Friday, February 11, 2011

Sambal Udang Berpetai








Singgah di kedai runcit kat rumah hari tu, cadang nak beli benda lain, tai tetiba ternampak petai yang macam blinking at me.. owh.. tetiba tak tahan godaan. Terus tukar menu tengahari jadi menda alah ni.

Well, petai ni busuk, tapi banyak khasiatnya.. kite penah entrykan tentang di sebalik petai tu, di sini dan  di sini. Apa pun, yang busuk tu selalunya sedap.. Jom layan resipi.



Bahan-bahan :
  • Petai
  • Udang - dibersihkan
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering*
  • Sikit belacan*
  • Sebiji bawang besar* (diblend sewajarnya)
  • Air asam jawa
  • Garam 
  • Gula
  • Bawang besar yang dimayang 

    Penyediaan :
    •  Tumiskan bawang putih.
    • Masukkan bahan yang di blend, biarkan hingga pecah minyak.
    • Masukkan air asam jawa.
    • Masukkan petai.
    • Balancekan rasa dengan memasukkan gula dan garam mengikut kadar yang sesuai.
    • Masukkan udang dan bawang besar yang dimayang.
    • Biarkan mendidih seketika dan boleh tutup api, dan sedia untuk dihidang.
    Enjoy!


    8 comments:

    kasihredha said...

    my feveret ni...sedapnya
    yummmy3

    kak aidah said...

    Salam Hann,
    akak tak makan petai tapi suka masak lauk temppoyak letak petai. Selalunya bila makan petai tu akak ketepikan je, just nak ambik aroma petai tu je, hehehe

    sal said...

    sedapnya udang tergolek..siap ada petai lagi sebgi penyeri..selamat menjamu selera..

    Lady of Leisure said...

    hehe suka makan petai sangat2, kalau buat sambal mesti letak petai banyak2.. walaupun busuk tapi yummehh kan.. :)

    Pak Lang Kiwi said...

    best.. ptg ni nk cari bahan

    anymz said...

    assalam hann
    busuk2 pun sodap..feveret akak ni tau..suka sgt2..akak kalau masak lauk mcm ni mesti buat kobis atau tauge masak lemak putih.perghhh...sedapnya.ada pulak ikan goreng...huhu

    Ida Ddapur said...

    sambal udang petai mmb feberet..sib baik sini ada petai..tapi frozen punya la...

    Amy Syaquena said...

    sambal udang petai my faveret nie..wah terliur sudah..



    p/s: jemput join contest sinar raudah

    http://sinarraudah.blogspot.com/2011/03/contest-resepi-pilihan-sinar-raudah.html

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails