Wednesday, October 6, 2010

Ayam Tergolek






Hari tu, saya kursus di sini.. ala.. dalam tempoh saya tak update blog tu.. di sini..



Kursus kadang-kadang adalah sangat best bila mana melibatkan kawan serakan sekerja yang seakan seperti best dan berjimba-jimba bersuka ria berkongsi pengalaman di jabatan masing masing. Apatah lagi jarang atau sesekali berjumpa. Dan jumpaan itu akan menghasilkan banyak dosa  maklumat sambil kutuk sikit2. (saya perasan alignment ayat saya adalah sangat teruk. Sila abaikan dan membaca saya menulis seperti seorang bakal sasterawati yang sedang meniti puncak) Sungguh! Saya enjoy kursus berkenaan. Kebetulan juga bos saya sengaja join kursus tu. Sempat mengata dia lebih kurang. Mengata yang baik. Yangtak baik pon ada. Dia asik senyum saja. Dia tau saya mengata kat dia. Haha. Mudah-mudahan dia akan kurangkan workload saya lepas ni. Saya tak perlu risau sebab dia tak baca blog saya. Heheheheheh.. yang panjang dan bunyi sedikit jahat..



Saya berkongsi bilik dengan kakak senior seperguruan saya di Lembah pantai dan Petaling Jaya lebih dari 10 tahun dulu. Gembira. Dia baru balik UK. Kulitnya makin gebu. Pipinya macam pakai blusher ketika dok dalam aircond. Saya mencemburui kulitnya yang gebu dan merah original. Kalau dia anak patung, sure saya cubit pipi. Haha.Saya penah setori pasal kakak comel ni di sini.


Ni gambar tangan dia. Dia tengah boring di kala taklimat sebelah petang yang mengundang mengantuk dan tak berdaya melawan setelah dia mengabiskan 500 ml ayaq mineral dan sebekas mentos yang dok depan bijik mata dia. Dia uli kertas kat tangan dia menjadi seperti di bawah. Ni antara yang dihasilkan.. ada banyak lagi. haha. Apa pun, Kak Wan ni best sangat, in many ways!



Lalu apa kena dia dengan ayam tergolek ni? Makcik tu pandai dan rajin masak. Masa dok sembang kat bilik, beliau telah menurun akan resipi ayam golek ni kat saya. Katanya anak-anak dan familynya adalah sangat enjoy akan ayam golek nih. Saya je namakan tergolek sebab dia adalah tergolek dalam pinggan. Kalau nak letak nama terbaring, tertungging atau tertiarap pun boleh, tertakluk kepada macam mana ayam tu posing dalam pinggan.

Sedap! tak nafi. Senang. Tak perlu marinate. Tak renyah. Bahan pon within radius capaian. Bak kata orang Kedah, kalau gerak/kejut tengah malam pon buleh buat. Haha.

Saya agak merepek di saat ni. Ni maknanya tahap ketepuan minda adalah sangat tinggi. Selalunya tak macam ni.

Maka sebelum sesi repekan lebih jauh, jom tengok hasil penurunan Kak Wan kepada saya yang diterjemahkan melalui jemari saya. Bahan-bahan ni ikut la banyak mana nak letak. Bak kata Kak Wan, dan ayat orang Kedah, "Punggai ja.. tak susah mana pun.." Tau punggai tu apa? Dia adalah adik beradik campak, tapi bukan chicken pox tu tau!.. Campak je.. tak susah mana pun.



Cukup dah merepek. Tengok Resipi. Jom.

Bahan-bahan :

Seekor ayam
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Halia
Sedikit halba
Air secukupnya. Tak payah banyak sangat.
garam dan gula secukup rasa




Penyediaan :

1. Blend cili kering, halia, bawang putih, bawang merah dan serai.
2. Tumis bahan nombor 1 di atas. Masukkan halba. Kacau dan biarkan seketika.
3. Masukkan air. Kacau.
4. Masukkan ayam. Masak dengan menggunakan api yang kecil sahaja. Tutup periuk.
5. Balikkan ayam setelah 10 minit berlalu.
6. Setelah 10 minit lagi, atau setelah ayam masak, keluarkan, dan masukkan ke dalam oven/microwave.
7. Bakar dalam tempoh seketika dengan kepanasan yang tidak melampau, agar kulit ayam berkenaan tidak mengelupas.
8. Sementara itu, masak kuah ayam tadi agar sedikit kering.
9. Keluarkan ayam dan golekkan di dalam bekas. Curahkan kuah tadi ke atas ayam.
10. Sedia untuk dihidang.

Enjoy!

No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails