Friday, December 3, 2010

Chicken curry puff







Kite agak lama sikit macam nak makan karipap. Tak mau beli punya. Tak best. Nak buat sendiri. Nak yang macam mokwo punya kat sini, berlapis-lapis.. pergh.. feveret weyh! Tapi ada masalah lain yang banyak, dan paling utama adalah kurang rajin nak menguli/membuat pastry. Nak cepat, dan up sikit macam bakeri punya taraf, saya guna pastry segera, cap Kawan tu. Inti je kite saya buat sendiri. Saya dah pernah mengentrikan yang sama sebelum ni, di sini. Ye lah.. benda suka makan.. banyak kali lah buat.. hiks..

Untuk meramaikan entry ni, saya salin dan lekatkan di sini resipi karipap chicken curry puff ni.

Bahan-bahan :
  • Beberapa keping puff pastry segera, jenama Kawan
  • Kuning telur + sesudu teh susu cair, digaul. Ni Mat kata. Saya omit the susu punya part, mix kuning dan putih telur sekali.
  • Dua (2) biji kentang yang sederhana, dibuang kulit, dipotong dadu
  • Semangkuk kecil (atau ikut sukati nak banyak mana) isi ayam dipotong/dirincik kecil comel
  • Seulas bawang besar – didadukan
  • Bawang putih – dihancurkan
  • Daun kari
  • Sesudu besar rempah kari
  • Garam and gula untuk perasa
  • Daun bawang dan daun sup - dihiris
  • Sedikit air

Penyediaan : Inti Curry Puff
  • Tumiskan bawang putih dan bawang besar sekali. Kacau sikit-sikit sampai bawang agak layu.
  • Masukkan rempah kari. Kacau seketika.
  • Masukkan ayam, kentang dan diikuti dengan sedikit air. Kacau sebentar.
  • Perisakan dengan garam dan gula. Kacau sekali sekala hingga air agak kering.
  • Masukkan daun bawang dan daun sup bila air hampir kering.
  • Tutup api dan biarkan inti tersebut menurunkan suhu kepanasannya.

    Membalut inti dengan pastry
    • Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah.
    • Bahagian satu lagi, diletak inti, tutup dengan bahagian yang dipotong.
    • Trim tepi bagi melekat dengan garfu.
    • Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
    • Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit.
    • Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..
    Enjoy!

    7 comments:

    Lady of Leisure said...

    sedapnya nampak your curry puff my fav ni.. macam kebetulan pulak, i made sardine puff last few days hehe..

    kasihredha said...

    wah hann akak kagum melihat hasilnya..sungguh menyelerakan

    Hann said...

    Lady,

    mulanya memang macam nak buat sardine puff, tapi takut tak mendapat respon yang baik dari kanak-kanak di rumah. Jenoh maknye nak makan.. satgi tembun sensorang..

    Hann said...

    Kak kasih..

    kalau berjiran, akak tak payah buat, nanti sure sampai kat rumah akak.. :))

    Jess @ Bakericious said...

    I love curry puff, looks delicious.

    Hann said...

    Dear Jess,

    thanks for dropping by. Really appreaciate your visit.

    Thanks again

    cheaperbooks said...

    Hi,

    Saw the photo on fb & ended up @ your blog :)

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails