Weather for Manchester, UK
20°C | °F Thu Fri Sat Sun Clear Wind: SE at 5 mph Humidity: 68% 26° 15° 25° 15° 25° 13° 24° 13°
Assalamualaikum warahmatullah..
Saya rindu nak menulis di ruangan ni.
Saya tak masak laely nih.. bukan lately je.. jarang masak dah sejak dah pegang status baru.
Rasa seronok juga baba layan saya makan pagi dengan sarapan sebelum saya menaiki tram ke universiti.
Tu kalau kelas saya awal pagi lah.
Kalau tengahari, makanya pagi sila masak sendiri lah.. heheh.
Balik pon sangat best sebab baba usually dah siap masak.
sebaik sampai rumah, dapur dulu yang saya tuju
sebab dah lapaq setelah berjalan jauh.
Tak pernah saya makan sejak di malaysia dengan penuh kesedapan dan kelazatan
meski masakan baba super simple..
Bertambah-tambah saya.
Esoknya saya gantikan tahap pemakanan maha hebat tu dengan berjalan kaki dari Picadilly station ke Universiti.
Jauh jugak perjalanan, dalam 15 minit.
Tu minggu lepas lah.
Tapi, sejak saya ada kelas, mulai Selasa lepas (27 September 2011), saya dah malas jalan..
tak, bukan malas, cuma tak sempat untuk berjalan bagi meligan kelas jam 9. Sehari tu je lah pun kelas jam 9..
Maka saya naik bas dari Piccadilly terus ke Universiti.
Makanya, bila dah mula naik bas tu.. kirim salam lah kan.. nak jalan kaki .. hahahha
Dan minggu lepas juga,
saya berjalan kakai ke Ll0yds bank dalam kampus..
dan dalam perjalanan ada kedai Oxfam, atau kedai yang menjual barang charity/kebajikan hasil dermaan orang ramai dengan harga murah.
Dan saya terjebak dengan buku masakan..
dapat sebijik buku ni dengan Thesaurus untuk dijadikan "pedoman"
Murah je..
dan saya rasa sangat simple masakan dan sangat praktikal, sebab tak guna bahan yang banyak dan susah.
Just in case ada yang nak, boleh bagitau saya, nanti saya carikan.
Ada sebuah kedai oxfam di Market Street yang lebih besar.
Dan lebih banyak buku masakan di situ.
Saya akan cuba update selalu kat sini.
Sebab saya tau ada kawan-kawan yang kenal singgah untuk membaca update saya
and you know who you are.
Terima kasih kerana sudi ingat saya dan merindui saya.
Jangan lupa singgah SINI juga...
Dah dulu. Babai.
salam hormat,
hann
Waktu solat
Thursday September 29, 2011 (2 Dhul-Qa`dah 1432) Local Time: 10:43:53 PM (Manchester)
Fajr
(Dawn)Shorook
(Sunrise)Zuhr
(Noon)Asr
(Afternoon)Maghrib
(Sunset)Isha
(Night)5:08 7:06 12:59 4:05 6:51 8:49
Thursday, September 29, 2011
Meal for two
Labels:
Buku,
Life Journal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment