Monday, November 15, 2010

Fried Wantan







Tetiba kemarin kite terjumpak pastry wantan dalam freezer.. haha.. buleh dak macam tu? Tah pasaipa tak nampak ada pulak wantan pastry tu lagi sebelum nih. Macam gempak je masa Nampak tu. Loklaq kan? Tanpa berlengah, terus makcik proses untuk dijadikan wantan goreng. Proses adalah macam hari tu jugak,tapi kali ni goreng, celup dalam cili sos.. issk.. snek yang sangat lazat!



Bahan-bahan :
  • Pastri wantan/wonton
  • Udang – dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  • Isi ayam – dibersihkan dan dipotong kecil
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit minyak bijan – kalau tak berminat, boleh tak payah letak


Penyediaan :
  • Campurkan semua di atas, kecuali pastry wantan
  • Ambil sedikir campuran tersebut, dan masukkan ke dalam kulit wantan. Bunjutkan wantan, macam bunjut yang ada emas tu.. hehe
  • Sambil sediakan bahan di atas, boleh panaskan minyak.
  • Goreng di dalam minyak yang apinya sederhana sehingga kekuningan.
  • Angkat dan hidangkan dengan sos cili pilihan.


Enjoy!

6 comments:

Chik Mimi said...

sedapnya lam a tak buat moneybag ni

kasihredha said...

ayoo yoo...petang2 begini..tengok gambar fried wantan ni...tetiba je perut berbunyi...krekkkkk

Lady of Leisure said...

sedapnya tengok isi nampak udang merah2 tu hehehe...

Hann said...

Chik mimi..

saya pun dah lupa benda alah ni nama omputihnya macam tu. Tq ingatkan.. hehhe

Hann said...

Kak kasih..

akak lambat sikit.. kalau tak boleh makan sesama..

Hann said...

Lady,

tq sudi singgah. Jemput datang lagi ye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails