Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Giant Kebab

Weather for Manchester, UK

9°C | °F
WedThuFriSat
Mostly SunnyChance of RainMostly SunnyChance of Rain
Light Showers Rain


Wind: S at 7 mph


Humidity: 87%12°6°10°4°11°7°12°9°



 kebab..

 

besar gillaa.. kenyang dua hari!


Last-last tinggai cabai tu ja..
hak yang dok ada dalam tu pon dah cukup pedas.
Kite tak buat.. beli je.
Share dengan baba.

Dah dulu.
babai.


WEEK
23 October 2011   -   29 October 2011

26 Dhul-Qa`dah 1432 - 2 Dhul-Hijjah 1432

Oct
Dlqdh
Dlhjh
Day
Fajr
(Dawn)
Shorook
(Sunrise)
Zuhr
(Noon)
Asr
(Afternoon)
Maghrib
(Sunset)
Isha
(Night)
2326Sun5:537:5012:533:235:567:52
2427Mon5:557:5212:533:215:537:50
2528Tue5:567:5412:533:195:517:48
2629Wed5:587:5612:533:185:497:47
2730Thu6:007:5812:533:165:477:45
281Fri6:028:0012:533:155:457:43
292Sat6:038:0112:533:135:437:41





































Wednesday, July 27, 2011

Nutella Mexican Bun






Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Kite rasa sangatlah lama tak bersiaran..
sibuk berkursus jauh di Besut nun haa.. dari 21-25 Julai 2011
jauh dari internet dan telefon.
Mujur jugak ada smartphone yang membolehkan untuk mengetweet sekali sekala.
Program jauh habis tengah malam.
Telefon rumah untuk bertanyakan hal anak-anak pun sekejap je.
Alhamdulillah, semua dah selamat habis.

Kite akan sibuk lagi dalam sedikit masa lagi.
Maka besar kemungkinan kemunculan di arena ni akan sekali sekala menjelma.

Kite juge nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi follow makcik nih.
Terima kasih berjuta-juta.
Semoga ukhwah kita akan sentiasa berkekalan.
Of late ni, kite mungkin tak sempat untuk bertandang ke dapur kengkawan memandangkan masa untuk kite menguruskan semua hal yang berkaitan adalah sangat terhad. Jadiknye, blogging telah jatuh ke tahap paling terkemudian. Sekali lagi jangan merajuk. :)

Cukup merepek kali ni. Kite hidangkan Nutella Mexican Bun untuk pemerhatian kawan-kawan.. hikhihik..



Kite saje je letak ini nutella sebab teringat hak yang selalu dok makan kat bakery. dia letak chocolate ganache, but kite letak nutella. Spesis tak berapa rajin dah. Kite buat dua versi, satu ada nutella, satu lagi dengan filling yang Kak Rinn sediakan.
Kite cedok K Rinn punya resipi.. di sini. Demi nak cepat, kite copy and paste je dari page Kak Rinn. TQVM





Mexican Bun
Resipi asal sumbangan Lilydvalley from myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 biji bun )

Filling
100gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
35gm brown sugar

Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence
& gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping
100gm mentega
80gm gula icing
2 telur saiz sederhana, pukul sedikit
1 sudu kecil perisa kopi (boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee
dengan 1 sudu besar air panas)
100gm tepung gandum

Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan
telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan
perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.




Doh Roti
250gm tepung berprotin tinggi, di ayak
1 sudu kecil bread improver+ 1 sudu kecil bread softener ( optional)
10gm susu tepung
35gm gula castor
2 sudu kecil dry yeast
1/2 sudu kecil garam
112 biji telur, dipukul
125 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
30gm mentega

1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
4. Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
5. Bahagikan dough kpd 8 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
6. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti
tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
7. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung
dan jarakkan dlm 7.5 cm.
8. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
9. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
10. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau
sehingga bun keperangan

Enjoy!


Monday, February 21, 2011

Bread butter pudding with custard sauce






Kite buat ni di saat nak mengabihkan stok roti yang sedia ada. Macam biasa lah kan. Ni je paling cepat dan senang nak godek. Actually, loyang buat menda alah ni quite besaq, makanya hasil lepas proses pembakaran adalah menipis. Tapi, macam ok lah jugak sebab bila serve kanak-kanak ni, gaya potong macam besaq ja.. Tapi still depa boleh habiskan.

Untuk kali ni kite tak ikut mana-mana resipi secara spesifik. Serbu rata dan main tauk bahan ikut yang available ja. Saya ada jugak tulis dalam kitab resepi saya yang manual tu, tapi lupa nak note empunya siapa resipinya. Mohon izin ye.





Kite tak buleh nak merepek lama. Jom layan resipi.

Bahan-bahan :

16 keping roti putih

50 gm butter

800 ml susu UHT/full cream - saya gantikan dengan whipping cream

4 biji telur

250 gm gula

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

50 gm kismis

1 sudu kecil vanilla essence


Sos kastad :

1 tin susu cair - saya gantikan dengan whipping cream

150 gm gula

1 sudu besar tepung kastad





Penyediaan :

Griskan loyang dengan butter.

Sapukan butter pada setiap keping roti dan di carik-carik menjadi sederhana besar. Susun di dalam loyang.

Pukul telur dan gula hingga kembang.

Tuang susu, serbuk kulit kayu manis, vanilla essence dan kismis ke dalam adunan telur. Kacau rata.
Tuang bancuhan susu ke dalam loyang dan rendam roti selama 10 hingga 15 minit.

Bakar selama 40 minit, atau sehingga masak.

Untuk menyediakan sos kastad, satukan susu, guka dan tepung kastad di dalam periuk yang sesuai. Panaskan dengan api perlahan dan kacau bancuhan menjadi likat.

Bila dah siap, boleh serve sama ada panas atau sejuk.

Fakta tambahan : saya ada sprinkle gula ising di permukaan roti sebelum masuk dalam oven untuk merapuhkan bahagian atas yang terbakar.

Dah dulu. Babai.

Enjoy! Happy trying!

Thursday, December 23, 2010

Bun Coklat Berkalsium Tinggi







Dah lama tak mengadun roti. Kalau dulu, asal nak lembutkan tangan, mula lah menguli.  Dan sejak Cik Mat menayang dia punya Bun Coklat Berkalsium Tinggi, terus rasa macam nak buat. Tapi saya tak gunakan susu macam Cik mat. Kebetulan stok susu coklat macam tu, tapi versi bertepung sentiasa ada dalam simpanan, maka saya gunakan yang tu saja. Bak kata mat, sedap dimakan denagn ayaq kopi .. kopi O panas..

Saya copy paste Cik Mat punya resipi. TQ ye!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
10 gram serbuk koko
15 gram susu tepung
125 ml susu tinggi kalsium perisa coklat (macam dalam gambar diatas) – saya gunakan 3 sudu besar susu tepung berkasium tinggi peisa coklat dan bancuhkan dengan air panas/suam)
30 gram telur (pecah satu biji, kacau dan timbang)
60 gram gula halus
7 gram instat yeast
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
40 gram mentega




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Sediakan bekas berisi air panas, susu tinggi kalsium dituang dalam cawan tahan panas dan rendam cawan tadi dalam bekas berisi air panas, hingga susu suam. Keluarkan cawan dan masukkan yis ke dalam susu suam tadi, kacau rata dan biar berbuih.
  2. Satukan semua bahan2 diatas, kecuali mentega, bersama susu + yeast tadi, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan tidak melekat ditangan (kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti). Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup bekas tadi dengan plastik cling dan biar terperap semalam 1 jam atau naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  4. UNTUK BUN COKLAT :- Keluarkan doh tadi, tumbuk untuk membuang udara, bahagiankan kepada 9 bahagian sama besar, bulat2kan setiap bahagian tadi sehingga licin, susun dalam tin pembakar bersaiz 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega, buat hingga siap.
  5. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit tau hingga kuning keemasan. Bila masak, keluarkan bun dari tin dan sejukkan atas jaringan, jika suka boleh sapu mentega pada permukaan bun tadi...
Enjoy!



Saturday, December 4, 2010

Coney Doux







Tak gamak nak tulis do* itu untuk entry kali ni, walau dah pernah tulis sebelum ni, di sini.

Ingat zaman belajar di PJ dulu, ada pemuda-pemuda yang jual benda alah ni sebelah malam di bangunan SMAWP, atau kadang dipanggil Wooden Block oleh penghuni Kolej. Tapi ramai sungguh student masa tu yang beratur nak beli menda alah ni. Saya dan sahabat jarang amat membeli roti ni sebab kena melalui Central Spine dan celahan kantin yang kadang cerah, kadang gelap untuk sampai ke tempat jualan. 

Saja je sebut nama-nama tu demi nak mengembalikan ingatan yang agak berkarat ni terhadap zaman bercanda ria dulu. Tapi sedap lah kisahnya masa tu. Tak sure lah sebab mamat yang jual tu hensem atau hasil tangan dia mengujakan, macam Mat Gebu punya hasil jemari. Sehingga masa tu tadak la pulak dengaq sisters yang tetiba dok angau kat brader tu, atau tiap-tiap malam kena dok pi langut kat kedai tu. Yang frust bila depa tutup kedai tu ramai lah. Hehe.


Panjang melalut makcik nih. Benaqnya, saya buat coney doux ni demi nak jamu rakyat kanak-kanak di hari cuti nan mulia baru ni. Selalunya, kalau cik baba ada, sure depa akan mintak roti canai. Ganti dengan ni pulak.

Resipi adalah seperti di bawah, sama macam hok dulu jugok..

Bahan-bahan :
  • ½ pound daging cincang – saya agak-agak je banyak mana
  • Sedikit air air
  • Bawang besar, dicincang
  • Dua ulas bawang putih, dicincang
  • Sos tomato
  • Sedikit chili powder – saya gantikan dengan cili giling
  • Sedikit gula dan garam untuk perasa

Penyediaan :
  • Rebus hotdog tu, dan ketepikan sebentar.
  • Tumiskan bawang putih, bawang besar bersama-sama.
  • Masukkan sedikit cili giling
  • Masukkan daging cincang dan bahan-bahan lain..
  • Make sure rasa dah cun.. and boleh prepare untuk masukkan hotdog dalam roti. Kalau rajin, bakar dulu roti.. kalau tak rajin pun, tak jadi masalah.. hehhehe..
Enjoy!


Thursday, October 7, 2010

Roti Pintal Berkayu Manis







Saya mengulangi proses pembuatan roti yang telah dibuat hari tu. Hari tu nama dia Cinnamon Twisted Bread. Resipi boleh didapati dari link tersebut. Hari tu, adunan yang sama menghasilkan 8 biji roti. Dan untuk kali ni, saya buat versi kecik-kecik doh berkenaan untuk menghasilkan 16 biji roti semuanya. Saya amat suka ketika proses pembakaran. Aroma kulit kayu manis memenuhi ruang dapur dan rumah saya yang comel.


Enjoy!




Wednesday, September 1, 2010

Roti Jala







Demi menyambung gulai daging dengan sebenda yang lain, saya telah dengan sesungguh hati menjadikan menu roti jala pulak ke alam kenyataan. Hiks.. pinjam resepi Kak Rinn..



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 biji telur
1 camca teh garam
1/2 paket serbuk santan (Guna santan segar pun boleh)
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan kacau hingga
sebati dan rata. Tapis untuk mengelakkan tepung berketul dan bakal
tersumbat di lubang acuan roti jala.
2. Tebar roti jala di atas kuali leper atau non-stick frying pan. Terbalikkan
beberapa kali sehingga masak.
3. Hidang bersama kari ayam atau daging.


Enjoy!

Sunday, July 25, 2010

Cinnamon Twisted Bread






Minggu lepas, rakan sekerja saya menegur yang saya dah lama tak bawakan mereka roti yang saya sediakan. Merajuk, berikutan peristiwa tragis dulu. Hehe. Tapi, Jumaat lepas, setelah meronda-ronda FP Kak Rinn yang sungguh glamer itu, sya telah digoda dengan rotinya yang ini. Kalau tak buat pun, saya memang suka roti yang bercinnamon ini. Takut dengan peristiwa tragis hari tu, saya gagahi juga. Tah hapa-hapa kan? Nak buat tu pun kena merajuk la bagai la.



Memandangkan petang tu agak senggang, (tak.. Baba tak de sebenarnya, so tak pi mana-mana) saya uli tepung untuk menghasilkan roti ni. Hasilnya.. serius! Tak tipu! Best! Sedap! Lembut.. gebu.. tak berminyak.. saya suka! Aroma masa membakar tu juga sungguh menakjubkan. Dan paling best tengok anak-anak makan roti ni paling bersungguh-sungguh berbanding roti-roti lain. Jom tengok resipi kak rinn yang saya buat nih. Resipi Kak Rinn dalam bahasa Arab omputih. Saya translate :




Bahan-bahan :
  • 400 gm tepung berprotein tinggi
  • 12 gm yis kering
  • ½ sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur (saiz sederhana)
  • 48 gm gula caster (saya guna soft brown sugar)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 60 gm marjerin
  • 190 gm air
  • 1 biji telur/egg yolk untuk disapu ke atas roti

  • Untuk ditaburkan ke atas roti, campurkan 1 sudu teh cinnamon powder/erbuk kayu manis dan 3 sudu teh gula caster atau brown sugar


    Penyediaan :

  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, yis, susu tepung, gula, garam dan bread improver. Gaul sebati.

  • Semasa menggaul, masukkan telur dan diikuti dengan marjerin. Gaul sehingga menjadi crumble macam tu.

  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

  • Tutupkan doh dengan plastik dan rehatkan selama 10 minit.

  • Bahagikan doh kepada lapan bahagian kecil dan bulatkan. Tutup dengan plastic dan rehatkan selama lima minit.

  • Dengan menggunakan tangan, uli setiap doh yang kecil menjadi panjang-panjang atau panjang macam sosej. Rehatkan selama tiga minit bagi setiap doh selama 3 kali sehingga doh menjadi panjang lebih kurang 18 – 20 cm.

  • Pusingkan doh.. untuk detail cara, sila rujuk sini.
    Rehatkan selama 10 minit, atau sehingga naik dua kali ganda.

  • Sapukan/Beruskan permukaan roti dengan telur/egg yolk (kak rinn kata egg yolk.. saya bantai egg.. pukul sikit dan sapu)

  • Taburkan campuran serbuk kayu manis dan gula ke atas permukaan roti. Boleh tambah raisin kalau suka.

  • Bakar pada suhu 190°C selama 10 – 15 minit atau sehingga roti bertukar menjadi keperangan.
Amacam translation saya? Boleh jadi Geng Bas Sekolah Dewan Bahasa dan pustaka tak? Haha.
Enjoy!

Tekstur dalaman yang sungguh menggiurkan..

dan menawan kalbu


Wednesday, July 7, 2010

Sausage Roll








Memandangkan petang yang kelabu-kelabu macam nak hujan hari sabtu lepas, saya berkira-kira untuk membuat sesuatu yang segera, simple dan tak payah pikir banyak. Makanya terhasillah resipi ni. Bukan anak je suka makan, saya pun suka! Sangat sedap dicicah dengan sos. Sahabat saya, Karimah yang bagi resipi ni. Katanya dari sahabatnya, Jeni. Jom tengok resipi.
Bahan-bahan :
  • Beberapa keping roti
  • Sosej
  • Breadcrumbs
  • Telur
  • Sedikit tepung dicampurkan dengan air
Penyediaan :
  • Stimkan roti
  • Rebuskan sosej
  • Gelekkan roti berkenaan. (Roti mudah digelekkan setelah distimkan dan tidak meresap minyak bila digoreng)
  • Letakkan sosej di atas roti, roll up and sealkan dengan campuran tepung dan air.
  • Pukul telur sedikit. Rendamkan sosej roll ke dalam telur.
  • Golekkan dan ratakan atas breadcrumbs
  • Goreng di atas api sederhana.
Enjoy!



Tuesday, June 1, 2010

Coney Dog







Sekejap je dah masuk bulan Jun. Meninggalkan bulan Mei yang penuh dengan suspense, ujian, dan dugaan, termasuklah enivesari ke seploh.. Besday irfan ke 7 tahun.. Apa pun, dah half year through.. kena la improve apa yang kurang.. ceeh.. tetiba muhasabah diri time2 ni. Jom tengok resipi coney dog nih. Buat di kala pagi.. breakfast untuk anak2 sebelum pi skool.. tak ingat ambik kat mana.. tapi, yang ni mimah, kawan seperjuangan zaman sekolah dulu bagi. Ramai kengkawan alam maya dah masak benda alah ni. Makcik ni je baru nak upload..
Bahan-bahan :
  • ½ pound daging cincang – saya agak-agak je banyak mana
  • Sedikit air air
  • Bawang besar, dicincang
  • Dua ulas bawang putih, dicincang
  • Sos tomato
  • Sedikit chili powder – saya gantikan dengan cili giling
  • Sedikit gula dan garan untuk perasa
Penyediaan :
  • Rebus hotdog tu, dan ketepikan sebentar.
  • Tumiskan bawang putih, bawang besar bersama-sama.
  • Masukkan sedikit cili giling
  • Masukkan daging cincang dan bahan-bahan lain..
  • Make sure rasa dah cun.. and boleh prepare untuk masukkan hotdog dalam roti. Kalau rajin, bakar dulu roti.. kalau tak rajin pun, tak jadi masalah.. hehhehe..
Enjoy!





Monday, May 10, 2010

Pancake




Resipi ni saya ambil dari dapur Mat Gebu.. TQ Mat..
Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 camca teh baking powder
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 cawan susu segar (atau boleh juga 1 cawan air dan 2 camca besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 3 camca besar mentega, dicairkan dan sejukkan
  • ½ camca teh esen vanilla (optional)
  • Secubit garam
Penyediaan :
  • Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk sampai sebati, halus dan tidak berbintik-bintik, atau masukkan dalam blender dan kisar rata. Rehatkan adunan selama 10 minit.
  • Panaskan non stick frying pan. Dengan menggunakan api yang kecil, sapukan sedikit mentega, lapkan dengan paper towel. Tuangkan ½ cawan adunan penkek di tengah-tengah pan. Biarkan sehingga permukaan lubang-lubang dan kering. Terbalikkan dan masak sekejap.
  • Pastikan api kecil. Jangan ada tompokan minyak pada pan. Nanti tak cantik.
Enjoy!




Monday, May 3, 2010

Roti Keju



Dah lama saya tak menguli tepung. Rasa untuk menguli dah lama ada, cuma mencari masa dan mood yang sesuai untuk menghaluskan jari jemari.. Saya tak ada bread maker machine macam kawan-kawan lain. Jadinya agak lambat sikit nak bertindak membuat roti, melainkan kena bersungguh-sungguh! Saya jumpa resipi ni di dalam Majalah Nur, tak ingat keluaran yang mana. Jom layan resipi :
Bahan-bahan :
Bahan A
  • 500 gm tinggi
  • 100 gm gula tepung berprotein halus
  • 4 sudu teh yis kering
Bahan B
  • 1 biji telur, dipukul sedikit

  • Air
    • Timbang kedua bahan ini hingga beratnya 265 gm
Bahan C
  • 80 gm lemak sayuran / mentega
Penyediaan :
  • Since saya menguli secara manual, saya telah campurkan semua sekali, dan uli sehingga adunan menjadi lembut dan elastik.
  • Timbang doh seberat 50 gm. Gelekkan doh panjang-panjang, dan ikat macam tocang.
  • Sapukan kuning telur dan taburkan parutan keju di atasnya. Biarkan selama lebih kurang 10 minit, dan bakar pada suhu 180 C selama lebih kurang 15 - 20 minit.
Enjoy!





 


 

 


 



Sunday, March 28, 2010

Murtabak Raja

Ni kes nak cepat..
Since ada stok yang terakhir dan memudahkan dan mencepatkan proses packing barang, makanya breakfast pada pagi nak balik kampung itu.
Untuk kali ni, saya masukkan dalam oven.. bakar sampai masak.
Sedap, rangup dan sungguhlah enjoy.


 Inti Daging..


 Sedap..


Rangup..




Wednesday, March 17, 2010

Nostalgia


Hari ni tadak mood nak update entry masak-masak. Kebetulan pulak dear kanda pi jauh outstesen untuk seminggu, dan sementelah cuti sekolah ni, 2 dari 4 kanak-kanak telah memilih untuk tinggal kat kampung.. makanya dapoq agak lama sikit bekilat..

Once dah round my album, saya terjumpa gambar lama.. plus gambar makanan..It was the moment masa proses saya decide nak renovate pejabat. Alhamdulillah.. Berjaya hingga ke akhirnya sehinggalhg rupa paras pejabat dah jauh lebih indah dari dulu. Sepanjang tempoh tu jugak, banyak kejadian yang unsangkarabel..Masa ni lah jugak ada kawan yang jadi lawan..

Sesungguhnya saya amat menghargai kerjasama semua yang bertungkus lumus dalam menguruskan segala proses ni. Nampak macam simple.. tapi memerlukan pengorbanan yang besar, kefahaman yang tinggi dan toleransi yang tak berbelah bahagi. Kepada yang separuh hati tu.. my appreciation goes halfway too.. hihikhikhik..

Dalam tempoh tu jugak, sebaik siap proses renovasi, surat tukar jabatan sampai kat tangan.. Alhamdulillah 'ala kulli haalin.. 

Jom tengok hidangan tengahari masa tu..

 Ni antara hidangan makan tengahari setelah bertungkus lumus proses perpindahan balik ke pejabat yang dah selesai diubahsuai.



Thanks to all yang menghadiahkan ini sebagai tandamata terakhir di tempat lama. Really appreciate it!






Tuesday, March 2, 2010

Soft Crust Pizza


Hari tu, macam ada masalah besaq..
Nak buat Pizza. Setelah tour arond rumah and dapoq kengkawan, jumpa kat Hana's Site and Mat Gebu.
But, later, masa nak buat, saya combine both recipies.. hehhehe
Jangan marah ye tuan punya resipi yang saya pinjam.
 
Here we go!

Bahan-bahan (doh) :
  • 250 gm tepung roti
  • 130 ml air
  • ½ camca teh garam
  • ½ camca besar gula
  • 1 camca teh yis
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca teh bread softener
  • 1 camca teh bread improver
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering
Bahan Isian :
  • 1 ½ cawan sos tomato
  • 1 cawan sos lada hitam
  • 6 batang sosej / crabstick, potong
  • 10 kuntum cendawan butang
  • ½ biji capsicum hijau / kuning/ merah
  • Keju mozzarella
  • 1 camca teh lada hitam yang dikisar
Penyediaan
  1. Doh
  • Sebenarnya kalau rujuk kedua-dua blog berkenaan ada method tersendiri. Saya ikut method saya sendiri, ala2 macam bread machine.. heheheh..
  • Saya masukkan semua bahan, kecuali air. Mix semua bahan sehingga jadi macam bread crumb, and slowly tambah air sikit demi sikit dan uli hingga elastik, tak melekat di tangan.

  • Biarkan doh selama setengah jam atau sehingga naik dua kali ganda;
  1. Pizza
  • Panaskan oven pada suhu 200°C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega;
  • Ambil doh, bulatkan dan canai, alih doh ke dalam dulang dan tekan supaya rata dan bulat;
  • Masukkan dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit.
  • Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan-bahan lain yang dinyatakan;
  • Akhir sekali masukkan lada hitam dan tabur dengan mozzarella cheese;
  • Bakar selama 20 – 25 minit hingga keju cair atau sehingga pizza kekuningan.
Happy Trying!
 Lazat dan berkhasiat.. 

 









Soft Honey Bun


Hari tu melilau2 kat rumah kengkawan. Singgah kat rumah Hana.
Jumpa this recipe, macam best untuk try.
 
Bahan-bahan :

250 tepung roti
1 ½ sudu kecil dry yeast
2 sudu besar marjerin/butter/shortening
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu (lebihkan sikit)
150 ml susu segar@air suam
2 sudu besar water roux
½ sudu kecil garam

  Penyediaan :

  • Satukan tepung, marjerin dan garam dalam adunan, buatkan lubang di tengah-tengah;
  • Masukkan susu segar, madu, water roux dalam tepung dan uli rata sampai jadi doh;
  • Uli sampai elastic. Letak dalam bekas dan tutup. Perap 45 minit atau sampai naik 2 kali ganda;
  • Bakar dalam oven pada suhu 170 C/180 C selama 22 – 25 minit;
  • Gris mentega pada permukaan roti dan sejukkan atas redai.

Ni masa tengah tunggu dia naik.. 


Dah siap..

 


 



Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails