Thursday, September 16, 2010

Series of Ketupat





Hari ni Hari Malaysia. Jadi, saya ucapkan Selamat Menyambut Mari Malaysia untuk semua yang singgah di sini. Sesungguhnya kita amat bertuah menjadi rakyat Malaysia, Alhamdulillah. Semoga dengan cuti yang diberikan ni, kita akan merasai akan lebih keMalaysiaan, tambah lagi banyak yang buat rumah terbuka hari ni. Kami kat Kedah ni, cuti hari ni, esok dan lusa.. lagi la meriah.. hikss..

Mengambil kesempatan raya ni, nak le tayang jugak sajian utama di sebelah sini, di mana ketupat adalah ibu segala sajian bagi hari raya. Tadak ketupat ni, macam tak rayalah kiranya.. hiks. Kat sini juga, ketupat dihasilkan dengan daun palas. Sebelum mula buat ni, kenalah buat mock ketupat dulu, kalau tak, nanti susah nak balut. Lupa pulak nak capture daun pala. manalah tau, kot satu hari nanti berlaku kepupusan hutan ke, tak sempat anak cucu cicit nak tengok daun tu.


Seawal pagi, mak saya telepon, remind untuk tolong balut ketupat. Sesungguhnya saya tak terer balut. Setahun sekali je godek ketupat nih. Tu pun tertakluk kepada giliran raya jatuh di Alor Setar. Dan kali ni juga, kakak ipar saya yang terer balut ketupat tu beraya di kampungnya. Mak cakap, kalau kakak balut sensorang kejap je dia setel sebesen pulut. Makcik ni, kalau kena sebesen tu sensorang, tak makan ketupatlah agaknya. Hiks.


Mak bagitau, sekarang ni upah untuk membalut ni dah mahal. dua cupak pulut yang kita sediakan untuk mereka balut, di charge sebanyak RM 70. Wah! Lumayan tuh. Jadi, mak cakap, sila polish skill, supaya tahun depan buleh ambik upah balut ni je. Ok! saya akan bukak tempahan raya.. Aidil Adha nanti kepada semua penduduk Kedah dan Perlis, Insya Allah!

Jauh aku melilau. Now back to ketupat. Sebelum nak mula membalut, kenalah tanak pulut dulu, about half cook atau santan dah kering dan sesuai untuk balut, then boleh mulakan. Berikut adalah yang dah siap dibalut dan ditrim cantik..

Siap. tengah queue nak masuk periuk
Sesungguhnya nak balut ketupat ni memerlukan jemari yang terer untuk membalut, dan penting sekali adalah memastikan supaya air tak masuk di lubang-lubang yang terdapat pada ketupat itu. Kalau masuk tu, akan lembut lah sikit, lembut sebab kena ayaq.

Untuk menjadikan ketupat sedia untuk dimakan, boleh pilih metod kukus atau rebus. Dua-dua selamat dimakan. Since saya tak pro, saya ajak mak kukus, supaya air tak masuk lubang. Tapi makcik tu nak jugak rebus. Merujuk kepada gambar rajah di bawah, nampak tak serpihan pulut yang keluaq tu..? Ok lah overall. Makan serupa tu jugak kan?

Dah siap masak
Ada jugak cebisan pulut yang dok jengoi keluaq..
 

Ni dah siap potong untuk memudahkan proses masuk dalam mulut
Lazimnya, kalau giliran beraya adalah di Alor Setar, kami akan bertolak pulang ke kampung sebelah arjuna hati di Parit Buntar pada sebelah tengahari. Memandangkan raya kali niraya jatuh hari jumaat, jam 11 kami dah bertolak ke sana. perjalanan ambil masa dua jam dengan pemanduan berhemah.

Berikut adalah versi ketupat sebelah Perak Utara. Saya rasalah, sebab rata rumah yang kami beraya, macam ni lah ketupatnya. Kak Rosni, yang suaminya seParit Buntaq dengan baba pun cakap macam tu. Ketupat ni dibalut dengan daun pisang. Cara macam ni, confirm ayaq tak boleh nak masuk. Dan, personally, saya suka balut ketupat ni. Express weyh. Setalam sat ja boleh habis, tambah la kalau buat besaq-besaq. 

Dah siap masak.

Tunggu nak kena potong

 
Lemak, berkilat, sedap

Nasi impit pun ada disediakan, sebagai alternatif kepada yang tak makan pulut. Ye lah. kata orang, pulut ni buat mengantuk lah, angin lah, sakit urat lah. Jadi ada nasi impit ni, senang lah. tambah lagi yang dah siap dibungkus. Balik rumah, masuk periuk je.

Nasi yang dihimpit-himpit

Cicah dengan kuah kacang mak saya yang best!
Saya lupa kat rendang ibu mertua saya yang menjadi pujaan semua anak dan menantu serta cucu beliau. Harap, anaknya yang dok serumah dengan saya ni, tak sedih sebab saya lupa nak merekod hasil air tangan ibunya untuk dijadikan tatapan di kala dia teringin nak makan rendang.

Lemang tak dijumpai untuk raya kali ni. hanya nampak di tepi-tepi jalan tanpa membeli. makanya dalam entri ini, tiada lemang itu.

Amatlah terasa seperti masih di dalam hari raya sebab buat entri ketupat nih. Apatah lagi mengingatkan akan lembutnya, gebunya, lemaknya, kenyangnya dan lazatnya menikmati juadah itu, dan dicicah dengan rendang hasil buatan ibu-ibu tersayang. amatlah best sangat. tambah-tambah kalau takat balik, dan makan je.. hahah.. tak pe, nanti time giliran di parit Buntaq, kite tolong pulak ye!

Raya kan sebulan? Makanya untuk semua yang sudi membaca, Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

1 comment:

hana said...

selamat hari raya hann... maap zahir batin. alahaiii rindunyer ngan ketupat palas nih.. terliur sudaaa...

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails