Monday, August 23, 2010

Blossom Curry Puff






Tajuk kasik gempaq. Hiks..

Saya sebenarnya sunguh allergic dengan karipap. Bukan elegik kalau makan naik bintik merah kat the whole bodi. Dak.. sebenaqnya pantang tengok, pantang jumpa. Sangat suka sekiranya intinya adalah kentang. Dan untuk kali ni, nak buat gak, tapi guna puff pastry. Tak dan nak uli-uli tepung. Dulu dah pernah try sekali, konon nak buat karipap pusing. Tapi hasil memang tak berapa menarik. Memandangkan kali ni guna puff pastry, sebab tu tulis Curry Puff and bukan karipap. Dan since ada yang kembang, makanya hasil akhir adalah bernama Blossom Curry Puff. Hiks. Untuk inti, saya buat yang simple-simple ja, mix of ayam and kentang. Resipi ni adalah hasil ikut suka sukatan.Berpadanan antara satu sama lain. Apa pun, hasil tak mengecewakan. Lepas kempunan nak makan karipap. Jom tengok resipi.




Bahan-bahan :
  • Beberapa keping puff pastry segera, jenama Kawan
  • Kuning telur + sesudu teh susu cair, digaul. Ni Mat kata. Saya omit the susu punya part, mix kuning dan putih telur sekali.
  • Dua (2) biji kentang yang sederhana, dibuang kulit, dipotong dadu
  • Semangkuk kecil (atau ikut sukati nak banyak mana) isi ayam dipotong/dirincik kecil comel
  • Seulas bawang besar – didadukan
  • Bawang putih – dihancurkan
  • Daun kari
  • Sesudu besar rempah kari
  • Garam and gula untuk perasa
  • Daun bawang dan daun sup - dihiris
  • Sedikit air

Penyediaan :
Inti Curry Puff
  • Tumiskan bawang putih dan bawang besar sekali. Kacau sikit-sikit sampai bawang agak layu.
  • Masukkan rempah kari. Kacau seketika.
  • Masukkan ayam, kentang dan diikuti dengan sedikit air. Kacau sebentar.
  • Perisakan dengan garam dan gula. Kacau sekali sekala hingga air agak kering.
  • Masukkan daun bawang dan daun sup bila air hampir kering.
  • Tutup api dan biarkan inti tersebut menurunkan suhu kepanansannya.

Membalut inti dengan pastry
  • Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah.
  • Bahagian satu lagi, diletak inti, tutup dengan bahagian yang dipotong.
  • Trim tepi bagi melekat dengan garfu.
  • Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  • Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit.
  • Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..
Enjoy!


No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails