Wednesday, January 19, 2011

Seri Muka Bakar






Macam tak sengaja je terbuat menda alah ni. Suka nak makan, tapi macam tak berani nak buat. Tapi, kite gagahi jua sebab ada daun pandan hak kite kidnap kat garden opis baba dah tak berapa nak hensem. Mujur jugak masih berwarna hijau.

Dan kebetulan, ada kakak di pejabat kite ni yang selalu ambik tempahan untuk kuih ni, tapi versinya adalah bakar. So, kite tiru dia, masukkan dalam oven (dia bubuh dalam microwave) untuk menjadikannya seri muka bakar.




Resipi ni kite tiru hak Dayang Jack punye.. original recipe di sini..
(tq DJ!)


Seri Muka
Bahan-bahan
  • Bahan lapisan bawah
  • 500 gm beras pulut
  • 400 ml santan cair
  • 1 sk garam
  • 2 sb minyak

  • Bahan lapisan atas
  • 120 gm tepung gandum
  • 3 sb tepung jagung
  • 140 gm gula
  • 3 biji telur
  • 450 ml santan pekat
  • 1/2 sk garam
  • 300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara
  1. Untuk lapisan bawah
  2. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  1. Untuk lapisan atas
  2. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  4. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  5. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  6. Part ni kite tambah : Masukkan dalam microwave/oven untuk proses bakar lapisan atas. Gunakan api bahagian atas sehingga lapisan tersebut nampak macam terbakar atau sedikit dry dah boleh keluarkan dari oven.
  7. Tunggu sejuk dulu baru potong..

Enjoy!

8 comments:

kasihredha said...

akak tak pernah makan lagi serimuka bakar.

Anie said...

Salam Hann,

I dah lama tak terkedek2 dtg blog u...lama ke mcm dalam 2, 3 hari gitu arh, dah rasa mcm lama gitu kan ahakkkzz :)

I mmg feveret serimuka arh babe, kalau mkn tak hingat dunia....slalunya I buat versi microwave sbb malas nak mengukus and I tak pandai jaga api kukus pun. Yg versi bakar tak pernah try nak masyuk list arh ;)

zarin said...

eh eh ini pun kuih feveret i n famiy tp tk pernah buat versi bakar ni...buleh gak try...

ady said...

salam hann

ady tak pernah makan seri muka bakar kalau kukus tu ada lah....apa rasa nya...? nak try buat ni....

Hann said...

Kak kasih..

Jemput mai rumah.. Nanti saya buatkan.. :))

Hann said...

Anie..

So aweet lah u mai terkedek-kedek gitu. (i dah lama tak guna terkedek-kedek nih.. Macam nostalgia pulak.. Hhahhahah)

I pon benaqnya tak pandai.. Main belasah je. . Haha..

Hann said...

Zarin..

Sama je rasa both kukus and bakaq tu. Cumanya layer atas tu macam dry sikit lah. Ada orang suka, ada yang tak.. Masing-masing punya cita rasa.. Silalah try. Nanti maklum akan perkembangan hasil tangan u. Outcome u selalu dasat babe! :))

Hann said...

Ady,

Tak pe, lepas ni coba.. Baru boleh rasa perbezaannya.. Hikss..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails