Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Yummy Blueberry Ice Cream Oreo Cake









Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak update kat sini. Kesibukan melanda. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sentiasa sudi bertandang ke blog ni, walau penuh sampah dan sawang. Dan kepada yang sudi memfolo makcik ni, juga sangat berterima kasih. Masih belum sempat berkunjung balas. InsyaAllah, later-later nanti ye. Jangan merajuk eekk..  :)

Now back to the tajuk. Kek ni kite buat demi nak menglajakkan diri dengan potluck kat pejabat. Kite buat simple je sebab kite tak rajin.. heheh.. Kebetulan singgah pejabat, nampak oreo blueberry nih, rasa cam best je. Teringat pulak kat oreo kek zarin yang super mabeles tuh. Jadinya, kite guna resipi zarin dan gantikan oreo biasa, dengan blueberry ice cream oreo. Sangat best bau bluberi memenuhi ruang rumah semasa proses pembakaran berlaku.



source: bisousatoi

Ingredients

250g butter 
1 C sugar;
2 Cs of self rising flour - sift
1 tsp baking powder – sift
4 eggs
1 tsp vanilla essence
8~10 oreo biscuits – crushed together with the cream (Saya gantikan dengan Blueberry Ice Cream Oreo)




Method

Put everything except the oreo biscuits in a mixing bowl and whisk for 2 minutes.. don’t overbeat ok..
then, stir in crushed oreos and mix kejap n then stop
then pipe the batter into cupcakes casing
Baked in preheated oven of 170C for about 10 to 15mins

Oh. Lupa nak tayang sample oreo yang saya gunakan.

credit to google..
Dah dulu.
Enjoy!

Friday, September 17, 2010

Biskut Makmur







Ni adalah sesuatu yang dibuat sebelum raya hari tu, sambil mengusahakan Death by Chocolate Cake dan Kek Buah Kukus yang Mat punya resipi. Untuk biskut makmur ni, saya gunakan resipi Kak Liza. Cuma, untuk inti kacangnya, saya gunakan cara kak Rosni, rakan sekerja saya. Dalam konteks ni, inti kacang adalah menjadi rich di situ. Dalam erti kata lain, saya menjadikan banyak dan supaya bila makan rasa kacang dan kulit luar adalah balance. Ni cara saya lah. Sebab kadang-kadang kalau inti sangat sikit, hanya nak bagi merasai tepung saja, then apakah matlamat utama mengintikan biskut tu dengan kacang? Maka, bila namanya makmur, maka hendaklah dimakmurkan dengan kekacang itu. Jauh melalut nih. Layan resipi, jom!





Bahan-bahan :

  • 500 gm tepung gandum
  • 80 gm gula halus
  • Minyak sapi – letak sehingga adunan boleh dibentuk
  • Gula ising untuk hiasan
Bahan inti :

  • 300 gm kacang tanah
  • 70 gm gula halus – saya gantikan dengan susu pekat

Penyediaan :

  • Gaulkan semua bahan-bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentuk.
  • Bakar kacang tanah di dalam oven selama 20 minit
  • Mesinkan kacang dan gaul dengan gula. (Saya gaulkan dengan susu pekat manis sehingga semuanya sebati)
  • Ambil doh dan leperkan.
  • Letakkan inti kacang, dan dibentuk bujur (saya bentuk bulat) sebesar buah kurma
  • Letakkan di dalam loyang yang dilenser dengan mentega.
  • Bakar pada suhu 180°Cselama 20 hingga 20 minit
  • Sejukkan dan golekkan di atas gula ising sehingga keseluruhannya menyaluti biskut berkenaan.
Enjoy!




Salam Aidil Fitri,

Enhanced by Zemanta

Monday, September 6, 2010

Biskut Dahlia







Sungguh! Saya terpesona dengan biskut dahlia yang Mat Gebu buat. Sungguh gebu.. dan menggoda. Saya buat jugak. Tapi tak cantik macam mat sangat. Boleh-boleh je lah rupa paras dia. Tang rasa, yang tu memang tak nafi, sedap sangat.


sebelum proses pembakaran.. cantik seyh..

Bahan-bahan :
  • 300 gm mentega
  • 160 gm gula aising (saya sama macam mat, guna 140 ja)
  • 2 kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla (sama macam mat, saya guna esen ros)
  • 240 gm tepung gandum*
  • 100 gm tepung jagung*
  • 160 gm tepung kastad* (*gaul rata dan ayak)
  • Ceri merah (saya ganti dengan manik hiasan)

bila terbakaq.. dia melenyek macam tu.. next time nak bagi segak sikit.. kenapa ye?

Penyediaan :
  • Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/ros dan putar hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh lembut dan mudah ditekan.
  • Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hiaskan dengan coklat/manic hiasan.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°C selama 15 – 20 minit
  • Biarkan biskut sejuk sedikit di dalam dulang pembakar sebelum dialihkan atas jaringan. Biar betul-betul sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Enjoy!

Biskut Almond Cornflakes







Biskut yang kedua Berjaya dilaksanakan. Macam teruja pulak.. hehhe. Kali ni guna Kak Rinn punya resepi.

Bahan-bahan :
  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan cornflakes, dikisar halus
  • 1 ½ cawan serbuk badam
  • 150 gm mentega
  • 100 gm gula castor
  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • Coklat masak secukupnya – saya ganti dengan manic-manik manis yang comel dan warna warni


Penyediaan :
  • Ayak tepung. Gaul raya dengan cornflakes kisar dan badam halus.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang
  • Masukkan esen vanilla dan telur. Kacau sebati.
  • Kaup balikkan tepung tadi dan uli hingga menjadi doh lembut
  • Canai dan terap ikut acuan pilihan.
  • Sapukan kuning telur dan taburkan coklat hiasan.
  • Lengser dulang pembakar dengan mentega.
  • Susun biskut. Bakar pada suhu 170°C selama 12 minit.
  • Sejukkan sepenuhnya sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Enjoy!



Sunday, September 5, 2010

Biskut Sarang Semut







Saya mulakan projek biskut raya dengan sesuatu yang mudah dan cepat dan tak susah. Makanya yang ni lah jadi pilihan. Kebetulan juga, ada siapa entah yang lalu kat opis ni sibuk-sibuk tanya siapa yang buat biskut ni, dia nak oder, makanya rasa macam teruja lah juga nak buat. Bukan untuk orang yang tanya tu oder. Hikss. Waktu nak buat hanya ada pada hujung minggu, i.e Jumaat dan Sabtu. Bila buat time wiken ni, tau je lah, banyak tangan yang nak menolong. Dari seadunan yang dibuat, three quarter je yang tinggal. Yang menolong tu siap bentuk macam macam. Saya import resipi dari FP kak Liza. Jom tengok resipi dulu :



Bahan-bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum*
  • 100 gm tepung jagung*
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Paper cup secukupnya
  • Chocolate rice
Penyediaan :
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul rata.
  • Masukkan tepung, gaul rata.
  • Parutkan adunan dalam mangkuk besar.
  • Sudukan adunan yang diparut ke dalam paper cup.
  • Tabur dengan chocolate rice.
  • Bakar pada suhu 180°C hingga masak.

Ni yang tangan-tangan kecik buat


Irfan's hand made

Azim punya.. dia kata macam snake

yang ni, azim kata mercun bawang..

ni Ainina punya.. chocolate mau taruk banyak..

Enjoy!

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails