Thursday, February 17, 2011

Pulut Ayam







Ada hari saya mcam mengidam nak makan pulut ayam nih. Untuk kengkawan yang bukan berada di Utara macam saya ni, mungkin tak biasa dengan spesis makanan dari jiran sepelaung di sebalik pintu gerbang Malaysia Thailand nun.



Pulut yang dikawankan dengan ayam yang super sedap ni saya beli je.. dalam perjalanan balik dari keja. Ada satu stall comel kat pekan Changlun dan dijual oleh Muslim Thai. Ayamnya digoreng kat situ. Pulutnya best. Lembut dan gebu.Untuk set pulut dan sequarter ayam, harga lima ringgit. Kalau ayam hak comei sikit, drumstick atau wings, murah la sikit. Tak ingat dah berapa duit.




Nak makan pulut ni kena geng dengan bawang goreng rangup dan jugak sos cili thai. Sebelum ni saya macam tak berapa layan sangat. Tapi mak saya suka menda alah ni sejak beliau melilau kat pekan Danok seketika dulu. Since then, kalau melintas ke situ, menda ni adalah sesuatu yang wajib dibawa balik. Sejak mak asik sebut je, balik keja, saya ternampak stall ni di pekan Changlun. Maka, dengan usaha gigih, saya pun cuba layan and sungguh, rasa dia tak menghampakan. Saya suka. Sedap je rasa dia. Tapi kalau balik keja, bedal pulut ni sampai sebungkus.. tak tau nak cakap apa lah kan.. 


Enjoy!

Nota : Tetiba guna "saya". Ish.. terasa diri sungguh jauh daripada sikap yang tidak baik.. skema gitu..


7 comments:

anymz said...

hhuuihh,hann dok utara ya..dah lama akak tak kesana .akak pernah dok a.star selama 8 thn..best dok sana cuma yg akak tak tahan kat sana panas sgt..hehe..

nampak best jek ayam tu hann..nak sikit.

kasihredha said...

misti sedap punya kan..
kat sini tak de orang jual..:(

Anie said...

Salam Hann,

Babe, ni I tak pernah try lagi. Ayamnya nampak sedap arh tapi mcm aneh gitu mkn pulut dgn cili sos thai kan hehehez. Tekak ni masih tekak pulut kuning dgn kari ayam kot :D :D

Ida Ddapur said...

pernah kut mkn...ingat2 lupa dah...sedap2..

sal said...

ohhhh, makan pulut digengkan ngan bawang goreng yeee..
ehhh berkongsi minat..nak try..

maya amir said...

ayam tu nmpk sedap.. tak penah try gini, tapi thai mmg femes dgn pulut kan..:)

Lady of Leisure said...

adoila kalau gi padang besar mesti makan pulut ayam ni, ayam goreng dia tu special kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails