Wednesday, June 30, 2010

Slice Cheese Cake







Saya sungguh terasa macam nak godek cheese cake ni dah lama. Tu lah, dah namanya terasa, rasa je lah, masih tak buat jugak. Kebetulan weekend baru ni, baba kerja, tinggal saya dan anak-anak. Maka setelah kejadian yang tragis pada hari sebelumnya, maka saya telah menggodek untuk menjadikan ini satu kenyataan. Maka, baba balik nanti, buleh lah dijamu dengan santapan ini. Misali kan? Hiks. Sebetulnya kek saya kurang menjadi.. tapi macam ok ja.. meringue tu ada masalah kot.. dia jadi mereng.. Apa pun, sedap! Saya ambil dari sini resipinya. Jom layan.
Bahan-bahan :
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gm butter
  • 70 gm tepung gandum (diayak dulu)
  • 70 gm gula
  • 4 biji telur
  • Esen vanilla
Penyediaan :
  • Carikkan slice cheese kecil-keci dan campurkan dengan susu segar.
  • Masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.
  • Masukkan butter, kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  • Asingkan putih telur dan kuningnya. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  • Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul.
  • Akhir sekali, campurkan meringue sikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan esen vanilla. Gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan ke dalam acuan.
  • Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit dan turunkan suhu 140°C selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18 cm dan letakkan air di bawah dulang pembakar (bain marie method) untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  • Ikut suka nak hias atau tak. Makan macam biasa, potong dan masuk mulut.
  • Suka diingatkan bahawa pastikan meringue benar-benar kental. Nak tau kental atau tak, cuba balikkan bekas, meringue tak jatuh. Kalau jatuh, dia tak jadi meringue.. dia jadi MeReng.. hehehheh.
Enjoy!

2 comments:

catz said...

oh bahan-bahannya nampak senang. dan hasilnya nampak sungguh sedap..
nyummmm....nyumm.tapi hendak membuatnya nampak susah.
hemmm..hope one day saya boleh cuba buat..
:)

Unknown said...

catz..
serius, bahan simple.. nak buat je lorat sikit. Hasil, berbaloi dengan sedikit payah itu. Yeah! catz boleh!

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails