Saturday, March 5, 2011

Cucur udang sempoi








Petang macam ni best layan cucoq udang ni. Tambah-tambah kalau nampak udang tertonggek kat dalam cucoq tuh.



Kite buat simple ja, macam orang lain gak. Demi memeriahkan susana, kite tepek resipi kat sini. Untuk makluman, sukatan adalah mengikut suka ja.. Pepandai lah agak.

Bahan-bahan :

- Tepung gandum
- udang segar - dibuang yang berkenaan dan dibersihkan
- sedikit udang kering, direndam seketika dan ditumbuk halus
- sebiji telur
- daun kucai/ daun bawang
- tauge (optional)
- bawang besar dipotong kecil
- garam dan gula secukupnya
- air suam yang agak panas

Penyediaan :

- dalam bekas yang sesuai, satukan tepung, udang kering, garam, gula, telur, bawang dan dedaunan. Campurkan dengan air suam ke dalam campuran berkenaan, dan kacau rata semua bahan hingga sebati.

- sesuaikan bancuhan tepung untuk dijemput kecil ke dalam kuali.

- Letakkan seekor udang di atas bancuhan tepung, dan tutupkan dengan sedikit tepung lain, ni nak bagi udang tu duduk diam-diam dalam cucoq nanti.

- goreng dalam minyak panas.


Nota : kite perasan deskripsi kepada resipi adalah sangat buruk. Belasah je. Sapa tak paham, sila hantaq e mel.. Hikssss...

enjoy!





- Posted using BlogPress from my iPad sambil tunggu cik baba memancing and anak-anak enjoy bermain di padang.. Sungguh berangin di bawah pepohonan ini..

10 comments:

maya amir said...

oh myyyy..so tempting;)

kasihredha said...

hann
nanti akak email hann nak minta sukatan sebenar...hihi

Lady of Leisure said...

ya ampung sedapnya nampak, gebu lak tu... dengan udang dok posing cantik jer.. hehe

Lee said...

Hi Hann, wow! Looks delicious! Ada lagi? Ha ha.
You ada Black Belt in cooking I guess.
Have fun.
Lee.

anymz said...

salam hann
waaah!udang tu bukan dok tertonggek lagi tu dah tertonggeng dah tu..nak sikit hann..makan mlm2 ni cicah sos dgn kopi o panas kaw..ohhh..hancus dietku..huhu

Unknown said...

maya..

ni all time favouritaa.. makanya.. tetap lazat. Kalau orang kejut dari tidur suruh makan cucoq ni pon lazatnya kekal gitu.. hehhe

Unknown said...

kak kasih...

hehhe.. hehehheh..
lama tak sembang kot e mail.. miss u lah kak.

Unknown said...

Lady..

gebu macam jemari dan tuan hak buat nih.. muahhahha... sila jangan geli dengan ayat ni

Unknown said...

Uncle Lee..

thanks for your visit. Dah abis.. tapi demi uncle i sanggup buat lain.. hehe..

err.. not so black kot uncle.. kelabu asap je.. hehhe

Unknown said...

kak anym..

yeah!! setuju ngan kak anim.. kena ngan kopi memang super lazat sambil menikmati udara malam..

oppss.. kak anim.. tengok je dulu.. sila dayet bersungguh2.. saya tak pe.. kengkadang je dayt.. muahhahah

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails