Saturday, May 14, 2011

Merafak Sembah, Menjunjung Kasih..







Lama sungguh kite tak singgah sini.
sibuk dengan dunia lain.

Kali ni kite tak buat entry masak.
Cuma nak menyatakan rasa gembira dan besar hati kerana Yang Dipertuan Agung sudi mengadakan lawatan rasmi ke negeri ni dari 13 - 15 Mei 2011.



Kenapa kite suka?
suka sungguh sebab istana hinggap Tuanku sepelaung je dari rumah kite.
Dua minggu sebelum keberangkatan,
kawasan rumah kite dah ramai yang bekerja siang malam,
repair lampu,
pasang banting (kite tak suka tulis bunting.. nanti orang baca gaya bunyi tu tak best..),
polis-polis berkeliaran pi mai pi mai..

Sementelah cik baba kita ke Terengganu dalam jangka masa 7 hari,
maka kite macam lega lah sikit.. rasa selamat..

Jalan masuk kampung kite..


kali ni Tuanku balik as Yang di Pertuan Agung.
Last time balik, belum ditabalkan lagi,
maka, tak lah begitu meriah ria kampung saya.

Dulu, masa Tuanku nak balik, baru lah lampu jalan dipasang,
kalau tak, gelap gelemat kampung..
walau bulan penuh menerangi siang dan malam..
maka, atas sebab tu lah jugak,  pembangunan amat lah lambat.
Mujur juga istana Tuanku ada di sini,
dapatlah kami sama menumpang syafaat.

Sungguh.
Sangat best. Pekan Jitra sangat meriah sekarang.
Kite rasa macam ada pesta ja..

Dah dulu.
Babai.

2 comments:

kasihredha said...

rakyat menumpah kasih(rezeki) bila tuanku ada berdekatan ;)

Anonymous said...

belajar banyak

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails