Sunday, August 1, 2010

Pengat Labu








Sahabat saya, Aziah, ada bagi sebijik labu besaq, hasil dari kebunnya di Felda Bukit Tangga. Katanya, labu tu ditanam oleh kontraktor. Depa ambik yang besaq-besaq saja untuk dijual, dan yang kecik-kecik dibagi kepada penduduk Felda. Wah.. untunglah kan. Kan orang felda semua dapat duit terpijak.. dapat buah labu nagn tembikai free lagi. Yang Aziah bagi ni pon besaq.. sekali masak tak habis pun.



Saya guna sebelah je dulu, yang ni.

 
Petangnya, since Baba tak dak lagi kat rumah untuk minggu yang kesekian kalinya, saya buat pengat labu untuk minum petang bersama anak-anak. Ingat nak jugak panjangkan pengat ni kat Aziah di Taman Teja Changlun sana, tapi jauh pulak. Aziah. Jamu mata je untuk kali ni. Hehe.



Bahan-bahan :
  • Labu - 1 biji, saiz sederhana
  • Santan – kotak
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Gula pasir
  • Sagu
  • Air
Penyediaan :
  • Rebus labu dengan sedikit air.
  • Masukkan gula melaka gula pasir dan daun pandan dan sagu.
  • masukkan santan bila labu macam dah lembut sikit
  • Kacau-kacau sampai mendidih. Pastikan jangan lama sangat. Kalau tak santan pecah. Terus tak sedap.
  • Tutup api dan hidang.

Enjoy!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails