Wednesday, March 31, 2010

Halia


Bagi memudahkan pengendalian masak-masak kat dapur, saya ada tanam pokok halia.. dalam pasu kecil je pun.. setakat sekali dua masak, lepas lah.. tak perlu nak beli. Tapi, kalau nak memasak secara besar-besaran.. kena lah beli jugak. Dah lama jugak bercadang nak tukar pasu ni supaya halia ni boleh bercambah dan beranak pinak dengan galaknya. Tapi tu lah.. asik naaakk je.. tapi tak terbuat jugak. Petang-petang lepas pejabat dok layan benda lain.. akasia lah.. macam2 lah..

Halia ni banyak kegunaan. Paling glamer adalah bertujuan buang angin dalam badan. Cara nak buang, ada banyak.. ada yang dah produce kopi halia lah.. letak dalam masakan.. ni paling banyak berlaku, tapi selalunya halia ni tak bermakan pon.. masuk ke tong sampah akhirnya.. (saya lah tu) kalau kecik-kecik potongan halia, atau kalau ditumbuk halus, makanya akan masuk lah jugak ke dalam abdomen nih.

Ada jugak dibentukkan menjadi jeruk.. ni pon cara makan halia dengan mudah..

Saya terjumpa maklumat lain di sini. Ini adalah cation tentang kebaikan halia.

HALIA - HERBA SERBAGUNA


Halia seperti yang kita ketahui sentiasa menjadi bahan utama dalam pelbagai jenis masakan.tidak ramai yang mengetahui bahawa halia juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Halia atau nama saintifiknya Allium sativum digunakan sejak zaman Mesir lagi sebagai penawar luka, infeksi, tumor dan bagi mengatasi parasit intestial.


Kajian saintifik turu bersetuju dengan kahasiat dan kebaikan halia ini.mungkin ramai yang tidak menyenangi bau dari hali ini tetapi kajian telah menunjukkan bahawa bau ini terhasil dari sebatian sulfur yang c terdapat di dalam halia yang merupakan punca halia digunakan sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.


Halia yang dipercayai secara tradisional dapast menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah juga telah terbukti beanr melalaui kajina saintifik.secara saintifik, sebatyian sulfur di dalam halia menurunkan kadar kolestrol dengan merangsang pengeluaran kolestrol di dalam hati melaui proses perkumuhan. Seterusnya haalia juga menurunkan kadar tekana darah dengan mamperlahankan pengeluaran hormon yang berfungsi menaikkan tekanan darah di dalam badan.


Halia juga mempunyai kebolehan bagi menstimulasi sistem imun badan. Sebatian dalam halai merangsang aktiviti macrophages, iaitu sel darah putih yang menghalang kemasukan organisma asing ke dalam badan seperti virus, bakteria dan yis.halia juga baik bagi meningkatkan aktiviti sel -T, iaitu sel imun yang merupakan pusat kepada keseluruhan sistem imun badan. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika secara tradisioanl halia digunakan bagi merawat infeksi di bahagian respitori.


Selain itu, halia juga mampu manghalang pertumbuhan parasit dui dalam usu (intestial ) manusia. Ini termasuklah amoebes, sejenis parasit yang menyebabkan disentrio. Jika disentri tersebut berlanjutan, ia mungkin akan membawa maut.dalam banyak perubatan tradisional, halia telah digunakan bagi membunuh cacing (pinworms) sejenis parasit yang terdapat di dalam usus.


Herba yang menakjubkan ini juga telah terbukti mampu mempertahankan manusia dari ancaman toxin dan kerosakan sel DNA manusia. Kajina telah mendapati bahawa sulfur yang terdapat di dalam halia ini mempunyai agemn anti-oksida yang boleh melindungi membrtan sel DNA.Halia juga menstimulasi pengeluaran enzim nyah-toksin yang akan meneutralkan gas-gas beracun yang tidak merbahaya yang masuk ke dalam badan manusia melaui pernafasan.


Walaupun telah terdapat produk pil-pil berasakan halia, namun penggunaaan halia yang paling baik disyorkan bagi mengatasi masalah kesihatan ialah dengan memasak halai sehingga separuh masak sehingga baunya naik dan dimakan begitu sahaja.


No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails