Showing posts with label Nutrisi. Show all posts
Showing posts with label Nutrisi. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Apa Salahnya Tidak Bersarapan Kalau Perut Masih Kenyang?







Ikut suka lah kan, nak makan, makan, tak nak sudah.. heheh.

"Apabila anda bangun waktu pagi, sebenarnya perut anda sudah berlapar hampir 11 jam lamanya. Oleh sebab tubuh sudah menggunkan kalori pada waktu itu, anda perlu memenuhkannya kembali. Sebenarnya sukar untuk memulakan hari jika perut kosong. Oleh itu, meninggalkan sarapan akan memberi kesan buruk kepada minda. Kebanyakan sel dalam tubuh boleh menyimpan tenaga dalam masa yang lama. Tetapi, sel otak akan memerlukan bantuan kabohidrat untuk berfungsi. Tanpa makanan dalam sistem, hormon stres akan memaksa anda bertindak tetapi anda akan keletihan akhirnya. Apabila anda kerap mengabaikan sarapan, tubuh akan mula menggunakan kalori dan akhirnta metabolisme menjadi lambat."

Itu yang saya petik dari Rapi Bil. 154. Kalau melalui pembacaan saya dan pengetahuan yang amat sikit ni, sarapan memang tak boleh tinggal. Dan waktu sarapan yang paling baik dan yang boleh membuatkan kita bertahan sampai ke waktu maghrib adalah sarapan sebelum masuknya waktu Subuh, atau dalam bahasa mudah adalah waktu sahur. Bagus untuk those yang nak diet atau menurunkan berat badan, tahap kolestrol bagai-bagai nih.Tentu-tentulah kan kalau disertai dengan niat, boleh membawa kita sampai ke penghujung hari baru jumpa makanan. Tapi kalau tanpa niat, makanya sat lagi, pukul 10 atau sebelas, perut dah mula berbunyi.. dan makan terus.. dan makan lagi sampai petang.


Kalau nak makan, makan je lah kan, tadak sapa nak larang, apatah lagi kalau nampak pulut ikan kering, kwey tiau goreng, nasi lemak, roti canai banjir, cheese cake, pizza dan lain-lain yang menggoda jiwa. Makan jangan sampai mudarat diri. Tadak sapa suruh yang tu. :)

Semoga bermanfaat.

Tuesday, November 30, 2010

Cantik Dengan 6 Tip Pemakanan Sihat






 

Cantik dan perempuan dan nowadays ni adalah termasuk lelaki jugak adalah sinonim, berkawan-kawan dan tidak boleh dipisahkan. Tapi untuk lelaki sejati tak le diistilahkan sebagi cantik, but lebih kepada hensem dan macho. Ikut suka lah nak nama apa pun kan.

Tapi, dalam apa juga cara nak cantik, seharusnya bermula dari pemakanan dan apa juga yang masuk perut tu lah akan menjamin keadaan luaran, peribadi, akhlak, rupa diri dan segalanya. Kalau elok dan halal, maka eloklah seluruhnya.

Tak mo diskas benda tu banyak sebab makcik bukan ustajah. Belajaq sikit-sikit ja habuan nak hidup dan memanfaatkan setiaf denyut nadi untuk menghadapi kematian.

Punca utama entry ini adalah untuk menyalurkan maklumat seperti tajuk di atas. Berikut adalah 6 tip pemakanan tersebut :

1. Minumlah banyak air putih

Air banyak menjaga kulit daripada dehidrasi dan membuang racun dari dalam badan. Kuantiti air yang sepatutnya adalah 8 gelas setiap hari. Ianya sangat baik untuk kecantikan kulit dan tubuh agar tidak kering.

2. Makanan berwarna jingga

Kebanyakan makanan berwarna jingga dan oren ini kaya dengan beta karotin yang dapat membantu memperbaiki kulit. Ianya termasuklah keledek, badam, mangga dan lobak merah.

3. Makanan yang mengandungi vitamin C

Ia membantu pembentukan kolagen pada kulit dan tubuh juga lebih sihat dengan pengambilan vitamin ini. Vitamin C ini boleh didapati daripada sayuran hijau dan buah-buahan seperti limau dan banyak lagi.

4. Kurangkan lemak

Sebenarnya jika terlalu sedikit makan makanan berlemak, kulit akan menjadi kering. Tetapi anda harus elak konsumsi lemak yang berlebihanseperti daging merah, mentega dan keju.

5. Makan makanan seimbang

Multi vitamin masih lebih baik berbanding suplemen. Kadangkala jumlah yang berlebihan dari satu jenis vitamin dapat mengurangi kemampuan tubuh untuk menyerap vitamin yang lain.

6. Jangan lupa vitamin H

Biotin atau vitamin B7 atau vitamin H dapat mencegah kerapuhan kuku. Biotin ini terdapat dalam ikan, susu, keju dan kobis.

Punca sedutan : Rasa, April 2005

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Monday, October 25, 2010

Rahsia makanan dan kaitan dengan se*s - Bahagian Pertama







Er.. jangan birukan minda anda.. hahaha.. Kebetulan je nih.. terjumpa artikel ni dalam magazine lama, Midi Bil. 53, November 2008. Jadinya kalau kita share maklumat ni, tak rugi kat mana pun kan? So, tanpa melengahkan masa, saya bentangkan di sini maklumat berkenaan. Saya simplifykan untuk makluman kawan-kawan. Takut jugak jadik laman po*no nanti. Demi menyelamatkan artikel ini, diri ini, dan site ini, makcik dah letak bintang-bintang di tempat yang sesuwai. Andah payoh nak bace, sile bagitau kawe.. pepandai lah no.. hiks


Ramai antara kita tak sedar yang daya keinginan se*sual bukan sahaja boleh dirangsang melalui sentuhan, tetapi juga makanan. Mungkin aktiviti makan boleh sebahagiannya mempengaruhi akan keinginan yang macam tu. Jom kita tengok apakah antara makanan yang boleh menjadi pemangkin kea rah mencambahkan kasih sayang ini.

  1. Sayur seleri
    Sayur ini amat berkesan untuk meningkatkan rasa ghair*h se*sual terutama untuk merangsang se*sual. Ia mempunyai hubungkait dengan kandungan seleri yang kaya dengan androsteron. Androsteron merupakan sejenis hormon yang tidak mempunyai bau dan banyak dihasilkan melalui tubuh badan lelaki ketika pasangannya mula merasa terangs*ng. Seleri boleh dimakan secara mentah atau dijadikan sayur-sayuran di dalam sup dan sebagainya.



    ihsan dari sini

     
  2. Tiram mentah
    Khasiat tiram sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Sejak zaman dulu, tiram sering dikaitkan dengan agen untuk meningkatkan se*s. Ini adalah kerana tiram amat kaya dengan kandungan zink yang dapat mengasilkan spe*ma dan testeron. Ia juga mengandungi dopomin yang meningkatkan keinginan benda alah tu lah. Penat nak tulis yang tu.. hahhaha





     
  3. Pisang
    Enzim bromelain yang terkandung di dalam pisang dikatakan dapat meningkatkan libido buat kaum lelaki. Selain bertindak sebagai sumber potassiumdan vitamin B, is juga kaya dengan riboflavin yang mampu meningkatkan kecergasan tubuh secara keseluruhan.




  4. Buah avocado
    Ia kaya dengan kandungan asid folik yang membantu untuk menambahkan tenaga. Selain itu, avocado juga kaya dengan vitamin B6, iaitu sejenis zat yang dapat meningkatkan hormone kaum lelaki dan potassium yang mengawal kelenjar tiroid bagi wanita. Potassium dan tiroid amat penting untuk meningkatkan libido baik lelaki mahupun wanita. Buah avocado boleh dipelbagaikan dengan menambahkan hirisan ke dalam salad, dibuat sup mahupun dimakan begitu sahaja.



    Ada lagi lima jenis makanan yang sewaktu dengannya. Nanti saya sambung lagi. Kita ambil pengajaran dari yang ni dulu..


    Semoga bermanfaat di dalam melayari bahtera kehidupan dan selamat beramal!


Sunday, October 24, 2010

Jus Buah vs Minuman Perasa Buah







Banyak jenis minuman yang boleh didapati di pasaran dengan nama yang pelbagai, seperti jus buah, Fruit drink, squash dan lain-lain yang mengelirukan. Semua minuman ini mempunyai kandungan vitamin yang tinggi.



Apakah bezanya? "Fruit drink" hanya mempunyai sedikit jus dari buah-buahan isitu antara 5-50%. "Squash" pula merupakan sirap yang mengandungi jus buah. Manakala, minuman perasa buah pula adalah air yang ditambah gula, pewarna dan aroma buah-buahan. Yang paling baik ialah jus buah (fruit juice) iaitu cecair yang diperolehi dari buah-buahan segar dan mempunyai warna, aroma dan rasa yang sama dengan buah asli. Yang pasti, kandungan vitamin dan mineralnya tak jauh berbeza daripada buah yang asli.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


Wednesday, October 13, 2010

Anda faham pasal kolestrol?




Tak faham pasal tahap kolestrol dalam badan? Saya pun tak paham. Hehe. Dan kebetulan saya jumpa artikel tentang memahami kolestrol dalam badan, dan harap dengan ini akan membantu kita celik tentang kolestrol jahat dan baik. Bukan manusia je ada yang baik dan jahat kan?
Bila kena check paras kolestrol?
Sepatutnya diperiksa sekali dalam tempoh lima tahun bagi yang berusia 20 tahun ke atas.

Bagaimana bentuk pemeriksaan?
Pemeriksaan dibuat melalui ujian darah yang dipanggil lipoprotein. Ujian saringan ini disyorkan kepada lelaki yang berusia 35 tahun ke atas dan wanita 45 tahun ke atas.

Apakah yang diukur melalui ujian lipoprotein?

Ujian ini mengukur
  • LDL (kolestrol lipoprotein density rendah, atau kolestrol jahat)
  • HDL (kolestrol lipoprotein tinggi, atau kolestrol baik)
  • Triglycerides (lemak yang ada dalam darah daripada makanan yang kita makan. Labihan kalori, alcohol atau gula dalam badan ditukar kepada triglycerides dan disimpan dalam sel-sel lemak di seluruh badan)
gambar dari sini

Apakah bentuk keputusan ujian ini dan bagaimana nak tafsirkan?
Keputusan ujian akan diuukur dalam bentuk nombor. Berikut adalah tafsiran keputusan tersebut :
  • Kolestrol LDL
    Kolestrol ini boleh terkumpul pada dinding pembuluh darah dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung. Sebab tu lah dipanggil kolestrol jahat, suka dok bagi penyakit kat orang. Makanya, lebih rendah kolestrol LDL adalah lebih baik untuk kesihatan.
  1. Kurang 100 optimum (kedudukan paling baik
  2. 100 - 129 hampir optimum/atas optimum
  3. 130 – 159 garis sempadan tinggi
  4. 160 – 189 tinggi
  5. 190 dan ke atas – sangat tinggi
Jika anda mempunyai penyakit jantung atau berkaitan pembuluh darah, sesetengah pakar akan menyarankan agar paras kolestrol anda di bawah 70. Bagi mereka yang menghidapi diabetes atau pelbagai factor risiko serangan jantung matlamat rawatan ialah mencapai LDL kurang daripada 100.
  • Kolestrol HDL
    Bagi kolestrol jenis ini, lebih tinggi nombornya adalah lebih baik untuk kesihatan. Kolestrol ini melindungi dari serangan penyakit jantungdengan cara mengeluarkan kolestrol jahat dari dalam darah dan mengelakkan daripada berkumpul di pembuluh darah. Carta kolestrol ini adalah seperti berikut :
  1. 60 dan ke atas – tinggi. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. Kurang daripada 40 bagi lelaki dan kurang daripada 50b bagi wanita – rendah. Dianggap risiko bagi penyakit jantung.
Jumlah keseluruhan kolestrol
Jumlah keluruhan kolestrol diukur daripada kolestrol LDL, kolestrol HDL dan komponen lipid lain. Doktor akan menyarankan paras kolestrol mesti di bawah 200. Carta adalah seperti berikut :
  1. Kurang daripada 200 amat baik
  2. 200 – 239 garis sempadan tinggi
  3. 240 dan ke atas – tinggi
Diharapkan maklumat ini akan membantu anda untuk memahami keadaan diri sendiri, termasuk saya sendiri.

Semoga bermanfaat!

Sunday, October 3, 2010

Susu








Agak lama saya tak mengepos entry lain dari masak-masak. Ni kes segan nak update pasai masak lah ni. But, yang ni pun tak kurang dari apa yang dimasukkan dalam masakan. So, now jom kita menyaksikan info tentang susu ya puan-puan..
Info mengenai susu untuk kita sama-sama digest :

  1. Susu Penuh
    Saya rasa susu ni paling sedap sedap milkier dan macam extra lazat dari susu lain. Tapi, untuk yang dayet-dayet nih, selalunya tak suka sebab katanya akan menggemukkan. To what extent tak tau lah kan. Kot gemuk tu sebab makan benda lain tu mungkin jugak lah kan?
    Susu penuh krim dikenali jugak sebagai susu penuh (termasuk susu penuh krim dan susu UHT, melainkan jika dinyatakan sebaliknya). Ia dikumpul secara terus dari ternakan tenusu dan tidak mempunyai sebarang tambahan atau dikeluarkan.
    Susu ini kemudiannya diproses untuk membuanuh sebarang mikro organisma berbahaya bagi memastikan keselamatan pengambilannya. Susu penuh mengandungi sekurang-kurangnya 3.5 peratus lemak, yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Sebab tu lah amat digalakkan untuk kanak-kanak yang membesar.



  2. Susu Tanpa Lemak
    Susu jenis ini telah diproses untuk mengeluarkan sebahagian besar daripada kandungan lemaknya. Walaupun susu tanpa lemak mengandungi paras kalsium lebioh tinggi berbanding susu penuh krim, namun paras vitamin larut lemaknya adalah lebih rendah, terutama sekali untuk vitamin A, akibat paras lemak yang telah dikurangkan.
    Sebab tu lah kanak-kanak tak digalakkan mengambil susu tanpa lemak kerana paras lemak yang rendah akan mengurangkan kalori.
    Bagi kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau mempunyai masalah kesihatan, boleh menggantikann susu penuh krim dengan susu rendah lemak. Tapi, sebelum tukar susu, sila dapatkan nasihat doktor dulu.



  3. Susu berperisa
    Ni adalah pilihan yang paling popular di kalangan kanak-kanak, termasuk mak dan bapak budak juga. Kalau tanpa angin dan rebut, tetiba kita tukar kepada susu berperisa ni, susah la kanak-kanak nak ubah balik kepada rasa original. Perisa yang selalu dijumpai adalah coklat, dan dah mula Nampak stoberi.. lepas ni blueberi, blekberi.. er.. blekberi?
    Walaupun susu bni mengandungi kadar gula yang lebih tinggi dari kandungan lemak yang telah dikurangkan, susu berperisa masih mengandungi semua zat makanan yang terdapat di dalam susu biasa serta merupakan alternative yang lebih sikat berbanding minuman lain seperti minuman berkarbonat dan bergula.



  4. Susu Soya
    Susu soya diperbuat daripada kacang soya dan merupakan sumber yang baik untuk protein, kumpulan vitamin B dan zat besi yang berkualiti tinggi. Oleh kerana ia bebas laktosa gula susu, maka susu soya boleh diambil oleh kanak-kanak yang alah kepada laktosa.
    Namun melainkan telah diperkayakan dengan kalsium, susu soya bukanlah sumber kalsium semulajadi yang baik dan sebab itulah ia tidak disyorkan untuk kanak-kanak.


    Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Sunday, August 1, 2010

Khasiat Buah Kurma – Edisi Ramadhan






Sempena bulan puasa yang hamper menjelma ni, setiap rumah mesti ada buah ni, sebagai juadah untuk berbuka puasa dan juga makan semasa sahur, untuk menambah tenaga. Saya pernah buat entry tentang buah kurma ni, sila rujuk di sini dan di sini. Memandangkan dah hampir nak puasa, maka saya fokus pulak khasiat dia, si buah comel ni. Ni kita edisi khas Ramdhan lah. 




  • Sunnah Rasululllah s.a.w, berbuka disunatkan dengan mengambil buah kurma nih. Bila mana sunnah, pastilah mengandungi khasiat yang sesungguhnya tak dapat dilawan dengan apa juga hidangan hatta kambing golek dok tergolek setelah dipanggang atas meja atau dalam talam.
  • Kecik, tapi manis (i like ayat ni.. hahah). Manis, dan ia adalah mengandungi daya bakar kalori yang cukup tinggi. Kebanyakan jenis kurma mengandungi gula glukosa (sejenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa (gula yang terdapat dalam buah-buahan) mudah diserap oleh tubuh menjadi tenaga
  • Fruktosa dan glukosa bagaikan tenaga segera bagi tubuh. Bila kita makan, makanya, dia macam magic, terus boleh bagi tenaga kepada badan, dan terus segar bugar. Makanya boleh lah laksana solat maghrib dulu sebelum menjamah makanan lain yang sesungguhnya akan penuh semeja. J
  • Mengandungi zat gizi yang hampir lengkap dengan komposisi yang seimbang.
  • Kurma juga mengandungi semua vitamin dan mineral yang bermanfaat bagi perut, kerana seharian tidak memperolehi makanan dan minuman. Vitamin dan mineral ini juga penting untuk meningkatkan keberkesanan fungsi pencernaan dan penggunaan (metabolisme) makanan yang masuk ke perut.
  • Tidak mengandungi kolestrol, sebaliknya lemak baik yang bermanfaatbagi kesihatan kerana mempunyai daya serapan vitamin A, D, E dan K.
  • Kaya kandungan zat gizi penting bagi fungsi tubuh seperti kalium, magnesium, dan serat makanan yang berguna dalam menyihatkan jantung serta pembuluh darah. Mineral-mineral ini berfungsi membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu tekanan darah.

  • Selain bermanfaat memulihkan lelahan otot, kandungan kalium dalam kurma membantu mendorong aoir mengisi jaringan sel. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa di mana kurma mampu menurunkan risiko serangan strok disebabkan kandungan jumlah kalium yang tinggi di dalamnya.


Sesungguhnya, Allah menjadikan buah kurma ni antara kejadian yang paling baik dan paling bermanfaat. Teringat saya, setiap kali saya mengandung, akan melalui tempoh Ramdhan ini, sama ada awal, di peertengahan atau di akhir kandungan. Paling teruk saya bawa perut adalah masa kandungan ketiga. Doktor dah set tarikh untuk c-sect 7 hari sebelum raya. Tak mo saya sakit katanya, dan dalam tempoh tu dia kalau boleh tanak terima emergency call pasai saya. Makanya elok je kandungan saya "masak", dia nak operate.


Tapi sebenarnya membawa kandungan ketiga sepanjang Ramadhan adalah sangat, sungguh dan paling mencabar. Kandungan yang paling berat. Baby dalam 3 kg je.. tapi tu lah yang paling berat antara keempat-empatnya. Well, padan lah dengan saya yang kurang cukup ketinggian, aka pendek.. haha. Sungguh saya tak larat. Nak makan banyak pun tak larat. Mengah. Makan sikit pun, sampai petang dah letih. Kalah bebudak posa. 


Ada sahabat bagi petua kat saya, dalam tempoh mengandung ni, untuk stabilkan semua, tenaga, darah, gula dan bagai-bagai tu, dan nak support tenaga sepanjang hari, makan kurma dengan susu. Kalau tak makan benda lain pun, yang tu saja akan cukup untuk bagi tenaga yang luar biasa. Allahu Akbar! Sungguh! Saya tak perlu bukak puasa demi untuk rasa tidak selamat pada diri sendiri atau kepada baby.


Lupa nak bagitau juga, sebelum c-sect, saya perlu cukupkan haemoglobin (hb) darah paling minima, 11. Tapi, dalam tempoh tu, Berjaya upkan hb sampai 14, hanya dengan kurma ni saja. Jadi, untuk kawan-kawan yang mengandung dalam bulan puasa ni, terutamanya yang dekat sangat dah nak bersalin, amalkan lah. Tak cukup 3, makanlah 7 ulas (ka 7 biji? Perumpamaan mana betoi? Hehe. Lemah ..) kalau rasa buleh lajak lagi, makan lah lebih lagi.. sekotak pon tak pa. Jangan lupa support dengan susu. Apa pun, makanlah ikut kemampuan. Semoga ibu dan baby akan sihat, InsyaAllah.



Bagi ibu yang menyusukan juga amat baik. Rujuk entry saya yang ni. InsyaAllah, cukup untuk produce susu baby sepanjang hari.


 

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!




Thursday, July 29, 2010

Kepentingan Sahur








Sekarang ni suasana Ramadhan dah terasa sangat walau masih ada dalam seminggu lebih lagi nak berpuasa. Sekarang ni pun ramai yang dok marathon puasa, sebelum masuk musim yang baru, tak kurang juga yang puasa demi mengejar pahala bulan Sya'aban yang tak kurang hebatnya dari bulan Ramadhan. Saya pun, dengan ini mengambil kesempatan untuk sama berkongsi maklumat tentang persediaan untuk berpuasa, iaitu sahur. 


Ada kawan saya yang bersahur awal, seawal jam dua belas, ada yang sahur jam 2, sebab katanya nak bagi peluang kat anak-anaknya makan dulu, dan tidur semula yang agak lama sebelum bangun pi sekolah. Setahu saya, seeloknya bersahur di akhir waktu, sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Kata Baginda, "bersahurlah kamu kerana pada sahur itu terdapat keberkatan" – riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi Nasai dan Ibn Majah. Saya petik maklumat ni dari Majalah Midi, September 2007.

  • Melalui sahur ini lah tenaga dibekalkan untuk badan untuk digunakan sepanjang hari. Kalau tak ambil sahur ni, badan lemah pulak nanti.
  • Penting untuk simpanan energi untuk aktiviti pada waktu siang.
  • Ada juga yang sebenarnya sanggup tak sahur, sebab time nil ah juga nak cepat turunkan badan. Maka, depa pilih untuk tak sahur. Minum saja. Kalau tak makan, orang tu akan menjadi hiplogikimia di mana paras gula akan menurun. Ini akan menyebabkan rasa mengantuk, badan menjadi lesu, letih dan mengantuk. Silap-silap boleh naik paras darah.. cepat marah.
  • Penekanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah sangat baik dan telah dibuktikan melalui kajian sains.
  • Menurut pendekatan sains, sahur ni menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam tempoh 24 jam adalah sarapan pagi.
  • Kajian mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan berisiko untuk mendapat kencing manis, menjadi gemuk dan sakit jantung.
  • Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma"
Selalunya awal puasa memang la makan yang best-best dan semuanya Nampak menyelerakan. Paling mesti ada dalam menu adalah telur masin. Macam appetizerlah kan. Tapi, makin ke penghujung, rasa makin tak selera. Kadang tu, tengok je makanan, ambik bau. Tak kuasa dah nak makan. Tu tahap kritikal lah. Lebih kritikal adalah tak terbangun. Bukak mata je lagi 5 minit nak Subuh. Hehe.


Ramadhan Mubarak.


Semoga bermanfaat dan selamat beramal.



Tuesday, July 27, 2010

Profil kesihatan







Kat tempat saya mencari rezeki ni, sebulan dalam setahun, klinik kat sini buat ujian profil kesihatan untuk staf dan tanggungannya buat pemeriksaan. Jadi semua yang keja kat sini buleh la ambik kesempatan untuk semak diri, muhasabah la kiranya. tapi bukan kat amalan seharian. tapi untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. Depa utamakan yang umur 40 tahun dan ke atas.

Seawal pagi, sebelum jam 8, dah siap beratur ambik nombor giliran, depa check mata, berat, tinggi (ka rendah?) blood pressure. Lepas tu pi tempat ambik darah. Saya sentiasa gayat dengan part ni.. Tapi, lega sebab darah berjaya disedut keluaq. Prosedur berikutnya adalah x-ray, dan akhir sekali, gigi. Part gigi ni tak ikut sebab masa tu ramai sangat tunggu giliran. Kat situ, doktor bukan takat semak gigi, tapi buat pembersihan dan treatment sekali sekiranya didapati bermasalah.

Dua hari lepas tu, ambik keputusan. Jumpa doktor, and akan diterangkan kalau depa ada trace penyakit, atau ala-ala nak jadi penyakit. Ada rakan sekerja yang dicari oleh geng klinik tu dengan bersungguh-sungguh sebab telah dikesan paras kolestrol yang tinggi dan di tahap merbahaya.

Mengikut kata misi-misi kat klinik tu, yang 40 tahun ke atas, kurang penyakit. Yang banyak penyakit ni, geng yang 40 ke bawah. Jadinya, sama-samalah kita jaga kesihatan.
Saya pun, lately ni rasa macam ada yang tak kena. Mujur jugak depa buat program macam ni. Mudah-mudahan dapat merawat dan dirawat.. takut gak kalau mati, sure lah baba akan dapat bini baru, and anak-anak ada mak baru. Ish.. ngeri. hahhaha

Saya kongsi kat sini maklumat yang diberikan demi mewujudkan kesedaran dalam diri. Lupa pulak nak bagitau, hasil program tu, kalau ada yang dijumpai dan dilabel sebagai obis, depa akan offer program pengurusan diri.. ala.. nak bagi berat back to normal lah. semoga

Bacalah info dibawah ni. Semoga bertambah ilmu di dalam menjaga kesihatan. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

Ada sikit ejaan yang salah. abaikan. yang penting apa yang nak disampaikan


Untuk mengetahui cara paling mudah nak kira berat badan ideal, gunakan tinggi dalam cm, dan tolak 100 dari jumlah ketinggian.

panduan pemakanan
Yeah! masa untuk bersenam!

Makanan yang Menguatkan Imunisasi tubuh


Hari tu dah setori makanan yang melemahkan bodi/imunisasi. Now tengok pulak apa yang patut diserap masuk ke dalam bodi demi nak menguatkan imunisasi seupaya dengan izin Allah, hayat akan dipanjangkan dan boleh membuat amal ibadat, serta tak menyusahkan sesiapa untuk tolong jaga sewaktu kita sakit.

  • Protein
    Membantu melancarkan proses pengeluaran sel agar system imunisasi tubuh tidak terganggu. Banyak didapati daripada ikan yang mengandungi kadar omega 3 yang tinggi seperti tuna, salmon atau sardin. Melalui omega 3 ini, sistem kekebalan tubuh dapat berfungsi hingga maksimum.

    Selain ikan, produk seperti daging merah dan susu juga kaya dengan protein.

  • Sayur-sayuran
    Makan dengan banyak. Sebatian fitokimia yang terkandung dalam buah membantu dalam proses detoks tubuh badan. Bodi juga akan lebih kuat untuk menentang kanser. Sebatian kimia memiliki warna dan aroma yang kuat. Makanan seperti lobak merah, ubi merah labu kuning, tomato, bawang Bombay dan terung adalah antara makanan yang megandungi sebatian kimia.


     ni labu yang sahabat saya, aziah bagi. Hasil dari kebunnya.


  • Buah-buahan
    Kebaikan buah tak kurang kalau bandingkan dengan sayur-sayuran. Tapi, buah ada kelebihan yang tersendiri sebab boleh dimakan macam tu saja tanpa perlu sibuk nak kena masak, atau rebus. Buah stroberi dan bluberi mengandungi sebatian fitokimia yang tinggi untuk membantu mencegah kanser. Nenas, pisang, mangga dan tembikai juga baik asalkan tidak dimakan dengan berlebihan sebab buah ni semua mengandungi kadar glukos yang tinggi.

     Faveret saya


  • Air putih
    Dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ginjal dan hati untuk membuang racun yang terdapat dalam darah, membasmi kuman yang mendatangkan penyakit. Juga membantu untuk menghalang dari makan makanan yang manis, dan banyak. Boleh mencantikkan kulit, dan boleh kurus!



    Semoga bermanfaat dan selamat beramal!





Wednesday, May 12, 2010

Buah Kurma Membanyakkan Susu Badan



Buah kurma adalah antara buah yang disebut di dalam Al-Qur'an. True, tiada tandingan khasiatnya berbanding buah-buah lain. Saya pernah buat entry tentang buah kurma ni. Rujuk sini.

Satu fakta tambahan lain yang dapat saya kumpulkan adalah kurma dikatakan dapat mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungan zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang oenting untuk sel darah merah.

Kurma juga boleh merangsang kesihatan wanita hamildan kandungannya serta memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Selain itu, kurma juga dapat membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membentuk minda yang sihat.

Wanita yang menyusukan bayi juga dapat membantu merangsang pengeluaran susu dengan mengambil buah kurma ini, kerana kandungan zat besi dan kalsiumnya dapat menambahkan susu.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. kemudian, is direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Pengalaman saya semasa mengandungkan anak ketiga semasa bulan puasa, dan melahirkan beberapa hari sebelum hari raya Aidil Fitri pada tahun 2005 yang lau, kombinasi kurma dan susu banyak membantu memberikan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.






Kalau nak slim down juga, elok amalkan pengambilan kurma, bersama susu di awal pagi. sesungguhnya dapat bertahan serta kenyang hampir separuh hari.

Cubalah, dan selamat beramal!






Makanan Organik


Saya selalu Nampak tentang ni.. tau bahawa makanan organik adalah sungguh baik.. bebas dari racun.. dan yang sewaktu dengannya. Tapi, kalau tengok frozen food, atau bahan makanan lain adalah yang organik, harganya mahal 2 kali ganda. Well.. kalau nak makan sorang, hanya jaga kesihatan diri, sure saya akan merabiskan duit hanya untuk makan yang organik saja.. tapi memandangkan ahli keluarga yang agak ramai.. maka kadang-kadang je lah ramuan atau bahan masakan adalah yang organik. Kebetulan juga saya terjumpa fakta tentang perkara ini di dalam magazine. So, sya panjangkan kat sini untuk kita sama-sama kongsi.



Adakah makanan organic lebih sihat?

Ada yang mengatakan kandungan vitamin C adalah lebih tinggi dalam tomato organik, compred to tomato biasa, dan ada yang kata kadar anti oksidan flavanoid dalam jagung dan strawberi adalah lebih tinggi. Tapi, sebenarnya kadar nutrisi, terutama di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran bergantung kepada berapa lama ia ditanam serta disimpan, hinggalah sedia untuk dinikmati. Labihy segar makanan organic ni, maka lebih banyak kandungan nutrisi yang ada pada makanan tersebut.

Kena cuci sehingga bersih tak makanan organic ni?

Mesti. Sebab tanah dan sumber air yang digunakan adalah terdedah dengan bacteria E-Coli, yang boleh menerobos masuk ke dalam buah-buahan atau sayur-sayuran. Risiko lebih besar bagi tumbuhan atau buahan yang dekat dengan tanah, seperti tembikai, tauge, tomato, bayam dan daun bawang. Makanya, kena jugak basuh bersih-bersih di bawah air yang mengalir.

Makanan organic mengandugi lebih banyak nutrisi?

Betul sangat, sebab tak dicemari dengan bahan kimia. Walau bagaimanapun, makanan organik itu tidak lagi menyihatkan bila mana is diolah menjadi kerepek, kuih atau makanan berkalori tinggi yang lain. Walaupun kerepek yang dihasilkan adalah daripada kentang organik, namun sekiranya digoreng menggunakan minyak, kesannya masih buruk untuk kesihatan.







Wednesday, May 5, 2010

Tips Pemakanan Sihat


Kita makan.. untuk hidup atau hidup untuk makan? Jom kita sama-sama tengok dan analisa bentuk pemakanan kita seharian, sama ada sihat atau tak. Kebetulan juga, maklumat berikut saya jumpa.. Jom kita share.


  1. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau sejuk. Makanan/minuman dari peti ais atau ais batu tidak digalakkan.
    Saya amat jarang minum minuman sejuk.. panas tu selalu lah. Satu yang pasti, sejak saya kurangkan minuman sejuk ni.. badan terasa segar..


  2. Kurangkan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
    Ha.. so far, yang ni agak payah.. MekDi, Kefsi, Pikza dan yang sewaktu dengannya adalah faveret.. Takpa, kita cuba kurangkan kekerapan pengambilan.. maknanya sebulan sekali.. tapi sekali makan macam dua kali makan, aci tak? hehhe


  3. Kurangkan makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi...
    Yang ni.. ok. Saya yang menurut perintah!


  4. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
    Setuju! Diet saya adalah air masak.. kafein.. mm.. yang ni tengah control.. gas.. amat kurang pengambilan, so, tadak masalah!


  5. Elakkan makanan yang mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna.
    mm.. ok.. ok.. Noted!


  6. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, epal atau betik pada awal pagi.
    Err.. akan cuba!






  7. Makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
    Selalunya ok. Tapi yang gayatnya ada masa dari pagi sampai malam adalah makan nasik. Macam mana nih?


  8. Biasakan makan makanan dan minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecergasan minda.
    Jarang juga.. akan cuba untuk ambil agak kerap sikit.

Anda bagaimana?

Selamat beramal!







Thursday, April 29, 2010

Sarapan Cegah Obesiti


Tak dinafikan, sarapan memang MAHA penting untuk memulakan hari. Tapi, ni maklumat tambahan untuk saya.. srapan boleh cegah obesity. Cool Huh! Antara faveret phrase yang saya selalu dengar.. Breakfast like a king! Wahh.. best tuh! Kenapa breakfast penting?

Ada kajian yang menunjukkan bahawa individu yang meninggalkan sarapan pagi lebih 4 kali dalam sebulan lebih berisiko menjadi obesiti berbanding dengan individu yang mengambil sarapan pagi seperti biasa. Sebaiknya mulakan hari dengan sarapan pagi yang kaya dengan nutrisi seperti roti gandum, bijirin, buah-buahan, jus atau susu rendah lemak.

Iskk.. skema sungguh sarapan macam tu kan? Hikhikhik.. Tapi, melihat kepada rutin breakfast masyarakat Melayu.. susah nak jumpa macam tu. Kecuali yang betul2 extreme jaga diet. Kalau kat daerah sini, sementelah lah.. nasi.. pulut.. (i like!!!), mee.. roti canai dan yang sewaktu dengannya.Saya tergolong dalam lingkungan orang yang dimaksudkan. Terrible kan? (macam dear kanda saya, masa mula jejak kaki ke daerah ni, katanya tak biasa makan berat waktu pagi.. sekarang ni, bukan main sakan lagi dia pulun nasi atau any makanan berat waktu pagi..)>



Tapi, lately ni macam boleh kurang sikit. Seawal pagi, saya consume lebih banyak air, sampai di tempat kerja, akan terus ambil satu sachet cocoa collagen. Dengan sesachet ni lah saya buleh kurangkan jumlah pengambilan makanan. kalau makan pun, tak boleh banyak.. mengah terus. Dan kemudian akan lunch. petang makan yang ringan-ringan (bohong.. selalunya rajin merabiskan nasik anak2..hahahha)
Apa pun, yang penting jaga pemakanan.. sesambil makan..
Selamat beramal!




Cara Mudah Untuk Maintain Berat Badan


Saya jumpa  artikel pendek ni dalam magazine lama. Maka, saya panjangkan di sini untuk kita kongsi bersama. Ye lah, asik makan je kan.. sesekali kita jenguk info macam ni supaya timbul kesedaran, especially untuk diri sendiri lah. Kalau jumpa makanan, makan macam tak ingat dunia.. nak naik berat tu mudah, nak jaga.. sikit susah.. (sebab mudah tergoda dengan makanan..), nak turun berat.. laaagi la berkali kali ganda susah.

Artikel tu cakap.. ada 4 cara mudah nak maintain berat badan.. Jadi, dah susah payah mencapai berat ideal, makanya kita maintan pulak ye makcik-makcik sekalian..

  1. Sentiasa gunakan yogurt, susu dan salad dressing yang rendah lemak. Usually bebenda yang ada tajuk rendah lemak ni mengandungi 10 gram lemak kurang daripada produk yang tak cakap dia adalah rendah lemak. Tapi, ada satu artikel lain, saya tak ingat di mana say abaca, dia cakap kalau selalu sangat asik rendah lemak pon tak bagus juga. Makanya pepandai lah adjust.
  2. Makan makanan seimbang.. ala.. ikut pyramid makanan tu lah.. Nanti saya buat entry tentang ni. Tubuh memerlukan hamper 40 jenis khasiat untuk memastikan ianya kekal hebat.. mm.. 40.. banyak tuh.. makan pon kena banyak.. jenis lah hehehhe..
  3. Dah makan banyak, kena lah seimbangkan balik dengan senaman.. Kalau tinggal yang tu, menggelembung naik lah lama2 nanti. Paling mudah adalah berjalan kaki dengan high speed.. Boleh?
  4. Dan yang terakhir.. makan sayur yang dikukus atau yang digoreng tanpa minyak. Untuk rasa yang lebih sedap dengan kalori yang terhad, tambahkan sedikit rempah, herba, jus lemon atau cuka.Kengkadang cenggini macam ok, tapi kurang sedap.. heheheh.. masak biasa2 tu yang lebih sedap.

Selalunya saya akan paling bagus beramal sebaik membaca sesuatu macam ni, dan bersemangat gila nak turunkan berat badan. Tapi, selalunya tak lama.. seminggu je paling kuat..Lepas tu lupa diri.. Ni saya lah.. Jadi untuk pembaca lain, jangan jadi macam saya.

Selamat Beramal!





Thursday, April 22, 2010

Khasiat Buah-buahan

Kurma 
Hindar Gangguan Usus


Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.


Pisang
Merawat Kudis dan Luka 


Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut


Mangga
Penawar Penyakit Hernia 
 

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat


Belimbing
Merawat Kencing Manis


Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi


Ciku
Penawar Buang Air Berdarah 



Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi - Pelbagai Khasiat


Tembikai


Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah


Betik


Selesaikan Sembelit - Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah

KESIMPULAN 

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.




Bertih Jagung Rendah Kalori


Antara yang senang nak dimakan (tanpa payah nak pikir).. adalah pop corn.. bertih jagung la tu.. sama ja.

Bukan je senang nak makan, setiap bekas pop corn tu hanya mengandungi 30 mg kalori, tu pun kalau diproses tanpa gula dan marjerin. Tapi, kalau tak dae yang tu, mana nak sedap kan?

Pop corn ni sangat berekhasiat, kaya dengan karbohidrat dan protin yang tinggi. Ma amatlah sesuai untuk tujuan "pengurusan" badan..

Nota : entri ni dibuat di celah-celah stress .. esok satu hari lagi, before the day..




Tuesday, April 20, 2010

Kitaran Obesiti

Informasi ni saya terima di dalam melboks saya. maka saya panjangkan untuk makluman rakan pengunjung semua.

KESILAPAN memilih makanan menjadikan ramai kalangan rakyat Malaysia gemuk malah menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti di negara ini. Obes akan menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh. Seseorang yang obes tidak mungkin dapat kurus semula melainkan dia berbuat sesuatu bagi membaiki masalah ini.



Untuk membolehkan penurunan berat badan dilaksanakan dengan berkesan kita perlu mengenal pasti apa sebenarnya punca obesiti.

Ketagihan gula

Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang mengesan bahan kimia.

Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.

Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari. Dia juga akan cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.

Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia). Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindakbalas kimia dalam darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.

Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.

Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.

Kenapa begini

Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan pada darahnya adalah normal. Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolestrol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.

Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.



Apakah sebenar yang berlaku

Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif.

Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan. Dia akan sering kelesuan.

Kitaran yang merbahaya

Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga. Keletihan dan kurang tenaga disalahtafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang merbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita. Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.




Friday, April 16, 2010

Pentingnya Protein



Protein sangat penting untuk pembentukan tisu, tulang dan gigi anak-anak kecil. Selain karbihidrat dan lemak untuk tenaga, protin antara elemen terpenting untuk membesar dengan sihat, selain dari membaiki tisu yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan.

Bagaimana nak pastikan cukup protin, esp untuk anak-anak?

  • Mulakan dengan pengambilan susu yang tetap sehari mengikut keperluan. Secawan susu lembu mengandungi 8gm protin.
  • Berikan si kecil potongan keju rendah lemak yang dimakan bersama biskut gandum sebagai snek ringannya. 1 auns keju mengandungi 7gm protin.
  • Hidangkan roti pita atau roti gandumdengan kuah daripada daging kisaratau ayam dipotong kecil. Gabungkan dengan saladdan juga mayonis rendah lemak.
  • Berikan snek ringkas untuk waktu-waktu senggang seperti biskut, segelas susu mahupun buah-buahan untuk memberi kekenyangan kepada perut.

Nota : Entry ni keluar sebab mata dah kuyu sikit.. dan nak pegi ke dewan sekali lagi..






Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails