Wednesday, March 31, 2010

Halia


Bagi memudahkan pengendalian masak-masak kat dapur, saya ada tanam pokok halia.. dalam pasu kecil je pun.. setakat sekali dua masak, lepas lah.. tak perlu nak beli. Tapi, kalau nak memasak secara besar-besaran.. kena lah beli jugak. Dah lama jugak bercadang nak tukar pasu ni supaya halia ni boleh bercambah dan beranak pinak dengan galaknya. Tapi tu lah.. asik naaakk je.. tapi tak terbuat jugak. Petang-petang lepas pejabat dok layan benda lain.. akasia lah.. macam2 lah..

Halia ni banyak kegunaan. Paling glamer adalah bertujuan buang angin dalam badan. Cara nak buang, ada banyak.. ada yang dah produce kopi halia lah.. letak dalam masakan.. ni paling banyak berlaku, tapi selalunya halia ni tak bermakan pon.. masuk ke tong sampah akhirnya.. (saya lah tu) kalau kecik-kecik potongan halia, atau kalau ditumbuk halus, makanya akan masuk lah jugak ke dalam abdomen nih.

Ada jugak dibentukkan menjadi jeruk.. ni pon cara makan halia dengan mudah..

Saya terjumpa maklumat lain di sini. Ini adalah cation tentang kebaikan halia.

HALIA - HERBA SERBAGUNA


Halia seperti yang kita ketahui sentiasa menjadi bahan utama dalam pelbagai jenis masakan.tidak ramai yang mengetahui bahawa halia juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Halia atau nama saintifiknya Allium sativum digunakan sejak zaman Mesir lagi sebagai penawar luka, infeksi, tumor dan bagi mengatasi parasit intestial.


Kajian saintifik turu bersetuju dengan kahasiat dan kebaikan halia ini.mungkin ramai yang tidak menyenangi bau dari hali ini tetapi kajian telah menunjukkan bahawa bau ini terhasil dari sebatian sulfur yang c terdapat di dalam halia yang merupakan punca halia digunakan sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.


Halia yang dipercayai secara tradisional dapast menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah juga telah terbukti beanr melalaui kajina saintifik.secara saintifik, sebatyian sulfur di dalam halia menurunkan kadar kolestrol dengan merangsang pengeluaran kolestrol di dalam hati melaui proses perkumuhan. Seterusnya haalia juga menurunkan kadar tekana darah dengan mamperlahankan pengeluaran hormon yang berfungsi menaikkan tekanan darah di dalam badan.


Halia juga mempunyai kebolehan bagi menstimulasi sistem imun badan. Sebatian dalam halai merangsang aktiviti macrophages, iaitu sel darah putih yang menghalang kemasukan organisma asing ke dalam badan seperti virus, bakteria dan yis.halia juga baik bagi meningkatkan aktiviti sel -T, iaitu sel imun yang merupakan pusat kepada keseluruhan sistem imun badan. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika secara tradisioanl halia digunakan bagi merawat infeksi di bahagian respitori.


Selain itu, halia juga mampu manghalang pertumbuhan parasit dui dalam usu (intestial ) manusia. Ini termasuklah amoebes, sejenis parasit yang menyebabkan disentrio. Jika disentri tersebut berlanjutan, ia mungkin akan membawa maut.dalam banyak perubatan tradisional, halia telah digunakan bagi membunuh cacing (pinworms) sejenis parasit yang terdapat di dalam usus.


Herba yang menakjubkan ini juga telah terbukti mampu mempertahankan manusia dari ancaman toxin dan kerosakan sel DNA manusia. Kajina telah mendapati bahawa sulfur yang terdapat di dalam halia ini mempunyai agemn anti-oksida yang boleh melindungi membrtan sel DNA.Halia juga menstimulasi pengeluaran enzim nyah-toksin yang akan meneutralkan gas-gas beracun yang tidak merbahaya yang masuk ke dalam badan manusia melaui pernafasan.


Walaupun telah terdapat produk pil-pil berasakan halia, namun penggunaaan halia yang paling baik disyorkan bagi mengatasi masalah kesihatan ialah dengan memasak halai sehingga separuh masak sehingga baunya naik dan dimakan begitu sahaja.


Pau Gebu


Melihatkan hampir kebanyakan kengkawan membuat pau.. saya pon rasa macam teruja nak buat sesuatu mengenainya. Setelah puas study, saya ambil yang paling simple nak buat, and terjumpa di Kak Rinn punya FP, and kata kak rinn, Mat Gebu dah buat dulu.. TQ to both Kak Rinn and Mat Gebu. Makanya ini lah yang terhasil. Gembira amat sebab lepas proses menguli, adunan kemudiannya mengembang.. penuh mangkuk.. lembut.. dan "GEBU". Gembira jugak sebab Irfan dan Kakak masing-masing tolong contribute hasil kerastangan mereka.

Jom layan resipi :

  • 240 gm tepung Hong Kong @tepung pau (saya guna tepung pau)
  • 1 camca teh double acting powder (saya pakai baking powder biasa) + 1 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 gm lemak sayuran (shortening)
  • 100 ml air suam – saya lebihkan sikit sebab adunan agak keras *
  • 30 gm gula halus *
  • ½ camca teh cuka * (disatukan dan dikacau hingga larut)
Penyediaan :

  • Dalam bekas, masukkan tepungpau, double acting powder, garam, yis dan lemak sayur.
  • Gaul dan ramas hingga adunan berupa serbuk roti.
  • Masukkan air yang bercampur cuka dan gula.
  • Adun hingga doh menjadi elastic dan lembut.
  • Perap doh selama 45 minit.
  • Setelah doh kembang, bahagikan doh kepada bola kecil lebih kurang 35 gm sebiji.
  • Leperkan bebola berkenaan, dan isi dengan inti kegemaran.
  • Kukus selama lebih kurang 15 minit.


    Enjoy!









 

Monday, March 29, 2010

Salam di hari Keputerian

Another year older..

Tq kepada kengkawan yang sudi meng"wish"kan aku saya sempena kedatangan hari ni. Semuanya lah.. untuk mesej yang pertama sekali.. (u know who u are..) terima kasih dari pemulaan nyawa saya hingga ke akhir nyawa saya.

Untuk anak buah kat opis, yang dulu dan sekarang, selamanya saya tak lupa, dan terima kasih kerana sudi menghargai saya sebagai seorang yang selalu kadang-kadang mengarah... hahhahah.. TQ for being so good, so kind, so helpful .. etc. etc. (Time emosi ni selalunya keluaq omputih ja.. isshh.. haru!)

Masa ni jugak ada kengkawan yang sebenarnya jauh secara fizikal, tapi sebenaqnya dekat di hati. Time ni jugak kita tau kita ada kawan. Alhamdulillah, di usia tua ni, ada jugak kawan yang masih appreciate menghargai diri saya. Semoga Allah memberkati, memurahkan rezeki, melimpahkan rahmat dan rahimNya kepada semuanya.

Kehadiran semua mesej amat saya hargai.. dalam banyak tu, saya terpaku amat pada ucapan yang di create cipta khusus oleh Midon.. MMS dari Mazidah.. and satu lagi, kawan seperjuangan yang teramat akrab semasa di zaman pengajian dulu.. Zana Zanzaly.. Mujur jugak emel alternatif banyak membantu menyampaikan mesej-mesej yang kengkawan post di wall atau PM di FB. Saya suka amat ucapan puitis Zana. Saya doakan kawan baik saya ini di satu hari akan mengungguli gelaran Sasterawan Negara, InsyaAllah. Berikut adalah kiriman mesej beliau melalui FB.. (melalui e mel saya)..


Zana sent you a message.

Zana Zanzaly
Zana ZanzalyMarch 29, 2010 at 2:57pm
Subject: salam di hari keputerian
usah sedih berduka jangan
sekali mudamu hilang
setahun usiamu matang
bak kelapa,
makin tua, kian pekat santanya!

Alhamdulillah, sehingga hari ini masih bernafas..
alhamdulillah..




My Farmville - Part 1

Saya ada FB (Skima kan ayat pertama ni? hahaha.. macam budak darjah 1). Dulu-dulu lah.. ada dan sempat la bercucuk tanam sekejap.. sekadar mencuba-cuba. But later, projek tanaman tersebut tidak mendapat kelulusan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran. hahah.. terus lepas tu, FB dah tukar jadik silent mode.

Tak pa lah, dari bercucuk tanam secara maya, kita tengok cucukan tanaman yang telah diusahakan secara realiti. Berbaloi-baloi lagi dari kat FB.

Jom layan pokok bunga kantan makcik yang merimbun kat belakang rumah.. Kengkadang zaman dia berbunga lebat rasa macam nak pi kat pasar malam, bentang kain, juai bunga kantan. Mahai oo.. sekuntum bunga tu. Paling tidak dapat jugak 50 ka 60 inggit sekali bentang kain..




Sunday, March 28, 2010

Murtabak Raja

Ni kes nak cepat..
Since ada stok yang terakhir dan memudahkan dan mencepatkan proses packing barang, makanya breakfast pada pagi nak balik kampung itu.
Untuk kali ni, saya masukkan dalam oven.. bakar sampai masak.
Sedap, rangup dan sungguhlah enjoy.


 Inti Daging..


 Sedap..


Rangup..




live from here

dalam dewan
Ramai orang.. Graduan, parents, petugas, vips dan pro canselor..
Diiringi muzik yang sedap telinga mendengar..
Graduan yang tengah beratur tunggu giliran ambil ijazah.. Dan saya tunggu depa..

Siaran langsung dari Majlis Konvokesyen ke 23..




Tuesday, March 23, 2010

Jeruk Mempelam

Dari yang ni.. 


 kepada yang ni..
adeehh.. sedap.. mouth watering nih..
senang je.. campur garam dan gula secukupnya..
biarkan sekejap bagi rasa itu merasap dalam buah,
atau semalaman.. and
Enjoy!!







Kuih Bunga Pudak



Few days yang lepas jiran kat belakang rumah bagi kuih bunga pudak ni dengan dua sikat pisang emas yang ditanam kat belakang rumah kami.. Kuih ni kuih tradisi orang Utara ni. Kat Pekan Rabu pun ada banyak dijual. Kuih ni very de mudah pecah.. Selalunya kulit dia memang putih lah.. cuma intinya or inner tu berkaler-kaler.. ada putih, ada hijau, kuning, jingga dan sebagainya.. ikut tuan yang buat lah. Inti ni dibuat dari kelapa parut yang dikalerkan dan manis.. Maaflah, makcik ni tak gheti benaqnya pasal pembuatan kuih ni.. Tapi, untuk yang ni.. sedap.. manis pon cukup2 rasa je.. kaler pon menawan.. size pon agak2 sesuai sekali masuk mulut. Ada setengah tu yang agak sikit besaq, and kena gigit dua tiga kali.. maka akan bertaburanlah inti-inti tersebut kalau kena gigit banyak kali. Selalunya anak2 tak berapa suka. Tapi yang ni sedap.. berulangkali depa makan.

Kalau ada sesiapa yang tau cara membuatnya, jom share!



Monday, March 22, 2010

Random


Agak bizi menggila minggu ni. Tak sempat update blog. Ni lah benda yang menyebabkan darah naik agak tinggi, kapla jadik penin.. ni baru selonggok.. ada lagi selonggok.. atas lantai.. tak muat dah nak letak atas meja.. setinggi ini juga. tu belum masuk yang ada problem, and belum submit.. nampaknya sampai hujung nyawa minggu ni akan masih macam ni.. Bila buleh nak rilek? makan gaji buta?





Sunday, March 21, 2010

Sagu Gula Melaka



Kat opis ni ada kengkawan yang rajin memasak.. antara menu yang paling rajin depa godek adalah sagu Gula Melaka ni lah. Ada sorang masak sagu kat rumah, ada yang masak gula Melaka/merah, paginya bawa ke pejabat, ada yang volunteer beli barang-barang lain. Masa kat sini tak pakai santan, gantikan dengan susu dalam tin tu ja. Yang lain, accessory tambahan adalah jagung dalam tin (Ayam Brand), kacang panggang, nata de coco (untuk makan ni, saya tak letak..), dan ketulan ais..


Yeah.. sangat delisyezzzzz.. bila makan ramai2 macam ni.. memang sedap.. Relly enjoy lah!


Sedap.. cuma gambar tak cantik.. pakai camera henpon je.






Wednesday, March 17, 2010

Nostalgia


Hari ni tadak mood nak update entry masak-masak. Kebetulan pulak dear kanda pi jauh outstesen untuk seminggu, dan sementelah cuti sekolah ni, 2 dari 4 kanak-kanak telah memilih untuk tinggal kat kampung.. makanya dapoq agak lama sikit bekilat..

Once dah round my album, saya terjumpa gambar lama.. plus gambar makanan..It was the moment masa proses saya decide nak renovate pejabat. Alhamdulillah.. Berjaya hingga ke akhirnya sehinggalhg rupa paras pejabat dah jauh lebih indah dari dulu. Sepanjang tempoh tu jugak, banyak kejadian yang unsangkarabel..Masa ni lah jugak ada kawan yang jadi lawan..

Sesungguhnya saya amat menghargai kerjasama semua yang bertungkus lumus dalam menguruskan segala proses ni. Nampak macam simple.. tapi memerlukan pengorbanan yang besar, kefahaman yang tinggi dan toleransi yang tak berbelah bahagi. Kepada yang separuh hati tu.. my appreciation goes halfway too.. hihikhikhik..

Dalam tempoh tu jugak, sebaik siap proses renovasi, surat tukar jabatan sampai kat tangan.. Alhamdulillah 'ala kulli haalin.. 

Jom tengok hidangan tengahari masa tu..

 Ni antara hidangan makan tengahari setelah bertungkus lumus proses perpindahan balik ke pejabat yang dah selesai diubahsuai.



Thanks to all yang menghadiahkan ini sebagai tandamata terakhir di tempat lama. Really appreciate it!






Monday, March 15, 2010

Nooodles


Dah lama tak pergi kursus.. bukan kursus je.. Outing pon dah lama tak masuk dalam senarai.Outing ni adalah jenis yang tergolong dalam seksyen berkursus atau mesyuarat bersama dengan kawan-kawan.
 
So, the last 24 Feb, dengan jayanya gue telah bercanda dengan Kak Wan ke KL. Mujur jugak boss approve untuk pi kursus aka bersukaria dan berpoya2.. hahahha.. with condition,Kena naik firefly.. Well.. ok lah.. janji boleh keluaq dari pejabat sat.

Firefly landed di Subang Airport.. nama baru adalah Skypark..Kami mola cari makanan dulu.. Singgah di Nooodles.. Saya makan Mee Tomyam (pesan tanpa perasaan) dan Kak Wan order Mee Kari.

For the Mee Tomyam.. buleh gagah la.. sedap lagi kat kedai bawah pokok kat sini aka Jaguh Tomyam kat sini. As for the Mee Kari.. Yummy! Kak Wan sampai teringat2 bila balik hotel.

And in fact bila nak balik Kedah pon dia dok ingat lagi kat Mee Kari tu..(Mee Kari tu tak ingat kat dia pon.. hahhahah). If kami balik melalui skypark, for sure akan singgah and makan kat situ lagi. Memandangkan waktu balik adalah menghala ke KLIA, dan masa yang ada hanya sempat untuk kejar flight ja.. makanya kami bedua balik dengan teringat2 la kat Nooodles tu.

Overall.. ok lah... boleh kasik 3 bintang setengah..
 
Jom layan gambar..
Ice Lemon Tea

 Mee Tomyam
Mee kari Kak Wan 




Kak Wan is enjoying her Mee Kari..
Tengok la mangkuk tu.. Gillaaa besaq..
 



Friday, March 12, 2010

Housekeeping in Progress


Sementelah my sidebar jatuh ke bawah, makanya semua post didisablekan kejap.. nak buat cleaning sat..

Hope it will turn out as good one later.. Amiinn..

alhamdulillah.. dah abis.. penat seyh!!


Thursday, March 11, 2010

Kwey Teow Sup Hor Fun


Resipi ni bukan kali pertama buat.. dah berkali-kali buat.. tapi kali ni baru la benda alah ni dapat berposing. Resipi pinjam yang Kak Rinn punya.. dari dapur dia kat SP nun..

Saya suka ni.. simple, sedap.. dan penting sekali kurang menggemukkan.. hahhaha..tapi kalau pulun makan sampai berpinggan-pinggan tu kurang menggemukkan ke? Haha.. well.. at least dia tolong maintain berat.

Jom layan resipi!
 
Bahan-bahan :

  • Sebungkus kwey teow (600 gm)
  • 2 potong bahagian dada ayam
  • 10 ekor udang besar
  • 10 biji bebola ikan (tak letak..)
  • 5 batang crab sticks
  • 3 ulas bawang putih
  • Sikit minyak untuk menumis
  • 1 camca teh lada putih
  • Air secukupnya
  • Daun kucai (yang ni kebetulan tak de dalam stok)
  • Kalau nak lebih rasa ayam, boleh masuk 1 kiub ayam
  • Sikit minyak bijan (tak letak)
Penyediaan :

  • Celur kwey teow hingga lembut. Ketepikan.
  • Panaskan periuk, tumis bawang putih hingga agak layu. Masukkan lada putih dan kacau
  • Tuang air secukupnya untuk dijadikan sup. Biarkan mendidih.
  • Masukkan ayam. Bila ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam.
  • Masukkan udang, bebola ikan dan crab sticks ke dalam sup ayam tadi.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Tambahkan beberapa titis minyak bijan.
  • Ambil sebahagian kwey teow yang dicelur tadi dan bubuh di dalam mangkuk. Tuang kuah sup, taburkan ayam dan daun kucai.
  • Lebih sedap jika dihidang dengan sambal kicap.
Enjoy!







Penin

Makcik penin... Sejak semalam.. sampai la .. la ni.. awat tak tau! Semalam masa godek blog ni cam ok ja.. tadak masalah. Tetiba ada masalah. Besaq tu dak la sangat.. tapi besaq sebab menyebabkan jiwa makcik kacau.. penin.. tak buleh focus nak buat keja.. makanya makcik tulih sat entri ni. Makcik penin paseipa yang sidebar makcik pi terjun kat bawah, bila makcik full display blog ni? Dah la baru nak bejiwa main2 blog ni.. jadi pulak macam ni..




Apa pon, harapnya ni hanya system problem.. sooner or later it will be fine. Dah.. nak buat keja..

Btw, kalau this is my technical problem, plis ajarkan bagaimanakah nak merepair benda alah ni..

Tq in advance..



 




Wednesday, March 10, 2010

Chocolate Chips Muffin


Memandangkan ada beberapa item dalam simpanan nak dihabiskan, makanya saya telah merayap2 masuk dapur kawan2. Maka dengan itu, terjumpalah resepi ini, yang dilihat mudah, tak guna banyak masa dan mestilah sedap rasanya. Jumpa resipi ini di dapur Mat Gebu. Kata Mat, ni resipi Kak Noreen.

Muffin ni sedap. Cuma kali ni buat tak berapa menjadi elok.. tak puas hati sangat. Will buat lagi elok pada masa akan datang.




Jom layan resipi!

Bahan-bahan disatukan dan diayak :
  • 250 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bicarbonate
  • 2 sudu besar serbuk koko
Bahan disatukan dan diayak :
  • 250 ml susu segar
  • 90 ml minyak sayur/jagung
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan lain :
  • 175 gm gula halus
  • 150 gm chocolate chips
  • 50 gm chocolate chips untuk hiasan (saya guna jugak colourful chocolate rice)
Penyediaan :
  • Dalam satu bekas, satukan bahan-bahan diayak bersama gula halus dan 150 gm chocolate chips. Gaul rata.Tuang bahan yang dikacau rata dan gaul hingga semua sebati dan mesra.
  • Sudukan bancuhan muffin ke dalam muffin cup ¾ penuh dan hias dengan tabur chocolate chips. Buat sehingga siap.
  • Bakar pada suhu 180°C selama 18 – 20 minit.
Enjoy!



 
 




Tuesday, March 9, 2010

Mari Menyicah!




Pokok mempelam kat rumah dah mula berbuah.. Sebelum ni asik tengok je buah.. tak cukup besaq untuk dipetik.. Tapi, mana buleh tahan.. akhirnya buah tu selamat dikerjakan.. Hahhaha.. Since nak makan cepat (sebenarnya malas nak menumbuk sambal cicah tu..), makanya makcik ni belasah kuah rojak Mak Bee yang femes amat di seantero Malaysia. Well, kuah rojak ni tak le rasa macam kuah rojak yang biasa tu.. lebih kepada sambal cicah yang dibuat sendiri.

Enjoy!!





Monday, March 8, 2010

Kung Pao Prawn


Hari tu, my fren, Karimah, cakap try lah resipi ni..
Nampak cam gitu-gitu ja, tapi sedap.
So, saya cakap meh le nak tengok. And sebaik ja tengok, ekspresi yang sama keluaq.. la.. macam tu ja?
Balik, rujuk internet.. and jumpa resipi asal dari Kak Jeni..
Again, simple, and senang.. bak kata member.. gerak tengah malam pun buleh buat.. heheh
Serius.. sedap.. TQ to Kak Jeni (btw, tak buleh link to the said page. My lappy detect her link ada virus.. Sorry!)

Jom layan resipi ni.
 
Bahan-bahan :
  • Udang
  • 1 ulas bawang besar, dipotong bulat
  • 3 ulas bawang putih, dimayang
  • 2 cm halia, dipotong nipis
  • 4 – 5 biji cili kering – dibuang biji dan potong lebih kurang 1 inci panjang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Daun bawang untuk hiasan
Penyediaan :
  • Bersihkan udang, dan buang kulitnya. Tinggalkan ekor sahaja
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang, bawang putih halia dan cili kering. Biarkan seketika sehingga bahan tumisan menjadi warna keemasan dan cili bertukar warna sedikit gelap.
  • Masukkan udang, kacau seketika.
  • Masukkan sos tiram, dan sos cili. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dan sedikit likat.
  • Masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!

Enjoy!

Nota : Resipi ni adalah terjemahan dari bahasa omputih.. makanya ada kala dia jadi penin2 sikit siri alih bahasa ini



 


 
 

Chicken Teriyaki


Resipi ni dari dapur Kak Rinn yang indah itu..
Sangat sedap, simple, mudah, senang.. nikmat dan lazat..
Bahan pon tak susah nak cari. Masak pun mudah.
Untuk resipi asal, boleh rujuk sini.
Jom layan resipi kak rinn ni.


Bahan-bahan :

  • 5 potong ayam bahagian dada atau paha (saya guna separuh ekor ayam.. so campur semuanya..)
  • 3 sudu besar madu
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula
  • 3 inci halia diparut *
  • 3 biji bawang putih diparut * (Saya join kedua-dua bahan bertanda * dan ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar garam halus
Penyediaan :

  • Gaulkan semua bahan bahan dan perap selama 1 jam di dalam peti sejuk
  • Panaskan non stik pan dan panggang/masukkan ayam ke dalamnya
  • Tutup kuali. Sesekali buka dan alihkan ayam.

  • Siram lebihan bahan perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat
Enjoy!







   

 


 


 


 



Sunday, March 7, 2010

Puding Laici Dangdut


Rasanya semua dah tau mai mana la Puding Laici Dangdut ni..
Well known enough!
Saya jumpa di .. sini dan sini
Resipi asal di sini 


 

Here goes the recipe :
  • 10 gm agar-agar serbuk atau 1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair – saya guna susu segar
Penyediaan : 
  • Masak agar-agar hingga mendidih.
  • Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  • Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  • Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  • Kemudian sejukkan dalam fridge.




  • Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
Nota : Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.

 
Enjoy!








Friday, March 5, 2010

Puding Trifle


Hari tu ada jamuan di opis and jugak kat rumah jiran.
Setelah tour around and pikir nak buat apa yang cepat, pantas, mudah dan lazat..
Maka nil ah hasilnya..
Mohon maaf kepada tuan punya resipi. Lupa hari tu nak note kat mana ambil ni.
Terima kasih ye! 


Here is the recipe.

Bahan-bahan
  • Swiss roll
  • 1 tin fruit cocktail
  • Kristal Jeli (Nona Brand)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 7 sudu gula pasir
  • 4 sudu besar tepung kastad
  • Yogurt / whipping cream untuk hiasan. (i omit this)
Penyediaan :

Langkah 1
  • Potong swiss roll anggaran 1 .5 cm tebal.
  • Susun di dalam bekas. Tuang air fruit cokcktail ke atas swiss roll hingga lembap.
  • Ketepikan sebentar, dan boleh mula sediakan bahan kastad
Langkah 2
  • 1 tin susu cair, 1 tin air dan 7 sudu gula dimasak atas api.
  • Sambil tu, bancuhkan 4 sudu besar tepung kastad dengan ½ tin air.
  • Bila susu mendidih, kecilkan api, masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau sampai likat.
  • Tuang atas lapisan pertama tadi.
Langkah 3
  • Buah-buahan koktail ditabur atas bancuhan kastad tadi.
  • Ketepikan sebentar.
Langkah 4
  • Masukkan jeli ke dalam air dan masak di atas api hingga mendidiah.
  • Setelah sejuk sikit, boleh tuang atas lapisan ketiga tadi (buah-buahan).
  • Sejukkan dalam fridge.. and
Enjoy!!





 

Punch Susu Buah-buahan



Ambil dari Majalah Rasa, edisi 102, Januari 2010.
Tema mejalah bulan tersebut adalah Sajian Anak : Bayi ke remaja
So yang ni hidangan sesuai untuk anak-anak.
Bukan diorang je. Kita pun buleh join sekali.
Simple and sedap. Jom try!

Bahan-bahan :
  • 250 gm buahan dalam tin (bersama airnya sekali)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu makan gula
  • Beberapa ketulan ais
Penyediaan :
  • Campurkan susu cair bersama buah-buahan dalam tin. Kacau rata.
  • Masukkan gula dan kacau lagi sehingga sebati.
  • Masukkan ketulan ais.
  • Sedia untuk dihidang
Enjoy!





 





Thursday, March 4, 2010

Sotong Goreng Berempah


Hari ni in silent mode..
Sumber : Hana (again)
 




Bahan-bahan :

300 gm sotong
1 cawan tepung gandum (tambah tepung goreng berempah segera)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Penyediaan :

Bersihkan sotong, potong kecil-kecil, dan tos sehingga kering
Gaul sotong dengan sedikit garam dan lada sulah;
Pukul telur sedikit sahaja bagi bersatu kuning dan putih
Masukkan sotong dalam telur. Put aside.
Gaul tepung dengan baking powder. Masukkan sotong yang telah digaul dengan telur ke dalam tepung.
Salut sehingga habis.
Boleh masukkan sedikit serbuk kari ke dalam tepung.
Goreng sampai jadi warna kuning keemasan, sekejap je, dalam tempoh 4-5 minit.

Enjoy!


Wednesday, March 3, 2010

Kek Batik Merie


Weekend hari tu terasa macam gatai tangan.. hehhe
Tengok biskut meri ada..
Wahh.. ini sudah baguss..
Terus ingat kat resipi ni. Again kat rumah Hana..
(Addicted to her blog, masakan.. gambaq.. hehheh)

Untuk kali ni saya kopipes dulu.
 
Bahan-bahan
  • 500 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm butter
  • 4 biji telur gred A - pukul sikit
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)-(boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat
  1. Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
  2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
  3. Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu.
  4. Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.

 


 


 


 


 





Tuesday, March 2, 2010

Soft Crust Pizza


Hari tu, macam ada masalah besaq..
Nak buat Pizza. Setelah tour arond rumah and dapoq kengkawan, jumpa kat Hana's Site and Mat Gebu.
But, later, masa nak buat, saya combine both recipies.. hehhehe
Jangan marah ye tuan punya resipi yang saya pinjam.
 
Here we go!

Bahan-bahan (doh) :
  • 250 gm tepung roti
  • 130 ml air
  • ½ camca teh garam
  • ½ camca besar gula
  • 1 camca teh yis
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca teh bread softener
  • 1 camca teh bread improver
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering
Bahan Isian :
  • 1 ½ cawan sos tomato
  • 1 cawan sos lada hitam
  • 6 batang sosej / crabstick, potong
  • 10 kuntum cendawan butang
  • ½ biji capsicum hijau / kuning/ merah
  • Keju mozzarella
  • 1 camca teh lada hitam yang dikisar
Penyediaan
  1. Doh
  • Sebenarnya kalau rujuk kedua-dua blog berkenaan ada method tersendiri. Saya ikut method saya sendiri, ala2 macam bread machine.. heheheh..
  • Saya masukkan semua bahan, kecuali air. Mix semua bahan sehingga jadi macam bread crumb, and slowly tambah air sikit demi sikit dan uli hingga elastik, tak melekat di tangan.

  • Biarkan doh selama setengah jam atau sehingga naik dua kali ganda;
  1. Pizza
  • Panaskan oven pada suhu 200°C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega;
  • Ambil doh, bulatkan dan canai, alih doh ke dalam dulang dan tekan supaya rata dan bulat;
  • Masukkan dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit.
  • Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan-bahan lain yang dinyatakan;
  • Akhir sekali masukkan lada hitam dan tabur dengan mozzarella cheese;
  • Bakar selama 20 – 25 minit hingga keju cair atau sehingga pizza kekuningan.
Happy Trying!
 Lazat dan berkhasiat.. 

 









Helper Baru


Sapa nak nih?
Email/YM me..





 






Soft Honey Bun


Hari tu melilau2 kat rumah kengkawan. Singgah kat rumah Hana.
Jumpa this recipe, macam best untuk try.
 
Bahan-bahan :

250 tepung roti
1 ½ sudu kecil dry yeast
2 sudu besar marjerin/butter/shortening
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu (lebihkan sikit)
150 ml susu segar@air suam
2 sudu besar water roux
½ sudu kecil garam

  Penyediaan :

  • Satukan tepung, marjerin dan garam dalam adunan, buatkan lubang di tengah-tengah;
  • Masukkan susu segar, madu, water roux dalam tepung dan uli rata sampai jadi doh;
  • Uli sampai elastic. Letak dalam bekas dan tutup. Perap 45 minit atau sampai naik 2 kali ganda;
  • Bakar dalam oven pada suhu 170 C/180 C selama 22 – 25 minit;
  • Gris mentega pada permukaan roti dan sejukkan atas redai.

Ni masa tengah tunggu dia naik.. 


Dah siap..

 


 



Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails