Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Cara Berlauk Ayam







Lately ni asik rasa teringin jee.. dan sesungguhnya kite teringin lagi cara berlauk jenis mak kite buat. Dan dengan gigihnya lah jugak kite buat lagi untuk sekian kalinya. Penah buat dulu di sini. Dan demi tak merenyahkan orang lain nak picit link, kite akan paste kat sini cara membuat inti.



Bahan-bahan inti :

Dua (2) biji kentang yang sederhana, dibuang kulit, dipotong dadu

Semangkuk kecil (atau ikut sukati nak banyak mana) isi ayam dipotong/dirincik kecil comel

Seulas bawang besar – didadukan

Bawang putih – dihancurkan

Daun kari

Sesudu besar rempah kari

Garam and gula untuk perasa

Daun bawang dan daun sup - dihiris

Sedikit air


Penyediaan :
  • Tumiskan bawang putih dan bawang besar sekali. Kacau sikit-sikit sampai bawang agak layu.
  • Masukkan rempah kari. Kacau seketika.
  • Masukkan ayam, kentang dan diikuti dengan sedikit air. Kacau sebentar.
  • Perisakan dengan garam dan gula. Kacau sekali sekala hingga air agak kering.
  • Masukkan daun bawang dan daun sup bila air hampir kering.
  • Tutup api dan biarkan inti tersebut menurunkan suhu kepanansannya. 

        Bahan adunan tepung :
        • 2 cawan tepung gandum
        • 2 cawan air
        • 1 cawan santan
        • 1 biji telur
        • 1 sudu teh garam
        • Sedikit pewarna kuning – saya gunakan serbuk kunyit

        Penyediaan bancuhan tepung :
        • Masukkan tepung ke dalam bekas.
        • Masukkan telur, garam dan pewarna.
        • Tuang santan dan air sikit-sikit dan kacau hingga nampak bagus untuk dituang. Maksud saya, Nampak macam cair macam tu lah.
        • Panaskan loyang, sapukan sedikit miyak ke dalam setiap lubang.
        • Tuang 3/4 penuh adunan tepung ke dalam setiap lubang acuan. Masukkan inti yang telah disediakan tadi sebanyak yang disukai. Tutup loyang sebentar. Tunggu hingga masak, lebih kurang 5 minit ke tujuh minit kemudian. Gunakan api yang kecil.
        Enjoy!


        Sunday, March 13, 2011

        Apom Lenggang






        Sesungguhnya kite amat suka dengan kuih yang tajuk dia apom-apom nih. Sebarang jenis apom. Teringat dulu, kalau mak pi pasar, mesti ada bawak balik apom ni, and saya akan be the first untuk ambik dan makan dengan penuh khusyuk. Paling suka kalau tepi-tepi dia garing dan rangup. Bukan masa kecik ja suka, sampai ke la ni pon suka jugak. Feeling macam tak gemuk ja kalau makan banyak pun.. hehhe

        Kebetulan kite nampak Cik Att display apom lenggang ni, kite terus buat je, tanpa pikir panjang. Kanak-kanak kat rumah ni pon suka, tapi depa buat macam pancake, makan dengan honey. Tak kisahlah, janji depa makan tanpa banyak cerita. Resipi kite ambik dari dapur Chik Mi, sebab tak payah timbang-timbang, main cawan je.. hehhe

        Bahan-bahan :
        • 2 cawan tepung beras
        • 2 1/2 cawan air
        • 3/4 cawan tapai nasi/nasi sejuk
        • 1 1/2 cawan santan pekat
        • 4 sudu besar gula – Chik mi tambah lagi 3 sudu, saya tambah dua sudu saja.
        • 1/2 sudu kecil garam
        • 1 sudu besar yis
        • 1/4 cawan air suam
        • 1 biji telur – chik mi dan saya tambah

        apom lenggang


          Penyediaan :
          • Dalam mixer, mesin halus nasi bersama 1/2 cawan air.
          • Masukkan di dalam bekas yang sesuai.
          • Campurkan yis dengan air suam dan biarkan seketika.
          • Masukkan tepung beras, 2 cawan air dan santan, telur, gaulkan sebati.
          • Masukkan nasi yang dimesin halus tadi ke dalam adunan tepung beras.
          • masukkan gula, garam dan bancuhan yis ke dalam adunan.
          • Biarkan setengah jam untuk adunan berkembang serta menggalakkan percambahan yis di dalamnya.
          • Bila adunan telah mengembang, sedia untuk di lenggang di dalam kuali yang apinya sederhana.
          • Tuangkan sesenduk ke dalam kuali, dan lenggangkan belangan dua kali, then, akan jadi cantik. Kalau nak kulit yang rangup sekali pusing ja, make sure tepi-tu nipis.
          apom lenggang

            Sebenarnya, masa saya mula buat, saya tak ikut method penyediaan ni, tapi, saya dah belasah campur semua di dalam  blender. lepas tu tuang and tunggu batter kembang. Tapi, rasanya next time round, yis tu memang kena bancuh asing, and tauk masuk bila bancuhan dah ready.

            Till then, Enjoy!

            Saturday, March 5, 2011

            Cucur udang sempoi








            Petang macam ni best layan cucoq udang ni. Tambah-tambah kalau nampak udang tertonggek kat dalam cucoq tuh.



            Kite buat simple ja, macam orang lain gak. Demi memeriahkan susana, kite tepek resipi kat sini. Untuk makluman, sukatan adalah mengikut suka ja.. Pepandai lah agak.

            Bahan-bahan :

            - Tepung gandum
            - udang segar - dibuang yang berkenaan dan dibersihkan
            - sedikit udang kering, direndam seketika dan ditumbuk halus
            - sebiji telur
            - daun kucai/ daun bawang
            - tauge (optional)
            - bawang besar dipotong kecil
            - garam dan gula secukupnya
            - air suam yang agak panas

            Penyediaan :

            - dalam bekas yang sesuai, satukan tepung, udang kering, garam, gula, telur, bawang dan dedaunan. Campurkan dengan air suam ke dalam campuran berkenaan, dan kacau rata semua bahan hingga sebati.

            - sesuaikan bancuhan tepung untuk dijemput kecil ke dalam kuali.

            - Letakkan seekor udang di atas bancuhan tepung, dan tutupkan dengan sedikit tepung lain, ni nak bagi udang tu duduk diam-diam dalam cucoq nanti.

            - goreng dalam minyak panas.


            Nota : kite perasan deskripsi kepada resipi adalah sangat buruk. Belasah je. Sapa tak paham, sila hantaq e mel.. Hikssss...

            enjoy!





            - Posted using BlogPress from my iPad sambil tunggu cik baba memancing and anak-anak enjoy bermain di padang.. Sungguh berangin di bawah pepohonan ini..

            Wednesday, March 2, 2011

            Murtabak Maggi







            Ada ketika hari tu majoriti kengkawan dapur buat murtabak maggi ni. Kite pon layan jugak.. Hasil bertenggek di  dapur mek hana kat jepun..  tengkius ye!
            Tak rajin nak merepek  sebab hari ni kite baik.. hiksss
            Bahan-bahan :
            • 1 bungkus mee segera (hana & k.watie  dan saya gune Maggi Kari)
            • 2 biji telur
            • 1 peket serbuk perisa mee segera
            • 2 atau 3 sudu besar daging cincang yg dh di goreng terlebih dahulu - hana goreng buh sos tiram n lada sulah sket – saya tiru hana
            • 1 biji bawang besar - dipotong dadu & kecil
            • 1 biji cili merah - dadukan halus
            • daun sup@daun bawang
             
            Penyediaan :
            1. Rebuskan mee maggi sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
            2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati. Masukkan inti karipap,cili merah,daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
            3. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.

            Enjoy!

            Wednesday, January 19, 2011

            Seri Muka Bakar






            Macam tak sengaja je terbuat menda alah ni. Suka nak makan, tapi macam tak berani nak buat. Tapi, kite gagahi jua sebab ada daun pandan hak kite kidnap kat garden opis baba dah tak berapa nak hensem. Mujur jugak masih berwarna hijau.

            Dan kebetulan, ada kakak di pejabat kite ni yang selalu ambik tempahan untuk kuih ni, tapi versinya adalah bakar. So, kite tiru dia, masukkan dalam oven (dia bubuh dalam microwave) untuk menjadikannya seri muka bakar.

            
            

            Resipi ni kite tiru hak Dayang Jack punye.. original recipe di sini..
            (tq DJ!)


            Seri Muka
            Bahan-bahan
            • Bahan lapisan bawah
            • 500 gm beras pulut
            • 400 ml santan cair
            • 1 sk garam
            • 2 sb minyak

            • Bahan lapisan atas
            • 120 gm tepung gandum
            • 3 sb tepung jagung
            • 140 gm gula
            • 3 biji telur
            • 450 ml santan pekat
            • 1/2 sk garam
            • 300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

            Cara-cara
            1. Untuk lapisan bawah
            2. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
            3. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
            4. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
            5. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
            6. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
            7. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
            1. Untuk lapisan atas
            2. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
            3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
            4. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
            5. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
            6. Part ni kite tambah : Masukkan dalam microwave/oven untuk proses bakar lapisan atas. Gunakan api bahagian atas sehingga lapisan tersebut nampak macam terbakar atau sedikit dry dah boleh keluarkan dari oven.
            7. Tunggu sejuk dulu baru potong..

            Enjoy!

            Monday, December 27, 2010

            Puff Berkrim Kastad








            Sebetulnya dah lama berangan nak menjadikan benda alah ni kenyataan. Tapi tu lah, namaya pun berangan.. Cuma few days lepas dapat merealisasikan keberanganan itu. Tu pun macam nak buat untuk dibawa ke jamuan jiran tetangga.

            Kebetulan entry kali ni sama dengan Cik Lady of Leisure punya.. Sama-sama guna resipi Cik Mat Gebu. Tapi puff Lady posing anggun. Saya punya just like kalut buat, and kalut ambik gambaq sebelum hantar semua puff tu pi rumah jiran.



            Saya copy Cik Mat punya resipi dan lekatkan di sini saja. Tq Cik Mat.

            Bahan-bahan :
            BAHAN CREAM PUFF :
            • 50 gram mentega
            • 125 ml air
            • 1/3 camca teh garam
            • 75 gram tepung gandum, diayak
            • 1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
            • 1/2 camca teh esen vanilla

              BAHAN CUSTARD CREAM :-)
              • 1 kuning telur
              • 150 ml whipping cream
              • 1 1/4 camca besar tepung custard
              • 25 gram gula halus
              • 1 camca besar parutan keju cheddar
              • 1/2 camca teh esen vanilla
              CARA MEMBUATNYA :-)
              1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
              2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
              3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...
              Enjoy!

              Wednesday, December 15, 2010

              Tapai Pulut dan Kelapa Parut







              Saya pernah mengentrykan sesuatu tentang makanan yang disediakan dan disajikan oleh ibu mertua saya kepada menantu-menantunya, termasuklah anaknya, di sini satu ketika dulu. Saya ada sentuh sikit tentang tapai yang ibu mertua saya pernah buat.

              Dikisahkan tentang tapai ni, sekian lama lebih suku abad hidup, lidah dan tekak saya memang menolak akan rasa tapai tu.. nak cerita macam mana eek.. geli sebab dia macam lembut-lembut je masuk mulut.



              Tapi bila ibu mertua tersayang saya ni cakap suruh cuba sikit, and makan together dengan kelapa parut, atau dalam istilah saya adalah nyoq kukoq (dalam bahasa lemah lembut adalah nyiur kukur), saya tetiba merasai bahawa tapai itu adalah sangat nikmat yang tak terhingga.. lazat, nyaman, lembut, senang hadam.. lemak masin dan manis.. oh! macam heaven gitu! Tapi semenjak ayah mertua saya kurang sihat, maka aktiviti menapai ni telah dihentikan. Maka andai teringin benar, saya terpaksa akan beli ja.

              Dan ada seketika hari tu kami sekeluarga ada balik ke kampung tercinta di Tebuk Jawa, Parit Buntar, Perak, Malaysia. (Kasi up sikit Kampung baba..) Saya ada hint sikit-sikit kat ibu mertua saya untuk petua mendapatkan hasil tapai yang baik..  (sebenaqnya nak habaq.. plis.. pliss... cek lapaq tapai.. toolong lah buat untuk cek..) Dengan baik hati, segalanya diperturunkan.. tapi saya macam dok doa hak dalam kurungan di atas tu lah.. maka ilmu yang masuk agak kurang melekat di dalam otak.  Mak cakap, buat tapai kena secret-secret, tak boleh orang tau. Kalau ada sapa mai rumah masa tengah buat tapai, kena main aci sembunyi. Kalau dia tau kata tuan rumah tengah buat tapai, sure tak jadi punya, sambil beliau quote satu story tragis pasai buat tapai di dalam kampung bertuah itu. Banyak pantang larang. Bergantung kepada pembuat masing-masing. Ada yang kebal, tak kisahlah kalau sekampung tahu pun.

              Air tangan ibu mertua.. sedap sungguh..

              Dan minggu lepas saya pulang lagi ke kampung nan indah itu untuk meraikan kenduri khatan anak sedara. Mak ada cakap dan jemput saya untuk makan tapai yang dibawa pulang oleh one of my sisters in law. Hehe.. macam tau je saya hampir menjadi hantu tapai pada masa tu.. Saya makan sikit je.. malu-malu kucing.. hahha

              Kampung Tebuk Jawa, Parit Buntar, Perak, Malaysia


              Sedap! Tapi tak boleh lawan hak saya mula makan dulu.. Serius.. saya rindu tapai ibu mertua saya.. next time balik nak try ajak buat bersama.. hehheheheh. Tapi lebih afdhal kalau siap dulu tapai tu dan saya balik makan je.. zalim tak kalau lagu tu?

              Sebenanqnya, kalau makan je, tak payah buat apa.. memang lah sedap.. kan?


              Friday, December 3, 2010

              Chicken curry puff







              Kite agak lama sikit macam nak makan karipap. Tak mau beli punya. Tak best. Nak buat sendiri. Nak yang macam mokwo punya kat sini, berlapis-lapis.. pergh.. feveret weyh! Tapi ada masalah lain yang banyak, dan paling utama adalah kurang rajin nak menguli/membuat pastry. Nak cepat, dan up sikit macam bakeri punya taraf, saya guna pastry segera, cap Kawan tu. Inti je kite saya buat sendiri. Saya dah pernah mengentrikan yang sama sebelum ni, di sini. Ye lah.. benda suka makan.. banyak kali lah buat.. hiks..

              Untuk meramaikan entry ni, saya salin dan lekatkan di sini resipi karipap chicken curry puff ni.

              Bahan-bahan :
              • Beberapa keping puff pastry segera, jenama Kawan
              • Kuning telur + sesudu teh susu cair, digaul. Ni Mat kata. Saya omit the susu punya part, mix kuning dan putih telur sekali.
              • Dua (2) biji kentang yang sederhana, dibuang kulit, dipotong dadu
              • Semangkuk kecil (atau ikut sukati nak banyak mana) isi ayam dipotong/dirincik kecil comel
              • Seulas bawang besar – didadukan
              • Bawang putih – dihancurkan
              • Daun kari
              • Sesudu besar rempah kari
              • Garam and gula untuk perasa
              • Daun bawang dan daun sup - dihiris
              • Sedikit air

              Penyediaan : Inti Curry Puff
              • Tumiskan bawang putih dan bawang besar sekali. Kacau sikit-sikit sampai bawang agak layu.
              • Masukkan rempah kari. Kacau seketika.
              • Masukkan ayam, kentang dan diikuti dengan sedikit air. Kacau sebentar.
              • Perisakan dengan garam dan gula. Kacau sekali sekala hingga air agak kering.
              • Masukkan daun bawang dan daun sup bila air hampir kering.
              • Tutup api dan biarkan inti tersebut menurunkan suhu kepanasannya.

                Membalut inti dengan pastry
                • Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah.
                • Bahagian satu lagi, diletak inti, tutup dengan bahagian yang dipotong.
                • Trim tepi bagi melekat dengan garfu.
                • Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
                • Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit.
                • Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..
                Enjoy!

                Friday, November 12, 2010

                Cekodok oolalla







                Saya balik kampung yang minggu lepas. Kebetulan ibu mertua saya pada petangnya hidangkan cekodok pisang untuk menantunya anaknya dan cucunya.Macam saya pernah bagitau dulu, kuihnya biasa-biasa ja, tapi hasilnya.. best gilllaa.. hahha Saya pun dengan bagusnya tanya lah apa rahsia yang membuatkan cekodok pisang ni lazat amat. Setelah mendapat petua dan makan bagai nak rak.. hahha.. mak mertua saya bagikan dua sikat pisang untuk saya balik proses. Ok.

                First try.. masa masuk dalam belanga, macam bagus je kembang.. hepi dah sekerat jalan. Tunggu dia sejuk sikit.. oh! No! Mereka mengecut! nampak sungguh buruk.. oh! macam ni haa..



                Tekstur dalaman.. banyak pisang.. maknanya tepung sikit lah gamaknya. Kak Som and kak Rosni pon cakap macam tu. Tapi, sedap depa kata. Baba je cakap masih tak sampai tahap macam mak dia buat.



                Memandangkan paginya saya buat, dan bawak semua pi opis setelah kanak-kanak tu jamah sikit. Rupanya baba cakap dia sempat rasa satu je. Baliknya saya buat lagik.. Heheh.. menjadi bebeh! Suka!! Sedap, lembut, gebu.. bulat.. dan tak kecut.


                Setelah masuk dan keluar belanga dan beberapa ketika, rupa parasnya masih tegang macam disuntik botox gitu!Kali ni boleh makan sakan sikit.. tak malu dah..



                Ni cara yang ibu mertua saya perturunkan :

                Pisang masak
                Gula secukupnya
                Garam se atau dua cubit.. agak-agaklah
                Tepung secukupnya
                Sedikit soda bikatbonat

                Penyediaan :

                Lenyek pisang- saya lenyek ala-ala je.
                Masukkan gula, garam dan soda bikarbonat, kacau lagi
                Masukkan tepung dan kacau rata.Kalau Tepung banyak, maka akan gebulah cekodok tu, kalau tak, akan kecutlah dia.
                Panaskan minyak. Once panas, jemput dengan lima jari..
                then tauk-tauklah kat dalam belanga yang minyaknya agak panas dan banyak.
                Nak bagi lebih bulat adalah perlu sentiasa mengacau semasa proses menggoreng.
                Agak warna dah keperangan sikit, bolehlah angkat dan makan dengan kopi o panas..
                Adehh, mak mertua lalu pun boleh tak ajak makan tau! Haha



                Tekstur dalaman yang gebu, nampak tak kat atas tu?

                Oh! kenapa namanya cekodok oolalla..? teringat zaman kanak-kanak yang bebas dari masalah dulu. Masa tu saya ada abang dan adik lelaki. Saya juga ganas seperti mereka. Once bergaduh, mereka akan ejek saya dengan nama tu lah.. Tah hapa-hapa kan?


                Friday, November 5, 2010

                Selamanya adalah sedap






                Kalau pergi Trengganu, pastinya buah tangan hak mesti kena bawak balik adalah keropok/kepok lekor Trengganu. Kalau ada pun di sini, hatta di tempat lain pun, mana mungkin sama dengan Trengganu punya.

                Mengunyah kepok lekor ni pada saya, tak kira lah pagi, petang siang malam tengah malam buta, memang sedap. Lagi satu yang membezakan kepok leko ni dengan yang lain adalah sosnya.. lain seyh.. Boleh je kalau nak celup masuk dalam sos life atau yang sewaktu dengannya, tapi kurang umpph.

                Teringat zaman join baktisiswa "Cakna" tahun 96 dulu, di kampung Kuala Abang, Trengganu. Mak angkat saya bagi makan ni untuk breakfast sebelum pi program.. Best.. semua best!

                Untuk sekian kalinya, layan mata je.. hikss..


                Enjoy!

                Sunday, October 17, 2010

                Corn Fritters






                Corn Fritters pulak kali ni. Sengaja dibagi sentuhan nama omputih sebab last time buat nama dia melayu tulen. Kebetulan baba yang pi shopping kat kedai di dalam kampung ni telah dipromot akan jagung yang sungguh fresh. Kata makcik tu sangat best dan manis. Baba bawak balik 10 puntung.. saya dah lupa pasal penjodoh bilangan.. betul ke penggunaan puntung untuk jagung, atau jantung?

                Well, jagung ini sungguh cantik. Atas permintaan ramai penghuni dalam rumah, maka dijelmakan jagung ini menjadi corn fritters yang tak sampai setengah jam lepas masak, dah habis semua.

                jagung yang best!



                Corn Fritters
                Resipi di sini

                Enjoy!


                Tuesday, October 12, 2010

                Kuih yang ibu mertua buat untuk dijamu kepada menantu






                Tajuk entri yang panjang.. dan menunjukkan betapa ibu mertua adalah sangat baik kepada menantu-menantunya yang memang baik sebab tolong merabiskan makanan yang beliau buatkan. Heheh.

                Kebetulan hari tu ramai anak ibu mertua saya berkumpul, termasuklah menantunya dan cucu-cucunya. Bila dah ramai ni, maka akan banyaklah sesi makan. Ada yang request (mujur anaknya yang request.. kalau menantu tah masuk level hantu dah apa.. haha) nak makan kuih yang berasaskan tepung pulut.

                Ni lah hasilnya. Ni adalah Buah Melaka. Er.. ni Ayah yang request. Tapi yang makan bersungguh hati adalah cucunya.. (cover line menantu..). Biasalah buah melaka je kan.. Tapi yang ni tak tau lah pasaipa.. sedap. nak kata metod pembuatan lain, tak juga.. macam tu juga lah. Tapi sedap!



                Yang nombor dua nih.. makcik mintak ampun, lupa kat nama kuih ni. Macam tepung talam, tapi bukan. Base bawah dibuat dari tepung pulut, macam nak buat buah melaka juga, tapi lebih cair. Masukkan dalam kukusan. Sementara tu, sediakan base atas.. tak keras sangat.. macam2 gitu2 je.. kalau pegang tak jatuh, kalau potong dia tak cayaq. Kalau tuang, tumpah. Gitu le riwayat dia. Sedap! Ada yang makan dia sorang sampai dekat nak habis sepinggan.. Kata mak mertua saya, ni adalah makanan tradisi belah2 utara Perak. Sapa yang boleh bagi nama kuih ni, sila bagitau saya.


                Nak gak tunjuk sikit pinggan antik..

                Tapai pulut yang mak mertua saya buat pon adalah super duper sedap. Sebelum ni saya tak makan, tapi once makan kat kampung, saya terus teringat kat tapai beliau. Bukan saya tak boleh cuba nak buat atau beli. Tapi saya rasa tapai beliau amat best.. sedap-sedap.. lembut.. manis-manis.. adeeh.. tambah kalau letak nyioq/kelapa sikit.. aduss.. lagi best! Agak-agak kalau saya mintak beliau buatkan demi saya.. boleh tak? Malu tak kalau macam tu? Psstt.. anak dia tak mao cakap kat mak dia bagi pihak saya.. Sedih.


                Thursday, September 16, 2010

                Series of Ketupat





                Hari ni Hari Malaysia. Jadi, saya ucapkan Selamat Menyambut Mari Malaysia untuk semua yang singgah di sini. Sesungguhnya kita amat bertuah menjadi rakyat Malaysia, Alhamdulillah. Semoga dengan cuti yang diberikan ni, kita akan merasai akan lebih keMalaysiaan, tambah lagi banyak yang buat rumah terbuka hari ni. Kami kat Kedah ni, cuti hari ni, esok dan lusa.. lagi la meriah.. hikss..

                Mengambil kesempatan raya ni, nak le tayang jugak sajian utama di sebelah sini, di mana ketupat adalah ibu segala sajian bagi hari raya. Tadak ketupat ni, macam tak rayalah kiranya.. hiks. Kat sini juga, ketupat dihasilkan dengan daun palas. Sebelum mula buat ni, kenalah buat mock ketupat dulu, kalau tak, nanti susah nak balut. Lupa pulak nak capture daun pala. manalah tau, kot satu hari nanti berlaku kepupusan hutan ke, tak sempat anak cucu cicit nak tengok daun tu.


                Seawal pagi, mak saya telepon, remind untuk tolong balut ketupat. Sesungguhnya saya tak terer balut. Setahun sekali je godek ketupat nih. Tu pun tertakluk kepada giliran raya jatuh di Alor Setar. Dan kali ni juga, kakak ipar saya yang terer balut ketupat tu beraya di kampungnya. Mak cakap, kalau kakak balut sensorang kejap je dia setel sebesen pulut. Makcik ni, kalau kena sebesen tu sensorang, tak makan ketupatlah agaknya. Hiks.


                Mak bagitau, sekarang ni upah untuk membalut ni dah mahal. dua cupak pulut yang kita sediakan untuk mereka balut, di charge sebanyak RM 70. Wah! Lumayan tuh. Jadi, mak cakap, sila polish skill, supaya tahun depan buleh ambik upah balut ni je. Ok! saya akan bukak tempahan raya.. Aidil Adha nanti kepada semua penduduk Kedah dan Perlis, Insya Allah!

                Jauh aku melilau. Now back to ketupat. Sebelum nak mula membalut, kenalah tanak pulut dulu, about half cook atau santan dah kering dan sesuai untuk balut, then boleh mulakan. Berikut adalah yang dah siap dibalut dan ditrim cantik..

                Siap. tengah queue nak masuk periuk
                Sesungguhnya nak balut ketupat ni memerlukan jemari yang terer untuk membalut, dan penting sekali adalah memastikan supaya air tak masuk di lubang-lubang yang terdapat pada ketupat itu. Kalau masuk tu, akan lembut lah sikit, lembut sebab kena ayaq.

                Untuk menjadikan ketupat sedia untuk dimakan, boleh pilih metod kukus atau rebus. Dua-dua selamat dimakan. Since saya tak pro, saya ajak mak kukus, supaya air tak masuk lubang. Tapi makcik tu nak jugak rebus. Merujuk kepada gambar rajah di bawah, nampak tak serpihan pulut yang keluaq tu..? Ok lah overall. Makan serupa tu jugak kan?

                Dah siap masak
                Ada jugak cebisan pulut yang dok jengoi keluaq..
                 

                Ni dah siap potong untuk memudahkan proses masuk dalam mulut
                Lazimnya, kalau giliran beraya adalah di Alor Setar, kami akan bertolak pulang ke kampung sebelah arjuna hati di Parit Buntar pada sebelah tengahari. Memandangkan raya kali niraya jatuh hari jumaat, jam 11 kami dah bertolak ke sana. perjalanan ambil masa dua jam dengan pemanduan berhemah.

                Berikut adalah versi ketupat sebelah Perak Utara. Saya rasalah, sebab rata rumah yang kami beraya, macam ni lah ketupatnya. Kak Rosni, yang suaminya seParit Buntaq dengan baba pun cakap macam tu. Ketupat ni dibalut dengan daun pisang. Cara macam ni, confirm ayaq tak boleh nak masuk. Dan, personally, saya suka balut ketupat ni. Express weyh. Setalam sat ja boleh habis, tambah la kalau buat besaq-besaq. 

                Dah siap masak.

                Tunggu nak kena potong

                 
                Lemak, berkilat, sedap

                Nasi impit pun ada disediakan, sebagai alternatif kepada yang tak makan pulut. Ye lah. kata orang, pulut ni buat mengantuk lah, angin lah, sakit urat lah. Jadi ada nasi impit ni, senang lah. tambah lagi yang dah siap dibungkus. Balik rumah, masuk periuk je.

                Nasi yang dihimpit-himpit

                Cicah dengan kuah kacang mak saya yang best!
                Saya lupa kat rendang ibu mertua saya yang menjadi pujaan semua anak dan menantu serta cucu beliau. Harap, anaknya yang dok serumah dengan saya ni, tak sedih sebab saya lupa nak merekod hasil air tangan ibunya untuk dijadikan tatapan di kala dia teringin nak makan rendang.

                Lemang tak dijumpai untuk raya kali ni. hanya nampak di tepi-tepi jalan tanpa membeli. makanya dalam entri ini, tiada lemang itu.

                Amatlah terasa seperti masih di dalam hari raya sebab buat entri ketupat nih. Apatah lagi mengingatkan akan lembutnya, gebunya, lemaknya, kenyangnya dan lazatnya menikmati juadah itu, dan dicicah dengan rendang hasil buatan ibu-ibu tersayang. amatlah best sangat. tambah-tambah kalau takat balik, dan makan je.. hahah.. tak pe, nanti time giliran di parit Buntaq, kite tolong pulak ye!

                Raya kan sebulan? Makanya untuk semua yang sudi membaca, Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

                Wednesday, September 1, 2010

                Roti Jala







                Demi menyambung gulai daging dengan sebenda yang lain, saya telah dengan sesungguh hati menjadikan menu roti jala pulak ke alam kenyataan. Hiks.. pinjam resepi Kak Rinn..



                Bahan-bahan:
                2 cawan tepung gandum
                4 cawan air
                1 biji telur
                1 camca teh garam
                1/2 paket serbuk santan (Guna santan segar pun boleh)
                Sedikit serbuk kunyit

                Cara-cara :

                1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan kacau hingga
                sebati dan rata. Tapis untuk mengelakkan tepung berketul dan bakal
                tersumbat di lubang acuan roti jala.
                2. Tebar roti jala di atas kuali leper atau non-stick frying pan. Terbalikkan
                beberapa kali sehingga masak.
                3. Hidang bersama kari ayam atau daging.


                Enjoy!

                Monday, August 30, 2010

                Kuih Cara Berlauk







                Saya rindu mak saya.. hiks.. sebenarnya rindu kepada kuih cara berlauknya yang lama dah dia tak buat untuk saya makan. Makanya, saya telah menggunakan inti yang mak saya tak pernah ajaq saya buat, tapi akhirnya saya berjaya buat. Saya tak pasti ni ayat apa.. tragis ka apa. Tapi, saya simpulkan bahawa merindui masakan mak saya adalah sama saya merinduinya. Malah lebih lagi merindui mak itu. Sob sob sob.. saya buat ni, tapi tak dan nak pos ke mak saya untuk dia rasa ayaq tangan anak dia yang comel ni. Hahah. Ni percubaan pertama. Agak berderemen sikit, orang kedah kata.. comot lah tu maknanya. Wiken nanti saya akan buat dan hantaq kat mak saya, InsyaAllah. Jauh menyimpang nih. Back to the kuih cara berlauk nih, saya telah menggunakan Kak Rinn punya resipi untuk bancuhan tepung. Untuk pengisian inti, sila rujuk sini. Jom layan resipi... zass!

                Oopss.. Sebelum lupa, selamat menyambut Kemerdekaan Tanahair. Selamat memerdekakan diri dari segala unsur yang tak baik, selamat bercuti dan selamat membuat kuih raya.. heheh.


                Bahan-bahan :
                • 2 cawan tepung gandum
                • 2 cawan air
                • 1 cawan santan
                • 1 biji telur
                • 1 sudu teh garam
                • Sedikit pewarna kuning – saya gunakan serbuk kunyit
                Penyediaan :
                • Masukkan tepung dan bekas.
                • Masukkan telur, garam dan pewarna.
                • Tuang santan dan air sikit-sikit dan kacau hingga nampak bagus untuk dituang. Maksud saya, Nampak macam cair macam tu lah.
                Enjoy!

                p/s : Sori ye kengkawan. Makcik penin sikit.. sedang cuba untuk melupakan kejadian melecture lecturer itu.. hahah. Tobat penin nih.

                Share

                LinkWithin

                Related Posts with Thumbnails