Showing posts with label Sayur Mayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur Mayur. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Yummy Scrummy Carrot Orange Cake

Weather for Manchester, UK

10°C | °FThuFriSatSun
Mostly SunnyChance of RainMostly SunnyFog
Clear
Wind: S at 13 mph
Humidity: 82%12°14°13°12°



Yeay!!
Akhirnya setelah lama memendam rasa, saya berjaya membaking.
melihatkan ada baki carrot dan orange dalam peti sejuk tu,
saya menggodek resipi yang akan menjadikan kombinasi dua benda tu.

Saya nak sampaikan jugak penghargaan saya kepada host kami masa ketibaan kami kat sini.
sebelum dalam tempoh tiga minggu lepas kami sampai, mereka balik Malaysia.
Dan banyak barang peninggalan Julia untuk saya memasak dan membaking.
Cuma yang tak dak adalah mixer dan weighing scale.
Tapi, minggu lepas, saya dah beli, dengan harga 7 pound kat curry's di sini..
Dan untuk bab sukatan, saya belasah ja..
guna basic measurement yang ada kat bawah page saya ni.. i.e simple chart for simple measurement.

Hasil kek ni adalah sangat best. Tak tipu.
Sebab anak-anak makan sejak dah siap baking.
Esok paginya sebelum pegi sekolah makan lagi.
Once saya balik kelas, tinggal baki untuk saya ambik gambar je.
So, hasil gambar adalah sedikit buruk,
tapi hasil masuk dalam mulut sangat superb!
yang penting, senang, dan tak payah nak bawak keluaq mixer.
I like.

Nampak macam berderai. tapi sebenarnya tak. Ni je yang tinggal untuk buat bahan bukti



Resipi kite cedok dari sini
Saya bagi sukatan yang saya guna.

175g light muscovado sugar / 3/4 cawan gula
175ml sunflower oil / 175 ml minyak sunflower
3 large eggs , lightly beaten / 3 biji telur dipukul seketika
140g grated carrots (about 3 medium) / 4 biji carrot bersaiz kecil
100g raisins / sejemput kismis - tu je yang ada pun..
grated zest of 1 large orange / 1 1/2 biji air perahan oren
175g self-raising flour / 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp bicarbonate of soda / 1 sudu teh soda bikarbonat
1 tsp ground cinnamon / sedikit serbuk kayu manis
½ tsp grated nutmeg (freshly grated will give you the best flavour) / (saya tak letak yang ni)

FOR THE FROSTING

175g icing sugar
1½-2 tbsp orange juice

* Saya tak buat ising. Selain malas (hahah..) rasa kek adalah sedikit manis dari saya expect. Tapi sangat suit bila dah makan.. jadiknya macam elok-elok je.. Boleh kurangkan sedikit lagi gula sekiranya perlu.


Tatacara :

Preheat the oven to 180C/Gas 4/fan 160C. Oil and line the base and sides of an 18cm square cake tin with baking parchment. The easiest way to do this is to cut two long strips the width of the tin and put each strip crossways, covering the base and sides of the tin, with a double layer in the base.

Tip the sugar into a large mixing bowl, pour in the oil and add the eggs. Lightly mix with a wooden spoon. Stir in the grated carrots, raisins and orange rind.

Mix the flour, bicarbonate of soda and spices, then sift into the bowl. Lightly mix all the ingredients - when everything is evenly amalgamated stop mixing. The mixture will be fairly soft and almost runny.

Pour the mixture into the prepared tin and bake for 40- 45 minutes, until it feels firm and springy when you press it in the centre. Cool in the tin for 5 minutes, then turn it out, peel off the paper and cool on a wire rack. (You can freeze the cake at this point.)

Beat together the frosting ingredients in a small bowl until smooth - you want the icing about as runny as single cream. Set the cake on a serving plate and boldly drizzle the icing back and forth in diagonal lines over the top, letting it drip down the sides.


Saya tak terjemah pun..
bebudak ni dah berperang.
Sapa yang nak saya translate, sila habaq.
Got to go now.

Till then.
Selamat mencuba and enjoy!
Babai




WEEK
13 November 2011   -   19 November 2011

17 Dhul-Hijjah 1432 - 23 Dhul-Hijjah 1432


Nov

Dlhjh

Day

Fajr
(Dawn)

Shorook
(Sunrise)

Zuhr
(Noon)

Asr
(Afternoon)

Maghrib
(Sunset)

Isha
(Night)
1317Sun5:287:3011:531:524:156:18
1418Mon5:297:3211:531:514:146:16
1519Tue5:317:3411:531:494:126:15
1620Wed5:327:3611:541:484:116:14
1721Thu5:347:3711:541:474:096:13
1822Fri5:357:3911:541:464:086:12
1923Sat5:377:4111:541:454:076:11







Wednesday, October 26, 2011

Giant Kebab

Weather for Manchester, UK

9°C | °F
WedThuFriSat
Mostly SunnyChance of RainMostly SunnyChance of Rain
Light Showers Rain


Wind: S at 7 mph


Humidity: 87%12°10°11°12°



 kebab..

 

besar gillaa.. kenyang dua hari!


Last-last tinggai cabai tu ja..
hak yang dok ada dalam tu pon dah cukup pedas.
Kite tak buat.. beli je.
Share dengan baba.

Dah dulu.
babai.


WEEK
23 October 2011   -   29 October 2011

26 Dhul-Qa`dah 1432 - 2 Dhul-Hijjah 1432

Oct
Dlqdh
Dlhjh
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
2326Sun5:537:5012:533:235:567:52
2427Mon5:557:5212:533:215:537:50
2528Tue5:567:5412:533:195:517:48
2629Wed5:587:5612:533:185:497:47
2730Thu6:007:5812:533:165:477:45
281Fri6:028:0012:533:155:457:43
292Sat6:038:0112:533:135:437:41





































Tuesday, June 21, 2011

Kobis masak lemak berudang





Hari tu kite balik kampung. Kakak ipaq kite masak sayur lemak tauge.. Pas tu ada sambal belacan sikit dengan gulai.. Kite makan nasik bertambah-tambah.. Kite rasa makan nasik adalah lima puluh tujuh kali ganda sedap kalau ada sayur masak lemak gini, and ikan goreng, and sambal.. Wallaweyh..

Dan balik rumah, kite buat kobis masak lemak ni lah, campur dengan tauhu, atau orang kedah and belah utara ni panggey toku’a.. hehe.. sapa pandai sebut? sila angkat tangan.

Kite belasah je masak ni. Tapi demi tak menghampakan orang yang menggoogle resipi ni, kite letak kat bawah style kite masak ni.



Bahan :
  • Kobis
  • Sebijik bawang besar, hiris halus
  • Santan cair dan pekat
  • Udang
  • Tauhu
  • Cili merah

    Penyediaan :
    • Masukkan  kobis bersama bawang besar, bawang putih, udang  dan santan cair. Bila mendidih, masukkan tauhu dan cili merah. 
    • Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api.
    Enjoy!


    Tuesday, March 15, 2011

    Pengat Pumpkin








    Kite letak nama baru pulak.. dulu dah penah entrykan pengat yang sama di sini. Kebetulan hari tu terasa macam sesungguhnya mengidam nak makan labu.. makanya buat jugak sikit. Best je layan tekak.

    Bahan-bahan :
    • Setengah biji labu manis, dipotong dadu sederhana besar
    • 1 genggam sago biji, cuci dan toskan
    • santan pekat
    • gula merah dan gula pasir secukup rasa
    • garam mengikut kesesuaian
    • air secukupnya
    • 1 helai daun pandan, disimpul

    Photobucket


    Penyediaan :
    • Rebus labu dengan daun pandan dan sagu hingga labu empuk, dan sago kembang.
    • Masukkan garam dan gula. sesuaikan mengikut rasa.
    • Tuang santan pekat, kacau perlahan. Biarkan mendidih seketika. Boleh terus matikan api. Siap untuk dihidang.
    Enjoy!

    Saturday, March 5, 2011

    Cucur udang sempoi








    Petang macam ni best layan cucoq udang ni. Tambah-tambah kalau nampak udang tertonggek kat dalam cucoq tuh.



    Kite buat simple ja, macam orang lain gak. Demi memeriahkan susana, kite tepek resipi kat sini. Untuk makluman, sukatan adalah mengikut suka ja.. Pepandai lah agak.

    Bahan-bahan :

    - Tepung gandum
    - udang segar - dibuang yang berkenaan dan dibersihkan
    - sedikit udang kering, direndam seketika dan ditumbuk halus
    - sebiji telur
    - daun kucai/ daun bawang
    - tauge (optional)
    - bawang besar dipotong kecil
    - garam dan gula secukupnya
    - air suam yang agak panas

    Penyediaan :

    - dalam bekas yang sesuai, satukan tepung, udang kering, garam, gula, telur, bawang dan dedaunan. Campurkan dengan air suam ke dalam campuran berkenaan, dan kacau rata semua bahan hingga sebati.

    - sesuaikan bancuhan tepung untuk dijemput kecil ke dalam kuali.

    - Letakkan seekor udang di atas bancuhan tepung, dan tutupkan dengan sedikit tepung lain, ni nak bagi udang tu duduk diam-diam dalam cucoq nanti.

    - goreng dalam minyak panas.


    Nota : kite perasan deskripsi kepada resipi adalah sangat buruk. Belasah je. Sapa tak paham, sila hantaq e mel.. Hikssss...

    enjoy!





    - Posted using BlogPress from my iPad sambil tunggu cik baba memancing and anak-anak enjoy bermain di padang.. Sungguh berangin di bawah pepohonan ini..

    Friday, February 11, 2011

    Sambal Udang Berpetai








    Singgah di kedai runcit kat rumah hari tu, cadang nak beli benda lain, tai tetiba ternampak petai yang macam blinking at me.. owh.. tetiba tak tahan godaan. Terus tukar menu tengahari jadi menda alah ni.

    Well, petai ni busuk, tapi banyak khasiatnya.. kite penah entrykan tentang di sebalik petai tu, di sini dan  di sini. Apa pun, yang busuk tu selalunya sedap.. Jom layan resipi.



    Bahan-bahan :
    • Petai
    • Udang - dibersihkan
    • 2 ulas bawang putih
    • 15 tangkai cili kering*
    • Sikit belacan*
    • Sebiji bawang besar* (diblend sewajarnya)
    • Air asam jawa
    • Garam 
    • Gula
    • Bawang besar yang dimayang 

      Penyediaan :
      •  Tumiskan bawang putih.
      • Masukkan bahan yang di blend, biarkan hingga pecah minyak.
      • Masukkan air asam jawa.
      • Masukkan petai.
      • Balancekan rasa dengan memasukkan gula dan garam mengikut kadar yang sesuai.
      • Masukkan udang dan bawang besar yang dimayang.
      • Biarkan mendidih seketika dan boleh tutup api, dan sedia untuk dihidang.
      Enjoy!


      Saturday, December 11, 2010

      Cendawan Goreng Rangup







       

      Cara mudah nak bagi empat kanak-kanak kat rumah ni makan sayur.. Saya guna resipi Hana of the Enoki Goreng Keju panas. Saya guna cendawan yang bukan enoki dan omit part keju tu. Rasanya masih dahsyat.. hehhe.. sedap lah tu maknanya. Dan bagi tujuan untuk tidak terlalu merasakan bahawa yang digoreng itu adalah sebagahagian dari sayur, maka saya telah kecil-kecilkan si cendawan itu.

      Bahan Pencelup

      • 50 gm tepung gandum
      • 15 gn tepung jagung
      • 1 s.teh serbuk bawang putih – hana dan saya parut bawang putih
      • 1/2 s.teh serbuk paprika- hana dan saya lebihkan gune serbuk lada + serbuk kari
      • 3/4 s.teh garam
      • 1/4 s.teh serbuk lada sulah
      • 1/2 s.teh serbuk penaik
      • 100 ml air sejuk – saya guna air biasa


      Bahan Taburan (kacau rata)

      • 150 gm tepung gandum
      • 2 s.mkn tepung jagung
      • 1/2 s.teh serbuk lada sulah
      • 1 1/2 s.mkn keju parmesan- x letak sbb xde stok tp menten sedap!


      Cara-cara

      • Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya – saya carik kecil-kecil cendawan itu
      • Kacau rata bahan pencelup.
      • Celup cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
      • Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan garing.
      • Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka


      Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki/cendawan tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.

      Enjoy!

      Thursday, November 4, 2010

      Sup Ikan Bersu'un untuk mangsa banjir







      Masuk hari ni, dah tiga hari cuti disebabkan bencana alam yang melanda. Dan sejak itu juga bermalasan untuk berblog, walaupun bermalasan itu sangat tidaklah baik.

      walau banjir melanda, hidup kena teruskan. Memasak dengan hanya apa yang ada dalam peti simpanan untuk mangsa banjir di rumah, sapa lagi kalau bukan the fabulous four itu.



      Makan nasi dengan sup panas di waktu hujan dan sejuk adalah sangat menyelerakan. Penyediaan adalah sangat simple, dan main campak-campak je. Untuk memvarietikan sup, saya tambah su'un sebagai penghias. Amat lazat kalau ada ikan kering dan sambal.. Bukan setakat banjir di luar rumah, dalam mulut pun banjir.. hehe

      Enjoy!

      Sunday, September 19, 2010

      Sup Wantan





      Sahabat saya yang kerja kat Lantai 35, Bangunan Tabung Haji sana telah mengusulkan saya buat sup wantan ni. (Lepas ni, kalau ada sesapa nak pi aji, bleh habaq kat cek untuk tolong sampaikan.. hahah) Mudah, tambah yang ada ramai anak macam saya nih.Kebetulan hari tu soping kat TeSc0, sempat capai wantan pastry nih. Jadinya, dapatlah buat. kalau tak dak camana nak buat ye dak? Haha. (toloongg.. ngantuk nih..di tengahari nih)



      Jom tengok apa yang diperlukan untuk mewantankan sup ini.

      Bahan-bahan :
      • Kulit wantan/wonton pastry
      • isi ayam - dipotong kecil-kecil
      • isi udang - dipotong kecil-kecil
      • bawang putih
      • bawang merah
      • halia
      • kiub ayam
      • gula dan garam secukup rasa
      • Sayuran lain kalau nak pelbagaikan
      • Cili padi, kalau suka
      • Air

      Penyediaan :
      • Bunjutkan isi ayam dan udang. Pelekt bujut dengan sikit air.
      • Tumis bawang putih, merah, hali dan cili padi.
      • Masukkan air sikit.
      • Masukkan kiub ayam, sayur mayur yang sesuai.
      • Bila mendidih, masukkan bunjut-bunjut tadi.
      • Perasakan dengan garam dan gula
      • Siap untuk dihidang
      Enjoy!

      Salam Aidilfitri,

      Thursday, August 26, 2010

      Pecel aka pecal







      Kalau nak menikmati syuran segar dengan cara paling mudah, kita buat pecal ni lah. tambah mudah kalau yang dah siap kuahnya, sampai kat tangan kita, tuang ayaq panas je, kacau-kacau.. then, siap..

      Sambel pecel Bu Jayas ni, ex bos saya yang bagi. Ni kes dia malas nak layan masak lah ni.. hahah.. mengata sikit.. dia tak baca blog saya.



      Tuang ayaq panas.. kacau-kacau.. jadi macam ni



      Tuang atas sayur-sayuran.. di sebalik kacang, adalah timun, sengkuang dan salad. Yang tu ja ada stok.

      Selamat Berbuka Puasa

      Enjoy!

      Share

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails