Kite masak ni je hari ni..
Kebetulan terjumpa petai yang agak besaq2 isinya kemarin kat pasar malam Tanah merah ni,
kite buat le sikit.
Campoq dengan udang.
Yumeyyhh!!
Kite malas benor nak tulis resipi.
sapa nak, sila habaq no!
babai.
Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts
Saturday, June 8, 2013
Saturday, March 5, 2011
Cucur udang sempoi
Petang macam ni best layan cucoq udang ni. Tambah-tambah kalau nampak udang tertonggek kat dalam cucoq tuh.
Kite buat simple ja, macam orang lain gak. Demi memeriahkan susana, kite tepek resipi kat sini. Untuk makluman, sukatan adalah mengikut suka ja.. Pepandai lah agak.
Bahan-bahan :
- Tepung gandum
- udang segar - dibuang yang berkenaan dan dibersihkan
- sedikit udang kering, direndam seketika dan ditumbuk halus
- sebiji telur
- daun kucai/ daun bawang
- tauge (optional)
- bawang besar dipotong kecil
- garam dan gula secukupnya
- air suam yang agak panas
Penyediaan :
- dalam bekas yang sesuai, satukan tepung, udang kering, garam, gula, telur, bawang dan dedaunan. Campurkan dengan air suam ke dalam campuran berkenaan, dan kacau rata semua bahan hingga sebati.
- sesuaikan bancuhan tepung untuk dijemput kecil ke dalam kuali.
- Letakkan seekor udang di atas bancuhan tepung, dan tutupkan dengan sedikit tepung lain, ni nak bagi udang tu duduk diam-diam dalam cucoq nanti.
- goreng dalam minyak panas.
Nota : kite perasan deskripsi kepada resipi adalah sangat buruk. Belasah je. Sapa tak paham, sila hantaq e mel.. Hikssss...
enjoy!
- Posted using BlogPress from my iPad sambil tunggu cik baba memancing and anak-anak enjoy bermain di padang.. Sungguh berangin di bawah pepohonan ini..
Friday, February 11, 2011
Sambal Udang Berpetai
Singgah di kedai runcit kat rumah hari tu, cadang nak beli benda lain, tai tetiba ternampak petai yang macam blinking at me.. owh.. tetiba tak tahan godaan. Terus tukar menu tengahari jadi menda alah ni.
Well, petai ni busuk, tapi banyak khasiatnya.. kite penah entrykan tentang di sebalik petai tu, di sini dan di sini. Apa pun, yang busuk tu selalunya sedap.. Jom layan resipi.
Bahan-bahan :
- Petai
- Udang - dibersihkan
- 2 ulas bawang putih
- 15 tangkai cili kering*
- Sikit belacan*
- Sebiji bawang besar* (diblend sewajarnya)
- Air asam jawa
- Garam
- Gula
- Bawang besar yang dimayang
- Tumiskan bawang putih.
- Masukkan bahan yang di blend, biarkan hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa.
- Masukkan petai.
- Balancekan rasa dengan memasukkan gula dan garam mengikut kadar yang sesuai.
- Masukkan udang dan bawang besar yang dimayang.
- Biarkan mendidih seketika dan boleh tutup api, dan sedia untuk dihidang.
Thursday, January 6, 2011
Udang Kung Pao
Untuk sekian kalinya saya mengulangi masakan yang sama. Dengan ini jelas lah sangat menunjukkan bahawa keterujaan dan permintaan terhadap Udang Kung pao ni adalah super duper sedap yang mengakibatkan laju je kanak-kanak kat rumah tu makan nasik..
Dan demi tak menyusahkan kengkawan melihat resipi, saya copy dari sini ke sini.
Bahan-bahan :
- Udang
- 1 ulas bawang besar, dipotong bulat
- 3 ulas bawang putih, dimayang
- 2 cm halia, dipotong nipis
- 4 – 5 biji cili kering – dibuang biji dan potong lebih kurang 1 inci panjang
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- Daun bawang untuk hiasan
- Bersihkan udang, dan buang kulitnya. Tinggalkan ekor sahaja
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang, bawang putih halia dan cili kering. Biarkan seketika sehingga bahan tumisan menjadi warna keemasan dan cili bertukar warna sedikit gelap.
- Masukkan udang, kacau seketika.
- Masukkan sos tiram, dan sos cili. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dan sedikit likat.
- Masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!
- Enjoy!
Thursday, December 2, 2010
Kung Pao Prawn
Ni adalah resipi yang rajin diulang sebab senang, cepat, lazat dan tak membazir sebab anak-anak makan sampai habis licin. Er.. bukan anak je.. mak nye sekali.. hehehhe.
Berkisah tentang udang ni, kalau ikut kawan-kawan lain yang buat, mereka akan tinggalkan ekor semasa menyiang. Demi tak mau menyusahkan diri masa makan nanti dengan anak-anak yang minya dibuang kulit udang masa makan, saya togelkan terus je udang ni, tinggal nak ngap je lagi.
Macik dah penah buat dah ni dulu, kat sini. Resipi pun di situ lah jugak.
Enjoy!
Monday, November 15, 2010
Fried Wantan
Tetiba kemarin kite terjumpak pastry wantan dalam freezer.. haha.. buleh dak macam tu? Tah pasaipa tak nampak ada pulak wantan pastry tu lagi sebelum nih. Macam gempak je masa Nampak tu. Loklaq kan? Tanpa berlengah, terus makcik proses untuk dijadikan wantan goreng. Proses adalah macam hari tu jugak,tapi kali ni goreng, celup dalam cili sos.. issk.. snek yang sangat lazat!
Bahan-bahan :
- Pastri wantan/wonton
- Udang – dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
- Isi ayam – dibersihkan dan dipotong kecil
- Daun bawang
- Daun sup
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
- Sedikit minyak bijan – kalau tak berminat, boleh tak payah letak
Penyediaan :
- Campurkan semua di atas, kecuali pastry wantan
- Ambil sedikir campuran tersebut, dan masukkan ke dalam kulit wantan. Bunjutkan wantan, macam bunjut yang ada emas tu.. hehe
- Sambil sediakan bahan di atas, boleh panaskan minyak.
- Goreng di dalam minyak yang apinya sederhana sehingga kekuningan.
- Angkat dan hidangkan dengan sos cili pilihan.
Enjoy!
Sunday, September 19, 2010
Sup Wantan
Sahabat saya yang kerja kat Lantai 35, Bangunan Tabung Haji sana telah mengusulkan saya buat sup wantan ni. (Lepas ni, kalau ada sesapa nak pi aji, bleh habaq kat cek untuk tolong sampaikan.. hahah) Mudah, tambah yang ada ramai anak macam saya nih.Kebetulan hari tu soping kat TeSc0, sempat capai wantan pastry nih. Jadinya, dapatlah buat. kalau tak dak camana nak buat ye dak? Haha. (toloongg.. ngantuk nih..di tengahari nih)
Jom tengok apa yang diperlukan untuk mewantankan sup ini.
Bahan-bahan :
- Kulit wantan/wonton pastry
- isi ayam - dipotong kecil-kecil
- isi udang - dipotong kecil-kecil
- bawang putih
- bawang merah
- halia
- kiub ayam
- gula dan garam secukup rasa
- Sayuran lain kalau nak pelbagaikan
- Cili padi, kalau suka
- Air
Penyediaan :
- Bunjutkan isi ayam dan udang. Pelekt bujut dengan sikit air.
- Tumis bawang putih, merah, hali dan cili padi.
- Masukkan air sikit.
- Masukkan kiub ayam, sayur mayur yang sesuai.
- Bila mendidih, masukkan bunjut-bunjut tadi.
- Perasakan dengan garam dan gula
- Siap untuk dihidang
Salam Aidilfitri,
Friday, July 16, 2010
Sup Udang
Udang lagi. Sampai dah tak tau nak buat apa dengan udang ni. Meronda-ronda di dapur Cik Mat, saya terjumpa resipinya yang macam tu. Cuma saya simplekan caranya mengikut bahan yang ada. Lagipun nak bagi power rangers 4 kaler tu makan. Kalau tajuk masakan adalah udang bergulai, alamatnya adalah nanti yang tiba-tiba akan bersilat sebab tak suka. Kalau buat sup ni, laju je diorang makan. Layan sup udang pulak kali ni. Saya adaptasikan dari Cik Mat punya resipi ni :
Bahan-Bahannya :
- udang BESAR
- lobak merah, potong baji
- bunga kobis
- fishcake dan fishball
- 1 kiub pati ikan bilis
- 2 biji bawang besar, hiris kasar
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- 1/2 camca teh serbuk lada hitam
- air mengikut keperluan
- Garam secukup rasa
- Hirisan daun sup – tetiba stok habis. hehe
Penyediaan :
- Udang dibersihkan, gunting muncung dan kaki2nya, korek kotoran dibahagian kepala udang, cuci bersih dan toskan. Jangan kupas kulitnya.
- Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Tuang air, masukkan kuib ikan bilis. Tambah lobak merah dan biar mendidih.
- Masukkan udang, fishball dan fishcake, tambah serbuk lada hitam dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh angkat dan tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.
Tuesday, June 29, 2010
Udang Berkaler Merah
Enjoy!
Monday, March 8, 2010
Kung Pao Prawn
Hari tu, my fren, Karimah, cakap try lah resipi ni..
Nampak cam gitu-gitu ja, tapi sedap.
So, saya cakap meh le nak tengok. And sebaik ja tengok, ekspresi yang sama keluaq.. la.. macam tu ja?
Balik, rujuk internet.. and jumpa resipi asal dari Kak Jeni..
Again, simple, and senang.. bak kata member.. gerak tengah malam pun buleh buat.. heheh
Serius.. sedap.. TQ to Kak Jeni (btw, tak buleh link to the said page. My lappy detect her link ada virus.. Sorry!)
Jom layan resipi ni.
Bahan-bahan :
- Udang
- 1 ulas bawang besar, dipotong bulat
- 3 ulas bawang putih, dimayang
- 2 cm halia, dipotong nipis
- 4 – 5 biji cili kering – dibuang biji dan potong lebih kurang 1 inci panjang
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- Daun bawang untuk hiasan
- Bersihkan udang, dan buang kulitnya. Tinggalkan ekor sahaja
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang, bawang putih halia dan cili kering. Biarkan seketika sehingga bahan tumisan menjadi warna keemasan dan cili bertukar warna sedikit gelap.
- Masukkan udang, kacau seketika.
- Masukkan sos tiram, dan sos cili. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dan sedikit likat.
- Masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!
Nota : Resipi ni adalah terjemahan dari bahasa omputih.. makanya ada kala dia jadi penin2 sikit siri alih bahasa ini
Subscribe to:
Posts (Atom)


