu kena air wuduk. Ditakuti, kalau tak betul-betul basuh, sembahyang tak sah la pulak.




Semoga bermanfaat dan Selamat Beramal



2 comments:

Kak Rose said...

salam hann, pernah baca urine remedy? sgt berkesan untuk ubati tumit yang pecah2... kak rose pernah amalkannya... tadah kencing kita tu, amik koton dan sapu pd tumit yg pecah, biar kering sendiri... cuba amalkan... insyaallah. to me, it's work wonder!

Unknown said...

Salam Kak Rose.

Tq sudi singgah. Ni pertama kali dengar tentang urine remedy. Tapi, sesungguhnya apa juga kejadian Allah, tidak ada yang tidak ada manfaat langsung.

Thanks for the info. Menambahkan maklumat kepada kita semua.

Tq sekali lagi. :)

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails