Showing posts with label Life Journal. Show all posts
Showing posts with label Life Journal. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Chicken wings with peri peri sauce

Weather for Manchester, UK

7°C | °F
SatSunMonTue
Mostly SunnyChance of RainChance of RainChance of Rain
Partly Cloudy


Wind: W at 16 mph


Humidity: 76%10°



Makan tengahari di EATs university.. dengan Lenny lepas habis kelas OD, Khamis lepas.
Set chicken peri-peri sauce dengan fries dan coleslow yang tak sedap
Wings ada empat ketul semuannya.
Portion makan kat sini bagi satu set adalah sangat banyak..
Harga student, tak lah mahal.
Tapi, kalau convert ke RM, rasa macam nak ambik pinggan tu bawak balik..


Minum dengan teh yang sedap nih..
Balm for the soul.. product earl grey..
tah apa ke nama teh ni.. apricot kot..

lazat, rasa macam letak balm harimau dalam perut.. tihihi..


Dah dulu. babai.




WEEK
27 November 2011   -   3 December 2011


2 Muharram 1433 - 8 Muharram 1433


Nov
Dec

Muhrm

Day

Fajr
(Dawn)

Shorook
(Sunrise)

Zuhr
(Noon)

Asr
(Afternoon)

Maghrib
(Sunset)

Isha
(Night)
272Sun5:487:5511:561:393:576:04
283Mon5:497:5711:571:383:566:04
294Tue5:517:5811:571:373:566:03
305Wed5:528:0011:571:373:556:03
16Thu5:538:0111:581:363:546:02
27Fri5:548:0311:581:363:536:02
38Sat5:558:0411:581:353:536:01


Thursday, December 1, 2011

Pisang, epal dan simon

Weather for Manchester, UK

4°C | °F
ThuFriSatSun
FogMostly SunnyFogChance of Rain
Clear


Wind: S at 5 mph


Humidity: 87%10°


Breakfast saya pagi ni ,
Bawak dari rumah,
Singgah kejap di kantin bangunan simon
Makan sementara tunggu kelas jam 10.

Dah dulu.
Babai




WEEK
27 November 2011   -   3 December 2011

2 Muharram 1433 - 8 Muharram 1433

Nov
Dec
Muhrm
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
272Sun5:487:5511:561:393:576:04
283Mon5:497:5711:571:383:566:04
294Tue5:517:5811:571:373:566:03
305Wed5:528:0011:571:373:556:03
16Thu5:538:0111:581:363:546:02
27Fri5:548:0311:581:363:536:02
38Sat5:558:0411:581:353:536:01



Friday, October 21, 2011

Peep into my lunch purse

Weather for Manchester, UK

12°C | °F
FriSatSunMon
Partly SunnyMostly SunnyChance of RainMostly Sunny
Mostly Cloudy


Wind: S at 12 mph


Humidity: 82%14°13°10°16°16°


Gi sekolah hari-hari bawak bekal.
Kalau kat sana, saya sediakan.
kat sini, baba yang sediakan.
Selalunya saya tukang masuk bag untuk anak-anak and diri sendiri.

Ni menu yang selalu saya bawak.

egg sandwich, air tangan baba

Ni antara contoh bekalan saya yang tetap untuk lunch di dalam kampus.
Saya sentiasa memikirkan bagaimana nak hidup kalau hanya dengan luch berbekalkan roti
atau sandwich je kat sini.
kalau kat Malaysia, sebuku roti gardenia belum tentu cukup nak alas perut sampai petang.

Kat sini, rotinya besar, daging burgernya juga potongan size L..
Roti lembut dan agak kasar. Kalau roti potong, saya makan sekeping je dah cukup untuk bertahan sampai petang. Kalau roti bun gitu.. cukup lah juga sampai petang.

"Food on Campus di sini rata-ratanya menyajikan makanan halal,
maka tak perlu raisau kalau singgah di mana-mana EATS yang ada di setiap bangunan.
Cuma kalau asik makan kat situ, kopak juga lah..
walau satu hidangan lunch dalam 3 - 5 pound mengikut set.

Cara gini mudah, boleh singgah dan duduk mana-mana tempat dan menikmati hidangan sambil menikmati pandangan.

nope! i'm not a doughnut monster!

Kebetulan petang sebelumnya kami ke Tesco di Cheetham Hill.
Saya beli doughnut ni untuk bekalan lunch box anak-anak.
hehehe.. saya kurang masak sekarang.. makanya gini lah gayanya..
Ni bukanlah faveret untuk dijamah.
Tapi, untuk melapik perut sebelum sampai rumah,
makanya saya makan juga.
Dan kebetulan saya lunch agak lambat hari tu,
maka dengan ada doughnut ni, penuh lah perut sikit.


sedapp.......

Kat malaysia, saya jarang nak enjoy makan buah epal..
makan juga lah, tapi kuantiti tak sekerap dan sebanyak di sini.
Saya akan bekalkan epal lebih dari sebiji untuk dimakan di antara break kelas..
atau dalam tram balik dari Universiti ke rumah.
Kadang kalau lapaq sangat, saya makan sambil jalan je.

crunchy juicy royal galak..

Yeah. saya tau.. makan sambil jalan tak elok..
Tapi tu ja kadang masa yang saya ada.
Tak memungkinkan saya untuk duduk betul-betul dan makan dengan jayanya.
Pernah juga, saya makan sandwich sambil berjalan.
Buruk perangai kan..
Tapi macam tu lah, demi nak kejar masa, bas, tram, dan sebagainya.

and that's me.. eating! sambil hayun kaki.. hihihi

Well.. macam tu lah hidup saya sekarang.
Saya miss nak bertungkus lumus menguli dan memasak di dapur.
nak menghimpun tefal, pyrex, corningware, dan peralatan baking lain yang cecanggih..
tapi belum mampu ke arah itu.

Er.. ni iklan ye..
sesiapa yang nak oder barang dari sini dengan harga murah, esp time time nak Chrismas ni, buleh bagitau saya..
Boleh surf mana-mana website untuk tengok barang-barang di UK,
atau paling mudah, boleh tengok di E-Bay UK;
atau boleh juga tengok di Amazon UK

Kalau ada yang berminat,
boleh e mail saya di farahoney@live.com

Dah dulu.

Till then, babai.


Friday October 21, 2011
(24 Dhul-Qa`dah 1432)
Local Time: 6:45:44 PM (Manchester)



Fajr
(Dawn)

Shorook
(Sunrise)

Zuhr
(Noon)

Asr
(Afternoon)

Maghrib
(Sunset)

Isha
(Night)
5:497:4612:543:266:007:57





Saturday, October 15, 2011

Subway Breakfast for Lunch

Weather for Manchester, UK

10°C | °F
SatSunMonTue
ClearMostly SunnyPartly SunnyChance of Rain
Clear


Wind: SE at 5 mph


Humidity: 82%16°15°14°11°


Assalamualaikum Warahmatullah..

Kite dah lama tak bersiaran kat sini.
Asik di sana je.

Kite gi school, selalunya bawak bekal,macam lunch box lah.
baba jugak yang tolong sediakan untuk kite,
sekali harung dengan anak-anak punya lunch box.

selalunya dalam lunch "purse" kite ada sandwich, and buah epal maximum dua bijik.
Dan kemarin, lepas hantar anak pi sekolah,
kite singgah konon nak breakfast kat subway di Cheetham Hill,
Breakfast kat situ, 2 pound je untuk set sandwich and black coffee.
tapi, kemarin, ada sandwich je.
Kopi belum siap blend.

Makanya kite and baba beli dan singgah Costa Coffee, beli big Costa latte apa tah,
and balik rumah.
Kite bawak sandwich tu and tak sempat nak makan pagi,
sudahnya, lepas diskusi selepas tamat kelas,
kite menikmati sandwich dan bergembira di bawah mentari.

Kelaparan.. yang mencengkam jiwa..

Ikutkan suratkhabar,
minggu ni adalah minggu akhir matahari akan bersinar, setelah minggu lepas asik hujan.
Diramalkan jugak, matahari akan keluar sehingga ahad, lepas tu hujan, dan suhu akan terus turun dengan jayanya.
Dan diramalkan juga, dalam seminggu selepas ni, bahagian utara akan dituruni snow.

 dari Bangunan Simon.. lepas kelas, 14 Oktober 2011


Saya dah rasa macam nak beku dalam suasana sejuk gini.
Hari ni, walau ada matahari,
sejuk sangat mencengkam jiwa.
tangan pun dah nak beku.
Berjemur di panas pon rasa macam dok dalam freezer.

Saya harap saya boleh mengharungi musim sejuk ni..
dan masa sejuk ni lah, saya rasa sangat kurang produktif.
Tambahan kerja saya makin akan banyak selepas ni.
Dan musim cuti Christmas, bukan cuti untuk saya berjoli katak.


Best jugak tempat ni..


Seronok tengok kengkawan masak.
Till then, take care semuanya.

Jumpa lagi nanti.

babai.




WEEK
9 October 2011   -   15 October 2011

12 Dhul-Qa`dah 1432 - 18 Dhul-Qa`dah 1432

Oct
Dlqdh
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
912Sun5:287:2412:563:476:278:24
1013Mon5:297:2612:563:466:258:21
1114Tue5:317:2812:563:446:238:19
1215Wed5:337:3012:553:426:208:16
1316Thu5:357:3112:553:406:188:14
1417Fri5:377:3312:553:386:168:12
1518Sat5:397:3512:553:376:138:10





Thursday, September 29, 2011

Meal for two


  1. Weather for Manchester, UK

    20°C | °FThuFriSatSun
    ClearClearMostly SunnyChance of Rain
    Clear
    Wind: SE at 5 mph
    Humidity: 68%26°15°25°15°25°13°24°13°


    Assalamualaikum warahmatullah..

    Saya rindu nak menulis di ruangan ni.
    Saya tak masak laely nih.. bukan lately je.. jarang masak dah sejak dah pegang status baru.
    Rasa seronok juga baba layan saya makan pagi dengan sarapan sebelum saya menaiki tram ke universiti.
    Tu kalau kelas saya awal pagi lah.
    Kalau tengahari, makanya pagi sila masak sendiri lah.. heheh.

    Balik pon sangat best sebab baba usually dah siap masak.
    sebaik sampai rumah, dapur dulu yang saya tuju
    sebab dah lapaq setelah berjalan jauh.
    Tak pernah saya makan sejak di malaysia dengan penuh kesedapan dan kelazatan
    meski masakan baba super simple..
    Bertambah-tambah saya.

    Esoknya saya gantikan tahap pemakanan maha hebat tu dengan berjalan kaki dari Picadilly station ke Universiti.
    Jauh jugak perjalanan, dalam 15 minit.
    Tu minggu lepas lah.
    Tapi, sejak saya ada kelas, mulai Selasa lepas (27 September 2011), saya dah malas jalan..
    tak, bukan malas, cuma tak sempat untuk berjalan bagi meligan kelas jam 9. Sehari tu je lah pun kelas jam 9..
    Maka saya naik bas dari Piccadilly terus ke Universiti.
    Makanya, bila dah mula naik bas tu.. kirim salam lah kan.. nak jalan kaki .. hahahha

    Dan minggu lepas juga,
    saya berjalan kakai ke Ll0yds bank dalam kampus..
    dan dalam perjalanan ada kedai Oxfam, atau kedai yang menjual barang charity/kebajikan hasil dermaan orang ramai dengan harga murah.
    Dan saya terjebak dengan buku masakan..
    dapat sebijik buku ni dengan Thesaurus untuk dijadikan "pedoman"
    Murah je..



    dan saya rasa sangat simple masakan dan sangat praktikal, sebab tak guna bahan yang banyak dan susah.
    Just in case ada yang nak, boleh bagitau saya, nanti saya carikan.
    Ada sebuah kedai oxfam di Market Street yang lebih besar.
    Dan lebih banyak buku masakan di situ.

    Saya akan cuba update selalu kat sini.
    Sebab saya tau ada kawan-kawan yang kenal singgah untuk membaca update saya
    and you know who you are.
    Terima kasih kerana sudi ingat saya dan merindui saya.
    Jangan lupa singgah SINI juga...


    Dah dulu. Babai.


    salam hormat,

    hann


    Waktu solat

    Thursday September 29, 2011
    (2 Dhul-Qa`dah 1432)
    Local Time: 10:43:53 PM (Manchester)

    Fajr
    (Dawn)
    Shorook
    (Sunrise)
    Zuhr
    (Noon)
    Asr
    (Afternoon)
    Maghrib
    (Sunset)
    Isha
    (Night)
    5:087:0612:594:056:518:49

Sunday, May 22, 2011

Durian and pulut..







Musim durian la nih.
Banyak sungguh.
Baba bawak balik lima bijik hari tu..
Mulanya kita makan gitu je.. perkh.. lazat tak buleh nak cakap dah.


Pas tu kite masak pulut.. dalam rice cooker je..
malas nak mengukus.
Pulut lebih lembut rupanya kalau tanak gitu.. hahah.. fakta yang baru makcik tau.
Nampak sangat tak gheti kan?


Ada lagi.. kite makan macam tu je.. demi nak rasa kesedapan yang sungguh lazat.
Kite tak nak buat seri muka durian.. sebab.. malas.. hehhe
dan sebebanqnya nak makan isi durian yang sungguh best ni..
tak penah rasa sedap macam ni.


Enjoy!

Saturday, May 14, 2011

Merafak Sembah, Menjunjung Kasih..







Lama sungguh kite tak singgah sini.
sibuk dengan dunia lain.

Kali ni kite tak buat entry masak.
Cuma nak menyatakan rasa gembira dan besar hati kerana Yang Dipertuan Agung sudi mengadakan lawatan rasmi ke negeri ni dari 13 - 15 Mei 2011.



Kenapa kite suka?
suka sungguh sebab istana hinggap Tuanku sepelaung je dari rumah kite.
Dua minggu sebelum keberangkatan,
kawasan rumah kite dah ramai yang bekerja siang malam,
repair lampu,
pasang banting (kite tak suka tulis bunting.. nanti orang baca gaya bunyi tu tak best..),
polis-polis berkeliaran pi mai pi mai..

Sementelah cik baba kita ke Terengganu dalam jangka masa 7 hari,
maka kite macam lega lah sikit.. rasa selamat..

Jalan masuk kampung kite..


kali ni Tuanku balik as Yang di Pertuan Agung.
Last time balik, belum ditabalkan lagi,
maka, tak lah begitu meriah ria kampung saya.

Dulu, masa Tuanku nak balik, baru lah lampu jalan dipasang,
kalau tak, gelap gelemat kampung..
walau bulan penuh menerangi siang dan malam..
maka, atas sebab tu lah jugak,  pembangunan amat lah lambat.
Mujur juga istana Tuanku ada di sini,
dapatlah kami sama menumpang syafaat.

Sungguh.
Sangat best. Pekan Jitra sangat meriah sekarang.
Kite rasa macam ada pesta ja..

Dah dulu.
Babai.

Monday, April 18, 2011

Telur dadar dan singgang ikan ekspres








Ada masa, telur dadar adalah nampak berpuluh kali ganda sedap dari biasa..



tambah apabila digengkan dengan singgang ikan express..

 

dan dimakan di kala lapaq yang sesungguhnya ..
bertambah nasik 5 pinggan sebab orang lain tolong masakkan.

yeah. ni kisah masa kite kalut dengan kitab hari tu.
baba masak. Rasanya kite tak penah makan sebanyak itu.

Lama sungguh kite tak ke udara. Blog pon tak macam layu terkulai tanpa belaian mesra gue.. Alhamdulillah. kite baru pulih dari masa serabut. Kembali normal setelah segalanya selesai. Semoga Allah mudahkan segalanya.


Untuk semua kengkawan yang sudi tinggalkan nota kehadiran di sini sepanjang tepoh hibernisasi saya, terima kasih saya ucapkan. Saya akan bertandang ke laman kengkawan di satu ketika nanti, InsyaAllah..

Cukup dulu untuk menghangatkan blog.. :)

Wednesday, April 6, 2011

Jamie bertandang..








Lama sungguh saya tak update. Banyak masalah dengan lappy sebenaqnya yang membuatkan saya malas nak edit gambaq. Sampai berasap dah blog nih.

Dan untuk kali ni meh saya nak tayang Jamie Oliver yang bertandang ke rumah saya baru ni. Kami kenal dah lama.. cuma baru ada masa untuk berjumpaan dan bermesraan. Di mai Kedah pon tak bagitau sapa.. Kebetulan my friend yang baru balik UK bagitau yang sahabat kami ni nak mai.

This is the man. err.. sikit sipi.. dia malu nak pandang saya gamaknya..

jamie O



Dengan one of anaknya. Comel sungguh!

jamiO2


Bila lagi nak merasa air tangan dia kan? So, kami beramai-ramai let him rule the kitchen sementara kami berpoya-poya kat ruang tamu.

Dia masak ni..

jamieO3


Super delicious yang ni..

jamiO4



ni juga..

jamieO7


Cool kan..
well.. semua kat atas tu dia masak siap dalam buku.. so, kalau nak masak sendiri.. pepandai la rujuk kitab dia..

jamieO6


(dapat gak kite upload gambar diri sendiri, walau hanya jari je.. hikssssssss....)

 kite beli ni kat jualan dari belakang bonet kereta for 35 inggit jer.. Tengah mengidam nak ada full set dia.. at least boleh berjoya masak di dapur berinspirasikan Jamie.. hehhe.. akan terasa seperti memasak bersama-sama.. miahahhaha...

jamieO5


Dah dulu..
daaaa...
Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails