Showing posts with label Snek. Show all posts
Showing posts with label Snek. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Deep Fried Crab Stick








Agak lama saya tak update blog. Bertenggek kat dapur kengkawan pon tak sempat. Ye lah. sekolah pun dah nak buka. Mujur jugak hari ni diisytiharkan sebagai cuti umum yang dibawa dari Jumaat lepas. Nak kata sibuk sangat, tak juga, nak kata tak sibuk, sibuk juga dengan persiapan persekolahan kanak-kanak nih.

Sesambil tu sempat buat Deep Fried Crabstick nih yang kebetulan lalu-lalu, nampak kat dapur Kak Ummi. Tapi saya add sikit kat hujung-hujung tu sementelah ada breadcrumbs yang lebih dan perlu dihabiskan. Untuk tujuanrekod hasil jemari saya, saya pahatkan kat sini resipi Kak Ummi, edit mengikut kesesuaian. Nak tengok kak Ummi punya, rujuk sini.




DEEP FRIED CRABSTICK
Resepi : Ummi @ Home Sweet Home


Bahan:-
  • 1 paket jejari ketam (crabstick)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
  • sedikit serbuk kari
  • 1/3 cawan tepung jagung
  • Sebiji telur di kocak sebati – ni saya tambah
  • Breadcrumbs secukupnya – saya tambah
  • minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-
  1. Gaul crabstick dengan lada sulah, garam dan serbuk kunyit. (Pastikan crabstick tidak dibiar lembik sgt selepas dikeluarkan dr freezer, nnt terburai nak gaul2 tu)
  2. Kemudian dalam bekas lain, campurkan tepung jagung dengan serbuk kari, gaul rata.
  3. Ambil crabstick dan golek-golekkan dalam campuran tepung tadi biar bersalut.
  4. Celupkan di dalam telur, dan golekkan di dalam bekas yang mengandungi breadcrumbs.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana besar dan masukkan crabstick.
  6. Goreng dan balikkan perlahan dan masak hingga salutan tepung nampak kekuningan dan berserbuk.
  7. Angkat dan toskan. Hidang dengan cili sos dan mayonis....
Enjoy!

Monday, December 27, 2010

Puff Berkrim Kastad








Sebetulnya dah lama berangan nak menjadikan benda alah ni kenyataan. Tapi tu lah, namaya pun berangan.. Cuma few days lepas dapat merealisasikan keberanganan itu. Tu pun macam nak buat untuk dibawa ke jamuan jiran tetangga.

Kebetulan entry kali ni sama dengan Cik Lady of Leisure punya.. Sama-sama guna resipi Cik Mat Gebu. Tapi puff Lady posing anggun. Saya punya just like kalut buat, and kalut ambik gambaq sebelum hantar semua puff tu pi rumah jiran.



Saya copy Cik Mat punya resipi dan lekatkan di sini saja. Tq Cik Mat.

Bahan-bahan :
BAHAN CREAM PUFF :
  • 50 gram mentega
  • 125 ml air
  • 1/3 camca teh garam
  • 75 gram tepung gandum, diayak
  • 1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
  • 1/2 camca teh esen vanilla

    BAHAN CUSTARD CREAM :-)
    • 1 kuning telur
    • 150 ml whipping cream
    • 1 1/4 camca besar tepung custard
    • 25 gram gula halus
    • 1 camca besar parutan keju cheddar
    • 1/2 camca teh esen vanilla
    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
    2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
    3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...
    Enjoy!

    Monday, December 13, 2010

    Bendi goreng rangup







    Hari tu, sambil membuat Cendawan Goreng Rangup di di entry ini, ada pulak lebihan bancuhan tepung. Dan sambil menjeling, terpandang pulak akan bendi yang macam delisyez saja untuk dijadikan berkawan-kawan dengan cendawan-cendawan itu, Sambil nak test tengok akan penerimaan kanak-kanak berkenaan terhadap ujikaji baru itu. Kalau diikutkan dua daripada mereka itu suka sangat dengan bendi yang dijadikan antara bahan di dalam gulai atau kari  ikan.

    Tapi, untuk yang ni.. depa layan jugak sikit.. tapi tak semeriah cendawan. Well, tak pe.. maknye habiskan.. hahahha.. sedap beb! Resipi sama macam hari tu. Cara makan pon sama.. hahah.



    Saya perasan penceritaan saya di awal babak karangan adalah macam sesi skima jawapan peperiksaan.. Kebetulan musim exam di sini dan baru habis mesorat dengan bos yang sungguh hebat! Makcik terus penin. Tu yang jadi lagu tu.

    Dan untuk yang rajin membaca coretan saya, saya memang sejak dua menjak  ni tak dan layan blog. Untuk kengkawan akrab alam maya saya.. u know who you are.. miss u dearly. Will reply coretan kengkawan later2 nanti. Stay tune!


    Monday, November 15, 2010

    Fried Wantan







    Tetiba kemarin kite terjumpak pastry wantan dalam freezer.. haha.. buleh dak macam tu? Tah pasaipa tak nampak ada pulak wantan pastry tu lagi sebelum nih. Macam gempak je masa Nampak tu. Loklaq kan? Tanpa berlengah, terus makcik proses untuk dijadikan wantan goreng. Proses adalah macam hari tu jugak,tapi kali ni goreng, celup dalam cili sos.. issk.. snek yang sangat lazat!



    Bahan-bahan :
    • Pastri wantan/wonton
    • Udang – dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
    • Isi ayam – dibersihkan dan dipotong kecil
    • Daun bawang
    • Daun sup
    • Sedikit garam
    • Sedikit lada sulah
    • Sedikit minyak bijan – kalau tak berminat, boleh tak payah letak


    Penyediaan :
    • Campurkan semua di atas, kecuali pastry wantan
    • Ambil sedikir campuran tersebut, dan masukkan ke dalam kulit wantan. Bunjutkan wantan, macam bunjut yang ada emas tu.. hehe
    • Sambil sediakan bahan di atas, boleh panaskan minyak.
    • Goreng di dalam minyak yang apinya sederhana sehingga kekuningan.
    • Angkat dan hidangkan dengan sos cili pilihan.


    Enjoy!

    Share

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails