Kite masak ni je hari ni..
Kebetulan terjumpa petai yang agak besaq2 isinya kemarin kat pasar malam Tanah merah ni,
kite buat le sikit.
Campoq dengan udang.
Yumeyyhh!!
Kite malas benor nak tulis resipi.
sapa nak, sila habaq no!
babai.
Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts
Saturday, June 8, 2013
Thursday, January 6, 2011
Udang Kung Pao
Untuk sekian kalinya saya mengulangi masakan yang sama. Dengan ini jelas lah sangat menunjukkan bahawa keterujaan dan permintaan terhadap Udang Kung pao ni adalah super duper sedap yang mengakibatkan laju je kanak-kanak kat rumah tu makan nasik..
Dan demi tak menyusahkan kengkawan melihat resipi, saya copy dari sini ke sini.
Bahan-bahan :
- Udang
- 1 ulas bawang besar, dipotong bulat
- 3 ulas bawang putih, dimayang
- 2 cm halia, dipotong nipis
- 4 – 5 biji cili kering – dibuang biji dan potong lebih kurang 1 inci panjang
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- Daun bawang untuk hiasan
- Bersihkan udang, dan buang kulitnya. Tinggalkan ekor sahaja
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang, bawang putih halia dan cili kering. Biarkan seketika sehingga bahan tumisan menjadi warna keemasan dan cili bertukar warna sedikit gelap.
- Masukkan udang, kacau seketika.
- Masukkan sos tiram, dan sos cili. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dan sedikit likat.
- Masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!
- Enjoy!
Sunday, January 2, 2011
Deep Fried Crab Stick
Agak lama saya tak update blog. Bertenggek kat dapur kengkawan pon tak sempat. Ye lah. sekolah pun dah nak buka. Mujur jugak hari ni diisytiharkan sebagai cuti umum yang dibawa dari Jumaat lepas. Nak kata sibuk sangat, tak juga, nak kata tak sibuk, sibuk juga dengan persiapan persekolahan kanak-kanak nih.
Sesambil tu sempat buat Deep Fried Crabstick nih yang kebetulan lalu-lalu, nampak kat dapur Kak Ummi. Tapi saya add sikit kat hujung-hujung tu sementelah ada breadcrumbs yang lebih dan perlu dihabiskan. Untuk tujuanrekod hasil jemari saya, saya pahatkan kat sini resipi Kak Ummi, edit mengikut kesesuaian. Nak tengok kak Ummi punya, rujuk sini.
DEEP FRIED CRABSTICK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 1 paket jejari ketam (crabstick)
- sedikit garam
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit lada sulah
- sedikit serbuk kari
- 1/3 cawan tepung jagung
- Sebiji telur di kocak sebati – ni saya tambah
- Breadcrumbs secukupnya – saya tambah
- minyak untuk goreng terendam
- Gaul crabstick dengan lada sulah, garam dan serbuk kunyit. (Pastikan crabstick tidak dibiar lembik sgt selepas dikeluarkan dr freezer, nnt terburai nak gaul2 tu)
- Kemudian dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan serbuk kari, gaul rata.
- Ambil crabstick dan golek-golekkan dalam campuran tepung tadi biar bersalut.
- Celupkan di dalam telur, dan golekkan di dalam bekas yang mengandungi breadcrumbs.
- Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan masukkan crabstick.
- Goreng dan balikkan perlahan dan masak hingga salutan tepung nampak kekuningan dan berserbuk.
- Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos dan mayonis....
Thursday, December 2, 2010
Kung Pao Prawn
Ni adalah resipi yang rajin diulang sebab senang, cepat, lazat dan tak membazir sebab anak-anak makan sampai habis licin. Er.. bukan anak je.. mak nye sekali.. hehehhe.
Berkisah tentang udang ni, kalau ikut kawan-kawan lain yang buat, mereka akan tinggalkan ekor semasa menyiang. Demi tak mau menyusahkan diri masa makan nanti dengan anak-anak yang minya dibuang kulit udang masa makan, saya togelkan terus je udang ni, tinggal nak ngap je lagi.
Macik dah penah buat dah ni dulu, kat sini. Resipi pun di situ lah jugak.
Enjoy!
Tuesday, November 30, 2010
Sotong Oriental
Dah lama saya tak bersiaran secara santai macam ni. banyak sebab sebenarnya, selain dari tak berapa rajin. sebab yang tu last sekali, tapi paling kuat mempengaruhi.
Memandangkan ada sotong dalam peti kebal kat rumah, makanya saya mencari sesuatu untuk dicuba selain dari masak-masak biasa nih. Dan akhirnya telah ketemu dengan sotong oriental ni untuk dijamu kepada kanak-kanak di rumah. Terima kasih kepada semua yang telah mencubanya. Saya pon tak pasti kat dapur siapa yang saya bertenggek untuk dapatkan resipi ni. Untuk rekod peribadi, saya catatkan di sini. Er.. demi menjimatkan masa saya yang agak tak cukup ni, saya cilok tulisan kat dapur antik tuan Mat Gebu, edit according to my format. TQ Mat!
BAHAN-BAHAN :
• 500 gram sotong
• 1 tangkai daun kari
• 5 biji bawang merah, hiris halus
• 3 ulas bawang putih, hiris halus
• 1/2 biji green capsicum, dipotong
• 1/2 biji red capsicum, dipotong
• 5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
• Gula dan garam secukup rasa
BAHAN SOS
• 2 camca besar pes tomyam
• 2 camca teh serbuk kari ikan
• 1 1/2 camca besar sos tiram
• 2 camca teh sos ikan (nampla)
• Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Sotong dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
2. Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.
3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...
Enjoy!
Sunday, August 29, 2010
Ikan Bawal Kukus
Nak makan something yang simple.. demi nak menurunkan berat sempena bulan ramadhan ni. Tapi kan, kalau sedap, nak makan tak boleh berenti, dan bertambah-tambah nasik, camana tu? Hiks. Yeah. Demi hasrat nan satu itu, saya telah mengukus Ikan bawal setelah tenung Kak An punya resipi.. Layann.. zasss..
Bahan–bahan :
- 1 ekor ikan bawal hitam
- 1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis-nipis
- 1 labu bawang besar – dimayang secantiknya
- Sebatang serai – diketuk
- 1 tangkai cili merah dihiris serong – tak letak
- 3 tangkai cilia pi – diketuk
- Lada hitam – ditumbuk halus
- Asam jawa – diperah airnya
- Limau kasturi – tak letak
- Sedikit garam
- Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15-20 minit.
- Keluarkan ikan dari kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.
Sunday, April 11, 2010
Sotong Sumbat Berempah
Jom layan resipi ni. Best! Tak ingat kat mana ambil resipi ni. Masa ambil tu tak catat. Tapi, ada nama Jeni kat printed version. Kata Jeni, resipi ni sumber dari Variasi Masakan Utara oleh Chef Norzailina Nordin. Apa pun, sangat best, dan tq K. Jeni!
Bahan-bahan :
- 600 gm sotong
- 500 ml air (agak-agak saja)
- 3 biji telur
- 1 biji bawang besar, dicincang halus
- 1 biji cili merah, buang biji dan dicincang halus
- 1 biji cili hijau, buang biji dan dicincang halus (tak letak)
- 1 biji bawang besar, dihiris bulat
- 2 sudu rempah kari ikan (saya guna rempah kari daging/ayam.. macam k jeni jugak)
- 2 sudu makan cili kisar (saya letak satu sudu saja)
- 1 sudu makan kicap
- ½ sudu teh lada hitam
- Minyak masak
- Lidi koktel secukupnya
- Garam secukup rasa
- Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
- Panaskan satu sudu makan minyak masak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Andkat dan sejukkan.
- Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
- Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.
- Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hamper pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
- Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
Monday, March 8, 2010
Kung Pao Prawn
Hari tu, my fren, Karimah, cakap try lah resipi ni..
Nampak cam gitu-gitu ja, tapi sedap.
So, saya cakap meh le nak tengok. And sebaik ja tengok, ekspresi yang sama keluaq.. la.. macam tu ja?
Balik, rujuk internet.. and jumpa resipi asal dari Kak Jeni..
Again, simple, and senang.. bak kata member.. gerak tengah malam pun buleh buat.. heheh
Serius.. sedap.. TQ to Kak Jeni (btw, tak buleh link to the said page. My lappy detect her link ada virus.. Sorry!)
Jom layan resipi ni.
Bahan-bahan :
- Udang
- 1 ulas bawang besar, dipotong bulat
- 3 ulas bawang putih, dimayang
- 2 cm halia, dipotong nipis
- 4 – 5 biji cili kering – dibuang biji dan potong lebih kurang 1 inci panjang
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- Daun bawang untuk hiasan
- Bersihkan udang, dan buang kulitnya. Tinggalkan ekor sahaja
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang, bawang putih halia dan cili kering. Biarkan seketika sehingga bahan tumisan menjadi warna keemasan dan cili bertukar warna sedikit gelap.
- Masukkan udang, kacau seketika.
- Masukkan sos tiram, dan sos cili. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dan sedikit likat.
- Masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!
Nota : Resipi ni adalah terjemahan dari bahasa omputih.. makanya ada kala dia jadi penin2 sikit siri alih bahasa ini
Thursday, March 4, 2010
Sotong Goreng Berempah
Hari ni in silent mode..
Sumber : Hana (again)
Bahan-bahan :
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum (tambah tepung goreng berempah segera)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Penyediaan :
Bersihkan sotong, potong kecil-kecil, dan tos sehingga kering
Gaul sotong dengan sedikit garam dan lada sulah;
Pukul telur sedikit sahaja bagi bersatu kuning dan putih
Masukkan sotong dalam telur. Put aside.
Gaul tepung dengan baking powder. Masukkan sotong yang telah digaul dengan telur ke dalam tepung.
Salut sehingga habis.
Boleh masukkan sedikit serbuk kari ke dalam tepung.
Goreng sampai jadi warna kuning keemasan, sekejap je, dalam tempoh 4-5 minit.
Enjoy!
Subscribe to:
Posts (Atom)

