Thursday, November 4, 2010

Kung Pao Chicken






Ni adalah antara dish lain yang dihidangkan untuk mangsa banjir di rumah yang tak tenggelam atau dimasuki air. Terjumpa di dapur En. Mat Gebu. Dan menggebulah hati ni nak meng kung paokan ayam yang telah disediakan untuk menghadapi musim yang getir nih. Sebagaimana sedapnya udang kung pao, maka macam tu lah sedapnya si ayam ni.




Sama macam kat dapur Mat (terbayang set antik mat yang indah nan jelita..), resipi untuk direkodkan di sini mengikut penyediaan saya adalah seperti berikut:


Bahan-bahan :

  • Ayam – saya guna pelbagai bahagian ayam, dipotong kecik
  • 1 camca besar sos tiram*
  • ½ camca teh lada sulah*
  • 1 ½ camca teh tepung jagung* (*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
  • 8 tangkai cili kering, dipotong dan keringkan
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan.
  • 1 camca besar kicap cair
  • ½ camca besar kicap pekat
  • ¼ camca teh minyak bijan
  • ¾ camca teh gula
Penyediaan :

  • Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan.
  • Tinggalkan lebih kurang dua camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi dan kacau rata.
  • Masukkan kicap pekat, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra.
  • Masukkan ayam dan gaul sos hingga menyaluti ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas.

Enjoy!



No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails