Another year older..
Tq kepada kengkawan yang sudi meng"wish"kan
aku saya sempena kedatangan hari ni. Semuanya lah.. untuk mesej yang pertama sekali.. (u know who u are..) terima kasih dari pemulaan nyawa saya hingga ke akhir nyawa saya.
Untuk anak buah kat opis, yang dulu dan sekarang, selamanya saya tak lupa, dan terima kasih kerana sudi menghargai saya sebagai seorang yang
selalu kadang-kadang mengarah... hahhahah.. TQ for being so good, so kind, so helpful .. etc. etc. (Time emosi ni selalunya keluaq omputih ja.. isshh.. haru!)
Masa ni jugak ada kengkawan yang sebenarnya jauh secara fizikal, tapi sebenaqnya dekat di hati. Time ni jugak kita tau kita ada kawan. Alhamdulillah, di usia tua ni, ada jugak kawan yang masih
appreciate menghargai diri saya. Semoga Allah memberkati, memurahkan rezeki, melimpahkan rahmat dan rahimNya kepada semuanya.
Kehadiran semua mesej amat saya hargai.. dalam banyak tu, saya terpaku amat pada ucapan yang di
create cipta khusus oleh Midon.. MMS dari Mazidah.. and satu lagi, kawan seperjuangan yang teramat akrab semasa di zaman pengajian dulu..
Zana Zanzaly.. Mujur jugak emel alternatif banyak membantu menyampaikan mesej-mesej yang kengkawan post di wall atau PM di FB. Saya suka amat ucapan puitis Zana. Saya doakan kawan baik saya ini di satu hari akan mengungguli gelaran Sasterawan Negara, InsyaAllah. Berikut adalah kiriman mesej beliau melalui FB.. (melalui e mel saya)..
|
| Subject: salam di hari keputerian usah sedih berduka jangan
sekali mudamu hilang
setahun usiamu matang
bak kelapa,
makin tua, kian pekat santanya! |
Alhamdulillah, sehingga hari ini masih bernafas..
alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment