Wednesday, June 30, 2010

Slice Cheese Cake







Saya sungguh terasa macam nak godek cheese cake ni dah lama. Tu lah, dah namanya terasa, rasa je lah, masih tak buat jugak. Kebetulan weekend baru ni, baba kerja, tinggal saya dan anak-anak. Maka setelah kejadian yang tragis pada hari sebelumnya, maka saya telah menggodek untuk menjadikan ini satu kenyataan. Maka, baba balik nanti, buleh lah dijamu dengan santapan ini. Misali kan? Hiks. Sebetulnya kek saya kurang menjadi.. tapi macam ok ja.. meringue tu ada masalah kot.. dia jadi mereng.. Apa pun, sedap! Saya ambil dari sini resipinya. Jom layan.
Bahan-bahan :
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gm butter
  • 70 gm tepung gandum (diayak dulu)
  • 70 gm gula
  • 4 biji telur
  • Esen vanilla
Penyediaan :
  • Carikkan slice cheese kecil-keci dan campurkan dengan susu segar.
  • Masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.
  • Masukkan butter, kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  • Asingkan putih telur dan kuningnya. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  • Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul.
  • Akhir sekali, campurkan meringue sikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan esen vanilla. Gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan ke dalam acuan.
  • Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit dan turunkan suhu 140°C selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18 cm dan letakkan air di bawah dulang pembakar (bain marie method) untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  • Ikut suka nak hias atau tak. Makan macam biasa, potong dan masuk mulut.
  • Suka diingatkan bahawa pastikan meringue benar-benar kental. Nak tau kental atau tak, cuba balikkan bekas, meringue tak jatuh. Kalau jatuh, dia tak jadi meringue.. dia jadi MeReng.. hehehheh.
Enjoy!

Tuesday, June 29, 2010

Udang Berkaler Merah




Cool tak tajuk tu? Saja je.. malas boh tajuk skema-skema nih. Kebetulan hari tu buat baba kena keja. Cuma nak melayan anak-anak makan. Makanya membuat yang paling simple, style campak-campak yang agak lazat je. Menggunakan bahan-bahan asas.. tak pedas sangat, ada macam tiga empat rasa.. bahan utama, cili, cili sos, tomato sos.
Enjoy!







Sunday, June 27, 2010

Saderi dan Sup, Kaitannya






Ni daun saderi yang saya cucuk dalam pasu. Pokok ni sekarang dah jadi arwah. Agak lama jugak pokok dalam pasu ni membantu di dalam masakan kecil-kecilan saya. Kalau kena guna banyak, makanya kena tuai dari kedai lah. Sekarang ni pun asik menuai dari kedai je.. 



Biasa kita gunakan daun saderi ni, dalam sup, inti croquette, dalam masakan-masakan lain yang melayakkan daun saderi ini diletakkan. Dan (penggunaan ayat bermula dengan "dan" adalah sangat salah.. tapi nak buat jugak) paling banyak adalah untuk me mekapkan makanan agar Nampak macam segar bugar, berwarna dan sekaligus menghasilkan ekspresi yang sungguh menggiurkan terhadap makanan tersebut.

Sebelum ni, kalau takat taboq-taboq atas makanan tu, sangat lah tau.. kalau tanya apa yang terkandung kat dalam daun yang setoet kecik tu (ada gak yang besaq) apakah khosiat dan penawar yang buleh melegakan tubuh makan, tobat makcik tak tau.

Tapi, info ni sesungguhnya berguna, bukan untuk saya ja, tapi untuk semua yang sudi menziarah blog ni. Tengki.. tengkiu..

Lupa pulak saya, daun saderi ni adalah daun yang serupa dengan daun sup. Daun itu berkongsi nama. Macam alias/@ tu lah. Nama dalam bahasa sains adalah Apium graveolens. Di dalam batangnya yang lembut dan daun yang berbau sup itu, terkandung zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B Komplex (tak boleh tulis Kompleks, kang ingat kompleks membeli belah), vitamin C dan magnesium.

Daun ini merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Selain tu, daun ni juga terer di dalam membuka penyumbatan yang terjadi pada hati dan limpa, dan membantu pencernaan dan melancarkan kencing.

Tu lah.. kecik-kecik comei ni, jangan ingat tadak apa. Rupanya banyak sungguh khosiat dia. Makanya, lepas ni, segala yang dihias tu,makan, jangan membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.




 


 

Saturday, June 26, 2010

Kemarin yang Tragis





Kemarin adalah hari yang sangat tak best seronok. Sedari pagi, semua yang saya buat, pasti ada yang tak menjadi.

Memandangkan lama saya tidak menjadi "bread maker machine".. maka tengaharinya saya luangkan masa  untuk menjadi yang demikian, selama setengah jam, atau sejam lebih.. kurang pasti sebab sambil layan kanak-kanak ni menjelajak kartun kegemaran. Sambil menguli, empat pasang tangan comel menguli juga. jenuh juga aksi menepis. Ada seorang yang suka makan tepung yang diuli sebelum masuk pusat pembakaran. tak berbaloi petang kemarin.. mungkin banyak kesalahan di dalam mengukur penimbang, menuang bahan-bahan, membaca resipi. Tu belum masuk aksi dengan kanak-kanak yang sungguh seronok melayan saya di dapur sambil memanjat, dan macam-macam lagi. Yeah! Salah saya.. yang diuli sejam itu hanya naik 1/4 dari yang sepatutnya. saya merajuk.. lambat lagi nampaknya nak jadi mesin itu semula.


gambar dan cerita yang kurang kaitannya

 Hargailah alam..

Pistol b crash bdaman yang digunakan dalam adegan peperangan kemarin


Thursday, June 24, 2010

Daun aka Ulam








Umumnya kita orang Malaysia ni suka ambil ulam untuk di beri ke ummpph an yang lebih kepada hidangan yang diambil. Singgah di satu gerai di kawasan saya keja nih, owh.. sungguh la berpelbagai jenis daun yang dia susun.. dari yang lazim dilihat kepada yang jarang dilihat. Maklum saja tempat keja saya jauh ke dalam kampung,rimba dan lembah.. makanya yang jarang dijumpai kat Bandar, ada di sini. So, time ni lah nak mencuba dengan dasyatnya. Saya dah sahabat akrab saya selalunya kutip dedaunan itu, dan letak dalam pinggan yang berasingan, dan di support dengan sambal, dicampur dengan air asam.. Owh! Lazat! Delisyezzz..



Ulam ni, ada yang kena celur dulu, yang bertajuk.. kacang bendi dan terung. Yang lain tu, timun, kubis, kacang panjang, kobis.. makan macam tu je pun sedap. Dedaunan lain banyaknya dimakan mentah.Kat hotel berbintang dan bulan tu pun dah senang nak jumpa ulam. Kalau dah merata ceruk ada, pastilah banyak khasiatnya kan?

Rupanya ulam ni ada banyak galian mineral dan vitamin. Maka, kalau makan mentah lebih elok sebab khasiat-khasiat ni lebih terjamin ada. Kalau kena rebus pun, make sure lah supaya tak lama sangat, sampai layu dan keluaq segala kaler hijau tu. Kalau lama sangat, akan musnahlah kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalium berikutan pemanasan yang melampau. Antara ulam yang banyak khasiat kalsium, fosforus dan zat besi adalah daun kaduk. Saya personally suka daun ni.. bila rebus je.. wangi.. semerbak.. Tetiba ingat kat mak and daun kaduk kat rumah..

Yang paling utama terkandung dalam ulam adalah seratnya yang tinggi. Dengan itu, memudahkan kerja sistem perparitan dalam perut. Ulam juga dikategorikan dalam golongan herba yang diakui kebaikannya kepada kesihatan manusia.

Daun pegaga mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai tumbuhan herba yang membantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Pegaga nidikatakan dapat meningkatkan kecerdasan pemikiran kanak-kanak, membantu sistem peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Bagi yang dalam umur pertengahan ke peringkat empat puluhan ni.. kalau tak suka minum susu, alergik dengan susu, ada pilihan lain.. cuba untuk makan daun kaduk. Kandungan kalsium yang tinggi boleh bantu untuk cegah osteoporosis atau kerapuhan tulang. Mudah kan? Tak suka susu, Allah gantikan dalam bentuk yang lain.

Jering pun bagus untuk grup ni.. sebab mengandungi sebatian alkaloid pelawas yang member rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi yang mengidap diabetis atau kencing manis, patut amalkan makan jering ni, tapi janganlah ambil sekali banyak-banyak, sedikit, tapi berterusan, kerana ia dapat membantu menneutralkan kandungan gula dalam badan seseorang.

Selamat Beramal dan semoga bermanfaat!




Nak senang dan cepat.. makan nasik kerabu nih..
 



 


 

Wednesday, June 23, 2010

Doa Sembuh daripada Penyakit Kronik



Kebetulan sahabat baik saya, Lin, ayahnya sakit. Dan secara kebetulan juga saya terjumpa doa ini di dalam Majalah Solusi, isu No. 19. Makanya saya panjangkan di sini, khusus untuknya, dan kawan-kawan semua untuk kita manfaatkan bersama. Semoga doa ikhlas kita akan dimakbulkan oleh Allah swt, dan dikembalikan kesihatan kepada orang yang kita sayangi, InsyaAllah.

UPDATE : Maaf. Sesungguhnya saya telah terlupa.. bukan saja ayah Lin yang sakit, rakan sejabatan saya, Zai, Kak Nah yang bertugas di Jabatan berhampiran jabatan saya dulu pun sedang sakit. Hospital sekarang adalah rumah kedua mereka. Untuk rakan taulan yang menziarahi mereka dan sesiapa yang lain sama-sama kita doakan, sesungguhnya Allah Maha Mendengar.








Tuesday, June 22, 2010

Hati-hati Dengan Facebook








Saya dapat maklumat ni dari blog Ben.. Diokongsikan di sini untuk manfaat bersama.

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,

jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga

Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..

Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..
tolong disebarin.
syukron.

(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)

Daging Kicap Panas









Terasa nak mencoba resipi yang saya ambil dari blog Mat. Nampak macam best. Tapi bila dah try, bukan macam lagi dah.. memang best. Saya kopi pes je di blog mat. Nak cepat punya kes. TQ mat ye! Jom tengok resipi :


Bahan-Bahannya :-)


  • 1 kg daging batang pinang, potong ketulan sederhana besar
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji bawang besar, hiris bulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 camca besar sos lada hitam
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 2 camca besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)
  • 1 cawan kicap manis
  • 1 camca besar jus asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

    Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi. Masukkan cili kisar dan sos lada, kacau rata dan masak hingga terbit minyak dan cili garing. Masukkan daging, gaul rata dan tuang air.
  2. Masukkan kicap dan biar mendidih hingga daging lembut. Masukkan jus asam jawa, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan cili. Kacau rata masak hingga bawang lembut dan daging empuk.
  3. Rasa dan jika ok, boleh diangkat dan taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam - ulaman..
Enjoy!




Monday, June 21, 2010

Daun Sirih






Bersembang dengan tok saya, atau di sebelah luar dari kedah ni, dipanggil opah, atau tok wan, atau mak tok, nenek pun ada juga.. menjadi rutin beliau di kala senggang atau lepas makan, atau bebila yang disukainya menggentel sirih dengan kapur, pinang dan gambir.. maka akan berlakulah adegan melipstik mulutnya di situ. Kagum saya.. kerap saya tengok beliau menenyeh-nenyeh gitu-gitu. Ada juga saya mencuba.. kalau pinang tu, kerap sangatlah masuk mulut saya. Sirih + kapur dah try jugak.. sebab mulut saya tak merah, saya ambil sikit ja. Kata tok saya, kalau tak biasa, jangan ambil, nanti mabuk. Mabuk? err.. mereng-mereng sikit tu ada lah. Agagaga..Rasa nya pada saya tak best lah.. pedas-pedas dan berasid gitu. Lemah terus. tapi cubaan pertama tu digagahi habiskan juga.



Selain dari seronok-seronok gentel, rupanya banyak khasiat sirih ni.. Salah satunya adalah dalat melegakan batukbronkitis, menghilangkan bau badan, mengubati luka terbakar, bisul, gatal mata dan merah, diarea, gatal-gatal (bukan gatal yang lain macam tu ye.. hiks!) menghentikan pendarahan gusi, menghilangkan bau mulut, jerawat keputihan dan sebagainya.

Saya pernah terbaca, dalam ceritera petua orang lama-lama ni, ada yang meletakkan daun sirih sebagai sesuatu yang wajib ada dalam bilik mandi untuk kegunaan anak-anak perempuan masa tu. Sirih tu dijadikan alat pencuci atau nama saintifiknya adalah feminine hygiene wash. Dan dengan itu, masalah yang berkaitan dengannya dapat dijauhi.

Menurut mak saya juga, kalau anak-anak kecil perutnya kembung, boleh gunakan daun sirih ni untuk tuam kat perut dia. Lalukan daun sirih atas api lilih, dan tekapkan daun sirih ke perutnya. Cuma pastikan kepanasan yang suam-suam saja, bersesuaian dengan bab-baby tu lah. Buatnya dia meraung kuat, nanti orang kata dera pulak. tak pasal je polis mai serbu rumah.. hehhe..

Sekararang ni pun tak payah susah-susah nak guna daun sirih dalam bentuk asli. banyak dah diproses dan dibuat penambahbaikan terhadapnya. Pi lah langut-langut tinjau-tinjau di kedai runcit, mahupun di pasaraya besar, banyak produk sirih yang telah dijelmakan dalam bentuk yang lebih indah, harum dan pastinya lebih banyak kebaikkannya.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Sunday, June 20, 2010

Nak ni, aci tak?








Hari ni rasa nak buat entry yang bebas dari makanan atau any hal yang berkaitan dengan makanan, pemakanan, dayet, dan kawan-kawannya. Makcik dah agak tembun sikit sejak skool holidez hari tu.. bukan sikit.. agak menimbun dan menyebabkan tembun yang memang kategori tembun.. (banyak la pulak tembun.. adehh.. memang tembun!) Maka demi mengelakkan diri makan, makanya saya telah melilau-lilau ke blog ini. Serius.. saya rajin masuk sini.. bukan lah selalu, tapi kerap juga..

Kebetulan juga saya sedang mengimpikan untuk dapatkan sebijik toy baru yang bertajuk mesin jahit..paling tidak boleh jahit lurus.. tu yang paling korak lah kiranya.. Tapi, bila masuk blog tu, macam best pulak.. mesinnya, jahitnya, dan bagai-bagai. Okeh.. bawak sabaq sat..Tapi saya memang nak.. Cuma sedang menyabaqkan diri nak beli hak yang ala2 kadar je, taku nanti berkelai/berkelahi dengan masa, mesin yang macam tini guna tu, dok bertukun je.. hanya layan kala baju laki atau anak-anak yang main tak ingat dunia, terkoyak sana dan sini. Tapi kalau ala kadar je.. macam korak jugak kan? kena ikut trend lah..

Dan, dah lama saya Nampak ni :



Dah lama jugak menghindarkan diri dari terjerlus masuk ke situ.. bukan apa.. saya tau diri saya, tak tahan tengok benda dan aktiviti yang saya suka. Tapi, lately ni terjebak jugak. Dan bila dah masuk, susah nak elakkan diri dari keluaq.. dan semua kat situ asik cerita mesin jahit yang tajuknya "J" itu.. harganya yang boleh bertukar jadi tajuk demam.. Tak pe.. masih bersabar. Saya pasti baba tau ke mana saya melilau di web, dan dia Nampak, tapi sengaja buat tak nampak. Sampailah saya bagitau, nak tajuk tu satu.. mm.. bunyik dia sikit tak sapot.. tak pa lah..

Mungkin dia tak tau.. saya mula menggodek mesin jait.. yang tradisi itu, yang godek-godek guna kaki sejak umur saya 11 tahun.. Kat skolah masa tu ada seni jahitan, maklumlah skolah budak pompuan semuenye.... mula darjah lima lah masa tu, kena buat sarung bantal.. bunganya disulam tangan.. Hasilnya ticer saya pamer kat softboard blakang kelas.. cewwaahh.. cantik lah tu! Hahhaha.. Emak saya juga jenis rajin menjahit guna mesin. Balik rumah, saya tolong mak "urus" mesin. Masa tu saya dah tau cemana nak tukaq bobbin, nak isi benang dalam bobbin, masuk jarum, tukaq jarum, dan bagi jarum patah.. agagaga... (tukaq pesyen gelak sat..)

Masuk darjah 6, kena buat skirt kembang pulak. Kali ni, total guna mesin. Mula-mula ticer suruh jait jelujur dulu, combine kain, dan ticer akan pakai mesin untuk buat finishing. Saya ingat lagi, saya lah masa tu betoi-betoi gila tak malu mintak kat ticer Wong masa tu nak tunjuk terer guna mesin.. Mujoq ticer bagi, and saya lah masa tu ratu dalam kelas yang terer guna mesin.. and ticer terus suruh saya urus skirt kawan-kawan.. Best!

Masa secondary skool, terencat skejap, sebab skool aliran agama, masa tu skool tu pon baru je wujud, kami batch ketiga, makanya tadak la tajuk-tajuk yang mengkayakan pengetahuan kami masa tu. Kalau kat skool lain, ada lah tajuk rumahtangga, aka SRT.. saya tau sebab mak saya, balik skool je, siap bawak balik makanan, katanya ada kelas masak hari ni.. (bukan kelas mak saya, tapi kelas ticer lain, dia turut bawak balik. Hiks.)

Tapi, saya tetap curi masa jait,, masa tu sikit-sikit je lah, perabis jahitan mak yang tak habis, ambik kain, main mesin.. Sambil-sambil tu berjinak dengan cross stitch juga. Once saya belajar di kelumpo, ada sekali, masa intersesi, saya tak dapat kelas, makanya balik dok rumah, 3 bulan. Masa tu mula belajar dengan mak buat baju kurung. Wah.. sungguh lah lady2 gitu rasa masa tu.. Agaga.. kalau sapa tengok anak dara jait baju kurung masa tu, dengan jahitan leher tulang belut, siap gatai buat sembat seluruh baju, sure dah booking saya melalui mak saya.. (muahahha.. Gila!) Cubaan pertama adalah kain cotton .. dengan bangganya pegi kelas dengan penuh rasa keperempuanan.. hahhahah

Sesambil tu, boring-boring stadi, saya layan cross stitch lagi.. banyak juga yang saya buat. Dah keja sambil-sambil pun, ada baju kurung yang saya buat dengan indahnya.. pakai pi keja. Segak tak sangga lah, orang Kedah kata.. (Segak, anggun, jelita sangatlah maksudnya..)

Gedebak-gedebuk.. saya end up kawen dengan jejakan hensem (hensem sampai la ni.. hiks! Puji ni Baba.. Puji ni tau!) dari rumah lama, rumah sementara, rumah tetap, saya lah yang jait curtain.. nak upah belum mampu.. dan lagi satu, saja .. memang gatai nak buat juga. Masa tu susah payah balik rumah mak, pinjam mesen singer letrik dia.. pastu dia bising sebab dia tadak mesin nak jait. Sudahnya saya terbeli sebijik mesin.. tajuk apa tah.. Gelong semacam.. habis duit.. Dia buat pening, makanya bengong terus mesin tu.. tak boleh nak guna.. Jadik tukun la ni.

Maka.. sejak tu juga.. saya tak .. bukan tak.. kurang layan sesi macam tu dah.. Kalau dulu, boring ja, jait, boring je cross stich.. knitting pon dah try. Best jugak layan.. main-main gitu.. Belum sempat serius.. sebab beranak.. terus tinggal.

Kalau ada pa pa yang nak kena godek urus keterkoyakan, kena lah cara manual.. lambat sikit lah.. tu ja yang boleh. Kalau nak alter sikit-sikit, kena hantaq tailor.. Kak Long.. hatta alter kaftan yang labuh .. (baba beli.. selalu baba lupa bini dia "comel"..) kena hantar kat Kak Long. Bising Kak Long kat saya sebab sikit macam tu pon dia kena urus.. agagaga.. Kak long.. setel lah kejap.. nanti cek bayaq.. Hiks. Mujoq kak Long ada..

Well.. camana nak dapat mesin nih? Asik tebayang je nih..


Er.. kalau dapat sebijik nih.. mesti meriah.. hahah.. meriah apa tak tau lagi.. yang pasti hero dan heroin tu lebih sibuk menggodek mesin ni dari saya.. Nanti baba juga akan beleter sebab sepah.. tak sempat nak jait, atau jait sampai tak ingat dunia.. Agaga.. Mesin belum ada, tapi saya dah gigih servei rotary cutter, cutting mat, bias maker, kain felt, D ring dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya, termasuk pleater machine gak.. banyak rupanya lagi yang terencat sejak dulu, la ni baru dapat ilmu.. Sungguh! kalau dapat ni sebijik.. bak kata baba, kalau buleh boh lam henbeg.. memang nak perosok masuk.. agagga.. Nak buat tu, nak buat nih.. nak buat macam-macam.. (Baba, kalau income jait ni je lebih dari bird haus, aci tak kalau mama nak sebijik?)

Ka baba nak bagi prezen kat mama? Hiks..

Saturday, June 19, 2010

7 Perkara Jangan Lakukan Selepas Makan







• Jangan merokok
Ni lah yang selalunya si perokok buat. Lepas makan je, kena sedut asap.. Kalau boleh, janganlah buat lagi, sebab mengikut pakar, menghisap sebatang rokok selepas makan akan member peluang mendapat kanser lebih tinggi.

• Jangan makan buah-buahan
Ni juga yang selalu majority kita amalkan.. konon macam pencuci mulutlah.. tapi, kalau ikut sunnah Nabi s.a.w, makan buah sebelum makan makanan lain, maka makanan yang dimakan akan mudah hadam. Selain itu, makan buah-buahan selepas hidangan akan membuatkan perut menjadi kembung. Seeloknya makan buah ½ jam atau satu jam sebeleum menjamah hidangan. Cara ini juga dapat mengelakkan kita makan banyak..



• Jangan minum teh
Selain teh, kopi juga sering disajikan untuk dinikmati sebagai alat “pembuka mata” (selalunya lepas makan, orang cakap mengantuk..) Rupanya tak berapa elok kalau ambil teh lepas makan, sebab daunt eh ada asid yang tinggi dan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang diambil sukar untuk dicernakan. (Kopi saya tak sure.. tak dinyatakan pulak..)

• Jangan longgarkan tali pinggang
Adeehh... part ni jarang menjadi.. selalunya sakan siap-siap longgar sebelum makan.. supaya makanan senang nak masuk.. hahhaha.. macam ni ok lah kot kan.. Tapi jangan longgarkan selepas makan, sebab akaan mengakibatkan usus anda memulas.

• Jangan mandi
Kalau nak mandi.. mandi sebelum makan. Mengah-mengah melantak makanan, janganlah pulak dok mandi.. sebab mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah di sekitar perut dan melemahkan system penghadaman dalam perut.

• Jangan berjalan
Perut dah penuh.. kalau kena berjalan tu.. semakin mengah lah jadinya. Berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat menyerap pemakanan yang diambil.

• Jangan tidur
Selalunya nilah yang kita akan rasa.. mengantuk dan nak tidur.. kecuali time keja.. kalau lena jugak.. mau kena ligan keliling pejabat dengan bos nanti. Jangan sleep, sebab makanan yang diambil tidak mampu dicerna dengan betul dan boleh mengakibatkan sakit gastrik.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Happy Father's day

selamat hari bapa diucapkan kepada

abah - tq for being so kind.. kita geng.. sejak dulu.. hiks..
ayah - so wonderful bapa mertua.. tq..
baba - sangat-sangat best, sangat maveles.. (walau asik layan bola je time2 nih..) Tq for the undivided love..

kepada semua yang dipanggil bapa, abah, ayah, abi, baba, papa, father, daddy, dan apa jua panggilan yang sewaktu dengannya.. Selamat Menyambut Hari Bapa..

Thursday, June 17, 2010

Potato Croquette



Kids, hubby dan saya (sya yang paling lebih skali.. hahahha) suka sangat dengan resipi popia kentang by Kak Rinn.. dah banyak kali buat, tapi tak tersnap gambaq pon.. dan petang tu, secata tetiba saya berusaha gigih menyediakan bahan untuk kentangnya.. konon macam nak lajak sampaikan kat sahabat karib.. tapi atas sebab teknikal, gagal di situ.. Makanya lebihan kentang tu jenuh rasa macam nak buat benda lain.. Maka, saya telah merobek MyR, and terjumpa Yani's Potato Croquette nil ah. Cumanya saya guna part nak salut-salut kentang je.. intinya saya gunakan Kak Rinn punya. Maveles lah..saya suka, kids pon suka. Jom tengok Kak Rinn punya resipi kentang nih.

Bahan-bahan :

  • 5 biji ubi kentang dibuang kulit, rebus empuk dan dilenyek
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 biji bawang putih, dicincang
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • Secubit serbuk lada hitam kisar
  • 5 sudu besar daging cincang
  • ½ cawan bawang goring
  • Daun saderi dipotong/cincang
  • Daun bawang
  • Garam
  • 2 biji telur – dipukul
  • Sedikit tepung
  • Bread crumbs secukupnya
Penyediaan :

  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Masukkan lada putih dan hitam. Kacau sebati.
  • Masukan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
  • Masukkan kentang yang telah dilenyek tadi, kecilkan api, Gaul rata.
  • Tutupkan api, Masukkan daun bawang, daun saderi dan bawang goreng. Mesrakan semuanya.. Sejukkan seketika.
  • Gentelkan bahan tadi mengikut bentuk yang disukai.
  • Golekkan atas tepung, dan celup dalam telur, dan salut dengan bread crumbs.
  • Goreng dengan api yang sederhana.
Enjoy!










Wednesday, June 16, 2010

Serai








Lama sungguh saya tak buat entry tentang kebun saya yang sekangkang kera itu.. Untuk kali ni, kita tengok kes serai la pulak.. Ni dah masuk kali kedua di re-tanam.. yang sebelumnya merimbun besar jugak, tapi lama kelamaan Nampak sikit2 semput.. dan terus menerus semput. Sempat juga baba menyelamatkan sebatang dua untuk di repair dan ditanam semula. Baba kalau dia tanam ja.. asik nak masuk gol je pokok-pokok tu.. jenuh juga nak merawat. Kadang-kadang je pokok tu sempat hidup subur. Serai ni tak le susah nak tanam, Cuma susah nak idup sebab baba tanam.. hehehhe.. Dan untuk kali ni juga, saya usahakan untuk menjirusnya agar kekal subur dan mengembang biak dengan galaknya.. Mudah-mudahan cepatlah besaq.. tak payah nak gaduh-gaduh pi kedai membeli lagi..



Sementara tu, elok juga kalau kita tengok kebaikan dan khasiat si batang serai ni. Kecil tapi hebat.. mampu menjadi agen anti kanser, membunuh sel-sel kanser tanpa megganggu sel yang sihat. Makanya, adalah sangat baik untuk pesakit yang mempunyai masalah kesihatan macam ni mengamalkan pengambilan serai ni. Paling simple adalah dipotong kecil-kecil di bahagian bawahnya saja.. campur dengan serbuk atau uncang teh, dan rendam dengan air panas, biar kembang dan serasi seketika, campur gula sikit.. dan boleh nikmati dengan penuh semangat. Bukan tu saja, teh serai ni bertindak sebagai Diuretik, dan agen detox, memudahkan sistem perkumuhan, dan membantu menjaga kestabilan berat badan, dan membersihkan hati, perut dan usus.. wah.. jimat lah tu. Tak payah susah-susah nak merabis beratus ringgit demi nak slim down.

Bauan citrus dapat mengurangkan gejala insomnia.. penyakit susah nak tidur.. Nak halau lalat pun ya jugak.. seperti yang ada sekarang ni lilin yang mempunyai aroma macam tu untuk mengalau lalat dari mendekati makanan, lilin serai wangi namanya. Kalau yang mengahadapi masalah menstruation atau senggugut, dipercayai kombinasi bauan serai dan peper dapat melegakan pesakit berkenaan.

Paras tekanan darah dan kolestrol juga boleh menurun dengan pengambilan serai secara teratur. Fakta tambahan lain adalah penghadaman dan buang angin, demam, sakit perut dan sengal tulang.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Sayur Pilihan Popeye


Dulu, saya rajin amat tengok Popeye.. ala katun yang tetiba makan sayur di kala lemah dan nak tolong gepren dia yang kurus2 tu.. nama apa tah.. lupa sekejap. Selalunya Popeye akan makan sayur bayam untuk mengkarate Bluto yang jahat tu. So, dari situ, saya masa tu paham akan kebaikan sayur, sama juga ngan anak-anak yang agak liat nak makan nasik berulamkan sayur. Hanya setelah melayan kartun dan tetiba Nampak muscle Popeye yang berketul-ketul tu, barulah rasa sikit teruja nak makan. Tapi, kenapa Popeye pilih bayam sebagai sumber untuk membelasah Bluto, sedangkan belambak lagi sayuran lain yang tak kurang hebatnya?
Kebenarannya di situ adalah, bayam kaya dengan vitamin A, C dan E. Pelbagai jenis zat besi seperti kalsium, potassium, magnesium, mangan dan zink terkandung dalam bayam nih. Dan sebab tu jugalah tetiba Popeye kuat, dan sentiasa berjaya menundukkan pakcik Bluto yang tak hensem tu..
Nama saintifik bayam adalah "Spinacia Oleracea" dan amat baik untuk yang mengalami anemia. Betul tu! Masa saya mengandung, semakin menghampiri time bersalin, semakin masalah anemia menjadi, tambahan lagi baby saya memang semuanya jenis keluar ikut tingkap. Jadi, kena sentiasa pastikan bekalan darah mencukupi. Selalunya, sehari sebelum pi rutin pemeriksaan, saya akan taram benda alah ni cukup-cukup supaya buku rekod pregnensi saya tak merah.. mm.. macam bebudak skool kan? Tapi tu lah hakikatnya.. takut jugak kena sound dengan misi..
Apa lagi khasiat bayam? Kaya dengan sumber lutein yang baik untuk kesihatan mata. Kandungan folate di dalamnya pula baik untuk kesihatan bayi dalam kandungan. Bayam enak dibuat sup atau ditambah dalam pasta. Cuma pastikan jangan masak lama sangat supaya zatnya tak terhakis.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!






Tuesday, June 8, 2010

Carrot Cake










Saya cuba untuk melayan resipi kek karot / carrot cake ni dari all recipes.. Sedap, lazat. Saya kurangkan tahap gulanya.. Senang sebab main cawan je.. tak yah nak sibuk-sibuk keluarkan penimbang. Apa yang boleh dsimpulkan, lazat, sedap, gebu, mudah dan kenyang.. hahahh.. Jom tengok resipi.
Bahan-bahan :
Kek
  • 4 biji telur
  • 1 ¼ cawan minyak sayuran/minyak masak
  • 2 cawan gula – saya kurangkan kepada 1 ½ cawan
  • 2 sudu kecil vanilla extract
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil serbuk kayu manis
  • 3 cawan carrot yang disagat
  • 1 cawan kacang pecan yang dicincang – saya gantikan dengan walnut
Dalam resipi berkenaan ada frosting diletak atas kek sebagai hiasan. Memandangkan tahap saya yang ikut dan antara dengan rajin dengan tidak, antara nak buat dengan tak nak, makanya saya decide untuk togelkan saja kek berkenaan. Dan, untuk semua yang nak resipi frosting, jom tengok kat bawah :
Frosting
  • ½ cawan mentega, dilembutkan
  • 8 ounce cream cheese, dilembutkan
  • 4 cawan confection sugar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan kacang pecan yang dihancurkan

Penyediaan :
Kek
  1. Panaskan oven pada suhu 350°F / 175°C. Griskan dan flour kan Loyang.
  2. Dalam mangkuk yang besar, pukul telur sehingga kembang.
  3. Masukkan minyak, gula dan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung, baking soda, baking powder dan serbuk kayu manis.
  5. Masukkan carrot. Campurkan kacang pecan/walnut.
  6. Tuang ke dalam Loyang dan bakar selama 40 – 50 minit, sehingga benar-benar masak.
  7. Sejukkan di atas redai. Dan boleh letak frosting kalau mahu.
Frosting
  1. Dalam mangkuk yang sederhana, masukkan butter, cream cheese, gula dan vanilla.
  2. Pukul bahan-bahan sehingga adunan menjadi smooth dan berkrim.
  3. Masukkan kacang pecan.
  4. Sapukan/tutupkan kek berkenaan dengan frosting tersebut.
Senang pulak kan nak godek frosting nih.. awat hari tu tak buat? J Ingat kejadian masa masak kek ni. Setelah dengan konfidennya timer kat oven berbunyik tanda setel, dan sekilas pandang-pandang jeling-jeling yang agak professional (hahah.. nak muntah... geli..) rasanya kek dah masak. tetiba tak main cucuk2 testing nih.. Dengan bantuan kanda.. daku telah menuang kek berkenaan atas redai.. sekali.. makkkkk!!! Belubang!! Arrkk.. hak tengah tak masak lagi.. Nak pengsan!! Mujur gak lapik kat bawah redai tu. Dengan penuh tersipu-sipu kat baba, terus kutip kek masukkan dalam loyang.. adunan yang tumpah and belubang tu.. sumbat balik kat tengah.. Masuk dalam oven.. rebake.. hahah.. mujoq masak elok je.. Ishh.. tak senonoh kan? J
Well.. enjoy!



Sunday, June 6, 2010

12 makanan turunkan paras kolestrol


Jom kita tengok jenis-jenis makanan yang boleh kita ambil bagi menurunkan paras kolestrol.

Oat

Yang ni lah yang paling cepat dan mudah sperti yang tertera dalam iklan untuk turunkan paras kolestrol. Kajian menunjukkan kalau kita ambil oat setiap pagiboleh membuatkan paras kolestrol dalam darah menurun. Oat merupakan serat mudah larut dan secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda. Makanya, pagi-pagi silalah bertukar ye.. daripada tabiat pemakanan berat kepada yang lebih life frenli nih.. Mudah-mudahan kita dipanjangkan usia, dan dijauhkan dari penyakit merbahaya, InsyaAllah.

Epal

Sama ada makan buahnya atau jusnya, teruatama sekali epal hijau, setiap hari, cukup untuk bekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.

Jambu Batu

Dikatakan mampu untuk turunkan paras kolestrol sebanyak 18.8%. Ambil setiap hari, lagilah elok. Jumlah yang disyorkan adalah 400 gm sehari, bersamaan dengan sebiji setengah selama empat minggu. Kalau sesapa nak diet, nak kasik bodi selim melim, tanpa melupakan dayet seimbang, makanya jambu batu adalah pilihan yang paling sesuai. Ni ada yang paling simple nak dapatkan buah.. dalam bentuk jus..


Tempe

Wah.. sebaik Nampak ni, ingat kat Catz.. suka amat dengan benda alah ni. Tempe kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifar anti kolestrol. Fisoflavon juga terdapat dalam tauhu.

Kacang Tanah

Kaya dengan lemak sihat dan vitamin E yang mampu "mengunci"radikal bebas sehingga menghalang pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan jantung.

Soya

Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamindan zat galian. Dipercayai dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak.

Kuaci

Kuaci mengandungi zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL dan secara tiding langsung menghadkan kolestrol HDL. Ambillah kuaci jenis tawarseperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi dan mengurangkan kolestrol. (Wahh.. lagi gembira nak menggigit kuaci.. saya suka sebab ianya adalah sebentuk makanan yang adalah relax.. dan tak payah pikir.. hehhe.. )

Mangga

Kaya dengan vitamin C, selain dari belimbing, pelbagai jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi, yang berfungsi untuk haling kolestrol jahat dan melindungi jantung dari pembentukan plak pada pembuluh darah.

Ikan Tuna

Fungsi ikan tuna sama macam ikan salmon, kaya dengan sumber asid lemak omega 3 – melindungi tubuh dari kolestrol jahat.

Limau Nipis

Limau nipis paling kaya dengan flavanoid jika dibandingkan dengan limau lain. Sebatian ini mampu menentang produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung. Punca flavanoid lain adalah dari teh, brokoli, tomato, bawang dan delima

Buah Kering

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling kaya dengan flavanoid, juga mempunyai fungsi sama.. halang kolestrol jahat.

Kismis

Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.



 

Selamat beramal!



 




Thursday, June 3, 2010

Puding Jagung






Di waktu petang yang panas menggigit dan cuaca yang makin meningkat, terasa nak samting yang sejuk untuk dilalukan kot tekak.. yang macam-macam nyaman je gitu.. makanya terhasillah pudding jagung ini untuk kali yang kedua.. ciplak dari MyR .. Sedap nih.. Jom tengok resipi :

Bahan-bahan :

• 1 cawan tepung kastad
• 1 cawan jagung manis (jagung dalam tin)
• ¾ cawan gula
• 3 cawan air
• 1 ½ cawan air

Penyediaan :

• Campurkan semua bahan di atas agar sebati dalam periuk yang sesuai.
• Kacau di atas api yang sederhana hingga pekat dan berkilat.
• Angkat dan masukkan dalam bekas kecil-kecil atau Loyang yang sesuai.
• Sejukkan dan boleh hidang..

Enjoy!







Wednesday, June 2, 2010

Congrats Dear Baba







Baba masuk pertandingan fotografi sempena pesta belon hari tu..Tuanku Intan Shafinaz telah berkenan untuk menganugerahi baba dengan hadiah.. Isk.. baba.. tahniah ye.. kalau ada hadiah yang bertajuk RM tu jangan lupa donate kat mama tau! Hiks..

Tuesday, June 1, 2010

Bulat-bulat si sayur kobis



Tahukah anda, dengan mengambil sayur kobis seminggu sekali dapat mengurangkan risiko anda mendapat barah sebanyak 66 peratus? Mungkin sukar nak mempercayainya, apatah lagi sayur bulat ini tidaklah seenak salad.
Kenyataan ini telah dibuktikan oleh pakar perubatan dari Jepun. Mereka mendapati bahan anti kanser dalam kobis melebihi sayur-sayuran lain. Kobis yang dimakan juga banyak manafaat lain. Ia dapat mencegah ulser perut, menambah sistem imunisasi, dan mengandungi bahan anti bakteria. Kobis elok diratah sebagai ulam selain dimasak. Ia boleh juga dibuat jus di mana amalan minum 1/2 gelas jus kobis segar dapat mengurangkan gejala sembelit.





Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails