Showing posts with label FnB Review. Show all posts
Showing posts with label FnB Review. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Pizza setengah talam

Weather for Manchester, UK

-1°C | °F
WedThuFriSat
ClearClearClearFog
Partly Cloudy


Wind: NE at 8 mph


Humidity: 75%4°-7°2°-6°2°-5°6°-5°


Alhamdulillah, 'ala kulli haalin.
Isnin lepas (30/1/2012), saya telah memulakan pengajian saya bagi semester kedua.
Lama juga saya tak makan kat EATS university sejak tamat kelas semester pertama.
Hari ni, selesai saya dan Lenny hantar High Demand book yang kami pinjam selama dua malam,
kami singgah makan kat University Place.

Gembira..
ada Asian Street food promotion. Rujuk gambar ka bawah.
Tulis Nasi Goreng tu yang rasa sangat macam kat Malaysia.
Tapi bila tengok tukang cedok makanan..
lebih bangga sebab nasi goreng telah melangkaui arena antarabangsa.
Promosi kat EATS bagi lunch/dinner adalah setiap set makanan, tak kira lah, pizza atau pasta atau nasik, atau burger, disetkan dengan minuman bergas, berharga 3.99. Berbaloi juga sebab portion besar untuk sorang makan.
Maaf dengan kualiti gambar.. pakai telepon je.. tak bawak kamera pulak hari ni..


Lupa nak ambik gambar food. Ada nasi goreng, dan ditambah dengan daging ayam atau daging kambing. Nampak lazat, but saya malas nak makan nasik.. hehhehe.. nasik goreng baba buat lagi sedap..


Bila datang EATS ni, saya sesungguhnya tak berminat dengan berbagai pilihan kopi yang ada, tapi suka nak pilih-pilih teh Earl Grey yang ada di kaunter kopi. selalunya, bila makan berat, macam makan tengahari ni, saya suka minum something yang tak bersusu, supaya perut macam tak penuh dan padat sangat. Again, balm of the soul menjadi pilihan saya, dari koleksi Earl Grey.

Kali ni saya pilih yang ni.. white tea, elderflower and apricot. Tadi ada juga nampak ginger and blueberi ka hapa tah.. but tak berapa berahi untuk itu .. hahah. ayat.. macam apa ja..

Saya pening nak makan apa.. sudahnya makan pizza nih.. vegetarian pizza. Apa yang anda nampak ni hanya tinggai se slice yang besar.. yang dia bagi kat saya.. setengah talam.. masa tengok tu.. tegejut badak.. tak penah la makcik ni makan pizza sampai setengah talam.. but, manage to habis.. bukannya tebal sangat crust dia.. so, boleh la makan .. tihihi.. Teruja boleh habis.. tapi petang, jam 3.30 masa perjumpaan dengan Convener programme, perut lapar.. hehe.. makan begitu banyak pun lapaq lagi.

Ni sahabat seperjuangan saya punya.. tak ingat nak snap set makan dia yang lebih ke"dayetan".. Lenny ada beli soup warna hijau tadi, pepper and apa kebenda entah, leek kot. Rasa dia ok lah.. macam ada rempah, dan rasa soup orang putih, dicicah dengan roti.. dan Lenny ambik salad juga.. semangkuk gini, siap dengan crouton bagai. Kalau tengok kat kaunter salad, ada banyak benar pilihan, seperti nak mencedok semua. Harga bagi satu set makanan Lenny, soup dan dua bijik roti, semangkuk salad, dan mochachiata coffee adalah kurang berapa pence je 5 pound..

Kalau ikutkan, makanan gini adalah lebih mahal berbanding makanan yang betul-betul berat. Pizza setengah talam, dan teh saya itu berjumlah GBP 2.99..

Gitu lah makan di tempat ni.. berasa gitu2 je.. nak cilok sos dari kaunter lain pun kena charge.. makan takat lapik perut je, dan tak lah sedap sampai balik rumah teringat nak ulang makan lagi. Omputih kat sini makan tak rasa pedas-pedas sikit cam kita kot. Andai saya diberi peluang masak nasik goreng sempena Asian food tuh.. agak-agak kalau saya buat nasik goreng belacan, nasik putih dengan sambal belacan, atau petai dan genuak dan budu dan tempe dan set makanan melayu gitu, ada omputih, omblack, omkelabu yang teruja tak? heheh..

Sekian, terima kasih.
Babai.



WEEKLY PRAYER TIMES
 MANCHESTER, ENGLAND, UNITED KINGDOM
Latitude: N 53deg 30min    Longitude: W 2deg 13min

Qibla: 118:30:7 E (From N) |


 
WEEK
29 January 2012   -   4 February 2012
6 Rabi Al-Awwal 1433 - 12 Rabi Al-Awwal 1433


Jan
Feb

Rabi1

Day

Fajr
(Dawn)

Shorook
(Sunrise)

Zuhr
(Noon)

Asr
(Afternoon)

Maghrib
(Sunset)

Isha
(Night)
296Sun5:588:0012:222:214:456:47
307Mon5:567:5812:222:224:466:49
318Tue5:557:5712:222:244:486:50
19Wed5:547:5512:222:254:506:52
210Thu5:527:5312:232:274:526:53
311Fri5:517:5212:232:294:546:55
412Sat5:507:5012:232:304:566:57





Thursday, February 17, 2011

Pulut Ayam







Ada hari saya mcam mengidam nak makan pulut ayam nih. Untuk kengkawan yang bukan berada di Utara macam saya ni, mungkin tak biasa dengan spesis makanan dari jiran sepelaung di sebalik pintu gerbang Malaysia Thailand nun.



Pulut yang dikawankan dengan ayam yang super sedap ni saya beli je.. dalam perjalanan balik dari keja. Ada satu stall comel kat pekan Changlun dan dijual oleh Muslim Thai. Ayamnya digoreng kat situ. Pulutnya best. Lembut dan gebu.Untuk set pulut dan sequarter ayam, harga lima ringgit. Kalau ayam hak comei sikit, drumstick atau wings, murah la sikit. Tak ingat dah berapa duit.




Nak makan pulut ni kena geng dengan bawang goreng rangup dan jugak sos cili thai. Sebelum ni saya macam tak berapa layan sangat. Tapi mak saya suka menda alah ni sejak beliau melilau kat pekan Danok seketika dulu. Since then, kalau melintas ke situ, menda ni adalah sesuatu yang wajib dibawa balik. Sejak mak asik sebut je, balik keja, saya ternampak stall ni di pekan Changlun. Maka, dengan usaha gigih, saya pun cuba layan and sungguh, rasa dia tak menghampakan. Saya suka. Sedap je rasa dia. Tapi kalau balik keja, bedal pulut ni sampai sebungkus.. tak tau nak cakap apa lah kan.. 


Enjoy!

Nota : Tetiba guna "saya". Ish.. terasa diri sungguh jauh daripada sikap yang tidak baik.. skema gitu..


Monday, January 24, 2011

Makan-makan di EDC, UUM







Hari tu pejabat kite kerja ni ada buat program kat EDC, UUM. Bukan baru kali ni, dah banyak kali. Tapi kite tak pernah tergerak hati nak review pasai makanan atau tempat ni. Agaknya sebab selalu sangat sampai sini.

Untuk yang tak tau tempat ni kat mana, actually, tak jauh dari sempadan Thailand. Ikut je Lebuhraya Utara Selatan, hingga sampai ke susur keluar ke UUM dan ke Kuala Perlis, ambil laluan untuk ke UUM. Jalan teruuuuus je sampai ke persimpangan untuk ke Bukit Tangga, iaitu sebelum sampai ke pagar UUM. Dari jauh dah boleh nampak EDC nih.. Terpacak kat persimpangan jalan.

Jalan ke Sintok, UUM. Best je kan.. tak jem pon!

Kalau sesiapa nak ke Thailand, bolehlah singgah bermalam di situ. Setaraf hotel lima bintang, dikelilingi dengan alam semula jadi. Sejuk you! Kalau sesiapa yang nak lari jauh dari bandar yang sesak, hanya nak bertenang-tenang main golf ke nak tengok rusa ka, nak soping kat Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar, maka tempat ni sesuai amat.

EDC, UUM
Lupe nak bagitau.. Kalau menginap sini atau buat program kat sini, wifi free tau..
Nanti kite cover EDC, UUM ni sekali lagi.. Bebila ada program kat situ. Nak maklumat lanjut, tengok sini.

Kite suka makanan kat situ lately ni. Tetambah kalau free.. Haha.. Kebetulan hari tu ada nasi biryani, tapi kite tak teruja nak layan walupun sedap. Kite layan laksa sintok.. Sedap! Cuma masa tengok accessories yang diletakkan tepi tu untuk laksa sintok ni, kite macam tak reti nak kawan-kawankan dengan laksa tu. Ada ulam raja, ada taugeh dan tah apa lagi kite tak ingat. Sudahnya kite letak telur dan cabai melaka je.. Tapi serius tak tipu. Sedap bangat!

Ni kite punye..

Laksa yang halus-haluss.. Kak Yati punya yang lebih togel

Ni yang siap dengan accessoriesnya, daun ulam raja dan kawan-kawannya. Kak Maziah punya.

Rojak buah yang sangat best.

Serawa Pisang yang super sedap!


Puding laici. Yang ni pon best jugak.


Member makan.. Kak Yati and Kak Siti yang bermata kelabu


Sebelah kanan tu adalah Kak Yati, tokei Seri Muka Bakar yang kita entrikan hari tu.
Sebelahnya adalah Kak Maziah.

Ni lah Puan Su yang greet we all masa tengah sedap makan. Beliau adalah GM EDC. Kalau nak buat program kat sini, boleh reach her at 04-928 4000.


Dah dulu. Babai..


Sunday, November 14, 2010

Roti Canai Banjir







Orang kata..
makan roti canai sekeping sama macam makan 5 pinggan nasik..

Tapi, kalau dapat roti canai yang lembuut.. gebuu.. dan kuah sedap..
mana nak tahan kan? sekeping mana cukup..
Tambah kalau dibanjirkan dengan kuah.. aduhaii..


Plus kopi o kaw yang berasap-asap..
Owh!! Tak boleh dilepaskan.


Enjoy!

Thursday, October 28, 2010

Roasted Almonds in Creamy Milk Chocolate Block







Pada suatu hari bekerja, di waktu lunch , ex bos saya yang cantik itu, telah memaksa meminta saya menemaninya ke Kompleks Bebas Cukai/ Cergasjaya yang tak jauh dari tempat saya mencari rezeki. Kebetulan ada sale kat situ. Sebelum keluaq dari tempat tu, kami singgah kat tempat yang juai coklat-coklat ni lah. Harga agak murah la gamaknya dari sopomaket biasa nih. Pilihan pun banyak, of international taste lah konon. Ada banyak jenama yang biasa ditengok dan dengar, tapi bos saya ni suruh ambik jenama Whittaker's ni lah. Kata dia, sejak balik dari NZ, melawat anaknya di sana, beliau ketagih dengan tajuk nih. So, tajuk-tajuk lain, sila letak balik arahnya katanya.



Ni yang saya ambil.. Roasted Almond in Creamy Milk Chocolate Block. Pilih antara yang ni dengan the bittersweet, last-last ambik ni because of the almond ja. Kalau bittersweet tu ada almond, awal lagi dah pegang. Ok lah yang ni pun, tak la over manis. Almond nut adalah seketul-seketul yang besaq you!



Banyak weyh.. block besar.. 250 gm.. RM 17 je.. Agak-agak kalau habis seketul nih, ada macam menimbun tembun tak? Tak kisah lah, yang penting makan dulu. Sesambil memicit button kat keyboad ni je dah habis stengah..


Enjoy!

Tuesday, October 26, 2010

Ice Berg






Melihatkan kengkawan sedapur rajin update blog, saya pun terpanggil untuk turut rajin, tapi kebelakangan ni, masa bukan sahaja agak sempit, tapi semput juga.Dapur juga agak berkilat lately nih. Legalah Ani, helper yang datang dua kali seminggu bersihkan rumah saya, sebab time ni macam bagus je.. selalunya macam apa je.. hahah



Baba pun sangatlah selalu tak wujud di rumah, disebabkan tuntutan negara terhadapnya.
saya pula, di tempat kerja sibuk dengan pelbagai benda, jam 1, masih lagi tak buleh nampak blog. Time balik pula terkejar-kejar ngutip anak-anak.

kenapa dia senget? makcik dah tak bleh pikir


Kalau time letih minda dan fizikal macam sekarang ni, mata  layu macam garfield, dan kalaulah iceberg ni dok depan mata.. arghh.. leganya..


Selamat melayan mata..


Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails