Monday, June 21, 2010

Daun Sirih






Bersembang dengan tok saya, atau di sebelah luar dari kedah ni, dipanggil opah, atau tok wan, atau mak tok, nenek pun ada juga.. menjadi rutin beliau di kala senggang atau lepas makan, atau bebila yang disukainya menggentel sirih dengan kapur, pinang dan gambir.. maka akan berlakulah adegan melipstik mulutnya di situ. Kagum saya.. kerap saya tengok beliau menenyeh-nenyeh gitu-gitu. Ada juga saya mencuba.. kalau pinang tu, kerap sangatlah masuk mulut saya. Sirih + kapur dah try jugak.. sebab mulut saya tak merah, saya ambil sikit ja. Kata tok saya, kalau tak biasa, jangan ambil, nanti mabuk. Mabuk? err.. mereng-mereng sikit tu ada lah. Agagaga..Rasa nya pada saya tak best lah.. pedas-pedas dan berasid gitu. Lemah terus. tapi cubaan pertama tu digagahi habiskan juga.



Selain dari seronok-seronok gentel, rupanya banyak khasiat sirih ni.. Salah satunya adalah dalat melegakan batukbronkitis, menghilangkan bau badan, mengubati luka terbakar, bisul, gatal mata dan merah, diarea, gatal-gatal (bukan gatal yang lain macam tu ye.. hiks!) menghentikan pendarahan gusi, menghilangkan bau mulut, jerawat keputihan dan sebagainya.

Saya pernah terbaca, dalam ceritera petua orang lama-lama ni, ada yang meletakkan daun sirih sebagai sesuatu yang wajib ada dalam bilik mandi untuk kegunaan anak-anak perempuan masa tu. Sirih tu dijadikan alat pencuci atau nama saintifiknya adalah feminine hygiene wash. Dan dengan itu, masalah yang berkaitan dengannya dapat dijauhi.

Menurut mak saya juga, kalau anak-anak kecil perutnya kembung, boleh gunakan daun sirih ni untuk tuam kat perut dia. Lalukan daun sirih atas api lilih, dan tekapkan daun sirih ke perutnya. Cuma pastikan kepanasan yang suam-suam saja, bersesuaian dengan bab-baby tu lah. Buatnya dia meraung kuat, nanti orang kata dera pulak. tak pasal je polis mai serbu rumah.. hehhe..

Sekararang ni pun tak payah susah-susah nak guna daun sirih dalam bentuk asli. banyak dah diproses dan dibuat penambahbaikan terhadapnya. Pi lah langut-langut tinjau-tinjau di kedai runcit, mahupun di pasaraya besar, banyak produk sirih yang telah dijelmakan dalam bentuk yang lebih indah, harum dan pastinya lebih banyak kebaikkannya.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails