Dah selesai memasak untuk mangsa banjir kat rumah ni, baru boleh update sini. Tajuk atas tu, ada gaya macam karangan budak skolah tak? hehe.
Kemarin, once saya publish entry, telah dinasihatkan untuk segera balik bagi kami yang jauh ni, sebab air dah mulai naik. Jalan perhubungan ke pejabat saya dah terputus, dan kami yang balik ni terpaksa ambil jalan jauh.
Dan, seperti yang dijangka, pagi ni kampung saya dah dinaiki air. Alhamdulillah, rumah saya jauh sikit dari kawasan tu. Jalan untuk ke pekan Jitra semua telah terputus. Makanya, dok rumah lah hari ni.
Sempat capture gambar banjir bersama dengan orang MADA. I'm speechless..
Ni rumah tetangga saya, dalam radius
Melihat melalui kaca tv adalah sangat lain rasanya daripada menyaksikan dengan mata kepala sendiri. Dapat mengandaikan bahawa peratusan kemusnahan adalah 100%.
Raga-raga di kedai kecil ini sempat diselamatkan. Mudah-mudahan rezeki mereka akan berlipat kali ganda selepas ini, InsyaAllah.
Air dari sungai berhampiran dah memenuhi ruang, dan yang tak mampu ditanggung oleh sungai berkenaan melintasi jalanraya yang saya gunakan. Air adalah sangat laju. Bila kami tenung jauh, rupanya ada sebiji kereta nun jauh di dalam air. Mujur tuan punya ada di belakang kami. Katanya sedang tunggu tractor tarik keretanya.
Melimpahi dari seberang sana ke sebelah sini. Dah jadi laut semua tanah bendang yang diusahakan. Dan air ni, kata Baba akan mengalir jauh dan akan memenuhi ruang Alor Setar pula.
Sungai kecil ni boleh diranduk macam tu je kalau tak hujan. Sekarang ni air adalah sangat deras dan melangkaui kawasan.
Ni pula di kawasan yang agak jauh sikit. Habis semua bendang dah tenggelam.
Setelah tiga hari hujan turun tak berhenti, maka hari ni lah baru nampak matahari.
Di kawasan yang ni air tak berapa deras, dan pakcik yang depan ni dan kat belakang tu ambil kesempatan menjala dan membubu ikan. Banyak dapat.. Hikmah dalam musibah.
Awal pagi tadi masih boleh lalu. Jalan ni merupakan jalan alternatif sebenarnya. Jam 12 tadi, baba kata dah tak boleh lalu..
Kejadian 2005 lalu berulang lagi. Saya hanya tengok berita di tv sebab masa tu tengah berpantang melahirkan Azim.
Sesungguhnya dalam setiap kejadian ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Sama-samalah kita mengambil iktibar.Wallahua'lam.
2 comments:
waktu kecil2 dulu suka main air bah.
mandi-manda, buat rakit...air bersi je dulu2 tapi sekarang...
Suzi..
sungguh, dulu bahnya tak sebesar macam ni. Makanya riang ria sukati je. Now ni kalau dok sukati macam tu, takut arus air bawak lah pulak.
Post a Comment