Showing posts with label Noodles. Show all posts
Showing posts with label Noodles. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Spiral macaroni with chicken and fishcake soup

Weather for Manchester, UK

15°C | °F
SunMonTueWed
Chance of RainChance of RainMostly SunnyChance of Rain
Partly Cloudy


Wind: NW at 13 mph


Humidity: 67%


Assalamualaikum Warahmatulla dan Salam hormat..

Dah lama kite tak bersiaran..
Harap entry kali ini dapat menjawab ke mana kite and kenapa lama kite tak update blog. Untuk makluman kengkawan semua, dan sesiapa jua yang sudi singgah dan bertandang ke blog ni, kite dan keluarga berhijrah sekejap di bumi Manchester, United Kingdon ni untuk seketika.. Kami semua selamat tiba di sini minggu lepas, 9 September 2011 lebih kurang 10 pagi.

Alhamdulilah, perjalanan kami semuanya baik. Dan sehingga tarikh ni juga, alhamdulillah, kami dapat settle down dengan baik, dengan batuan kawan-kawan pelajar dari Malaysia juga.

Sejak ketibaan, sehingga hari ni, saya belum mula menguliti bebenda akademik, makanya masih ada sedikit masa untuk update blog. Besar kemungkinan amat, saya tak akan dapat update selepas ni. Dalam tempoh ini juga, Baba yang akan paling banyak mengambil alih tuga dapur.. andai saya berkesempatan, Insyaallah, akan berasap jugak blog ni.. :). Saya akan cuba untuk update kehidupan kat sini di blog saya yang satu lagi di sini. Kalau nak membaca, silakanlah..

Dah panjang merepek. Untuk kali ni tak ada hidangan apa yang menarik.. hanya yang bertajuk di atas sahaja. Kebetulan cuaca kat sini sejuk, makanya memanaskan badan dengan sup adalah yang terbaik di kala ini.



Enjoy!
Nanti kite macam rajin, kite tulis resipi.. 









Wednesday, April 27, 2011

Kwey Teow Sup Hor Fun







Kemarin, balik kerja terasa sungguh macam nak makan kwey teow sup hor fun ni.. Nak kata mengidam tu dak la jugak. Tapi terasa-rasa macam nak jugak. Kite dah penah buat dulu sekali kat sini. Sumber asal dari kak rinn..



Bahan-bahan:

Sebungkus kuew teow (600gm)
2 potong bahagian dada ayam
10 ekor udang besar
10 biji bebola ikan
5 batang crab sticks
3 biji bawang putih
Sedikit minyak utk menumis
1 camca teh lada putih
Air secukupnya
Sedikit minyak bijan
Garam & gula secukup rasa
Daun kucai
* Kalau nak lebih rasa ayam, boleh masuk 1 kiub ayam. Rinn tak bubuh ya....




Penyediaan:

1. Celur kuew teow hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, tumiskan bawang putih hingga agak layu. Masukkan lada putih dan kacau.
3. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan sup. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam. Apabila ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam.
5. Masukkan udang, bebola ikan dan crab stick ke dalam sup ayam tadi.
6. Perasakan dgn garam dan gula. Tambahkan beberapa titis minyak bijan.
7. Ambil sebahagian kue teow yg dicelur tadi dan bubuh ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup.
Taburkan ayam dan daun kucai. Lebih sedap jika dihidang bersama sambal kicap.

Enjoy!

Wednesday, March 2, 2011

Murtabak Maggi







Ada ketika hari tu majoriti kengkawan dapur buat murtabak maggi ni. Kite pon layan jugak.. Hasil bertenggek di  dapur mek hana kat jepun..  tengkius ye!
Tak rajin nak merepek  sebab hari ni kite baik.. hiksss
Bahan-bahan :
  • 1 bungkus mee segera (hana & k.watie  dan saya gune Maggi Kari)
  • 2 biji telur
  • 1 peket serbuk perisa mee segera
  • 2 atau 3 sudu besar daging cincang yg dh di goreng terlebih dahulu - hana goreng buh sos tiram n lada sulah sket – saya tiru hana
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu & kecil
  • 1 biji cili merah - dadukan halus
  • daun sup@daun bawang
 
Penyediaan :
  1. Rebuskan mee maggi sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati. Masukkan inti karipap,cili merah,daun sup, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.

Enjoy!

Wednesday, December 29, 2010

Mihun goreng sempoi







Mihun atau bihun goreng ni baba yang goreng. Saya cuma sedikan bahan. Bila orang lain masak, boleh tambah dua tiga kali sampai kenyang.. Sesungguhnya kerjasama itu penting  bagi mempercepatkan hasil. :)


Enjoy!



Wednesday, December 15, 2010

Kwey Tiau Goreng Seafood






Kalau bandingkan antara mee dan kwey tiau, saya akan memilih yang kedua. kalau yang pertama, maka saya akan hadkan pengambilan (tapi selalunya macam gagal.. ) sebab kalau ikut pembacaan, kadar kabohidrat banyak dalam mee berkenaan.. dan sama spesis dengan nasi. Silap-silap boleh lajak makan makan 3 pinggan nasi. Kalau makan banyak mee dan eksesais juga banyak, maka berbaloi lah. Saya tak kisah bab tembun ni.. cuma berhati-hati sejak umur meningkat.

So, dalam banyak keadaan, saya akan memilih kweytiau Sebab dia sikit slim dari mee walau dia sedikit lebar dan sebab dia sangat sepadan dengan taugeh..


Masaknya biasa saja, macam yang orang lain masak.

Ni cara saya :
  • Kwey tiau
  • Bang putih dan bawang merah
  • Cili giling
  • Oyster sauce
  • Tomato sauce
  • Udang - dibuang kulit dan direbus untuk dijadikan stok udang
  • Isi kerang yang telah direbus
  • sebiji telur
  • Taugeh
  • Gula dan garam secukup rasa
  • daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan


Penyediaan :
  • Tumis bawang putih dan merah.
  • Masukkan cili giling, kacau dan biarkan sebentar. Masukkan oyster sauce, Chilli dan tomato sauce. Kacau dan biarkan seketika. Masukkan stok udang. Pecahkan telur, kacau seketika.
  • Masukkan udang dan kerang. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan kwey tiau. Setelah sebati semuanya, masukkan taugeh, terus tutup api, dan kacau je si taugeh tu agar mesra bersama dengan kwey tiau.
Enjoy!

Suapan terakhir


Thursday, October 14, 2010

Mee Bandung Muar Segera





Ada sorang member yang promote perencah Mee Bandung Muar ni. Nama glamer dia, As. Katanya hebat. Lepas siap ayat dia, dia telah paksa saya beli. Dia kata tak buat lagi pun tak pa sebab tahan lama kalau letak dalam peti sejuk. Tapi kena beli. Ganas budak tu, tak padan dengan kecik je. Haha. demi kesian tengok dia mempromote sampai kering tekak dia, saya pun ambik lah, bukan satu, tapi dua.. hiks.

Ni panduan nak memproses bahan yang dibagi untuk menjadi Mee Bandung Muar. Gambar kat bawah ni tak berapa indah sebab tak capture awal. Buat-buat tak nampak je lah ye..


Ni rupa paras lepas dah siap. tak de masalah, sedap je. Untuk sesapa yang berkenan nak dapatkan resepnya, boleh contact di nombor yang dibekalkan, atau bagitau saya untuk saya sampaikan kepada As. Bak kata iklan mee megi zaman dulu, cepat dimasak, sedap dimakan!




Enjoy!

Monday, May 31, 2010

Belon Panas dan Kwey Tiau Goreng




Kebetulan ada pesta  sejak 28 hingga 30 Mei di Taman Jubli Emas, Alor Setar. Since baba adalah salah sorang crew yang terlibat.. dan anak-anak asik bertanya bila boleh pergi, maka saya dengan jayanya telah mebawa mereka semua ke sana untuk turut memeriahkan suasana, sambil menengok baba "meniup" belon.. Seawal pagi, jam 6.40 dah berada kat situ, demi nak mengelakkan kesesakan, dan berpanas-panas.Ingatkan kami yang paling awal, ada lagi yang lebih awal! Selesai melayan kanak-kanak tersebut layan belon, dan main kat playground yang berhampiran, saya balik rumah mak.. hehehe.. untuk free lunch! Balik rumah semula selepas sesi makan.. heheh.. Untuk petangnya, goreng kwey tiau saja, menggunakan resipi Mat.. Mq mat.. Saya kopipes je ye..

Bahan-bahan :
  • 500 g kueteow
  • 1/2 cawan isi kerang – saya ganti dengan udang
  • 1 keping fish cake, hiris nipis – out of stock
  • 1 pokok sawi, asing batang dan daun, dah dikerat2 – stok habis juge..
  • Taugeh secukupnya (kurang lebih 1 mangkuk sedang)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 camca besar cuka makan
  • 1 camca besar kicap pekat
  • Kicap cair secukupnya
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 camca besar pes "khas" (resipi dibawah)

    BAHAN SAMBAL
    "KHAS" :-)
  • 2 cawan cili kisar
  • 2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar ikan bilis, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
  • 1 camca besar gula
  • 1/2 camca teh garam

    Penyediaan :
  1. UNTUK SAMBAL "KHAS" :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingg cili garing. Tambah gula dan garam. Kecilkan api dan terus memasak hingga menjadi pes yang pekat. Kacau selalu untuk mengelakkan ianya hangus...Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KUETEOW KERANG :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan pes khas, kacau rata, jika perlu tuang sedikit air. Masukkan kicap pekat, sedikit kicap cair dan cuka makan. Tambah kerang, udang (jika guna) dan fish cake serta batang sawi(ketuk2 sikit batang sawi tu). Masukkan kueteow dan kacau rata hingga mesra. Tolak kueteow ke tepi kuali dan masukkan telur tadi, biar telur mengeras sedikit dan gaul rata bersama kueteow. Tambah daun sawi dan tauge. Kacau pantas hingga rata, rasa, jika kurang masin, renjis kan sedikit lagi kicap cair. Gaul dan matikan api. Boleh hidang dengan cili jeruk kalau suka.
Jom layan gambar belon..

Matahari baru nak naik.. orang dah berduyun tiba..

First flight.. jam 7.10 pagi

Team Baba punya belon..
next flight..

belon-belon lain..

Ni Nina punya..
Nina tengok belon pink yang dah makin menjauh..







Thursday, April 15, 2010

Spaghetti with Mushroom Sauce


  • Spaghetti
  • 2 ulas bawang merah – dicincang
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • Sebiji tomato – di dadu kecil
  • Sedikit cili kisar
  • Sedikit air- sesuaikan ikut kepekatan kuah.
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa juga
  • Mixed herbs / oregano
  • Minyak zaitun / minyak masak
  • Daging cincang (lembu/kambing) – ikut citarasa
  • Cendawan butang – dipotong kecil
  • Cheese – parmesa atau cheddar – ikut citarasa.
Penyediaan :

  • Celurkan spaghetti dengan sedikit minyak dan garam. Bila dah kembang, toskan, dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan cili kisar, dan kacau seketika (hingga pecah minyak)
  • Masukkan daging cincang, dan kacau hingga daging masak.
  • Masukkan tomato cincang, mixed herbs.
  • Masukkan air dan kacau hingga menggelegak sikit.
  • Masukkan garam, gula, kacau hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan cendawan butang dan biarkan mendidih seketika.
  • Hidang dengan spaghetti. Serve dengan grated cheese.
Enjoy!




Sunday, April 11, 2010

Spaghetti Carbonara

Terciptanya spaghetti ni adalah kebetulan ja.. terperasan ada stok Sos Prego Carbonara Spaghetti. makanya setelah membelek tin itu, maka.. boleh lah buat.

Yang perlu adalah, kepingan daging segera yang digoreh sehingga garang dan rapuh, kemudian tosskan dengan sos spaghetti berkenaan. Tapi, emmandangkan sos tu keluaq dari tin.. saya tumiskan bawang putih sikit, tuang terus sos berkenaan, tambah air sikit, sebab likat sangat.. and dah siap! Enjoy!








Thursday, March 11, 2010

Kwey Teow Sup Hor Fun


Resipi ni bukan kali pertama buat.. dah berkali-kali buat.. tapi kali ni baru la benda alah ni dapat berposing. Resipi pinjam yang Kak Rinn punya.. dari dapur dia kat SP nun..

Saya suka ni.. simple, sedap.. dan penting sekali kurang menggemukkan.. hahhaha..tapi kalau pulun makan sampai berpinggan-pinggan tu kurang menggemukkan ke? Haha.. well.. at least dia tolong maintain berat.

Jom layan resipi!
 
Bahan-bahan :

  • Sebungkus kwey teow (600 gm)
  • 2 potong bahagian dada ayam
  • 10 ekor udang besar
  • 10 biji bebola ikan (tak letak..)
  • 5 batang crab sticks
  • 3 ulas bawang putih
  • Sikit minyak untuk menumis
  • 1 camca teh lada putih
  • Air secukupnya
  • Daun kucai (yang ni kebetulan tak de dalam stok)
  • Kalau nak lebih rasa ayam, boleh masuk 1 kiub ayam
  • Sikit minyak bijan (tak letak)
Penyediaan :

  • Celur kwey teow hingga lembut. Ketepikan.
  • Panaskan periuk, tumis bawang putih hingga agak layu. Masukkan lada putih dan kacau
  • Tuang air secukupnya untuk dijadikan sup. Biarkan mendidih.
  • Masukkan ayam. Bila ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam.
  • Masukkan udang, bebola ikan dan crab sticks ke dalam sup ayam tadi.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Tambahkan beberapa titis minyak bijan.
  • Ambil sebahagian kwey teow yang dicelur tadi dan bubuh di dalam mangkuk. Tuang kuah sup, taburkan ayam dan daun kucai.
  • Lebih sedap jika dihidang dengan sambal kicap.
Enjoy!







Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails