Thursday, March 11, 2010

Kwey Teow Sup Hor Fun


Resipi ni bukan kali pertama buat.. dah berkali-kali buat.. tapi kali ni baru la benda alah ni dapat berposing. Resipi pinjam yang Kak Rinn punya.. dari dapur dia kat SP nun..

Saya suka ni.. simple, sedap.. dan penting sekali kurang menggemukkan.. hahhaha..tapi kalau pulun makan sampai berpinggan-pinggan tu kurang menggemukkan ke? Haha.. well.. at least dia tolong maintain berat.

Jom layan resipi!
 
Bahan-bahan :

  • Sebungkus kwey teow (600 gm)
  • 2 potong bahagian dada ayam
  • 10 ekor udang besar
  • 10 biji bebola ikan (tak letak..)
  • 5 batang crab sticks
  • 3 ulas bawang putih
  • Sikit minyak untuk menumis
  • 1 camca teh lada putih
  • Air secukupnya
  • Daun kucai (yang ni kebetulan tak de dalam stok)
  • Kalau nak lebih rasa ayam, boleh masuk 1 kiub ayam
  • Sikit minyak bijan (tak letak)
Penyediaan :

  • Celur kwey teow hingga lembut. Ketepikan.
  • Panaskan periuk, tumis bawang putih hingga agak layu. Masukkan lada putih dan kacau
  • Tuang air secukupnya untuk dijadikan sup. Biarkan mendidih.
  • Masukkan ayam. Bila ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam.
  • Masukkan udang, bebola ikan dan crab sticks ke dalam sup ayam tadi.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Tambahkan beberapa titis minyak bijan.
  • Ambil sebahagian kwey teow yang dicelur tadi dan bubuh di dalam mangkuk. Tuang kuah sup, taburkan ayam dan daun kucai.
  • Lebih sedap jika dihidang dengan sambal kicap.
Enjoy!







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails