Tuesday, March 2, 2010

Soft Crust Pizza


Hari tu, macam ada masalah besaq..
Nak buat Pizza. Setelah tour arond rumah and dapoq kengkawan, jumpa kat Hana's Site and Mat Gebu.
But, later, masa nak buat, saya combine both recipies.. hehhehe
Jangan marah ye tuan punya resipi yang saya pinjam.
 
Here we go!

Bahan-bahan (doh) :
  • 250 gm tepung roti
  • 130 ml air
  • ½ camca teh garam
  • ½ camca besar gula
  • 1 camca teh yis
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca teh bread softener
  • 1 camca teh bread improver
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering
Bahan Isian :
  • 1 ½ cawan sos tomato
  • 1 cawan sos lada hitam
  • 6 batang sosej / crabstick, potong
  • 10 kuntum cendawan butang
  • ½ biji capsicum hijau / kuning/ merah
  • Keju mozzarella
  • 1 camca teh lada hitam yang dikisar
Penyediaan
  1. Doh
  • Sebenarnya kalau rujuk kedua-dua blog berkenaan ada method tersendiri. Saya ikut method saya sendiri, ala2 macam bread machine.. heheheh..
  • Saya masukkan semua bahan, kecuali air. Mix semua bahan sehingga jadi macam bread crumb, and slowly tambah air sikit demi sikit dan uli hingga elastik, tak melekat di tangan.

  • Biarkan doh selama setengah jam atau sehingga naik dua kali ganda;
  1. Pizza
  • Panaskan oven pada suhu 200°C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega;
  • Ambil doh, bulatkan dan canai, alih doh ke dalam dulang dan tekan supaya rata dan bulat;
  • Masukkan dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit.
  • Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan-bahan lain yang dinyatakan;
  • Akhir sekali masukkan lada hitam dan tabur dengan mozzarella cheese;
  • Bakar selama 20 – 25 minit hingga keju cair atau sehingga pizza kekuningan.
Happy Trying!
 Lazat dan berkhasiat.. 

 









No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails