Monday, January 17, 2011

Makanan untuk keperluan kulit








Lama sungguh saya tak menulis di ruangan ni.
Sibuk dan tak sihat, selain otak tak boleh nak membantu dalam penulisan. Hari ni agak lega sikit setelah dapat Root Canal Treatment kat klinik tadi. Lega sikit. dah boleh gelak besaq sikit.. Hahahha Sebelum ni dah siap mintak ampun dan maaf dengan kanda.. Mana lah tau lan kotkot luup pi kat dalam bilik rawatan tu.. Hahahahh

Kite gune gajet baru. Masih ngok untuk membolehkan gambaq dari "my passport" untuk di godek di gajet ni. Teruk kan? Tak pe. Ambik masa sikit. nanti kite terer, kite upload gambaq yang membantu membuatkan kengkawan lapaq.

Untuk memanaskan kembali ruangan yang redup ni, kite sajikan dulu info tentang apa yang perlu dimakan untuk keperluan kesihatan kulit. kena lah pastikan makanan yang dimakan berfaedah dan bukannya hanya menjadi baja.. :)

Wajah pucat

lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, tembaga (copper), kobalt dan vitamin B. Antara makanan yang disyorkan adalah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin dan pisang.





Wajah berjerawat

Kena makan banyak daging tanpa lemak, hasil tenusu, lobak merah, aprikot, bayam dan brokoli. semua ini adalah sumber zink terbaik yang mengahasilkan kolagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.


Kulit Berminyak

Ini menunjukkan kekurangan riboflavin dalam bodi. Gunakan pencuci muka bebas minyak dan amalkan makan suplemen tertentu. Lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu rendah lemak dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.


Kulit kering dan mengelupas

Selalunya kalau kes macam ni kurang air dalam badan. Ni merujuk diri saya lah. Makanya kena banyak minum air. Kalau tak, rupa adalah sangat buruk, sangat kering, mudah pecah dan paling teruk akan keluar darah, dan seterusnya meninggalkan parut yang mengambil waktu yang lama untuk hilang. Tak suka sungguh!

Cara lain adalah lebihkan pengambilan vitamin E dan A. Begitu juga dengan pengambilan susu rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.

Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit manakala vitamin E yang kaya dengan anti oksidan membantu mengurangkan asalah kedutan.


Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

10 comments:

kasihredha said...

welcome back...
info yang berguna...sat sat akak nak check kulit akak jenis apa dulu....rasanya jenis yg kering kot.

Ida Ddapur said...

slm Hann.....good info ..nice picture

garlutti said...

Dear Hann ... has prepared some delicious smoothies and with your permission .. .. I take one I love. Affectionate kisses MARIMI

kasihredha said...

Hann,
ambik ni ye

http://kasihredha.blogspot.com/2011/01/25-random-things-about-me.html

catz said...

good info.
cantiknya gambar. nampak sedap je sayur2 tu semua.
:)

Hann said...

Kak kasih..

Thanks. Selamat menjaga kesihatan kulit.. Semoga nampak makin muda dan remaja.. :)

Hann said...

Ida..

Untuk makluman kite sesambil masak kat dapur..

Hann said...

Marimi.

Great to have u here! Thanks for dropping by.. :)

Hann said...

Kak kasih..

Yup. Akan mengambil tugasan itu segera.. Heheh

Hann said...

Catz..

Thanks sudi singgah... Yup.. Sangat best.. Pesan dengan Jonah.. Sesuai untuknya.. Hiksss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails