Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Terung pipit rawat tumit pecah





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Lama sungguh saya tak sempat mengudarakan di sini. Setelah berhempas pulas few days, minda saya agak lega. Alhamdulillah.

Mood nak menulis je belum “mari” sepenuhnya. Further, dapur saya tak berapa nak berasap sejak minggu lepas, saya yang berasap sebenarnya. Ni baru nak balik ke asal. Yeah. lega sangat dapat menjalani kehidupan normal kembali seperti sebelumnya.

Kebetulan melilau di magazine, saya nampak maklumat yang bertajuk di atas, dan maklumat yang sama tentang how nak treat tumit yang pecah saya pernah entrykan di sini.

Menurut maklumat ni, terung pipit, atau nama saintifik yang kurang dikenali adalah Solanum Torvum, atau nama lain adalah terung rembang dan terung manggul. Selalunya, orang jadikan ulamlah dalam makanan, atau dicampurkan sebagai bahan dalam masakan.

Ia sebenarnya mengandungi protein, lemak, karbohidrat, fosforus, zat besi, vitamin A, B1 dan C. Walaupun sangat comel setiap biji tu, didapati bahawa terung pipit ni sangat efektif dalam merawat sakit kepala., sengal-sengal badan, demam panas dan cirit birit.


credit tu gugel..

Juga didapati sangat efektif dalam merawat tumit kaki yang pecah, merekah atau bengkak. Caranya adalah, tumbuk lumat akar terung pipit berkenaan. Kalau agak tak rajin, sila masukkan dalam blender.Tempekkan bahan yang dimesin lumat tu ke bahagian kaki yang bermasalah. Kaedah ini didapati bukan saja memulihkan, tapi berupaya melancarkan peredaran darah.

Teringat zaman silam dulu, main dengan abang dan adik lelaki serta sepupu sepapat lain yang majoritinya lelaki, buah ni digunakan dalam adegan tembak menembak sambil berlari dalam kebun getah. Buah tu dimasukkan dalam buluh kecik, yang lubangnya muat-muat masuk buah ni, dan ada satu batang panjang lain yang dijolok masuk dalam lubang tu untuk menembak buah ni keluaq. Ala-ala macam sumpit lah. Sakit deehh kalau kena tu..

Zaman sekarang ni, yang sejenis dengannya orang cakap  Pain(t) Ball. Kalau dulu, permainan ni namanya "Cakplom". Cak tu tak pasti kutip mana, but the "plom" tu adalah bunyi yang dihasilkan sebaik buluh itu dimuntahkan dengan buah ni. Tak pasti kat negeri berjiran i.e Perlis, orang panggey apa. Tu kena tanya Lady.. tapi i bet Lady adalah lemah lembut.. mungkin tak main ganas macam ni.. Makcik ni je.. dulu spesis tomboy.. Mujoq besaq jadi wanita jelita.. muahahhahahah.. sila tahan geli geleman anda.


Sekian sesi pemanasan blog.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Monday, December 27, 2010

Mengelakkan Alahan Makanan Laut







Ramai yang menggemari makanan laut seperti udang dan sotong, tetapi seringkali merasa gatal selepas memakannya. Bagi anda yang mengalami alahan, amalkan petua yang mudah ini. Rebus terlebih dahulu makanan laut yang hendak dimakan sebelum dimasukkan ke dalam masakan mrngikut kegemaran anda.



Sumber : RAPI, Bil. 155

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal.

Monday, December 20, 2010

Bagaimana Awet Muda Dengan Air






Kebetulan meronda dari magazine ke magazine, kite jumpa artikel yang pendek nih. dari Rapi Bil. 154.

Dia kata "Selain mengambil air putih lapan gelas setiap hari, ada cara mudah untuk anda tetap awet muda. Menurut Helen Sher, seorang pakar kulit dari England yang diterbitkan di dalam majalah Natural Health, dengan membasuh muka dengan air suam 20 hingga 30 kali setiap pagi setelah bangun tidur dan setiap malam sebelum tidur, kulit akan lebih berseri dan awet muda. Pelembap kulit semulajadi ialah air. Selain minum, basuhlah muka dengan air sekerap mungkin".



Saya tak berniat untuk komen. Tapi nak menambah sikit..
  • Nak solat, kena ambik wudhuk, Sekali ambik, 3 kali basuh muka, 5 kali waktu solat, tak masuk solat sunat dan terbatalnya wudhuk dan kena ambik lain. Kalau rasa tiga kali tak cukup, boleh upkan lagi 5 kali basuh muka. Tapi, ustaz cakap, makruh sebab  bazir air.
  • Bukan setakat basuh muka, mandi adalah sebahagian dari penyucian dan proses pelembapan. Maka, mandilah, jangan tak mandi. Sebab kalau tak mandi, nampak sangat dry, dan sangat buruk.
  • Bangun pagi, kena ambik wudhuk untuk solat Subuh. Dan, disunatkan tidur dalam keadaan wudhuk. Bukan setakat mengelakkan gangguan syaitan dan iblis tapi akan membantu menyerikan wajah, serta boleh membantu terjaga malam untuk solat Tahajjud.
Sesungguhnya Islam adalah cara hidup. Setiap amalan yang dianjurkan, ada hikmahnya yang tersembunyi. Wallahu a'lam.


Thursday, December 2, 2010

Petua - Hilangkan panau dengan lengkuas








Malunya melihatkan badan kita banyak panau. Bukan setakat orang tengok. Tengok diri sendiri pun rasa tak best kan? Jadi, macam mana nak hilangkan panau ni?

Menurut orang tua-tua, lengkuas boleh membantu menghilangkan panau. Sebenarnya, terdapat dua jenis tumbuhan lengkuas iaitu umbi (akar) berwarna putih yang biasanya dipakai sebagai penyedap makanan. Manakala umbi merah dijadikan ubat.


 Jom tengok intipati lengkuas ini. Ia mengandungi minyak alpinen, kamfer, methyl-cinnamate. Lengkuas berkhasiat sebagai anti kulatdan anti bakteria. Dalam kecantikan, lengkuas sering digunakan untuk merawat panau, kesakitan sewaktu haid, ubat untuk penyakit kulit, bengkak limpa, menguatkan otot yang lama tidak digerakkan dan membersihkan darah. 

Untuk merawat panau, kaedahnya sangat mudah. Ambil empat sentimeter lengkuas, buang kulit arinya dan cuci hingga bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur dan dibungkus dengan kain perca. Ikat dengan kemas dan gosoklah di bahagian berpanau selalu. InsyaAllah, panau akan hilang.

Punca sedutan : Rasa, Edisi 45, 2005

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Tuesday, November 30, 2010

Pokok Pandan





Banyak kegunaan daun pandan nih, selain menjadi tempat pembiakan ular, kalau banyak dan rimbun sangat.. hehe.. Awal lagi dah merepek.

Sebenarnya, saya dah coba menanam pokok ni sebanyak 3 kali.. tapi ketiga-tiga tu tanaman tersebut telah terbantut, dan mati terus. Sedih. Akan cuba kali keempat nanti. Kali kedua hari tu ambik kat rumah ibu mertua saya. Malangnya, bila dah bawak balik, anak ibu mertua saya tanam main-main je. Sampai hari ni ibu suami saya tak tau pokok yang dia bagi tu dah berkubur. Syy.. jangan bagitau ibu mertua saya. Nanti beliau mesti sedih. Saya hanya akan gembira kalau ibu suami saya sanggup potongkan lagi pokok pandan untuk saya bawak balik tanam.

Antara kegunaan pokok pandan adalah seperti berikut :

· Daun yang segar boleh dijadikan pewarna dalam masakan pelbagai kuih Melayu atau Nyonya seperti bengkang, cara, nasi lemak, agar-agar dan banyak lagi. Bagi masyarakat Thai pula, mereka menggunakan daun ini untuk membalut ikan, ayam atau daging yang digoreng bagi mengeluarkan bau yang harum.

· Daunnya juga dijadikan bahan utama dalam penyediaan bunga rampai yang digunakan semasa majlis perkahwinan, cukur jambul dan sebaginya.

· Daun pandan yang segar boleh digunakan untuk mencegah atau menghalau lipas. Caranya ialah dengan meletakkan dedaun yang segar di dalam almari dan dibiarkan kering sebelum dogantikan dengan daun pandan yang segar. Selain daripada menghalau lipas yang ada di dalamnya ia juga dapat mewangikan ruang berkenaan.

· Ia juga ditanam sebagai pokok hiasan terutama jika ditanam di dalam pasu yang cantik.

ihsan cik google
Tip 
· Daun pandan juga boleh dijadikan jus lazat iaitu dicampurkan dengan susu dan kismis atau dibuat cendol.

· Ia juga boleh dijadikan syampu rambut iaitu dicampurkan dengan halia dan dikisar untuk diambil airnya. Kemudian campurkan pula dengan santan untuk dilumurkan di kepala.Ia boleh melebatkan dan meluruskan rambut.Selain daripada itu, ia juga boleh mencegah kelemumur dan menyejukkan kepala.

Sumber : Rasa, April 2005

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Saturday, November 27, 2010

Petua - Cantikkan Kulit dengan Ubi Kentang








Kulit melecur sememangnya memedihkan dan menyakitkan mata yang memandang. Jangan risau, kita cuba kaeddah orang lama menggunakan ubi kentang untuk menggantikan kulit baru yang lebih baik.



Caranya, hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas. Selepas mengelupas,kulit baru akan tumbuh. Lihatlah hasilnya sendiri.

Rasa, April 2005

Sunday, October 31, 2010

Penjagaan kulit muka menggunakan bahan-bahan kat dapur







Ni sesi penjimatan wang yang paling berkesan di dalam meng"treat" wajah. Kita gunakan bahan yang natural, yang boleh petik kat farm ville belakang rumah, tapi bukan farm ville yang kat FB tu tau! Hehe.

Dalam merawat kulit muka, selalunya kita akan pakai yang dah siap kat pasaran tu ja. Kadang-kadang, kita tak tau sama ada sesuia atau tak. Paling teruk adalah kena bertukar dari satu jenama ke jenama lain, sedangkan kesan akhir tak boleh nak teka lagi. Kalau elok, maka elok lah jadinya. Kalau tak elok, jenuh nak meraung sampai tak berlagu dah.. hehe.. ni kata orang Kedah lah. Kalau kulit jenis sensitive, atau tak mau nak ambil risiko, maka jomlah kita pakat-pakat try cara tradisional ni, mudah-mudahan dapat menyerlahkan kejelitaan yang asli, di samping dapat menjimatkan duit, untuk pi Mekah..

Jom tengok apa yang kita perlukan dalam merawat kulit muka cara tradisional nih.

Bahan-bahan :
  • Tomato
  • Timun
  • Epal
  • Lobak Merah
  • Tepung ubi
  • Telur
  • Susu segar
  • Asam jawa
  • Manjakani
  • Kulit kayu manis
Cara-caranya :
  • Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian, lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, basuhkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit. Sambil itu, kalau rajin, makan juga tomato sebagai ulam atau boleh digiti-gigit macam epal tu ja.. sangat berkesan. Boleh rujuk entry saya di sini dan di sini.

     
  • Selain menyedapkan makanan, asam jawa juga berfungsi untuk mencantikkan wajah. Bancuh sedikti asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi, kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bacuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

     
  • Untuk menegangkan kulit muka, ambil timun, hancurkan sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit ubi kayu dan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.

     
  • Bagi mereka yang gemar menggunakan khasiat manjakani, rebus segenggam manjakani di dalam periuk tanah hingga menggelegak dan pekat. Apabila air rebusan sudah suam, sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih.

     
  • Untuk menghilangkan jerawat, campurkan sedir air asam dengan bedak sejuk, atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama air sejuk. Lumurkan pada wajah yang mengalami jerawat. Setelah beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Boleh rujuk entry saya yang terdahulu di sini.

     
  • Untuk mengelakkan kulit muka cepat berkedut, bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkannya. Campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sehari sekali.

     
  • Daun senduduk juga boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkannya dengan bedak sejuk.

     
  • Tomato dan epal juga boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatine pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit minit dan cuci dengan air suam.

     
  • Susu segar, selain bagus untuk diminum, juga bagus untuk mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin.m Ambil sedikit susu suger, sapu pada muka, gosokkan sehingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu.

     
  • Putih telur juga berfungsi untuk menegangkan kulit dan mebuang black and white heads kat muka. Kalau masak sebarang masakan yang menggunakan telur, sebebelum dibuang kulitnya, boleh oleskan baki putih telur di kulit telur ke muka. Biar hingga kering. Atau, boleh juga ambil putih telur dari seji telur, oleskan di muka, kemudian tekapkan tisu yang dipotong kecil di keseluruhan muka. Setelah tidu penuh kat muka, sapukan lagi putih telur dan tekapkan lagi tisu. Ulang proses hingga habis putih telur tu. Tunggu lebih kurang 20 minit, atau sehingga kering. Kalau nak cepat kering, boleh pi duduk depan kipas angin. Once kering, boleh buang mask tersebut perlahan-lahan. Hati-hati sebab tisu tu dah melekat macam gam kat kulit muka.

     
Selamat beramal dan semoga bermanfaat!

Sunday, October 24, 2010

Petua : Mengurangkan kesan kulit terbakar






Ambil sebiji timun , buang kulitnya sebelum dikisar halus. Ambil jusnya sahaja, campurkan dengan setengah sudu air mawar. Sapukan ke seluruh wajah. Kulit anda akan terasa sejuk dan kesan terbakar akan berkurangan.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Sunday, October 17, 2010

Petua : Kuku Sihat dan Cantik







Cara pertama, Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan ke atas kuku. Boleh juga guna berus dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Selepas digosok, biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibasuh . Keringkan dengan tuala. Ulangi kegiatan ini sekurang-kurangnya 3 kali sebulan. Kuku anda akan kelihatan lebih bersinar berbanding kebiasaanya.


gambar dari sini

Cara Kedua. Mungkin ada yang tidak gemar dengan cara pertama kerana kuku akan berasa sejuk apabila terkena ubat gigi. Cara kedua penjagaan kuku ialah dengan menggunakan lemon. Ambil sebiji lemon dan dibelah dua. Perahkan jusnya ke dalam air suam. Rendam tangan anda ke dalam air suam tadi. Kemudian gosok kuku perlahan menggunakan lemon yang sudah diperah tadi. Pun begitu, cara ini hanya sesuai sekali sekala sahaja kerana kekerapan menggunakan lemon ke atas kuku boleh menyebabkan kuku menjadi nipis.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Thursday, October 14, 2010

Petua : Menghilangkan Bau Badan







Manusia pada hakikatnya adalah busuk baunya. Kecuali bagi baby and kids. Once dah mancapai usia baligh, maka lagi hebatlah bau,dan sangatlah lagi kalau tak dirawat. Dan bau yang dijadikan Allah bagi setiap manusia adalah berbeza.

Bila nak treat bau badan ni, selalunya kita akan gunakan deodoran, atau Hibka powder tu. Tapi ada setengah tak sesuai. Alergik la bagai la. Cuba kita try petua ni.



Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun pandan, Tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Kalau susah sangat, boleh blend ja. Masukkan sedikit kapur daun sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan ke seluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seeloknya dilakukan sebelum mandi.

Mesti dah siap mandi bau wangi je.. macam bau kuih bakar pandan.. boleh macam tu? So far kita ada vanilla perfume , lepas ni boleh komersilkan pandan pulak, go international. Yeah! Malaysia Boleh!

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Tuesday, October 12, 2010

Petua : Menegangkan kulit muka







Bila umur makin meningkat ni, elok lah jaga-jaga. Ditakuti kalau tak berjaga, makanya kedut akan mudah sangat kelihatan. Tengok diri sendiri pun naik pening, apatah lagi kalau orang lain tengok. Kena ada inisiatif untuk ni. Selalunya bahagian yang paling nampak kedut-kedut ni adalah bahagian mata, i.e hujung mata dan bawah mata. Kalau nak agak umur sesorang tu, maka lihatlah di kedua kawasan tersebut. Boleh guess umurnya, melainkan dia memang awet muda. Umur 30 lebih pun orang nampak macam 17.



So, macam mana nak tegangkan kulit muka? Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu. Campur kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata. Pastikan tidak terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini dapat menegangkan kulit muka serta nampak lah muka macam putih dan gebu sikit. Secara tak langsung, kulit akan menjadi segar.

Senang kan? Jom cuba!

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Sunday, October 10, 2010

Ulam : Menyihatkan dan Mencantikkan





Kat tempat kerja saya ni, ada sorang makcik cleaner yang saya panggil Cik Ram. Hebat Cik Ram nih. Beliau cergas, sihat dan kuat. Katanya umurnya dah 60 tahun. Cik ram bila naik moto, pakai jaket, pakai topi kaledar yang bercermin kat muka tu.. tak percaya orang kat dalam topi tu adalah Cik Ram. Laju dia bawak. Ganas pulak tu. Hari-hari Cik Ram bertugas di Aras 3. Kat bangunan saya tadak lif. Makanya kena ragaih/ragas tangga lah. Bila saya tanya macam mana dia jaga kesihatan, kecergasan dan ketangkasan, Cik Ram kata, tadak apa. Tapi beliau rajin makan ulam. Oh ya. Lupa nak bagitau, saya kenal Cik Ram sejak 10 tahun lepas. Masa tu saya anak dara lagi. Sekarang saya bertugas di bangunan yang sama dengan Cik Ram. Tadak beza Cik Ram dulu dan sekarang.
Saya percaya, ulam adalah antara penyebab yang menjelitakan seseorang, menguatkan lahir dan batin selain mengekalkan kecergasan. Awet muda lah tu. Dan artikel berikut mungkin boleh membantu kita untuk sama-sama menikmati ulam dengan lebih gigih lagi.
  • Pegaga
    Mengandungi protein, kalsium, ferum (zat besi), vitamin C, karetenoid (provitamin A), gentian serta vitamin A. Antara khasiat pegaga adalah menyegarkan tubuh, merawat pitam dan menajamkan daya tumpuan dan ingatan.
    Dalam dunia kecantikan, pegaga membantu memulihkan masalah keguguran rambut, mengatasi masalah jerawat serta melicinkan kulit. Ia juga melambatkan penuaan. Membantu menyembhkan luka serta menurunkan suhu badan.
    Paling mudah untuk menikmati pegaga ni, bagi yang tak suka nak jadikan ulam masa makan nasi, jadikanlah pegaga sebagai jus minuman. Mesti lebih sedap dan boleh dimakan dua kali ganda banyaknya dari jadikan sebagai ulam. Best nih!
  • Ulam Raja
    Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat selain kaya dengan kalsiumdan vitamin A. Ia dikatakan dapat membantu mencuci darah dan membuang bahan toksik dalam tubuh, menguatkan tulang dan merencatkan aktiviti bacteria jahat dan kulat.
    Kadang-kadang saya heran juga, orang lama yang tinggal di kampung-kampung amat jarang menikmati susu sebagai sebahagian daripada makanan tambahan. Tapi mereka kuat. Masih gagah di usia emas. Mungkin dengan banyak makan ulam ni lah kot, kan?
  • Petai
    Dikatakan dapat membantu merawat kencing manis dan masalah hati. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kecacingan di kalangan kanak-kanak. Selain itu, petai dikatakan dapat mengurangkan penyerapan kolesterol oleh usus.
    Saya pernah buat entry tentang petai ni di sini. *peace*.. yang busuk itu tak semestinya tak best.. haha
  • Timun
    Dapat membantu menyingkirkan bahan toksik dalam tubuh. Ia juga berkesan untuk meredakan sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk.
  • Putat
    Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifar anti-kanser, serta merawat ketumbuhan dan fibroid.
  • Selom
    Paling berkhasiat dalam membersihkan darah dan menyingkirkan toksik dari tubuh.
  • Cekur manis
    Ia mengandungi provitamin A, keretenoid, vitamin B dan C, serta protein dan mineral. Semakin tua daunnya, semakin tinggi nilai nutriennya. Dalam perubatan tradisional, cekur manis disarankan diambil oleh ibu mengandung untuk memperbanyakkan susu selepas bersalin. Selain itu, ia baik untuk merawat sakit mata, meredakan demam dan panas badan.
Semopga bermanfaat dan selamat beramal!


Saturday, October 9, 2010

Nak cegah uban?







Masyarakat India terutamanya sangat gemar memasukkan daun kari di dalam masakan seharian mereka. Nama Saintifiknya Murayya Koenigii, daripada keluarga Rutaceae. Aroma yang dikeluarkan cukup membangkitkan selera.



Dari segi perubatan, daun kari sebenarnya mempunyai 1001 khasiat dan nilai perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannnya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

Selain dari itu, daun kari juga dapat mencegah uban. Amalan memakannya tidak perlu direbus kerana ini akan mamatikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan. Jadinya, eloklah kalau dibuat ulam je. Sure laju je makan nasik.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

Friday, October 8, 2010

Petua : Hapuskan pecah-pecah telapak kaki







    

Ambil buah betik muda dan potong hingga keluar getah. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu, cucilah dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali.




Satu cara lain adalah, gunakan Vaseline Intensive Care 100% Petroleum Jelly. Colek sikit dan sapukan di tempat yang pecah. Boleh juga digunakansebagai lip moisturizer, atau pada tempat-tempat yang kasar sikit. Perlu diingatkan, kalau nak ambil wudhuk, kenalah basuh dengan sabun agar air dapat melalui kawasan yang perlu kena air wuduk. Ditakuti, kalau tak betul-betul basuh, sembahyang tak sah la pulak.




Semoga bermanfaat dan Selamat Beramal



Thursday, October 7, 2010

Petua : Gigi lebih putih







Antara cara yang dipetuakan selain dari beli di kedai ubat gigi untuk memutihkan gigi dan ubat khusus nak putih gigi, adalah dengan menggunakan garam halus saja. Senang kan? Within capaian saja.

Mula-mula ambil garam halus sebanyak satu sudu. Campurkan dengan titisan air, tapi jangan banyak sangat. Cukup sekadar lembap dan mudah untuk mnecoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaiknya gunakan berus gigi yang rapat. Beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu.




Masa saya tak berapa dewasa dulu, mak saya ada cakap, kalau sakit gigi, atau gigi mulai haus, kumurlah air garam, InsyaAllah akan mengurangkan rasa sakit atau ngilu gigi. Cikgu pun ajar dulu-dulu macam tu. Sama dengan kes telaga buruk, benda yang sama, kumur air garam. Saya je masa sengsara hari tu lupa akan petua ni, sehingga saya menulis entry ni. Teruk kan?

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Petua : Melicinkan dan memerahkan kulit muka









Ambil sebiji buah tomato masak. Lecek hingga halus. Kemudian pupurkan ke seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu dua atau tiga kali.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal






Thursday, August 19, 2010

Sihat untuk Cantik








Nak sihat dan cantik, kenalah jaga amalan pemakanan. Kalau dulu tak cantik, now ni dah banyak program dan pemakanan yang boleh membantu mencantikkan wajah. Nak sihat pun, banyak saplimen yang boleh membantu menambahkan tenaga lah, kalau tak lalu makan, kurang vitamin ka.. apa ka, boleh main makan pil saja untuk tambah yang tak cukup. Tak la gaduh nak bau busuk ka, tak lalu ka.. Senang saja.
Now, kita tengok dulu jenis makanan yang dikatakan dapat membantu membuat kita sihat selain meningkatkan kecantikan diri.

Tomato
 Dulu, masa saya agak tak berumur (heheh), anak member pejabat saya ni (pangkat kakak la..) sanget gebu kulitnya.. merah putih macam tu.. sekali Nampak merah, dua kali Nampak putih. Bila ditanya apa yang kakak tu makan semasa tempoh mengandungnya yang menjadikan kulit anaknya sangat cantik, dia kata amalan makan tomato nil ah. So, hingga la ni anaknya suka makan tomato, sama ada gigit macam tu saja, atau mak dia buat jus.

Dalam tomato ni juga ada lycopene yang dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser, sakit jantung juga macular degeneration yang masalah kebutaan bagi yang berusi 55 tahun ke atas. Lycopene ni juga terdapat dalam anggur, jambu batu dan tembikai. Jadi, kalau tak suka tomato, ada lagi alternative lain.

Kentang, Lobak Merah dan Labu
Makanan ini mengandungi beta-karotena yang tinggi dan baik untuk kesihatan kulit dan mata serta mengurangkan risiko kanser, kardiovaskular dan osteoporosis.

Brokoli, Kubis dan Bunga Kobis

Bahan yang dikenal dengan sulforaphane dalam tiga sayuran ini mengeluarkan enzim yang membantu menyingkirkan toksin dalam badan.


Barli, Kacang dan OatMakanan ini kaya serat yang membantu mengurangkan kolestrol yang sekaligus melindungi diri dari penyakit kardiovaskular. Barli pula dapat menurunkan kadar LDL dan juga kolestrol.

Sayur-sayuran berdaun HijauDikatakan dapt mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 11 peratus. Ia juga baik untuk mata. Dalam keadaan ni, kalau mata rabun pun, elok tengok bebenda hijau, dapat kembali mencerahkan pandangan, bukan setakat makan sahaj.

Salmon, Sardin dan TunaOmega 3 dalam ketiga-tiga ikan ini membantu menajamkan daya ingatan dan mengurangkan risiko sakit mental. Yeah. Tetiba nak makan tuna atau sardine puff yang Mat Gebu asik dok buat dan ditayang diblognya. Makan sardine dan tuna dalam keadaan yang amat lazat..

Produk Tenusu dan Susu SoyaMakanan jenis ini mengandungi kalsium dan vitamin D yang tinggi. Ia menguatkan tulang, meredakan gejala menopaus dan melindungi diri dari penyakit kanser. Ia juga membantu menurunkan kadar kolestrol dan mengurangkan risiko osteoporosis.

Teh HijauMengandungi bahan antioksida yang melindungi diri daripada serangan jantung dan risiko barah payudara

Halia dan Rempah RatusPengambilan satu setengah sudu teh rempah ratus dapat membantu melindungi diri daripada pelbagai penyakit kronik dan Alzheimer. Dalam budaya orang Melayu kita ni, ada amalan makan rempah ratus yang diproses ni. Kalau dalam pantang, lebih-lebih lagi lah. Nak buang angin, tak bagi angin masuk, nak bagi panas, macam-macamlah. Masa saya bersalin anak pertama dulu, rasa macam ish.. malasnya nak kena makan, sapu, dan bagai-bagai dengan rempah ni. But as time goes by, sesungguhnya, amat baik.. kesan lepas tu adalah mampu menjaga bodi dan kesihatan untuk next kehamilan. Sekarang ni pun, dah banyak yang dikomersilkan. Boleh dapat kat pasaran. Nak jenis apa, semua ada. Hiks.

CoklatKoko mengandungi LDL yang rendah dan mengurangkan risiko darah beku.


Semoga Bermanfaat dan selamat Beramal.


Saturday, August 14, 2010

Petua Kurangkan Kadar Kolestrol







Jumpa petua ni dalam majalah Midi Bil. 18, Tahun 2010. Elok dipanjangkan untuk maklumat kawan-kawan semua, sebab petua ni agak mudah dan senang diamalkan. 


Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amlkan minum dua atau tiga kali sehari atau setiap kali mengambil makanan berkolestrol tinggi. Kesannya akan dirasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan selulit.




Satu cara mudah lain, ni amalan saya hasil dari maklumat lain. Minum ayaq limau. Kalau nak join dengan petua di atas pun boleh, campur sikit madu, dan masuk juga sikit minyak zaitun. Kalau nak makan minyak zaitun macam tu saja pun ok. Semua cara berkenaan adalah untuk menurunkan kadar kolestrol.


Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Wednesday, July 21, 2010

Bawang Merah dan Kencing Manis








Antara bahan utama dalam masakan yang kita guna, terutamanya dalam kes menumis adalah bawang merah. Selain dari fungsi utama digunakan dalam masakan, bawang merah dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis atau diabetes mellitius. Dalam bawang tersebut juga mengandungi Vitamin C, Potassium, serat dan asid folik.


Penelitian dalam kajian moden menunjukkan bawang merah memiliki kekuatan menurunkan gula dalam darah. Bawang merah mempengaruhi metabolism gula dalam hati, atau metabolosme pengeluaran insulin, dan/atau mencegh kerosakan insulin. Agen yang mungkin mempunyai kemampuan hipoglikemia, menurunkan kadar gula dalam darah.






Masa saya ke India dulu, masa singgah di restoran, dah siap-siap ada bawang merah yang dijerukkan untuk dimakan macam tu saja. Mula-mula agak pelik juga menengok berketul-ketul bawang diletakkan dalam bekas atas meja. Bila ditanya pekerja restoran tu, katanya adalah untuk dimakan selepas makan. Bukan tu saja, ada lagi bebenda lain yang dimakan untuk melegakan mulut. Ada orang kata kalau makan bawang banyak, badan jadi berbau. Betul ke?


Saturday, July 10, 2010

Sengkuang Cina Penawar Batuk, Selsema


Dulu, masa kecil, mak saya agak rajin, tapi tak lah selalu, belikan sengkuang cina ni kalau ke pasar/market. Mak saya akan bawa balik sebunjut, dalam jaring plastik jarang, macam jala tu, warna merah. Agaknya sebab beli kat pasar, bekas tanah agak banyak melekat kat buah tu. Kalau mak menuai dari SUPERmarket, buahnya agak bersih, ala-ala macam boleh sapu-sapu bersih sikit, boleh gigit, makan isi je, kulit kena buang lah. Mak saya ajar makan gitu-gitu je. Tak delah nak mesin buat air ke buat kuih ke. Katanya baik untuk kesihatan. Tak le pulak dia cakap kat mana baiknya. Lately kebelakangan ini, saya sering pulak dengaq buah sengkuang cina ni dibuat ubat. Kenapa nama sengkuang cina ya? Agaknya sejak dulu orang cina je yang tanam dan makan buah ni, atau digunakan dalam perubatan tradisional cina. Sekarang ni dah ramai yang komersilkan buah ni, sama ada cina, atau melayu, atau India. Nama Cina jugak yang lekat kan? Yeah! One Malysia gitu!

Melalui pembacaan saya, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronchitis kronik. Rasa buah ni manis, dan sejuk serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Banyk sungguh khasiat pada bebenda kecil ni kan? Termasuk orang kecik comel macam saya tak? Haha. Gila perasan.




Selain itu, ia turut digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dalam perubatan tradisional Cina. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampurkan dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.

Selain dari cara tu, ada juga yang buat sebagai hidangan, paling glamer adalah sebagai pencuci mulut, penah jumpa sengkuang cina dalam kuih tako.. macam delisyez je kan? Ada juga yang diletak dalam bubur macam tu.. Kalau susah nak jumpa buah, atau macam tak rajin nak kupas-kupas, beli je air sengkuang cina.. sekarang dah siap ditinkan. Mudah kan?


Semoga bermanfaat dan selamat beramal!
Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails