Wednesday, March 10, 2010

Chocolate Chips Muffin


Memandangkan ada beberapa item dalam simpanan nak dihabiskan, makanya saya telah merayap2 masuk dapur kawan2. Maka dengan itu, terjumpalah resepi ini, yang dilihat mudah, tak guna banyak masa dan mestilah sedap rasanya. Jumpa resipi ini di dapur Mat Gebu. Kata Mat, ni resipi Kak Noreen.

Muffin ni sedap. Cuma kali ni buat tak berapa menjadi elok.. tak puas hati sangat. Will buat lagi elok pada masa akan datang.




Jom layan resipi!

Bahan-bahan disatukan dan diayak :
  • 250 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bicarbonate
  • 2 sudu besar serbuk koko
Bahan disatukan dan diayak :
  • 250 ml susu segar
  • 90 ml minyak sayur/jagung
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan lain :
  • 175 gm gula halus
  • 150 gm chocolate chips
  • 50 gm chocolate chips untuk hiasan (saya guna jugak colourful chocolate rice)
Penyediaan :
  • Dalam satu bekas, satukan bahan-bahan diayak bersama gula halus dan 150 gm chocolate chips. Gaul rata.Tuang bahan yang dikacau rata dan gaul hingga semua sebati dan mesra.
  • Sudukan bancuhan muffin ke dalam muffin cup ¾ penuh dan hias dengan tabur chocolate chips. Buat sehingga siap.
  • Bakar pada suhu 180°C selama 18 – 20 minit.
Enjoy!



 
 




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails