Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Ayam Goreng Honey







Alhamdulillah, hari ni dapat singgah sini untuk update blog. Kite sebenarnya tengah berdebar menanti sebuah keputusan.. ecece.. gitu lah kisahnya. Makanya kite baik. Less mengarut.

Berbalik kepada penceritaan di dapur. Resipi ni ada akak senior kite di pengajian dulu yang sekarangnya sekerjaan dengan kite, bagi resipi mudah amat nih. Kite penah story tentang akak ni di sini dan resipinya di sini dan di sini . Dari tulisannya, kita translate kepada hasilnya.

Bahan-bahan :
  • Ayam yang dipotong kecil, dan dibersihkan
  • Bawang putih dan merah
  • Sedikit halia
  • Daun kari
  • Sedikit rempah kari
  • Sos tomato
  • Serbuk cili
  • Madu/honey atau gula – mana-mana yang sesuai



Penyediaan :
  • Lumurkan ayam dengan garan dan kunyit. Goreng sehingga hampir masak.
  • Tumis bawang-bawang, halia dan daun kari.
  • Masukkan rempah kari, sos tomato dan serbuk cili
  • Masukkan madu/honey atau gula.
Resipi ni sangat simple, sesuai untuk kanak-kanak yang suka makan yang perasa yang macam ni.. err.. bukan kanak-kanak je.. mak kanak-kanak pun suka.. hahhaha

Enjoy!


Thursday, February 17, 2011

Pulut Ayam







Ada hari saya mcam mengidam nak makan pulut ayam nih. Untuk kengkawan yang bukan berada di Utara macam saya ni, mungkin tak biasa dengan spesis makanan dari jiran sepelaung di sebalik pintu gerbang Malaysia Thailand nun.



Pulut yang dikawankan dengan ayam yang super sedap ni saya beli je.. dalam perjalanan balik dari keja. Ada satu stall comel kat pekan Changlun dan dijual oleh Muslim Thai. Ayamnya digoreng kat situ. Pulutnya best. Lembut dan gebu.Untuk set pulut dan sequarter ayam, harga lima ringgit. Kalau ayam hak comei sikit, drumstick atau wings, murah la sikit. Tak ingat dah berapa duit.




Nak makan pulut ni kena geng dengan bawang goreng rangup dan jugak sos cili thai. Sebelum ni saya macam tak berapa layan sangat. Tapi mak saya suka menda alah ni sejak beliau melilau kat pekan Danok seketika dulu. Since then, kalau melintas ke situ, menda ni adalah sesuatu yang wajib dibawa balik. Sejak mak asik sebut je, balik keja, saya ternampak stall ni di pekan Changlun. Maka, dengan usaha gigih, saya pun cuba layan and sungguh, rasa dia tak menghampakan. Saya suka. Sedap je rasa dia. Tapi kalau balik keja, bedal pulut ni sampai sebungkus.. tak tau nak cakap apa lah kan.. 


Enjoy!

Nota : Tetiba guna "saya". Ish.. terasa diri sungguh jauh daripada sikap yang tidak baik.. skema gitu..


Monday, November 15, 2010

Fried Wantan







Tetiba kemarin kite terjumpak pastry wantan dalam freezer.. haha.. buleh dak macam tu? Tah pasaipa tak nampak ada pulak wantan pastry tu lagi sebelum nih. Macam gempak je masa Nampak tu. Loklaq kan? Tanpa berlengah, terus makcik proses untuk dijadikan wantan goreng. Proses adalah macam hari tu jugak,tapi kali ni goreng, celup dalam cili sos.. issk.. snek yang sangat lazat!



Bahan-bahan :
  • Pastri wantan/wonton
  • Udang – dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  • Isi ayam – dibersihkan dan dipotong kecil
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit minyak bijan – kalau tak berminat, boleh tak payah letak


Penyediaan :
  • Campurkan semua di atas, kecuali pastry wantan
  • Ambil sedikir campuran tersebut, dan masukkan ke dalam kulit wantan. Bunjutkan wantan, macam bunjut yang ada emas tu.. hehe
  • Sambil sediakan bahan di atas, boleh panaskan minyak.
  • Goreng di dalam minyak yang apinya sederhana sehingga kekuningan.
  • Angkat dan hidangkan dengan sos cili pilihan.


Enjoy!

Thursday, November 4, 2010

Kung Pao Chicken






Ni adalah antara dish lain yang dihidangkan untuk mangsa banjir di rumah yang tak tenggelam atau dimasuki air. Terjumpa di dapur En. Mat Gebu. Dan menggebulah hati ni nak meng kung paokan ayam yang telah disediakan untuk menghadapi musim yang getir nih. Sebagaimana sedapnya udang kung pao, maka macam tu lah sedapnya si ayam ni.




Sama macam kat dapur Mat (terbayang set antik mat yang indah nan jelita..), resipi untuk direkodkan di sini mengikut penyediaan saya adalah seperti berikut:


Bahan-bahan :

  • Ayam – saya guna pelbagai bahagian ayam, dipotong kecik
  • 1 camca besar sos tiram*
  • ½ camca teh lada sulah*
  • 1 ½ camca teh tepung jagung* (*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
  • 8 tangkai cili kering, dipotong dan keringkan
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan.
  • 1 camca besar kicap cair
  • ½ camca besar kicap pekat
  • ¼ camca teh minyak bijan
  • ¾ camca teh gula
Penyediaan :

  • Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan.
  • Tinggalkan lebih kurang dua camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi dan kacau rata.
  • Masukkan kicap pekat, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra.
  • Masukkan ayam dan gaul sos hingga menyaluti ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas.

Enjoy!



Sunday, October 31, 2010

Chicken Teriyaki - the return






Untuk sekian kalinya, saya ulangi proses pembikinan ayam ni, yang saya sifatkan mudah, cepat, ringkas, berkhasiat, tak menggunakan minyak, dan paling penting cepat dihabiskan oleh anak-anak. Resipi ada di sini.

Layann..





Wednesday, October 6, 2010

Ayam Tergolek






Hari tu, saya kursus di sini.. ala.. dalam tempoh saya tak update blog tu.. di sini..



Kursus kadang-kadang adalah sangat best bila mana melibatkan kawan serakan sekerja yang seakan seperti best dan berjimba-jimba bersuka ria berkongsi pengalaman di jabatan masing masing. Apatah lagi jarang atau sesekali berjumpa. Dan jumpaan itu akan menghasilkan banyak dosa  maklumat sambil kutuk sikit2. (saya perasan alignment ayat saya adalah sangat teruk. Sila abaikan dan membaca saya menulis seperti seorang bakal sasterawati yang sedang meniti puncak) Sungguh! Saya enjoy kursus berkenaan. Kebetulan juga bos saya sengaja join kursus tu. Sempat mengata dia lebih kurang. Mengata yang baik. Yangtak baik pon ada. Dia asik senyum saja. Dia tau saya mengata kat dia. Haha. Mudah-mudahan dia akan kurangkan workload saya lepas ni. Saya tak perlu risau sebab dia tak baca blog saya. Heheheheheh.. yang panjang dan bunyi sedikit jahat..



Saya berkongsi bilik dengan kakak senior seperguruan saya di Lembah pantai dan Petaling Jaya lebih dari 10 tahun dulu. Gembira. Dia baru balik UK. Kulitnya makin gebu. Pipinya macam pakai blusher ketika dok dalam aircond. Saya mencemburui kulitnya yang gebu dan merah original. Kalau dia anak patung, sure saya cubit pipi. Haha.Saya penah setori pasal kakak comel ni di sini.


Ni gambar tangan dia. Dia tengah boring di kala taklimat sebelah petang yang mengundang mengantuk dan tak berdaya melawan setelah dia mengabiskan 500 ml ayaq mineral dan sebekas mentos yang dok depan bijik mata dia. Dia uli kertas kat tangan dia menjadi seperti di bawah. Ni antara yang dihasilkan.. ada banyak lagi. haha. Apa pun, Kak Wan ni best sangat, in many ways!



Lalu apa kena dia dengan ayam tergolek ni? Makcik tu pandai dan rajin masak. Masa dok sembang kat bilik, beliau telah menurun akan resipi ayam golek ni kat saya. Katanya anak-anak dan familynya adalah sangat enjoy akan ayam golek nih. Saya je namakan tergolek sebab dia adalah tergolek dalam pinggan. Kalau nak letak nama terbaring, tertungging atau tertiarap pun boleh, tertakluk kepada macam mana ayam tu posing dalam pinggan.

Sedap! tak nafi. Senang. Tak perlu marinate. Tak renyah. Bahan pon within radius capaian. Bak kata orang Kedah, kalau gerak/kejut tengah malam pon buleh buat. Haha.

Saya agak merepek di saat ni. Ni maknanya tahap ketepuan minda adalah sangat tinggi. Selalunya tak macam ni.

Maka sebelum sesi repekan lebih jauh, jom tengok hasil penurunan Kak Wan kepada saya yang diterjemahkan melalui jemari saya. Bahan-bahan ni ikut la banyak mana nak letak. Bak kata Kak Wan, dan ayat orang Kedah, "Punggai ja.. tak susah mana pun.." Tau punggai tu apa? Dia adalah adik beradik campak, tapi bukan chicken pox tu tau!.. Campak je.. tak susah mana pun.



Cukup dah merepek. Tengok Resipi. Jom.

Bahan-bahan :

Seekor ayam
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Halia
Sedikit halba
Air secukupnya. Tak payah banyak sangat.
garam dan gula secukup rasa




Penyediaan :

1. Blend cili kering, halia, bawang putih, bawang merah dan serai.
2. Tumis bahan nombor 1 di atas. Masukkan halba. Kacau dan biarkan seketika.
3. Masukkan air. Kacau.
4. Masukkan ayam. Masak dengan menggunakan api yang kecil sahaja. Tutup periuk.
5. Balikkan ayam setelah 10 minit berlalu.
6. Setelah 10 minit lagi, atau setelah ayam masak, keluarkan, dan masukkan ke dalam oven/microwave.
7. Bakar dalam tempoh seketika dengan kepanasan yang tidak melampau, agar kulit ayam berkenaan tidak mengelupas.
8. Sementara itu, masak kuah ayam tadi agar sedikit kering.
9. Keluarkan ayam dan golekkan di dalam bekas. Curahkan kuah tadi ke atas ayam.
10. Sedia untuk dihidang.

Enjoy!

Sunday, September 19, 2010

Sup Wantan





Sahabat saya yang kerja kat Lantai 35, Bangunan Tabung Haji sana telah mengusulkan saya buat sup wantan ni. (Lepas ni, kalau ada sesapa nak pi aji, bleh habaq kat cek untuk tolong sampaikan.. hahah) Mudah, tambah yang ada ramai anak macam saya nih.Kebetulan hari tu soping kat TeSc0, sempat capai wantan pastry nih. Jadinya, dapatlah buat. kalau tak dak camana nak buat ye dak? Haha. (toloongg.. ngantuk nih..di tengahari nih)



Jom tengok apa yang diperlukan untuk mewantankan sup ini.

Bahan-bahan :
  • Kulit wantan/wonton pastry
  • isi ayam - dipotong kecil-kecil
  • isi udang - dipotong kecil-kecil
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • kiub ayam
  • gula dan garam secukup rasa
  • Sayuran lain kalau nak pelbagaikan
  • Cili padi, kalau suka
  • Air

Penyediaan :
  • Bunjutkan isi ayam dan udang. Pelekt bujut dengan sikit air.
  • Tumis bawang putih, merah, hali dan cili padi.
  • Masukkan air sikit.
  • Masukkan kiub ayam, sayur mayur yang sesuai.
  • Bila mendidih, masukkan bunjut-bunjut tadi.
  • Perasakan dengan garam dan gula
  • Siap untuk dihidang
Enjoy!

Salam Aidilfitri,

Wednesday, August 18, 2010

Ayam Percik







Kenapa ek, bulan Ramadhan ni, automatic rasa macam kurang nak merepek.. nak tulis bebanyak pun nggak ngerti. Elok jugak lah. Pahala boleh maintain. Hehe. Melayan resipi ni di kala ada masa. Kalau hari keja, tak sempat nak buat. Jom tengok resipi. Saya jumpa di rumah Hana. KataHana, ambik kat MyR. Terima kasih. Berkat Ramadhan. Semoga beroleh paha berlipat kaliganda dengan member resipi kat kawan-kawan. Er.. Hana.. Makcik kopipes ye. Tengkiuzz..





Bahan-bahan

• 2 ekor ayam

• 500g bwg besar - diblender

• 50 gm halia - diblender

• 50 gm lengkuas - diblender

• 50 gm bawang putih - diblender

• 5 batang serai - diblender

• 2 cawan gula

• 3 sudu stok ayam serbuk

• 5 senduk cili mesin

• 5 senduk cili sos

• 1/2 kg santan

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih

2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak

3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti

4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

Enjoy!


Wednesday, July 28, 2010

Ayam Madu








Kak Rinn punya resipi. Saya hanya menyediakan. Berikut adalah panduan.
Bahan-bahan :
  • ½ ekor ayam
Ditumbuk lumat :
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap masin (kalau guna kicap manis, tambahkan sedikit garam)
  • 2 ulas bawang putih
  • Perah sebiji lemon/limau kasturi.

Penyediaan :
  • Lumurkan ayam bersama-sama dengan bahan yang ditumbuk dan perap selama sejam.
  • Kukus selama 10 minit.
  • Kalau tak rajin, bakar selama 30 – 40 minit pada suhu 200°C hingga garing.
  • Sesekali, siramkan dengan lebihan bahan perap sekiranya ayam kering.
Enjoy!

Monday, March 8, 2010

Chicken Teriyaki


Resipi ni dari dapur Kak Rinn yang indah itu..
Sangat sedap, simple, mudah, senang.. nikmat dan lazat..
Bahan pon tak susah nak cari. Masak pun mudah.
Untuk resipi asal, boleh rujuk sini.
Jom layan resipi kak rinn ni.


Bahan-bahan :

  • 5 potong ayam bahagian dada atau paha (saya guna separuh ekor ayam.. so campur semuanya..)
  • 3 sudu besar madu
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula
  • 3 inci halia diparut *
  • 3 biji bawang putih diparut * (Saya join kedua-dua bahan bertanda * dan ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar garam halus
Penyediaan :

  • Gaulkan semua bahan bahan dan perap selama 1 jam di dalam peti sejuk
  • Panaskan non stik pan dan panggang/masukkan ayam ke dalamnya
  • Tutup kuali. Sesekali buka dan alihkan ayam.

  • Siram lebihan bahan perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat
Enjoy!







   

 


 


 


 



Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails