Saya cuba untuk melayan resipi kek karot / carrot cake ni dari all recipes.. Sedap, lazat. Saya kurangkan tahap gulanya.. Senang sebab main cawan je.. tak yah nak sibuk-sibuk keluarkan penimbang. Apa yang boleh dsimpulkan, lazat, sedap, gebu, mudah dan kenyang.. hahahh.. Jom tengok resipi.
Bahan-bahan :Kek
- 4 biji telur
- 1 ¼ cawan minyak sayuran/minyak masak
- 2 cawan gula – saya kurangkan kepada 1 ½ cawan
- 2 sudu kecil vanilla extract
- 2 cawan tepung serbaguna
- 2 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil baking soda
- ½ sudu kecil serbuk kayu manis
- 3 cawan carrot yang disagat
- 1 cawan kacang pecan yang dicincang – saya gantikan dengan walnut
Dalam resipi berkenaan ada frosting diletak atas kek sebagai hiasan. Memandangkan tahap saya yang ikut dan antara dengan rajin dengan tidak, antara nak buat dengan tak nak, makanya saya decide untuk togelkan saja kek berkenaan. Dan, untuk semua yang nak resipi frosting, jom tengok kat bawah :
Frosting- ½ cawan mentega, dilembutkan
- 8 ounce cream cheese, dilembutkan
- 4 cawan confection sugar
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan kacang pecan yang dihancurkan
Penyediaan :
Kek - Panaskan oven pada suhu 350°F / 175°C. Griskan dan flour kan Loyang.
- Dalam mangkuk yang besar, pukul telur sehingga kembang.
- Masukkan minyak, gula dan esen vanilla.
- Masukkan tepung, baking soda, baking powder dan serbuk kayu manis.
- Masukkan carrot. Campurkan kacang pecan/walnut.
- Tuang ke dalam Loyang dan bakar selama 40 – 50 minit, sehingga benar-benar masak.
- Sejukkan di atas redai. Dan boleh letak frosting kalau mahu.
- Dalam mangkuk yang sederhana, masukkan butter, cream cheese, gula dan vanilla.
- Pukul bahan-bahan sehingga adunan menjadi smooth dan berkrim.
- Masukkan kacang pecan.
- Sapukan/tutupkan kek berkenaan dengan frosting tersebut.
Senang pulak kan nak godek frosting nih.. awat hari tu tak buat? J Ingat kejadian masa masak kek ni. Setelah dengan konfidennya timer kat oven berbunyik tanda setel, dan sekilas pandang-pandang jeling-jeling yang agak professional (hahah.. nak muntah... geli..) rasanya kek dah masak. tetiba tak main cucuk2 testing nih.. Dengan bantuan kanda.. daku telah menuang kek berkenaan atas redai.. sekali.. makkkkk!!! Belubang!! Arrkk.. hak tengah tak masak lagi.. Nak pengsan!! Mujur gak lapik kat bawah redai tu. Dengan penuh tersipu-sipu kat baba, terus kutip kek masukkan dalam loyang.. adunan yang tumpah and belubang tu.. sumbat balik kat tengah.. Masuk dalam oven.. rebake.. hahah.. mujoq masak elok je.. Ishh.. tak senonoh kan? J
No comments:
Post a Comment