Wednesday, March 31, 2010

Pau Gebu


Melihatkan hampir kebanyakan kengkawan membuat pau.. saya pon rasa macam teruja nak buat sesuatu mengenainya. Setelah puas study, saya ambil yang paling simple nak buat, and terjumpa di Kak Rinn punya FP, and kata kak rinn, Mat Gebu dah buat dulu.. TQ to both Kak Rinn and Mat Gebu. Makanya ini lah yang terhasil. Gembira amat sebab lepas proses menguli, adunan kemudiannya mengembang.. penuh mangkuk.. lembut.. dan "GEBU". Gembira jugak sebab Irfan dan Kakak masing-masing tolong contribute hasil kerastangan mereka.

Jom layan resipi :

  • 240 gm tepung Hong Kong @tepung pau (saya guna tepung pau)
  • 1 camca teh double acting powder (saya pakai baking powder biasa) + 1 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 gm lemak sayuran (shortening)
  • 100 ml air suam – saya lebihkan sikit sebab adunan agak keras *
  • 30 gm gula halus *
  • ½ camca teh cuka * (disatukan dan dikacau hingga larut)
Penyediaan :

  • Dalam bekas, masukkan tepungpau, double acting powder, garam, yis dan lemak sayur.
  • Gaul dan ramas hingga adunan berupa serbuk roti.
  • Masukkan air yang bercampur cuka dan gula.
  • Adun hingga doh menjadi elastic dan lembut.
  • Perap doh selama 45 minit.
  • Setelah doh kembang, bahagikan doh kepada bola kecil lebih kurang 35 gm sebiji.
  • Leperkan bebola berkenaan, dan isi dengan inti kegemaran.
  • Kukus selama lebih kurang 15 minit.


    Enjoy!









 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails