Wednesday, March 2, 2011

Murtabak Maggi







Ada ketika hari tu majoriti kengkawan dapur buat murtabak maggi ni. Kite pon layan jugak.. Hasil bertenggek di  dapur mek hana kat jepun..  tengkius ye!
Tak rajin nak merepek  sebab hari ni kite baik.. hiksss
Bahan-bahan :
  • 1 bungkus mee segera (hana & k.watie  dan saya gune Maggi Kari)
  • 2 biji telur
  • 1 peket serbuk perisa mee segera
  • 2 atau 3 sudu besar daging cincang yg dh di goreng terlebih dahulu - hana goreng buh sos tiram n lada sulah sket – saya tiru hana
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu & kecil
  • 1 biji cili merah - dadukan halus
  • daun sup@daun bawang
 
Penyediaan :
  1. Rebuskan mee maggi sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati. Masukkan inti karipap,cili merah,daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.

Enjoy!

6 comments:

kasihredha said...

selalu dengar martabak mee segera ni...tapi belum pernah makan...sure best kan hann

Hann said...

kak kasih..

cuba lah.. best sebenarnya.. tak lah terasa kemaggian nya tu.. hehhe.. lambak banyak sikit daging lebih sedap

aidah said...

dah pernah tengok beberapa org blogger buat murtabak maggi ni tapi akak tak pernah cuba lagi, ingat nanti time cuti sekolah anak2 ada nak cuba buat jugak lah

ady said...

mmmm... rasa lapar pulak tengok Murtabak Maggi hann nih..mabeles.

Hann said...

aidah..

ada masa nanti cubalah.. berbaloi-baloi.. hehhe

Hann said...

Ady.. jemput lah.. hehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails