Monday, March 8, 2010

Kung Pao Prawn


Hari tu, my fren, Karimah, cakap try lah resipi ni..
Nampak cam gitu-gitu ja, tapi sedap.
So, saya cakap meh le nak tengok. And sebaik ja tengok, ekspresi yang sama keluaq.. la.. macam tu ja?
Balik, rujuk internet.. and jumpa resipi asal dari Kak Jeni..
Again, simple, and senang.. bak kata member.. gerak tengah malam pun buleh buat.. heheh
Serius.. sedap.. TQ to Kak Jeni (btw, tak buleh link to the said page. My lappy detect her link ada virus.. Sorry!)

Jom layan resipi ni.
 
Bahan-bahan :
  • Udang
  • 1 ulas bawang besar, dipotong bulat
  • 3 ulas bawang putih, dimayang
  • 2 cm halia, dipotong nipis
  • 4 – 5 biji cili kering – dibuang biji dan potong lebih kurang 1 inci panjang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Daun bawang untuk hiasan
Penyediaan :
  • Bersihkan udang, dan buang kulitnya. Tinggalkan ekor sahaja
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang, bawang putih halia dan cili kering. Biarkan seketika sehingga bahan tumisan menjadi warna keemasan dan cili bertukar warna sedikit gelap.
  • Masukkan udang, kacau seketika.
  • Masukkan sos tiram, dan sos cili. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dan sedikit likat.
  • Masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!

Enjoy!

Nota : Resipi ni adalah terjemahan dari bahasa omputih.. makanya ada kala dia jadi penin2 sikit siri alih bahasa ini



 


 
 

No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails