Saturday, December 11, 2010

Cendawan Goreng Rangup







 

Cara mudah nak bagi empat kanak-kanak kat rumah ni makan sayur.. Saya guna resipi Hana of the Enoki Goreng Keju panas. Saya guna cendawan yang bukan enoki dan omit part keju tu. Rasanya masih dahsyat.. hehhe.. sedap lah tu maknanya. Dan bagi tujuan untuk tidak terlalu merasakan bahawa yang digoreng itu adalah sebagahagian dari sayur, maka saya telah kecil-kecilkan si cendawan itu.

Bahan Pencelup

  • 50 gm tepung gandum
  • 15 gn tepung jagung
  • 1 s.teh serbuk bawang putih – hana dan saya parut bawang putih
  • 1/2 s.teh serbuk paprika- hana dan saya lebihkan gune serbuk lada + serbuk kari
  • 3/4 s.teh garam
  • 1/4 s.teh serbuk lada sulah
  • 1/2 s.teh serbuk penaik
  • 100 ml air sejuk – saya guna air biasa


Bahan Taburan (kacau rata)

  • 150 gm tepung gandum
  • 2 s.mkn tepung jagung
  • 1/2 s.teh serbuk lada sulah
  • 1 1/2 s.mkn keju parmesan- x letak sbb xde stok tp menten sedap!


Cara-cara

  • Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya – saya carik kecil-kecil cendawan itu
  • Kacau rata bahan pencelup.
  • Celup cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
  • Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak dan garing.
  • Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka


Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki/cendawan tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.

Enjoy!

6 comments:

Lady of Leisure said...

selain hantu sotong i jugak hantu cendawan.. definitely will try this.. :) nampak yummy sungguh.

kasihredha said...

bestnyerrr...nak try buat lah

Chik Mimi said...

Assalam hann lamanya tak goreng cendawan

Hann said...

Lady..

heheh.. jangan jadi hantu lain sudah.. hahha

kite serupa!

Hann said...

Kak kasih..

sila.. sila.. nanti ajak pi rumah tau. Nak rasa air tangan kak kasih.. hehheheh

Hann said...

Chik Mimi..

Jom buat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails