Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

Spiral macaroni with chicken and fishcake soup

Weather for Manchester, UK

15°C | °F
SunMonTueWed
Chance of RainChance of RainMostly SunnyChance of Rain
Partly Cloudy


Wind: NW at 13 mph


Humidity: 67%


Assalamualaikum Warahmatulla dan Salam hormat..

Dah lama kite tak bersiaran..
Harap entry kali ini dapat menjawab ke mana kite and kenapa lama kite tak update blog. Untuk makluman kengkawan semua, dan sesiapa jua yang sudi singgah dan bertandang ke blog ni, kite dan keluarga berhijrah sekejap di bumi Manchester, United Kingdon ni untuk seketika.. Kami semua selamat tiba di sini minggu lepas, 9 September 2011 lebih kurang 10 pagi.

Alhamdulilah, perjalanan kami semuanya baik. Dan sehingga tarikh ni juga, alhamdulillah, kami dapat settle down dengan baik, dengan batuan kawan-kawan pelajar dari Malaysia juga.

Sejak ketibaan, sehingga hari ni, saya belum mula menguliti bebenda akademik, makanya masih ada sedikit masa untuk update blog. Besar kemungkinan amat, saya tak akan dapat update selepas ni. Dalam tempoh ini juga, Baba yang akan paling banyak mengambil alih tuga dapur.. andai saya berkesempatan, Insyaallah, akan berasap jugak blog ni.. :). Saya akan cuba untuk update kehidupan kat sini di blog saya yang satu lagi di sini. Kalau nak membaca, silakanlah..

Dah panjang merepek. Untuk kali ni tak ada hidangan apa yang menarik.. hanya yang bertajuk di atas sahaja. Kebetulan cuaca kat sini sejuk, makanya memanaskan badan dengan sup adalah yang terbaik di kala ini.



Enjoy!
Nanti kite macam rajin, kite tulis resipi.. 









Saturday, July 10, 2010

Mee Bandung







Tekak waktu puasa lagi.. Saya suungguh terasa nak makan seperti tajuk di atas. Maklumlah, mengidam berpuasa. Memandangkan saya telah study resipi dan macam ok ja, boleh setel balik keja nanti, maka saya telah bertekad untuk bersilat di dapur. Hasilnya.. kenyanglah. Apa lagi. Hehe. Saya pinjam resipi kak Noreen. Jom tengok apa yang menjadikan ia mee bandung. Sukatan, saya main ikut suka je.. agak-agak. Serius!, sedap!





Bahan-bahan :

  • Mee
  • Udang basah
  • Daging – rebus dan hiris sesedap rasa.
  • Air rebusan daging
  • Sawi
  • Gula
  • Sos tiram
  • Telur
  • Garam
  • Minyak untuk mennumis
Bahan kisar :

  • Cili kisar – ikut suka nak banyak mana. Nak pedas, taruh lebih sikit
  • Bawang merah
  • Udang kering – Saya tak letak, sebab baba kurang suka
Perencah
 
  • Fishball
  • Ayam
  • Bunga kobis
  • Daun bawang
Penyediaan :

  • Tumis bahan kisar.
  • Masukkan sos tiram, batang sawi, air rebusan daging, bunga kobis, fishball,
  • Saya masuk odang ketika hamper mendidih.
  • Biarkan pekat.
  • Saya juga pecahkan telur di dalam kuah.
  • Untuk tujuan menghidang, pecahkan telur sebijik-sebijik, biarkan mengeras dan boleh lah serve untuk sepinggan.
  • Untuk pinggan yang lain, buatlah telur yang baru di dalam periuk yang sama.
Deskripsi saya gak tak ketahuan. Begitulah juga hati dan perasaan saya ketika ini.

Enjoy!

Monday, April 26, 2010

Simple Lasagna



Dah lama saya tak update perihal masakan. Ni long overdue entry.Namanya Lasagna Simple sebab saya gunakan spaghetti sauce yang later dilapis-lapis dengan kulit lasagne. Tambah sikit white sauce yang disajes oleh Hana di dapurnya..


Kalau nak tengok spaghetti sauce di sini, and berikut adalah resipi white sauce :

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 ¼ cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • Lada hitam
  • Garam
Penyediaan :

  • Satukan semua bahan dan kacau atas api yang kecil hingga pekat.
Untuk menjadikan bahan di atas seperti lasagne, letakkan kulit lasagne di dasar bekas, kemudian lapiskan dengan sos daging atau sos spaghetti, letakkan sos putih dan cheese. Ulang proses di atas hingga selesai. Bakar pada suhu 40 – 60 minit hingga kulit lasagne perang.

Enjoy!!


 





Sunday, April 11, 2010

Spaghetti Carbonara

Terciptanya spaghetti ni adalah kebetulan ja.. terperasan ada stok Sos Prego Carbonara Spaghetti. makanya setelah membelek tin itu, maka.. boleh lah buat.

Yang perlu adalah, kepingan daging segera yang digoreh sehingga garang dan rapuh, kemudian tosskan dengan sos spaghetti berkenaan. Tapi, emmandangkan sos tu keluaq dari tin.. saya tumiskan bawang putih sikit, tuang terus sos berkenaan, tambah air sikit, sebab likat sangat.. and dah siap! Enjoy!








Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails