Showing posts with label Kebun Saya. Show all posts
Showing posts with label Kebun Saya. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Bendi goreng rangup







Hari tu, sambil membuat Cendawan Goreng Rangup di di entry ini, ada pulak lebihan bancuhan tepung. Dan sambil menjeling, terpandang pulak akan bendi yang macam delisyez saja untuk dijadikan berkawan-kawan dengan cendawan-cendawan itu, Sambil nak test tengok akan penerimaan kanak-kanak berkenaan terhadap ujikaji baru itu. Kalau diikutkan dua daripada mereka itu suka sangat dengan bendi yang dijadikan antara bahan di dalam gulai atau kari  ikan.

Tapi, untuk yang ni.. depa layan jugak sikit.. tapi tak semeriah cendawan. Well, tak pe.. maknye habiskan.. hahahha.. sedap beb! Resipi sama macam hari tu. Cara makan pon sama.. hahah.



Saya perasan penceritaan saya di awal babak karangan adalah macam sesi skima jawapan peperiksaan.. Kebetulan musim exam di sini dan baru habis mesorat dengan bos yang sungguh hebat! Makcik terus penin. Tu yang jadi lagu tu.

Dan untuk yang rajin membaca coretan saya, saya memang sejak dua menjak  ni tak dan layan blog. Untuk kengkawan akrab alam maya saya.. u know who you are.. miss u dearly. Will reply coretan kengkawan later2 nanti. Stay tune!


Thursday, November 11, 2010

Jambu







Dulu, kalau orang cakap awak ni jambu lah!, maknanya awak tu cantik lah kan. Tak pasti pulak sekarang ni orang muda-muda nih pakai lagi tak istilah ni. tapi kenapa jambu itu, disamakan dengan cantik? ada sapa buleh habaq?

Well, yang jambu di entry ni adalah jambu air ye.. yang tengah membiak dan menerbitkan buah-buah dengan galaknya.. Saya tak pastilah pulak khasiatnya selain mengenyangkan, dan merupakan serat yang baik untuk tubuh. Yang saya tau, dalam masyarakat Melayu, jambu air dan kawan jambu ni yang senama dengannya adalah pantang dimakan, sebab sejuk, terutamanya bagi ibu-ibu yang lepas bersalin, atau dah lama bersalin (sebab nak bersalin pulak). tak tau sejauh mana kebenaran.

Ni belum jadi jambu lagi.. Kadang, bila banyak sangat agen pendebungaan ni geli jugak. Masa nak shoot ni ada jugak sempat hinggap du kulit gebu makcik nih. tanpa berlengah, telah kubunuh.. haha.. sakit weyh.. dia gigit.

Kalau dah kena cucuk dengan serangga macam kat bawah ni, tak berapa indah la bila menjadi esok. Sellaunya kena balut buah, baru lah indah nanti.



 Asal usul pokok ni di laman saya adalah sebab baba. Beliau beli pokok ni di pasar tani disebabkan teruja tengok orang beli pokok yang besar, dan tak perlu tunggu lama untuk berbuah. jadi, setelah membela, maka ni lah hasilnya. Ni bukan buah sulung. Dah banyak kali berbuah, tapi ni baru macam nak layan letak kat sini.


So, yang atas ni macam mana? ni buah lain tau. Bukan hak yang kena gigit serangga tadi. masa saya shoot ni, hujan tengah turun. Alah.. hujan yang tak berenti 3 hari tu lah, sampai banjir kat Kedah tu. Buah ni tak tinggi sangat, yang shoot tu pulak comel, so, dapat dari bawah je.. heheh. Boleh?


Ni bukan dari perkebunan saya.. curik dari google. By the time buah di pokok tu masak, sepatutnya jadik macam ni lah.. adik beradik yang dijual di hentian buah di Lebuhraya Utara Selatan.

Soalannya : Di manakah persamaan jambu yang dimaksudkan cantik di introduction/para 1 di atas dengan jambu yang dinyatakan sebentar tadi?


psstt : ada macam soklan exam? UPSR ka? PMR? SPM? STAM?

Tuesday, November 9, 2010

The beauty of Kantan







err.. kantan ye.. bunga kantan.. bukan jantan.. heheh

Dapur holiday kejap sekarang ni. Jadinya saya tayangkan farmville saya untuk kali ni.



Saya cukup enjoy tengok bunga kantan membesar dan membiak kat penjuru rumah. Wanginya juga saya suka. Banyak khasiatnya, kalau gugel, mungkin boleh dapat lagi banyak.




Masa saya dalam tempoh berpantang dulu, mak saya balutkan batu yang saya guna untuk tuam perut dengan daun bunga kantan ni, sebagai ganti bertungku memandangkan baby saya keluaq kot tingkap. Bila daun tu kena panas batu tu, sangatlah wangi.






Enjoy dengan tumbesaran kantan di laman herba saya..

Monday, October 11, 2010

Cermai yang Comel








Buah ni banyak kat pokok di laman. Ada sepokok je, tapi baba berangan nak ekspot ke Thailand. Kat sana, diorang akan jerukkan. Kata baba lagi, mahal kalau ada orang borong. Mudah-mudahan bertambah rezeki. Seingat saya, masa zaman kecik dulu, kalau mak saya bawak balik buah ni, mak saya ada tumbuk-tumbuk, termasuklah bijinya campur sikit garam, gula dan cabai. Alah, macam sambal belacan tu lah, tapi siap mix.



Kata orang belah-belah sini, dipanggil "bincuk". Sedap weyh! Cuma makcik tak koser nak buat. Haha. Rasa macam ngilu-ngilu je ingat kat masam dia.

Since dah masam, sure lah banyak khasiatnya. Daun buah cermai ni dikatakan berkhasiat untuk batuk berkahak, menguruskan badan (ni yang tak tahan nih.. ) mual dan kanser. Manakala kulit akar berkhasiat untuk mengatasi asma dan sakit kulit. Bahagian biji pula berkhasiat untuk mengatasi sembelit dan mual akibat perut yang tak berapa sihat.

Untuk dapatkan resipi untuk mengubati sembelit, asma, kanser dan melangsingkan badan, sila rujuk di sini.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

Saturday, August 14, 2010

Mata Kucing







Sedar tak sedar, cepat sungguh bunga pokok mata kucing yang bertenggek kat laman dah bertukar menjadi buah. Rasa macam baru kemarin lalu, bunga adalah bunga, dan belum jadi buah. Cuma dahannya yang melendut turun tu je yang perasan. Nampak sangat kan, lalu lalang, tapi sungguh tak kurang prihatin. 






Kat laman, ada 3 pokok semuanya. Kat depan ada satu, kat tepi ada dua. Semua pokok ni bukan dalam laman, tapi seberang parit, tepi jalan. Kalau ada pagar, di luar pagar lah. Since rumah saya tak berpagar, makanya semua tu adalah laman lah kan? Hiks. Dan pokok ni pun, bukan baba yang tanam. Kalau baba tanam, alamatnya tak dan nak membesaq dan merasalah buah tu. Hehe. Pokok ni semua pemaju perumahan yang tanam. Mujur depa baik. Ada intensi nak menghijaukan laman lebih dulu, selain mementenkan pokok getah depan rumah saya. Agaknya bila tua nanti, pokok getah tu akan jadi lebih dari sebesar pemeluk. Time rega getah agak tinggi nih, kalau pi motong subuh sepi'ie dua batang pokok tu, agak-agak buleh kaya dak? Haha. 


Jauh melalut. Buah ni sedang berkembang mekar, mewujudkan isi di dalam kulit agar member rasa yang sungguh ampuh, mengguirkan, dan menggoda jiwa. Dalam keadaan dia kecik to'et macam ni, anak saya dan anak-anak jiran yang diajak oleh anak saya memetik dan memakan buahnya walau belum kembang dan masak. Kiranya buah yang dalam radius capaian tangan yang kecik mone tu, tak selamatlah membesar. Yang tinggi-tinggi pun kurang selamat disebabkan menjadi rezeki kepada haiwan lain. Untuk menyelamatkan buah ni, baba selalunya akan membalut buah ni. Sempatlah membesar dengan selamatnya.


Sungguh! Buah ni sangat manis. Lebih manis dari yang ada di pasaran. Sapa yang berminat nak jadi pemborong.. heheh, mai lah rumah. Cuma, kalau orang Melayu kita ni, katanya tak berapa elok kalau makan buah ni banyak-banyak. Sejuk. Batuk. Tu alasan paling kukuh. Betullah kot. Kalau makan sampai sepokok, betullah penyakit lain yang datang.


The longan (simplified Chinese: 龙眼; traditional Chinese: 龍眼; Mandarin Pinyin: lóngyǎn; Jyutping: lung4 ngaan5; literally "dragon eye"; Vietnamese: Long Nhãn/Nhãn; Malay: mata kucing, literally "cat's eye", Indonesian: Kelengkeng, or simply called "Lengkeng", Thai: ลำไย) is a tropical tree native to Southeast Asia. Ni adalah introduksi teantang buah ni di seluruh alam maya. Dipetik dari Cik WIKI.

Untuk khasiat lain dari buah ni, boleh jenguk kat sini.


Semoga bermanfaat.





 

Friday, July 23, 2010

Limau Purut






Entry kebun untuk kali ni. Saya suka wanginya. Lain dari limau lain. Ye lah kan, rupanya pun dah lain. Paling popular digunakan dalam masakan, terutamanya bila buat tom yam lah. Kalau tak de daun limau ni, macam tak jadik lah kiranya. Nama omputih bagi limau purut ni adalah ghost lime. Iskk. Agaknya dinamakan macam tu sebab bentuk kulitnya macam hantu langsuir tu kot. Kan peghutnya berjurai-jurai.




Gasaklah depa nak letak nama apa pun. Khasiat dia tetap tak kurang sebab nama yang tak sedap. Antara khasiat yang saya jumpa, daunnya direndam dalam air dan digunakan untuk mencuci rambut. Ada sahabat saya, kalau untuk cuci rambut, dia akan gunakan buahnya dibelah dan digsosokkan ke rambut. Katanya dapat menghilangkan kelemumur dan menyuburkan kulit kepala, serta mengurangkan rambut luruh. Dan dia juga gosokkkan ke badan masa mandi untuk hilangkan kotoran di badan. Di samping itu, dapat menghilangkan kulit bersisik dan mengelupas. Best kan kalau boleh berendam dengan wangian limau ni.


Satu petua yang saya dapat untuk melicinkan kulit adalah buahnya dibelah-belah kepada beberapa bahagian, di keringkan dan ditumbuk halus. Cara untuk guna tu, mungkin boleh dilumur terus ke badan dengan sikit bancuhan air, buat macam orang dalam pantang. Kalau nak letak kat muka tu, boleh jugak kalau dicampur dengan bedak sejuk.


Sekarang ni pun dah dikomersilkan, dah dijadikan aromaterapi dah. Dipercayai dapat menenangkan diri dan membantu menghilangkan stress, melegakan otak.. iskk.. terbayang berendam dalam air limau.


Jus limau ni boleh juga diperahkan ke dalam teh, dapat membantu menghilangkan selsema. Saya suka sangat minuman yang ada aroma limau atau rasanya masam-masam manis begitu. Teringat dulu, masa mengandung, esoknya nak c-sect, masa mengandungkan azim (ketiga), saya gigih makan aiskrim limau.. yang melekat kat kayu, kat luarnya warna hijau, dank at dalamnya macam krim yang lemak-lemak sedap gitu. Dah belasah dua batang, baru ingat esok paginya nak operate. Tetiba takut terbatuk-batuk lepas operate, mau terbukak perut. Arghh!! Ngeri. Terus berenti, bagi kat baba untuk habiskan.


Lupa nak bagitau, limau purut ni bukan dari kebun saya, dari kebun jiran sebelah sebenarnya, merimbun masuk dalam pagar rumahnya ke dalam kawasan rumah saya. Tumpang syafaat jiran. Tehee.


Semoga bermanfaat dan selamat beramal.




  

Sunday, June 27, 2010

Saderi dan Sup, Kaitannya






Ni daun saderi yang saya cucuk dalam pasu. Pokok ni sekarang dah jadi arwah. Agak lama jugak pokok dalam pasu ni membantu di dalam masakan kecil-kecilan saya. Kalau kena guna banyak, makanya kena tuai dari kedai lah. Sekarang ni pun asik menuai dari kedai je.. 



Biasa kita gunakan daun saderi ni, dalam sup, inti croquette, dalam masakan-masakan lain yang melayakkan daun saderi ini diletakkan. Dan (penggunaan ayat bermula dengan "dan" adalah sangat salah.. tapi nak buat jugak) paling banyak adalah untuk me mekapkan makanan agar Nampak macam segar bugar, berwarna dan sekaligus menghasilkan ekspresi yang sungguh menggiurkan terhadap makanan tersebut.

Sebelum ni, kalau takat taboq-taboq atas makanan tu, sangat lah tau.. kalau tanya apa yang terkandung kat dalam daun yang setoet kecik tu (ada gak yang besaq) apakah khosiat dan penawar yang buleh melegakan tubuh makan, tobat makcik tak tau.

Tapi, info ni sesungguhnya berguna, bukan untuk saya ja, tapi untuk semua yang sudi menziarah blog ni. Tengki.. tengkiu..

Lupa pulak saya, daun saderi ni adalah daun yang serupa dengan daun sup. Daun itu berkongsi nama. Macam alias/@ tu lah. Nama dalam bahasa sains adalah Apium graveolens. Di dalam batangnya yang lembut dan daun yang berbau sup itu, terkandung zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B Komplex (tak boleh tulis Kompleks, kang ingat kompleks membeli belah), vitamin C dan magnesium.

Daun ini merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Selain tu, daun ni juga terer di dalam membuka penyumbatan yang terjadi pada hati dan limpa, dan membantu pencernaan dan melancarkan kencing.

Tu lah.. kecik-kecik comei ni, jangan ingat tadak apa. Rupanya banyak sungguh khosiat dia. Makanya, lepas ni, segala yang dihias tu,makan, jangan membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.




 


 

Monday, May 10, 2010

Halia Tingkatkan Metabolisme


Hari tu, saya ada buat entry tentang halia di laman saya.. Dan kebetulan ada terjumpa fakta mengenai halia.. makanya saya tambahkan di sini, agar kita dapat relatekan di satu hari nanti. Kebetulan juga, fakta ini dipetik dari magazine lama.

Halia dikatakan dapat membantu untuk meningkatkan metabolisme darah ke bahagian organ yang lain. Keharuman aroma halia sememangnya nyata. Secara tradisionalnya halia ini dapat menyembuhkan beberapa gejala seperti kurang selera maka, pening kepala, sakit –sakit sendi, kegatalan pada badan dan kebengkakan. Di samping itu, halia juga berkhasiat untuk memanaskan tubuh dan membantu proses pencernaan serta membuang angin dalam badan.


 







Monday, May 3, 2010

Mekar Harum Mewangi


Agak lama saya tak letak entry tentang farmville saya. Sibuk lagi sehingga akhir minggu ni.. Kebetulan hari ni agak tegang sikit, sehingga ke petangnya. Mujur balik rumah agak lega sebab kanda sudi mendengar saya melepaskan rasa bengang .. hahah.. nasib la.. Tq  ye baba!

Sebaik di rumah, setelah melampiaskan rasa-rasa yang tidak sempurna itu, saya melilau di taman. Wangi semerbak bunga cempa dari pokok yang baba tanam. Dah besaq pokok tu,bunga pon dah sakan mengembang, melebarkan bau harum wanginya ke hampir seluruh taman saya. Kebetulan baba tanam di depan rumah. Kata mak saya tatkala tengok pokok terpacak di laman, orang tak tanam pokok wangi-wangi ni kat depan rumah.. ada sebab katanya lagi, hantu suka kat bau-bau wangi nih .. Kami  gelak je.. Well, dah tepacak kat situ.. biarlah.. 

Lupa.. kat daerah sini dipanggil bunga cempa.. bunga cempaka? sama ka? heheh.. ampun makcik ni lah ye.. suka bunga.. nama ja kengkadang mix around.. 



di pokok

wangi sungguh!




Wednesday, March 31, 2010

Halia


Bagi memudahkan pengendalian masak-masak kat dapur, saya ada tanam pokok halia.. dalam pasu kecil je pun.. setakat sekali dua masak, lepas lah.. tak perlu nak beli. Tapi, kalau nak memasak secara besar-besaran.. kena lah beli jugak. Dah lama jugak bercadang nak tukar pasu ni supaya halia ni boleh bercambah dan beranak pinak dengan galaknya. Tapi tu lah.. asik naaakk je.. tapi tak terbuat jugak. Petang-petang lepas pejabat dok layan benda lain.. akasia lah.. macam2 lah..

Halia ni banyak kegunaan. Paling glamer adalah bertujuan buang angin dalam badan. Cara nak buang, ada banyak.. ada yang dah produce kopi halia lah.. letak dalam masakan.. ni paling banyak berlaku, tapi selalunya halia ni tak bermakan pon.. masuk ke tong sampah akhirnya.. (saya lah tu) kalau kecik-kecik potongan halia, atau kalau ditumbuk halus, makanya akan masuk lah jugak ke dalam abdomen nih.

Ada jugak dibentukkan menjadi jeruk.. ni pon cara makan halia dengan mudah..

Saya terjumpa maklumat lain di sini. Ini adalah cation tentang kebaikan halia.

HALIA - HERBA SERBAGUNA


Halia seperti yang kita ketahui sentiasa menjadi bahan utama dalam pelbagai jenis masakan.tidak ramai yang mengetahui bahawa halia juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Halia atau nama saintifiknya Allium sativum digunakan sejak zaman Mesir lagi sebagai penawar luka, infeksi, tumor dan bagi mengatasi parasit intestial.


Kajian saintifik turu bersetuju dengan kahasiat dan kebaikan halia ini.mungkin ramai yang tidak menyenangi bau dari hali ini tetapi kajian telah menunjukkan bahawa bau ini terhasil dari sebatian sulfur yang c terdapat di dalam halia yang merupakan punca halia digunakan sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.


Halia yang dipercayai secara tradisional dapast menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah juga telah terbukti beanr melalaui kajina saintifik.secara saintifik, sebatyian sulfur di dalam halia menurunkan kadar kolestrol dengan merangsang pengeluaran kolestrol di dalam hati melaui proses perkumuhan. Seterusnya haalia juga menurunkan kadar tekana darah dengan mamperlahankan pengeluaran hormon yang berfungsi menaikkan tekanan darah di dalam badan.


Halia juga mempunyai kebolehan bagi menstimulasi sistem imun badan. Sebatian dalam halai merangsang aktiviti macrophages, iaitu sel darah putih yang menghalang kemasukan organisma asing ke dalam badan seperti virus, bakteria dan yis.halia juga baik bagi meningkatkan aktiviti sel -T, iaitu sel imun yang merupakan pusat kepada keseluruhan sistem imun badan. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika secara tradisioanl halia digunakan bagi merawat infeksi di bahagian respitori.


Selain itu, halia juga mampu manghalang pertumbuhan parasit dui dalam usu (intestial ) manusia. Ini termasuklah amoebes, sejenis parasit yang menyebabkan disentrio. Jika disentri tersebut berlanjutan, ia mungkin akan membawa maut.dalam banyak perubatan tradisional, halia telah digunakan bagi membunuh cacing (pinworms) sejenis parasit yang terdapat di dalam usus.


Herba yang menakjubkan ini juga telah terbukti mampu mempertahankan manusia dari ancaman toxin dan kerosakan sel DNA manusia. Kajina telah mendapati bahawa sulfur yang terdapat di dalam halia ini mempunyai agemn anti-oksida yang boleh melindungi membrtan sel DNA.Halia juga menstimulasi pengeluaran enzim nyah-toksin yang akan meneutralkan gas-gas beracun yang tidak merbahaya yang masuk ke dalam badan manusia melaui pernafasan.


Walaupun telah terdapat produk pil-pil berasakan halia, namun penggunaaan halia yang paling baik disyorkan bagi mengatasi masalah kesihatan ialah dengan memasak halai sehingga separuh masak sehingga baunya naik dan dimakan begitu sahaja.


Monday, March 29, 2010

My Farmville - Part 1

Saya ada FB (Skima kan ayat pertama ni? hahaha.. macam budak darjah 1). Dulu-dulu lah.. ada dan sempat la bercucuk tanam sekejap.. sekadar mencuba-cuba. But later, projek tanaman tersebut tidak mendapat kelulusan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran. hahah.. terus lepas tu, FB dah tukar jadik silent mode.

Tak pa lah, dari bercucuk tanam secara maya, kita tengok cucukan tanaman yang telah diusahakan secara realiti. Berbaloi-baloi lagi dari kat FB.

Jom layan pokok bunga kantan makcik yang merimbun kat belakang rumah.. Kengkadang zaman dia berbunga lebat rasa macam nak pi kat pasar malam, bentang kain, juai bunga kantan. Mahai oo.. sekuntum bunga tu. Paling tidak dapat jugak 50 ka 60 inggit sekali bentang kain..




Tuesday, March 23, 2010

Jeruk Mempelam

Dari yang ni.. 


 kepada yang ni..
adeehh.. sedap.. mouth watering nih..
senang je.. campur garam dan gula secukupnya..
biarkan sekejap bagi rasa itu merasap dalam buah,
atau semalaman.. and
Enjoy!!







Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails